Thursday, July 16, 2009

Isu penggantungan ahli dewan Selangor:
Jangan zalim seperti mereka


Atas kesalahan gagal menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS), bekas MB dan ADUN Sg Panjang, Dr Khir Toyo, dijatuhkan hukuman digantung dari menghadiri sidang dewan selama 12 bulan dan elaun serta keistimewaannya sebagai ADUN turut digantung selama tempoh itu.

Sementara itu 4 ADUN lain iaitu dari Dengkil, Sabak, Hulu Bernam dan Batang Kali digantung keahliannya dan elaun serta keistimewaannya selama 6 bulan kerana menghina SELCAT melalui akhbar.

Keputusan ini dibuat dalam persidangan DUN Selangor semalam.

Sekali lagi saya terpaksa menyatakan bahawa kerana tindakan mereka itu memang wajar sangat ADUN-ADUN BN dari Umno itu digantung keahliannya. Tidak ada guna mereka menjadi ahli dewan jika tidak mahu atau enggan menghormati dewan, peraturannya serta institusi yang ditubuhkan olehnya. Dewan adalah merupakan badan legislatif tertinggi diperingkat negeri, ia adalah sebuah badan yang mencerminkan ketamadunan negeri serta amalan demokrasi yang merupakan tunjang kekuatan negeri.

Di Dewanlah segala isu dan permasalahan rakyat dibincang dan diputusakan, serta segala dasar dan perturan berhubung penghidupan rakyat dan kebajikan negeri diaturkan. Suara dan kehendak rakyat diwakili oleh ADUN-ADUN ini. Kerana itu tugas dan tanggungjawab mereka penting dan mereka dipandang tinggi oleh masyarakatlantaran kedudukan mereka itu.

Kerana biadap dan kerana tidak beradab ADUN memang wajar diajar dan diambil tindakan agar kewibawaan dewan dipelihara.

Saya boleh terima penggantungan ADUN-ADUN ini tetapi tindakan menggantung sekali elaun dan keistimewaan mereka sebagai ADUN saya kira agak keterlaluan dan mirip kepada satu kezaliman. Hakikatnya mereka bukan sekadar wakil rakyat di dewan tetap juga dikawasan mereka masing-masing. Rakyat di kawasan mereka telah memberikan mandate kepada mereka, menghukum mereka dengan menggantung elaun dan keistimewaan mereka itu bagaikan menghukum rakyat yang memilih mereka.

Ini bukan soal Khir Toyo dan rakan-rakan, seingat saya PAS dan DAP serta juga PKR memang tidak pernah dapat menerima hukuman seumpama ini. Semasa BN memerintah Selangor dahulu YB Teng Chang Khim yang kini Speaker DUN pernah digantung dari dewan dan digantung elaunnya. Kita bangkit menentang kerana elaun pada kiraan kita ketika itu merupakan hak ADUN itu masing-masing kalaupun dirasa ia wajar digantung dari dewan, mengapa gantung elaunnya sekali?

Semasa ahli parlimen Batu Gajah YB Fong Po Kuan dikenakan tindakan sama oleh Dewan Rakyat kita masing-masing menentangnya sehingga membuat kutipan bagi membiayai YB itu kerana merasakan tindakan terhadapnya itu terlalu zalim.
Dalam proses demokrasi dan amalan badan legislative, penggatungan dari dewan adalah amalan biasa, tetapi menggantung sekali elaun seseorang itu pada saya zalim dan tidak harus diamalkan oleh kerajaan yang didokong oleh rakyat atas nama keadilan dan ketelusan.

Kita mendirikan sebuah kerajaan yang adil dan diterima masyarakat sivil atas runtuhan sebuah kerajaan zalim yang umpama jahiliyah yang ditolak rakyat. Jika kita pun beramal bagai amalan mereka, maka apa bezanya kita. Saya tidak berniat mahu membela Khir dan konco-konconya, mereka dahulu zalim dan kini mereka menghina dewan memang padan mereka dihukum tetapi hukuman itu biarlah berpatutan. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

6 comments:

yes said...

Toyo tak hairan lah dengan Alaun ADUN tu. Klinik dia dapat 50,000 satu bulan, lagi pun harta dia dah banyak. Cuba saudara perjuangkan ramai Melayu yang papa kedana di KL ni.

Kalau tak gantung alaun maknanya dia lepas begitu sahaja.

Unknown said...

Itulah wajah sebenar partai kamu walaupun kamu tidak setuju tetapi itulah yg telah pemimpin kamu lakukan
tahniah kepada PAS yg hanya pandai mencari salah org bila dikurniakan Allah sedikit kuasa, menjadi lebih zalim dari org lain.

Anonymous said...

saya sokong pandangan saudara.
cuma saya sedih sebab tidak ada seorang pun ADUN PAS yang berpandangan sedemikian.
Kerajaan PR seolah-olah telah mewarisi sifat zalim kerajaan BN dahulu...tunggulah saat-saat kehancurannya

Anonymous said...

biasa la bila dah berkuasa baru la tunjuk belang sebenar.. begitu lah bodoh nya melayu islam pecaya sangat cina komunis..

ME said...

Boyot, Mr Ketam.... betul..!!!

den said...

hm kita pakat sama itu cina...bantai musuh kita.. for hping dat kita leh lwn cina tu balik. tp in the end. cina jgk yg lebih bijak..let see...