Wednesday, July 22, 2009

Hukumlah mereka yang maksiat jangan dibela

Kita semua akui bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam oleh kerana ia tidak melaksanakan sepenuhnya tuntutan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al Quran dan Hadis. Perlembagaan dan undang-undang yang diguna pakai dalam negara adalah sekular dan tidak bertunjangkan perintah dan hukum-hakam Allah dan Rasul Nya.

Apa yang ada sekadar undang-undang pentadbiran Islam negeri-negeri yang sekadar melibatkan aspek nikah-kahwin, harta pusaka dan beberapa bab berkenaan jenayah yang tidak pun sekelumit dari hukum yang asalnya.

Namun demikian kita dapati usaha untuk menghidupkan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar ini terus diusaha dan diperjuangkan. Walaupun mungkin undang-undang pentadbiran Islam yang sedia ada dhaif dan lemah, ini tidak bermakna kita tidak boleh menggunakannya sebagai batu loncatan ke arah menzahirkan keadilan dan kesempurnaan Islam, jika kita mahu.
Kalau kita perhatikan sejak kebelakangan ini walaupun berhadapan pelbagai kekangan para pegawai dan para hakim mahkamah-mahkamah ini berusaha juga untuk mengheret agar mesej Islam itu dapat dilihat dan dirasai umum.

Atas kitalah mahu memartabatkannya selain pihak-pihak lain berusaha melalui ruang politik dan seumpamanya untuk memimpin rakyat agar menerima Islam sebagai addeen.

Perkembangan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan baru-baru ini umpamanya mampu membuka mata banyak pihak bahawa Islam serius dalam kerja-kerja mencegah kemungkaran. Kalau dahulu para pesalah yang disabitkan kesalahan sekadar menerima hukuman ringan bagaikan melepaskan batuk ditangga, kini mereka yang terlibat menimbang dengan mata akhirat dan akur bahawa yang pentingnya walaupun kita tidak syarie sepenuhynya, sekurang-kuranya segala ruang yang ada diguna semaksima mungkin agar umat Islam berkejar-kejar mengerjakan amalan yang baik-baik dan benci serta meninggalkan segala bentuk maksiat dan kemungkaran.

Di Kuantan seorang wanita Islam yang bekerja sebagai model samblian dijatuhkan hukuman maksima denda RM5,000 dan 6 kali sebatan rotan kerana kesalahan meminum arak iaitu di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987. Menurut rekod pada bulan Januari lalu mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman sama ke atas satu pasangan yang melakukan kesalahan yang sama.
Untuk makluman mengikut hukum syarak kesalahan meminum arak ini dihukum 80 kali sebatan.

Memang nampak bagaikan keras hukuman itu tetapi apalah 6 rotan berbanding 80, apalah hukum manusia berbanding hukum Allah. Dalam Berita Harian hari ini khabarnya wanmita berkenaan telah pun membayar denda RNM5,000 itu dan meminta agar hukuman sebat itu segera dikenakan ke atasnya. Mudah-mudahan beliau insaf dans egera bertaubat serta tidak mengulangi keselahan ini lagi. Mudah-mudahan hukuman dan kes ini menjadi iktibar kepada yang lain, jangan lagi cuba-cuba untuk berjinak melakukan kesalahan yang sama.

Walaubagaimanapun saya terperanjat apabila membaca akhbar The Malay Mail hari ini http://www.mmail.com.my/content/8727-shock-over-whipping-sentence apabila dilaporkan ada pula ahli parlimen dari Parti Islam SeMalaysia PAS yangs ekana tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan. Beliau dipetik sebagai berkata:

Hukuman yang dijatuhkan mestilah lebih untuk mendidik dan bukannya mencederakan seseorang wanita untuk mmberikan pengajaran. Menurut beliau lagi hukuman sebat adalah terlalu kasar (walaupun beliau akui tidak tahu bagaimanakah cara sebatan yang bakal dikenakan).

Alngkah lebih baik sebagai wakil PAS kita menyokong tindakan ini dan menjelaskan darihal kewajarannya, tetapi tidak kita memilih untuk menjadi juara dan tidak sedar bahawa tindakan kita itu telah mencetuskan syak wasangka dan peluang bagi mereka yang sememangnya anti syariah untuk menyerang balik Islam.

Bukankah kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan PAS Terengganu satu waktui dahulu pernah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah yang menghukum lebih berat lagi pada mereka yang melakukan kesalah seumpama ini?

Apa pun kembalilah kita kepada al Quran dan Hadis. Biarlah Allah dan Rasul yang menjadi ikutan dan penentu kehidupan kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)

(untuk makluman ahli parlimen PAS itu berikut penerangan yang diberikan oleh Ketua Pendakwa Syarie negeri Pahang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkenaan cara hukuman sebat ini dijalankan: “Sebatan akan dilakukan dengan kekuatan sederhana dan selepas melakukan satu sebatan, pelaksana hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya (melibas). Kebiasaannya sebatan hanya meninggalkan kesan merah dan tidak memudaratkan sehingga mampu memecahkan kulit,")

4 comments:

amdang81 said...

geramkan? agaknya inilah yang dinamakan 'toleransi melampau'.

Apa agaknya komen 10 ahli parlimen kita?

EEEEE gerammmmm..

p/s: sorry tuan sebab memilih blog tuan untuk melepaskan geram.

Anonymous said...

Tq atas komen yang sangat membina dan adil.saya jugak sgt kesal bila ada cuba membuat ulasan perkara diluar pengetahuan.Sepertinya kebelakangan ini-soal prinsip seperti diketepikan.mahkamah Syariah Kelantan telah berpuluh kali menjatuhkan hukuman sebegini dan telah pun dilaksanakan.Pahang konsisten hukuman arak denda dan rotan.Rotan Syariah dan sivil bezanya sepeti london dengan malaysia(besarna perbezaan).hakim hanya menghukum sekadar bidangkuasa yg ada(yg dibuat dan diluluskan hadnya oleh Parlimen)negeri perlu akur had ini.

anaklangkawi said...

PAS dulu x sama dgn PAs skrg.. kerana itulah kebykan pimpinan PAS lebih berckp ttg hukum Akal melebihi hukum ISlam..

Cthnya adalah ..
Husam & Khalid berckp soal Isu Lilin Nizar & soal Perkataan Allah digunakan oleh Bukan Islam..

Termasuk yg terbaru dr Lo lo'

ahmadfadhli said...

sejak bila pulak saudara roslan pandai menghentam sesama sendiri dengan hanya merujuk kepada kenyataan media yg biasanya memutarbelitkan kenyataan pimpinan pas?
sila rujuk di sini :
http://docpearl.blogspot.com/2009/07/kenyataan-yb-dr-lolo-isu-hukuman-sebat.html