Saya percaya disaat ini kita semua mendoakan agar PAS menang di Manek Urai 14 Julai ini. Para petugas dan jentera pilihanraya PAS sedang bertungkus-lumus di sana. Masing-masing menyumbang tidak kira samada di medan “perang” ataupun dari luar dengan berbagai bentuk sumbangan dan bantuan serta khidmat.
Kalau PAS menang juga dalam ujian ini bermakna panji-panjinya terus berkibar megah setelah diusung ke medan “perang” dari Kuala Terengganu ke Bukit Gantang dan kini di Manek Urai. Terbukti PAS teruji.
gambar MStar
Dalam memperkatakan darihal Manek Urai ini, rupanya ada juga pihak yang cuba menjadi nakal dan mengeruhkan suasana sekaligus samada sedar ataupun tidak menyumbang kearah terjejasnya kedududkan parti. Apa pun kita ini satu gerakan Islam, jangan bertindak membelakangkan jemaah, parti ini bukan milik mana-mana individu tetapi ia milik seluruh umat Islam yang cintakan Allah dan Rasul. Jangan kerana bernafsu marahkan nyamuk maka habis hangus kelambu dibakar.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dikatakan disekat dari turun ke Manek Urai kononnya takut harapan PAS terjejas. Ada pihak mengatakan bukan tak mahu dia turun takut dia nanti kena “boo” oleh orang-orang PAS sendiri. Ada pula yang dengan bangga menyatakan depan media bahawa Ustaz Nasha “malu mata” mahu turun. Hasil dari kesombongan ini Umno mencuri peluang dengan mengadu-domba antara pimpinan PAS di Manek Urai. Penat kita bersilat sesama kita sedang musuh dan sasaran politik sebenar duduk selesa ketawa terbahak-bahak.
Cuba baca apa kata The Star Online dalam hal ini apabila Ustaz Nasha dan Tok Guru Mursyidul Am turun berkempen di Peria, Manek Urai pagi tadi:
Nasharudin's presence at the mosque in Peria drew a wide following and he was mobbed by supporters.
Kehadiran Nasharudin di Masjid Peria telah mendapat perhatian ramai dan beliau telah dikerumuni oleh ramai penyokong.
Ada sesiapa yang kena “boo”?
Menurut laporan Ustaz Nasha baru sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian ususnya, adakah beliau sebenarnya “malu mata” atau memang dihalang atau tidak sihat untuk turun?
Sekarang masanya untuk menghadapi musuh. Kita sedang dalam suasana “perang”, biarlah perluru mengena musuh dan bukan kawan. PAS dalam sejarahnya tidak pernah pun menghalang sesiapa menyumbang tenaga dalam memperjuangkan syiarnya. Biarlah tradisi ini terus kekal tambah-tambah pula jika melibatkan pimpinan tertinggi yang menang melalui mandat muktamar.
Ya Allah menangkanlah merekayang berjuang di jalan Mu ini.
Menurut laporan Ustaz Nasha baru sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian ususnya, adakah beliau sebenarnya “malu mata” atau memang dihalang atau tidak sihat untuk turun?
Sekarang masanya untuk menghadapi musuh. Kita sedang dalam suasana “perang”, biarlah perluru mengena musuh dan bukan kawan. PAS dalam sejarahnya tidak pernah pun menghalang sesiapa menyumbang tenaga dalam memperjuangkan syiarnya. Biarlah tradisi ini terus kekal tambah-tambah pula jika melibatkan pimpinan tertinggi yang menang melalui mandat muktamar.
Ya Allah menangkanlah merekayang berjuang di jalan Mu ini.
5 comments:
Isu Unity Government dah selesai dan yang pastinya BN tiada modal lagi..Kempenan Ust.Nasha saya percaya langsung tidak akan memberikan kesan buruk terhadap PAS. Malah PAS akan menang dgn majoriti yang lebih besar.
Asalamu'alaikum
Saudara Roslan SMS,
Walaupun bukan seorang pejuang undi saya rajin memerhatikan Ustaz Nasha.
Saya sangat sangat mengagumi akhlaq yang ada pada beliau. Beliau adalah seorang insan yang hebat kerana memiliki kejernihan dan keteguhan akhlaq dalam bertindak. Semoga lebih ramai yang meneladani sikap sedemikian.
Saya harap pujian bukan disalahertikan sebagai mengadu-domba.
Salam,
TokPakir
BETUL..halakan senjata pada musuh..JANGAN pulak jaditersangat baik bagi senjata dan peluru pada musuh...
Salam,
Maaf kalau pandangan saya kurang menyenangkan ramai pihak terutama penyokong PAS.
Kekadang, melihat begini banyak isu dan masalah dalaman PAS, bertengkar sesama sendiri, ada yang rasa PAS negerinya begitu hebat sehingga memebelakangkan PAS Pusat, etc.. mungkin ada baiknya kalau PAS kalah dalam pilihanraya kecil ini.
Kalau kekalahan di sini bisa menyedarkan pihak2 yang lupa diri tu, maka saya doakan dan harap biarlah PAS kalah. Kalau PAS menang, mungkin pihak2 berkenaan akan kata PAS masih kuat biarpun dengan pelbagai konflik dalaman dan luaran.
Tapi kalau PAS kalah, mungkin ini akan membuatkan kita menyusun strategi baru untuk sama2 menjayakan matlamat di PRU ke 14 nanti.
Wassalam.
selalunya kekalahan akan membuatkan diri bermuhasabah atas apa yang dilakukan sebelum ini.
elok juga PAS kalah kerana ia tak akan menjatuhkan kerajaan kelantan,
Kerajaan kelantan pimpinan tOk Guru juga elok berfikir strategi berfikir dahulusebelum bercakap kerana dilihat banyak kata-kata pimpinan yang menyebabkan huru hara penyokog,
elok juag yang taksub kepada pimpinan memerhatikan apakah yang terbaik dari qur'andan Sunnah.
Post a Comment