Umno kata personaliti tidak penting di Kuala Terengganu
Saya mendapat maklum sejurus selepas pengumuman calon PAS bagi pilihan raya kecil P.039 Kuala Terengganu, bilik operasi Umno/BN menjadi gegar. Ternyata mereka terpedaya dan tidak menjangkakan yang PAS akan menamakan YB Mohd Abd Wahid Endut sebagai calon.
Ini terbukti apabila mereka segera mengeluarkan kenyataan bahawa personaliti calon tidak penting yang penting adalah parti yang dipilih. Sedangkan beberapa hari selepas Senator Wan Farid diumumkans ebagai calon Umno/BN, yang lebih ditonjolkan adalah Wan Farid. Ini menunjukkan yang dari sudut keperibadian, keterampilan dan pengalaman, Wahid Endut jauh lebih baik dari Wan Farid.
Pengaruh Wahid dan kaum keluarganya di Kuala Terengganu diiktiraf dan diketahui umum, sedangkan pengaruh Wan Farid dalam hal ini boleh dipertikaikan. Tidakkah dalam PRU lalu abang Wan Farid iaitu Wan Hisham yang ketika itu EXCO kerajaan negeri tewas kecundang dan gagal mempertahankan kerusi DUN Ladang apabila beliau rebah ke tangan calon PAS iaitu bekas Pengarah Tanah Negeri, Dato Tengku Hasan. Mengapa Wan Hisham ditolak?
Kerana itu hari ini kita lihat dalam NST contohnya Wan Farid berkata:
This is not a contest between personalities.
Ini bukannya pertandingan antara personality
Dan malah dalam akhbar yang sama Wan Farid mengakui kemampuan Wahid apabila akhbar berkenaan melaporkan:
Acknowledging the gap in experience between him and Wahid, he said his opponent is a seasoned assemblyman.
Mengakui jurang perbezaan pengalaman antara beliau dengan Wahid, beliau (Wan Farid) berkata lawannya jauh berpengalaman sebagai seorang ADUN.
Saya yakin jika pertandingan di Kuala Terengganu ini tidak dicemari dengan insiden berat sebelah atau salah guna kuasa, insyallah berkat keihklasan dan kerja kuat semua pihak, PAS akan mampu merampas kembali kerusi Parlimen inis ekaligus menokok bilangan kerusi parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat.
Orang Terengganu mahukan calon yang baik, yang berkualiti, PAS telah memenuhinya. Kini giliran mereka, para pengundi untuk membutikan bahawa mereka mahukan yang terbaik buat parlimen mereka dan ini hanya dapat dilaksanakan dengan cara memenangkan calon PAS pada 17 Januari nanti.
3 comments:
mari pakat-pakat sokong calon pas di KT dan kita jatuhkan calon UMNO yang banyak menbawa pembaziran wang rakyat di terengganu..........
salam
semoga calon PAS akan menang di KT...Allahuakbar...
maaf,jika tak keberatan boleh tak minta Harakah jelaskan tentang isu tadika kemas yg ditutup di perak spt yg keluar di utusan hari ini...
alhamdulillah...pas membuat pilihan calon yang tepat.
Insyaallah satu lagi kemenangan bakal dicapai PAS...(baca: bukan pakatan rakyat)
ihklas
non partisan yg condong kepada UMNO
Post a Comment