Friday, January 02, 2009

Rasional pemilihan YB Wahid Endut

Saya mendengar berulang kali rakaman ucapan pengisytiharan calon PAS oleh Tuan Guru Presiden pagi tadi (ucapannya malam tadi). Ucapannya ringkas tetapi padat, penuh pengajaran dan panduan buat kita semua khususnya dalam menggalas perjuangan yang besar ini.

Tuan Guru menjelas dan menghuraikan panduan yang beliau ambil dalam memilih calon PAS untuk parlimen Kuala Terengganu. Ternyata ianya tidak berdasarkan nafsu, pengaruh dan pujukan peribadi tetapi berdasarkan panduan Islam yang telah ditunjuk dan diajarkan kepada kita oleh Baginda Rasulullah saw.

Lantaran itu yakinlah bahawa calon kita ini adalah calon yang bermula dengan permulaan yang baik, lantas atas kitalah untuk memastikan kemantapan jentera agar permulaan yang baik ini akan disudahi dengan kesudahan yang baik jua.

Hari ini dan hari-hari berikutnya sehinggalah hari mengundi nanti, tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk meyakinkan para pengundi berdaftar di parlimen Kuala Terengganu agar menerima calon kita. Mudah-mudahan Allah swt akan terus memandu kita sehingga kita beroleh kejayaan insyallah.

Berikut saya terbitkan verbatim ucapan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang semalam untuk renungan kita semua:

Mengendalikan tugas yang berat ini saya terpaksa mengikut panduan yang diajar oleh Nabi saw iaitu istikharah dan istijarah saya tidak payah terjemah Dr Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP yang turut hadir) tahu….dia boleh baca jawi. Istikharah dan Istisyarah, kalau Dr Tan Seng Giaw tahu orang PAS tidak tahu malang

Sabda Nabi saw: “Tidak sia-sia mereka yg beritikharah dan tidak sesal mereka yang beristijarah”.

Beristisyarah kita mendengar pandangan-pandangan manusia dan rakan-rakan semua pihak yang kita tahu yang kita kenal yang kita percayai

Istikharah memohon pertolongan dari Allah swt lepas itu kita bertawakal kepada Allah swt.

Setelah mengambil pendekatan itu maka saya ingin membuat pengumuman calon yg dipilih oleh PAS yang diamanahkan untuk bertanding dalam pilihan raya ini ialah Tuan Hj Mohd Abd Wahid bin Endut. Beliau ialah YDP PAS kawasan Kuala Terengganu. Kerana yang kita nak lawan ni Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu. Yang padan dengan Ketua Bahagian Umno ialah YDP PAS Kawasan. Kita beri kepercayaan sebelum saya mengulas lebih panjang dan memang dia tidak minta jadi calon dan saya pilih dia…….

Selamat berjuang.

(istisyarah - noted: tq)

3 comments:

slyderrose said...

Jalan tengah diambil. Mohd Abd Wahid adalah insan yg layak bagi meredakan kumpulan yg tidak dapat mencalonkan pilihan mereka. Bagi saya calon yg paling sesuai menghadapi umno ialah Dr Syed Azman. Apa pun semoga PAS menang di KT dan bertambah lagi suara PAS di Parlimen, Insyaallah.

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

bukan Istijarah..tapi Ishtisyarah..Istijarah bermaksud : minta sewa..tetapi Ishtisyarah bermaksud : minta pandangan..inilah yang dimaksudkan oleh ayah chik yang di ambil dari Hadis Nabi..

okey...maaf ganggu..semoga kita dikurniakan kemenangan

al-brangi said...

InsyaAllah