Thursday, January 15, 2009




Kuala Terengganu di “round” terakhir

Semalam saya sempat bertemu dengan seorang kawan lama berbangsa Tionghua. Beliau seorang veteran, peniaga yang berjaya dari Kelang dan pernah menjadi ahli MCA, Saya dan keluarga mengenali beliau lebih 20 tahun kerana pernah terlibat dalam industri penternakan satu ketika itu.

Tidak lama kami berbual terus sahaja menyentuh isu pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Ternyata rakan-rakan kita dari masyarakat Tionghua begitu prihatin dalam hal-hal politik dan mereka tidak segan-segan untuk menyatakan sokongan dan pendirian mereka terhadap satu-satu isu seccara terbuka. Ini mungkin kerana mereka memperolehi pendedahan yang lebih meluas oleh kerana media khasnya media cetak bahasa mereka lebih banyak dan kandungannya lebih terbuka dan berani, Tidak dinafikan mereka juga merupakan masyarakat pembaca.

Kata kawan saya itu masyarakat Tionghua di Kuala Terengganu berkemungkinan akan memihak kepada calon PAS. Antara faktornya menurut beliau, TPM Najib Tun Razak yang mengetuai jentera BN di sana kelihatan begitu agresif dan keras, kadangkala melampau. Masyarakat Tionghua boleh terima kehadiran beliau sebagai TPM tetapi apabila pendekatan beliau terlalu egoistik, angkuh dan besar kepala, mereka tidak dapat menerima dan mungkin juga benci.

Beliau juga menyebut Najib punya rekod peribadi yang diketahui oleh masyarakt Tionghua (yang saya tidak cadang menghuraikannya di sini), ternyata pemimpin seperti ini tidak layak memimpin negara.

Ternyata walaupun yang bertanding di Kuala Terengganu itu Wan Farid dan Hj Wahid serta seorang calon bebas, tetapi tumpuan lebih terhadap Najib. Maklumlah inilah manusia yang jika ditakdirkan Allah tiada perubahan berlaku, bakal menerajui negara pada bulan Mac nanti. Lalu apa sahaja yang beliau lakukan sudah tentu menjadi tumpuan dan perhatian ramai.

Dari perbualan kami saya dapat membaca bahawa PAS kini sudah tidak menjadi masalah kepada masyarakat Tionghua lagi, tidak barangkali seperti 20-30 tahun lalu. Rakan saya ini boleh terima calon PAS dan malah senang hati dengan penampilan calon PAS di Kuala Terengganu itu.

Saya mengharapkan ini petanda yang baik bagi PAS dan saya mendoakan semoga jika benar bacaan kawan saya itu, masyarakat Tionghua yang terdiri dari para pengundi di Kuala Terengganu akan keluar beramai-ramai mengundi calon PAS pada hari Sabtu nanti.

Dan bagaimana pula dengan pengundi Melayu?

Saya sesungguhnya menaruh harapan yang tinggi terhadap pengundi Melayu. Pengundi Melayu di Kuala Terengganu tanpa banyak kira bicara telah dengan berani mengundi Allahyarham Dato Onn Jaafar (Parti Negara) dan Allahyarham Hasan Adli (PAS) dalam pilihan raya 1959 bagi kerusi KT Utara dan Selatan. Bayangkan Dato Onn , anak Johor yang telah menyumbang jasa dan khidmat pada bangsa dan tanahair, pejuang kemerdekaan yang ditolak dan ditendang oleh Umno, diterima sebagai bintang oleh anak-anak Kuala Terengganu pada tahun 1959!

Begitu juga jangan kita lupa bahawa pengundi di Kuala Terengganu telah dengan berani melawan arus, mengundi Dato Manan Osman pada tahun 1990 yang bertanding atas tiket Semangat 46.

Dengan sejarah yang sedemikian saya tidak nampak mengapa pengundi Melayu Kuala Terengganu hari ini tidak dapat memilih dan mengangkat calon PAS Hj Mohd Abdul Wahid Endut, yang mempunyai latarbelakang dan rekod cemerlang, yang berjuang untuk memartabatkan Islam, sebagai wakil parlimen mereka pada Sabtu ini. Jika sinergi antara pengundi Tionghua dan Melayu serta pengundi India yang kecil bilangannya itu dapat disedar dan digerakkan, insyallah suatu gelombang besar akan berlaku di Kuala Terengganu Sabtu ini.

Kini di babak penghujung ini, disamping terus bekerja ke tahap maksima, jangan sekali-kali kita lupa mengadu pada Allah swt, perbanyakkanlah solat hajat dan berdoa agar diberikan Nya kemenangan pada kita Sabtu ini. Wang, sogokkan dan tekanan telah dan bakal digunakan, tetapi tidak siapa berkuasa menolak kemahuan Allah swt.
Perkenankanlah hajat kami Ya Allah.

7 comments:

al-brangi said...

InsyaAllah PAS boleh

unanjaga said...

Kalangan pengundi bukan dari orang melayu Islam telah melihat akan kebaikan pemerintahan PAS,sebab itu telah ada kelab penyokong PAS,dan juga pihak mereka(orang cina dan india)dapat melihat selama PAS memerintah,tiada langsung berita rasuah,salah guna kuasa atau pun penyelewangan.Mereka juga telah menyadari dengan penuh persangka baik yang Islam dibawa olih PAS itu adalah ugama yang penuh sifat kasih sayang dan tolak ansur.

Nasir said...

TV3 malam tadi melalui buletin utama (15/1/09) menyiarkan penyerahan borang keanggotaan UM No kepada MB Trg...Harap boleh diberikan penjelasan....

TQ.

romeo61 said...

Orang Cina akan sokong PAS as long as you tak selalu hentam DAP. Orang Cina benci kelakuan macamni. Tetapi saya lihat ada perubahan sikap Roslan terhadap DAP kebelakangan ini. Cukup baik!

abu razeen said...

sahih.

30 ribu pengundi hantu kita halau dan doakan mrk pangkah bulan sekalipun dibayar utk pangkah lain.

wamakaruu wamakaraLLaah waLLaahu khairulmaakiriin.

klu kita kalah, bukan sbb makar musuh tapi sbb kita tak cukup bersedia dan sbb dosa kita.

wama annasru illa min 'indiLLaah.

Anonymous said...

The only way to stop future genocide is to fight back our way. The cowards use drones and missiles. No suicide bombs. Use snipers and hitmans. Pay them to kill their ambassadors and their families, their company ceos and their families. They kill our children. List down the numbers they have kill and we try to reach that number. An eye to an eye. Hit them anywhere in this world, from Brazil to Mongolia.
Distribute this comment to as many people as possible all over the world.

ediannuar said...

Saya mendapat sms dari orang umno K.Trg yang menulis:

Jangan undi calon Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh kerana sanggup menyuruh pengikutnya agar tidak memberi undi kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail pada pilihanraya yang lepas( PRU12) dan semasa pertandingan Naib ketua bahagian Kuala Terengganu.

Dato' Wan Farid juga bekerjasama dengan abangnya dan balaci-balacinya untuk menjatuhkan orang yang baik seperti Dato' Razali demi jawatan dan harta untuk kepentingan diri dan keluarga. Fikirkan lah adakah kita nak beri undi pada calon yang sebegini.....

Kalau tuan-tuan dan puan-puan beri undi kepada Dato' Wan Ahmad Farid, maka hancurlah BN dan umno pada masa akan datang........