Friday, January 09, 2009

Politik hudud PAS dan Umno

PAS tidak pernah mempolitikkan isu hudud. Apa yang PAS lakukan adalah menggunakan kekuatan politik bagi menuntut perlakasanaannya. Malah bukan sekadar perlaksanaan hudud tetapi Islam yang memberi keadilan dan kesejahteraan buat semua itulah dasar dan pokok perjuangan PAS.

Isu hudud ini sesungguhnya akan terus timbul dalam apa suasana sekalipun selagi ada mereka yang ikhlas berjuang untuk Islam.

Tadi TPM yang juga bakal Presiden Umno, Najib Tun Razak ketika diminta mengulas isu ini berkata di Kuala Terengganu:

“Tak perlu nak menyekolahkan Umno kerana mereka (PAS)... ini main politik dari mula lagi”

Kata Najib lagi bahawa ramai pengundi bukan Islam tidak senang dengan isu hudud yang dibangkitkan oleh PAS. Bagi saya soal samada pengundi bukan Islam senang atau tidak itu masalah PAS, bukannya Umno. Malah Tuan Guru Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa jika ditakdirkan hudud ini dapat dilaksanakan sekalipun ia sekadar diwajibkan ke atas semua umat Islam manakala masyarakat yang bukan Islam punya pilihan.

Yang penting sekarang ini adalah apakah pendirian Umno? Apakah sikap Umno? Tolak atau terima hudud?

Kalau tolak sila nyatakan terang-terang bahawa Umno tidak dapat menerima hukum Allah ini dan oleh itu menolak perlaksanaan hudud di Malaysia. Sebab isunyua adakah pimpinan Umno faham dan bersedia membuat ketetapan atau pendirian berkenaan isu ini. Jika perlukan pemahaman PAS sudah pun menyatakan kesediaan untuk memberikan penerangan.

PAS jelas dan konsisten dalam hal ini malah telah pun meluluskan enakmen berkaitan ketika memerintah Kelantan dan Terengganu, Umno bagaimana? Sesungguhnya isu hudud dan apa sahaja berkaitan dengan Islam bukannya tugas dan tanggungjawab PAS sahaja tetapi semua penganutnya. Yang penting jujur dan ikhlas.

5 comments:

al-brangi said...

orang tak nak gi sekolah adalah orang yg cerdik ke?????

Anonymous said...

Bukan yang kapir aje, Najib sendiri tak senang dengan hudud dari mula lagi....takyahlah nak peralatkan orang kapir tentang hudud.

awangselamat said...

Isu hudud ini sudah lama dimainkan, jelas ramai bukan Islam sudah memahami isu ini..terbukti dalam PRU12 baru2 ini. Jika Umno terus memainkan isu ini lama kelamaan mereka akan terperangkap sendiri. Sabarlah dan teruskan perjuangan!

slyderrose said...

kalau karpal singh dan lim kit siang menolak hudud, aku tak heran sebab mereka bukan islam, tapi umnoooooooo dan juak2nya..kununnya memperjuangkan islam..porahhhh..takut nak implement hudud sebab mereka adalah lanun-lanun yg pencinta rompak dan samun harta rakyat..kena diri sendiri. umno jangan cakap pasal islam le..bagi umno islam hanya untuk diri sendiri dan adat istiadat aje.

Anonymous said...

si najid kalau diam macam bodoh
sekali bercakap memang bodoh..sombong pulak tu