RM1 juta melalui Yayasan Amal buat rakyat Palestin di Gaza
Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyumbangkan sejumlah RM1juta untuk disalurkan bagi meringankan beban saudara-saudara Islam kita yang sedang menderita akibat kekejaman regim haram Zionis di bumi Palestin khasnya di Gaza. Menurut laporan sumbangan bagi Asnaf Fisabilillah ini akan disampaikan sendiri oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Yayasan Amal Selangor, NGO Islam yang akan dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan bantuan ini terus ke bumi Palestin.
Sebelum pun sumbangan ini diluluskan rombongan pertama Yayasan Amal telah pun tiba di bumi Palestin diketuai oleh Presiden Yayasan dan sahabat saya YB Dr Abd Rani Osman, ADUN Meru, Selangor serta rombongan.
Bantuan yang walaupun kecil ini mudah-mudahan akan dapat membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita itu. Dan semoga sahabat-sahabat kita dari Yayasan Amal yang berada di sana akan selamat sepanjang mereka berada di sana.
Terima kasih LZS dan kerajaan negeri Selangor. Syabas Yayasan Amal.
1 comment:
Aku redha zakat ku di tadbir oleh orang yg bertakwa!! Allah semoga kau lindungilah hamba Mu yg teraniaya dan menderita.. dan semoga Pusat Zakat Selangor dapat berubah menjadi institusi yg betul-betul membantu Umat Islam bukan sahaja di Selangor malah untuk seluruh umat Islam..
Peringatan: Zakat adalah untuk semua Umat Islam bukan terhad kepada yang bermukim di Selangor sahaja.. Abg Roslan tolong nasihat mereka ini kerana ada satu kes dimana hamba allah i keputusan wang kerana rumah dimasuki pencuri habis semua dikebas malah kebetulan dia baru keluarkan sebahagian besar duit utk belanja dapur dan yuran sekolah anak-anak dia yg 5 org itu..
Tetapi mendukacita apabila dia pergi ke Pusat Zakat Selangor utk memohon bantuan kakitangan disitu beritahu oleh kerana dia bukan bermukim di situ maka tak layak. ada ke patut??
Betul ke jawapan itu??
Saya nak percaya keluhan cerita itu daripada kawan saya pun tak pasti tetapi adakah itu benar jikalau tidak bermukim di sesuatu tempat maka tak layak terima zakat atau bantuan daripada baitulamal??
Harap Abg Roslan dapat bantu beri penjelasan..
Dan juga apakah yg telah dilakukan oleh Pusat Zakat untuk membantu fakir miskin sama ada di Kelantan,terengganu ,Selangor atau di Kedah jgn lupa di Perak?? Umat Islam perlu tahu kemanakah wang zakat itu disalurkan dan bagaimana Pusat Zakat membantu selain daripada menghulur wang semata-mata..
Post a Comment