Sunday, January 18, 2009

Apakah implikasi KT terhadap Najib dan Umno?

Menang dalam satu-satu pilihan raya kecil bagi parti pembangkang bukanlah suatu tugas yang mudah malah kadangkala ia hampir mustahil. Bayangkan keseluruhan jentera kekuatan parti pemerintah yang tidak pernah bertanding mengikut peraturan itu, akan ditalakan ke arah jentera pembangkang yang kecil dan serba kekurangan. Seingat saya kali terakhir PAS menang dalam pilihan raya kecil Parlimen adalah pada tahun 1998 apabila Ustaz Hashim Jasin menang di parlimen Arau mengalahkan Ismail Kassim.

Tetapi dalam politik tiada yang mustahil.

Cuma apabila Umno/BN kalah dalam pilihan raya kecil terutama apabila berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu PAS, sudah barang tentu di sana ada suatu kesilapan dan kesalahan besar yang telah ia lakukan. Apakah faktornya di Kuala Terengganus ehingga Umno tewas dalam kerusi miliknya?

Jentera BN diketua baka Presidennya Najib Tun Razak, walaupun calonnya Wan Farid, tetapi Najib dilihat sebagai teraju BN di KT. Apa yang tidak Najib katakana terhadap PAS di KT, apa yang tidak Najib janjikan kepada para pengduni di KT, hakikatnya yang bertanding dan bertempur adalah Najib lawan PAS bukannya Wan Farid lawan Wahid.

Oleh itu apabila BN kalah, siapakaha lagi yang paling wajar dipersalahkan jika tidak Najib, selain Wan Farid, jentera BN dan faktor-faktor lain.

Kata Najib kekalahannya di KT tidak bermakna sokongan terhadap pembangkang (PAS dan PKR) meningkat. Kata Najib lagi keputusan KT ini tiada impak terhadap lanskap politik negara. Betulkah begitu?

Bukankah kemenangan PAS ini menandakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat meningkat kerana KT ini dulunya kerusi Umno tetapi dimenangi PAS? Jika tidak meningkat sudah pasti yang menang Umno bukan PAS! Benarkah kemenangan di KT ini tiada impak terhadap lanskap politik negara atau ia nanti akan melihat suatu perubahan besar dan menggemparkan berlaku?!

Bagi saya kemenangan di KT ini adalah satu isyarat kemerosotan dan tidak mustahil dengan izin Allah swt “signal” kejatuhan BN dan Umno. Jika PRU ke 12 lalu adalah tsunami politik terhadap BN apabila hilang majoriti duapertiga di Dewan Rakyat dan hilang kuasa di 5 buah negeri, kemenangan berganda di Permatang Pauh dan kini KT bagi Pakatan Rakyat adalah manifestasi kesediaan rakyat untuk menerima perubahan, dan apakah lagi perubahan paling besar dalam negara selain kesediaan untuk melihat BNdan Umno digantikan oleh satu gagasan politik baru di Malaysia!

Bagi saya itulah terjemahan yang sebenar terhadap sikap para pengundi dan rakyat yang ditunjukkan di Peramatang Pauh dan kini KT. Oleh itu bagi rakan-rakan khasnya dalam Umno, inilah masa yang paling sesuai bagi anda semua untuk melakukan muhasabah dan memikirkan semasak-masaknya. Najib bakal dinobatkan sebagai Presiden Umno dan PM pada bulan Mac ini, dalam erti kata lain Jeneral baru yang akan mengetaui bala tentera BN dan Umno, tetapi dalam dua peperangan kecil berturut-turut beliau tewas, bukan pada kadar atau skala kecil tetapi tewas teruk! Yakinkah anda yang beliau nanti mampu memimpin Umno dan BN?

Pemimpin diukur dari segi rekdo kini rekod Najib dalam dua pilihan raya kecil berturut-turut boleh ditontoni rakyat. Tidakkah ini mencerminkan masa depan yang kabur dan mungkin gelap bagi Umno? Rakyat mahukan perubahan dan ia ditegaskan tanpa segan-silu dan takut di Permatang Pauh dan kini di KT. Lalu tunggu apa lagi. Perjuangan untuk membela bangsa, agama dan negara harus diteruskan, tetapi bukan melalui bahtera yang nakhoda dan kapalnya sudah “kluk klek” dan hampir karam.

Demi bangsa, agama dan negara ayuhlah kita bersatu di bawah nakhidan dan bahtera yang semakin disenangi dan diterima rakyat. Pakatan Rakyat meniti dibibir dan hati sanubari rakyat jelata kini. Keluarlah barisan masuk bulatan, kami sedia meneriam anda semua. Biarkan Najib dan rakan-rakan tinggal dan karam sebagai bahan bahan dalam lipatan sejarah.

8 comments:

Mr. Right said...

Implikasi terbesar terhadap Najib adalah kepercayaan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi akan semakin merosot.

Tahniah kepada petugas Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus menewaskan jentera ala tentera Barisan Nasional.

PAS dah menang. DSAI perlukan 28 lagi kerusi parlimen, kan?

Tolong lah sesiapa sponsor badminton racket kepada semua ahli parlimen BN

sifu said...

Islam for all. PAS sebagai gerakan Islam mesti membuktikannya dan meyakinkan terutamanya kepada bukan Islam. Takbir! Tahniah dan terima kasih kepada semua pejuang yang telah turun berjuang di KT & yg telah mengirim doa dengan mengharapkan keredhaan Allah swt. Saya tujukan kemenangan ini khusus kepada saudara Suwandi dan Azman yg terlibat dalam insiden Batu Burok. UMNO telah diberi sedikit pembalasan di atas kejahatan mereka terhadap anda!

pakcik said...

mungkinkah pilihanraya kecil KT adalah strategi paklah nak jatuhkan najib sebelum mac ni?

(dan dia akan tak jadi letak jawatan sbg PM/presiden umno?)

-dalam politik, segalanya mungkin..
(terutama jika khairy & the geng masih di belakang pak lah)

Anonymous said...

Biasanye bila pm baru naik, dia akan panggil snap election untuk memperkukohkan kedudukan beliau dan juga menjitukan keyakin bahawa beliau ada kredibiliti dan kekuatan macam Paklah yg menang besar pada 2004, tapi si mat mongol entahlah..........

Anonymous said...

Tuan,
Bila UMNO kalah, Mahathir salahkan Pak Lah dan calon UMNO.
kenapa Mahathir begitu celupar dan sibuk mahu menyalahkan Pak Lah dalam semua hal??
apakah Mahathir takut dia akan disalahkan?
Apakah dia takut Najib dan gerombolannya diketepikan UMno sendiri?
Apakah semua orang melayu tidak sedar bahawa ini pilihanraya Najib.
Ini bukan pilihanraya Pak Lah atau Wan Farid.
Wan Farid TIDAK bertanding di sini.
Yang ebrtanding ialah Najib dan Rosmah.
Soalan cepu mas.
BERAPA KAH perbelanjaan duit rakyat yang habis bagi membiayai semua kos-kos perjalanan, makan minum, tempat tinggal dan segala macam kos termasuk balaci dan tukang sorak UMNO dalam membonto kemana saja Najib pergi?
berapa pula kos untuk membeli- belah Rosmah dan puak laraknya?
Semua ini perlu dimaklumkan kepada semua rakyat jelata.
Dan adakah semua janji2 Najib kepada rakyat terengganu dan KTereangganu akan dilaksanakana?
Adakah janji manis Najib sama macam janji semasa di Permatang Pauh tahun sudah yang tinggal janji yang tidak pernah dikota.
Adakah TV3 juga akan bertanggunjawab terhadap penipuan yang mereka lakukan ini?
Mahathir dengan bermacam tengkoraknya dan hantu2 nay patut berambus kelaur dari Malaysia.
Mahathir sebeanrnyalah yang menghancurkan negar.
CUKUP CUKUP CUKUP!!!
Hentikan memberi peluang musuh negara ini dari bercakap.

Anonymous said...

"Tolong lah sesiapa sponsor badminton racket kepada semua ahli parlimen BN"

Mr. Right, sensitif la sikit. kesian kalau keluarga allahyarham Dato' Razali baca komen mcm tu.

aZRoy said...

Alhamdulillah, syukur atas kemenangan terkini, tambah satu kerusi parlimen.

BTW, tumpang minta curi tumpuan sket, saya nak stretchkan di sini, yang saya semakin meluat dengan kerja2 konon nya ala2 ground work daripada si pelakon saiful bukhari ni..

si pelakon ni semakin aktif bergerak konon2 sebagai penegak keadilan dan kebenaran melalui dua sumber berikut :

1. http://www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com
2. http://profiles.friendster.com/saifulbukhari

mengapa saya bengang? si pelakon ni tidak tulus di dalam posting nya. Mengapa? tiada single comments pon daripada saya menuntut penjelasan lanjut yang di approve oleh beliau. Si pelakon ni semakin desperado mencari publicity murahan yg ketika ini sedang menunggu tarikh perbicaraan kes liwatnya.

Si pelakon ni pula semakin aktif menghentam defendan di dalam kesnya. Izinkan satu persoalan dari saya? Apakah dari sudut undang2 civil negara, adakah valid bila mana si plaintif menyerang si defendan di luar mahkamah menerusi ruang yang beliau ada? Saya kira ini sebagai provokasi menyerang peribadi defendant yg harapan nya adalah untuk mempengaruhi mahkamah.

terus terang, saya sangat benci si pelakon saiful bukhari ini. Dari suka sama suka, kepada paksa rela, kini beliau aktif menonjolkan diri beliau di dalam Friendster sebagai seorang yg baru pulang daripada Tanah Suci Mekah yg sangat kagum keindahan Tuhan, tetapi dalam masa yang sama terus menerus menabur accusation peribadi beliau.

Saudara2 pembaca sekalian, tolong doakan saya agar dapat menghentikan perasaan geram dan maki hamun saya kepada si pelakon ini.

Sekian.

abu razeen said...

Pas perlu buat analisa terperinci
kenapa dan bagaimana 30252 makhluk masih undi umno dan bn yg makin terserlah kezalimannya.

Kezaliman umno dan bn yg merangkumi aspek aqidah, ekonomi, sosial dan moral.

30252 makhluk ini tak nampak2 lagi?

oleh itu Pas sebagai du'at kpd mad'u, perlu cari jawapannya.

Dan sbg parti politik, perlu selesaikannya sebelum pru akan datang.