Monday, January 12, 2009

Kebajikan siapa yang Umno jaga?

Dari Kuala Terengganu bakal Presiden Umno, Najib Tun Razak dengan megah berkokok bahawa BN tidak perlu mengisytiharkan atau melabel negara ini sebagai Negara Berkebajikan kerana sesungguhnya BN menjaga kebajikan semua lapisan rakyat sejak lahir hingga ke liang lahad. Beliau berkata:

''Tak payah buat label kerana hakikatnya kita memang sudah negara kebajikan. Tak payah nak kata nak perjuangkan negara kebajikan kerana Malaysia di bawah pimpinan Abdullah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) amat-amat cakna kepada kepentingan rakyat.

Terpulanglah kepada Najib. Tetapi hakikatnya slogan “Negara Berkebajikan” yang diperjuangkan oleh PAS khasnya pada pilihan raya umum yang lalu merupakan penyumbang utama terhadap kejayaannya dalam merebahkan calon-calon Umno di seluruh negara. Jika benar Umno telah sekian lama memperjuangkannya, mengapa rakyat tidak yakin dan mengapa rakyat lebih cenderung kepada apa yang mahu dibawa PAS?

Benarkah nasib dan kebajikan rakyat terbela selama Umno menjadi teraju dalam negara dan negeri-negeri?

Rakan komponan BN aiaitu TV3 sendiri popular dengan siri “Bersama mu” nya yang mendedahkan kesusahan dan keperitan anak-anak bangsa di buminya sendiri, mengapa ia masih beaku kalau kebajikan rakyat benar-benar merupakan agenda Umno dari lahir ke liang lahad?

Kalau boleh kita ulangi di sini antara ciri-ciri Negara Berkebajikan yang mahu diperjuangkan PAS adalah:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah “guardian” atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Kalau kebajikan yang dimaksudkan Najib sekadar menyogok wang dan imbuhan semasa kempen pilihan raya atau kempen pemilihan Umno, beri basikal, beri beras, beri kain, beri kontrak, beri wang dan seumpamanya jelas ia jauh sama-sekali dari konsep “Negara Berkebajikan” yang diperjuangkan PAS.

Biar negara ini menjadi selesa untuk rakyatnya hidup, dapat beribadat dengan tenang, dapat beroleh pendapatan, gaji dan upah yang setimpal. Yang penting hidup sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat itulah perjuangan Negara Berkebajikan PAS, sesuatu yang jauh berbeza dari konsep dan pemahaman Najib. Kita tidak mustahil boleh menuju ke situ dengan syarat kita menolak Umno dan memberi ruang dan tapak kepada PAS.

Undilah PAS di Kuala Terengganu.

5 comments:

Anonymous said...

Si Mongol ni tahuke apa dia cakap? Negara Kebajikan? Mana ada DOLE untuk penganggur? Ada sistem kesihatan NHS? Yang tahu KEBAJIKAN skala besar untuk kroni dapat komisen berbilion adalah.....

mat_terab said...

Pasai kebajikan la anak beranak dia kaya raya....orang lain papa kedana

slyderrose said...

Gua cayalu lah Najib. Umno memang berkebajikan. berkebajikan pada pemimpin tertinggi, kroni dan kaki ampu. Carilah ketua bahagian umno yg hidup macam Tok Guru Nik Abd Aziz atau Hj Hadi. Semuanya lepas satu penggal pegang jawatan...dapat kebajikan

mansor said...

kita semua tahu akan auta umno nie.Tapi masih ada yg tak tau lagi akan perangai pemimpin umno yg kaki auta..

unanjaga said...

Andai nya benar BN itu berjuang atas kebajikan rakyat nya,sudah pasti rakyatnya akan terbela,dan rakyat tidak terbeban dengan berbagai permasalahan hidup yang menghimpit.Dan sudah pasti apa jua pembangunan yang akan dirancang itu akan memberi menafat yang besar pada rakyat nya.Bertanya kita secara jujur,pakah menafat yang rakyat terengganu dapat dari Piala Monsun dan mesjid kaca itu?