Friday, January 30, 2009

Menobatkan seorang wira

Saya percaya ramai yang mengikuti perkembangan kes OKT A.Kugan yang mati dalam tahanan kerana didakwa telah didera oleh anggota polis yang bertugas di balai USJ Taipan. Kes OKT yang mati dalam tahanan kebelakangan ini acapklai kita dengar. Ia pasti suatu perkembangan yang buruk dan sesuatu tindakan yang drastik perlu diambil bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.

Pihak kerajaan perlu memperkenalkan satu grasipanduan baru bagaimana seorang OKT boleh disoal siasat oleh pihak polis yang menahan. Dalam pada itu bagi kes ini mereka yang terlibat perlu diseret ke pengadilan dan jika didapati bersalah perlu menerima hukuman seberat-beratnya. Ini bukan isu perkauman, ini isu seorang OKT yang mati dalam tahanan. Tak kiralah samda ia berbangsa India, Melayu atau Cina, siapa sahaja tidak harus didera apalagi sehingga mengakibatkan kematian ketika ditahan untuk disoal siasat.

Berbalik kepada kes mendiang Kugan ini saya merasakan apa yang perlu ditonjolkan adalah jenayah yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mendiang. Dalam waktu yang sama kita juga perlu didedahkan darihal aktiviti dan tindak-tanduk mendiang sendiri sehingga mengakibatkan beliau tertangkap. Saya bimbang kita menjadikan seorang yang tidak sepatutunya menjadi “wira” sebagai wira tetapi melupakan isu yang juga berat dan serius.

Kalau pun kita perlu menobatkan seorang “wira”, ianya adalah sesiapa sahaja yang mati akibat didera dalam tahanan. Bukan mana-mana individu dan peribadi. Saya mengambil sikap ini setelah membaca tulisan seorang penulis berbangsa India di Malaysiakini yang berbunyi:

Kugan not a hero
Paran Chinniah Jan 29, 09 3:40pm


First and foremost, let me wish the family of the late A Kugan my deepest condolences. They have lost a son, in a way that no one should. Their loss is irreplaceable. Period.

Having said that, Kugan is not a hero. I think people should stop making him look like an innocent person victimised by police brutality.

I agree that a life has been brutally snatched away and probably by the police, but that is the only point of argument here. Not Kugan and not the Indian community.

I can't imagine why politicians and the Indian society at large must turn this whole sad episode to look like a hero of our community has been killed. Kugan was arrested as a suspected car thief, and according to reports in the media, he had a criminal record.

Can we take a moment to ask ourselves what crimes has he been involved in before? Or what crimes he could have been capable of?

I'm very sure, a lot of my Indian brothers and sisters who read this will be unhappy and agry with my opinions but I would like to stress that while we all fight for the equal rights of the minorities (Indian, Chinese and Malays included), I am not agreeable to the suggestion of putting up a fight for any criminal.

If Indians fail to shed their image of being involved in crime and other uncivilised activities, no one is going to take us seriously. Ask any rational person if he would rather listen to a guy with a 'colourful' track record or a normal, law-abiding person. The answer will most definitely will be the latter.

Masing-masing masyarakat di Malaysia mempunyai masalah mereka sendiri. Masyarakat Melayu dengan gejala Mat Rempitnya, sumbang mahram, penyalah-gunaan dadah dan lain-lain. Manakala bagi masyarakat India sebagaimana yang cuba dibayangkan oleh Chinniah adalah imej penglibatan dalam jenayah dan perlakuan tidak sivil.

Biarlah kita renung dan tenung isu ini dengan lebih waras dan mendalam. Dalam kes ini pihak polis telah melakukan jenayah besar, maka proses undang-undang perlu dilalui untuk mendakwa mereka, namun dalam waktu yang sama apa yang telah dilakukan oleh mendiang sehingga mengakibatkan beliau ditahan perlu juga didedahkan. Kini beliau telah tiada, tetapi rekod jenayah beliau perlu didedahkan agar ia boleh menjadi iktibar dan bahan kajian untuk memperbaiki masyarakatnya dan Negara keseluruhan.

9 comments:

rajadunia said...

A.Kugan has not been convicted nor trial yet.He is just a mere suspect.Did PDRM do their work? YES.Even if he is convicted the punishment isn't DEAD.
Selangor Police Chief earlier deny any wrongdoings.Thank god for the few people who have the guts to pursue justice and truth.Today its A.Kugan's day.Tomorrow might be one of us.I wonder who's going to stand for us when the day comes..

nbn said...

I am totally agree with Chinniah and also Bro Roslan SMS on this issue.. Salah tetap salah...kena tangkap sebab salah, pukul mat orang sampai mati pun salah..
...
moral of the story. Kalau dah kena tangkap...anything is possible..

Samad said...

Sdr Roslan,

Saya nak bagi pandangan kontra sedikit.
Sdr mengatakan
"Dalam waktu yang sama kita juga perlu didedahkan darihal aktiviti dan tindak-tanduk mendiang sendiri sehingga mengakibatkan beliau tertangkap"

Saya setuju utk tidak me"wira"kan sesiapa, tetapi tidaklah sampai perlu membuka "aib" sesiapa.

Kalau mahu dedahkan juga rekod jenayah Kugan pada media, perlu dedahkan juga rekod jenayah semua penjenayah lain. Baru adil.

masalahnya pada masyarakat yg selalu terpesong isu. Isunya ialah "Polis telah membunuh org dalam tahanan". takde kaitan dgn wira tak wira di sini.

hamdy said...

salam,

"Kugan Bukan Hero Tapi ..."

tiba tiba timbul isu kugan hero atau tidak. Ianya dimulakan oleh MR botak dari Kota Tinggi. Dalam menangani krisis, ada satu cara iaitu dengan mengalih pandangan. Sebenarnya dari isu ini keluar, tidak ada sesiapa yg mengHEROkan kugan.

Kalau pun ada ialah kugan menjadi simbol keganasan polis. Kugan juga menjadi satu dari statistik 300 org mati dalam lokap selama 3 tahun berturut turut. Ini bermakna seolah olah pada setiap hari bekerja dalam setahun, ada seorang yg mati dalam lokap. Bayangkan setiap hari seorang mati dalam lokap. Dalam setahun setiap hari bekerja akan ada seorang yang mati dalam lokap.

Cuma kali ini, keluarga kugan agak brutal kerana merempuh masuk dan dapat melihat badan kugan yang ORI. Jika tidak dunia tidak tahu bahawa ada penyangak polis yang sedia mengelar ngelar manusia lain dalam dunia ini.

Katalah Kugan itu penjenayah. Adakah itu bermakna sebelum beliau mati, beliau patut diseksa? Jika pun kalau ada pihak yang mahu membunuh penjenayah berikut, tidak kah ada jalan mudah. Setidak tidak nya killing on the field oleh polis lebih nampak memudahkan penjenayah mati dari dikelar kelar seperti yang dialami oleh kugan.

Bagi org islam, jika kita mahu menyembelih ayam sekalipun, makruh menggunakan pisau yang tumpul. Maka, inikan pula mahu membunuh orang!

Org yg bergembira melihat kugan dikelar kelar adalah mereka yang mempunyai pendapat "Ya, mereka penjenayah, mereka patut mati. mereka tidak patut diadili". Seperti yg saya katakan sebelum ini, itu adalah hukum emosi dan hukum hutan. Kita menghormati org yg pernah kena rompak dan sebagainya. Mungkin kita tidak memahami trauma yg dihadapi tapi adakah itu bermakna penjenayah perlu dibunuh terus tanpa diberi peluang untuk dibicara.

Polis yang membunuh kugan mungkin akan terlepas. Tapi mereka kena ingat,terdapat beberapa fasa hidup mereka. Fasa sekarang adalah fasah ego, kuat dan berkuasa. Fasa selepas itu adalah fasa pencen, yg mana tiba tiba penyangak ini terasa hilang kuasa. Fasa ketiga ialah fasa tua dan lemah dan ketika itu baru hati merintih teringat keganasan masa muda. Fasa keempat adalah fasa nyawa ditarik dari badan. Dikala itu jgn terperanjat muka muka seperti kugan atau 1500 org yg mati dalam lokap dlm masa 5 tahun, akan datang kembali mengejar disaat sakratul maut.

Berbalik kepada isu ini, Kugan bukan hero tapi setidak tidaknya mayat nya telah bercerita 'bahawa aku telah diseksa". Badan nya memberitahu "ada penyangak yg berlagak bagaikan tuhan yg telah mengambil nyawa aku".

Penutupnya...kugan bukan hero tapi isu yg lebih besar adalah keganasan setengah polis yg minoriti.

jangan alih pandangan isu ini.


Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Anonymous said...

Salam!!! ana sokong artikel ini!!!baca dan fikirkanlah...jangan mudah terpedaya.....dan membela membabi buta....

abikhsan said...

Setuju komen Brother Roslan. Main plot ialah macam mana tahanan dibawah police custodian boleh mati. Cuma statement dari Menteri Syed Hamid Albar macam orang pendek akal... "Kugan penjenayah dan tak boleh dikatakan hero..."

Memang tak betul sebab Kugan hanya suspect kes tersebut dan masih dalam siasatan. By law, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak melalui proses perbicaraan dan diputuskan oleh mahkamah. Lain lah kalau Kugan mati kat Penjara Spg Renggam atau Sg Buloh selepas mahkamah jatuhkan hukuman.

Adakah polis serius nak siasat kes ini. Kes gambar autopsy adik Nurin Jazlin yang disebarkan pun masih tak selesai. Kata akan dakwa individu yang disclose that photo.. senyap je.....

Anonymous said...

satu pandangan yang menampakkan kematangan oleh Chinniah...

Anonymous said...

Takkanlah mencuri hukum mati?

Tok Long said...

Ustaz Melayu telah di tetak dgn kejam ....melayu tak kata apa....

Melayu telah dirompak dgn pisau dileher .....melayu tak kata apa...

melayu oh melayu.......

yg salah tetap salah ....tapi jangan sampai dayusnya melayu.....

setiap petak tanah melayu telah dihisap oleh Britain..kemudian cina...dan sekarang melayu terpaksa mengadaikan negara atas sebab mahukan keadilan....