Sunday, February 01, 2009

Perak dalam bahaya............

Pelbagai berita dan perkhabaran diterima dari Perak yang ada diantaranya menggambarkan kesudahan yang buruk buat Pakatan Rakyat di negeri berkenaan. Baru sahaja kita meraikan penyertaaan ADUN Umno dari Bota yang menyertai PKR, kini kita mendengar berita bahawa ada lagi yang akan melompat, kini bukan dari BN ke PKR tetapi sebaliknya, sehingga mampu menumbangkan kerajaan!

Sejauh manakah tepat berita yang diterima tidak dapat dipastikan tetapi ternyata keadaan begitu meruncing dan mencemaskan di Perak.

Kita mendoakan agar PR akan dapat bertahan dan segala perancangan BN untuk meruntuhkan kerajaan yang baru berusia 11 bulan itu akan gagal. Rakan saya MSO di dalam blognya mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Terengganu selepas pilihan raya umum pertama pada tahun 1959. Akibat dari lompat melompat, kerajaan PAS tumbang pada tahun 1961 apabila gagal menahan ADUNnya dari berpaling tadah.

Tetapi MSO tidak menyebut yang ada juga kerajaan yang mampu bertahan walaupun dengan majoriti 1 kerusi. Kelantan pasca pilihanraya umum 2004 selepas berlaku pilihan raya kecil di Permatang Pasir tetap dapat bertahan sehingga kepenghujung penggal walaupun dengan kelebihan 1 kerusi!

Segala-galanya terpulang kepada ketahanan diri dan matlamat perjuangan.

Bagi saya apa yang berlaku di Perak seharusnya menjadi iktibar dan pengajaran buat kerajaan PR di negeri-negeri lain. Tidak dapat dinafikan kerjasama sesama PR diperingkat Parlimen, DUN dan akar umbi masih belum kukuh dan perlu banyak diperbaiki. Kita banyak melatah dalam isu sesama parti tetapi kuruang menumpukan kea rah penyatuan bagi menghadapi musuh yang satu.

Semua pihak perlu hormat-menghormati dan jangan menyinggung pihak yang lain. Sikap toleransi dan kematangan politik sangat dituntut. Jika PR dapat membina dan meneguhkan aspek ini insyallah segala terjahan dan gertak BN bakal kita hadapi dengan mudah. Jika tidak, kita yang menanggung kesusahan.

Sesungguhnya keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini menunjukkan lonjakkan sokongan pengundi-pengundi Melayu terhadap PAS dan PR. Ini satu perkembangan yang sihat dan jika ianya berterusan dicampur dengan kekalnya anjakkan sokongan pengundi bukan Melayu, tidak mustahil BN mampu ditumbangkan pada PRU ke 13 nanti.

Namun lonjakkan dan anjakkan ini tidak bermakna jika pimpinan dalam parti tidak memiliki ketahanan diri dan mudah dibuai pujuk rayu dan habuan. Belajarlah dari perisitiwa di Terengganu 1959-61, belajarlah dari kekuatan di Kelantan 2004-08.

2 comments:

Anonymous said...

pilihanraya akan dtg PKR tak perlu utk bertanding dlm mana2 kerusi. kerusi2 DUN & parlimen PKR biarkan PAS sahaja yg bertanding.

PKR perlu mantap & mendisplinkan dulu ahli2nya. tarbiah ahli2 PKR supaya menjadi ahli2 yg disiplin macam ahli2 PAS.

dulu ramai orang cakap PKR nie parti serpihan umno. ahli2nya ramai yg masih berperangai macam umno. dulu saya tak percaya. skang rasa mmg betul.

utk kemashlahatan rakyat malaysia, PKR perlu beri kerusi bertanding kpd PAS & dlm waktu yg sama PKR perlu belajar dari PAS tentang erti perjuangan.

kami rakyat tak mahu dengar cakap2 kosong dari DSAI. DSAI perlu terlebih dahulu perbaiki ahli2nya dlm PKR tak kira bangsa. didik mereka erti perjuangan, didik mereka berdosanya rasuah, didik mereka tentang berdosanya berzina (dirasuah dgn perempuan). DSAI perlu disiplinkan ahli2 PKR.

Anonymous said...

diantara anggota PR, nampak gayanya PKR lah yg paling kokak. Malu kat DAP!