Dalam ghairah jangan silap fakta
Rata-rata para pemerhati politik dan masyarakat kebanyakkan sedang mengikuti dengan penuh minat dan teliti perkembangan di Perak. Asalnya dua orang EXCO kerajaan Perak dari PKR dikatakan telah “menghilangkan diri”. Ini diikuti dengan spekulasi yang mereka telah condong pada Umno dan terakhir semalam bahawa Speaker Dewan Perak menerima surat perletakkan jawatan mereka berdua.
Sebentar tadi di dua hotel berasingan kedua-dua ADUN berkenaan menyatakan bahawa mereka masih ADUN PKR dan tidak pernah keluar parti. Dalam pada itu pagi tadi dimaklumkan bahawa Menteri Besar telah mengadap Sultan Perak menyembahkan perkembangan perletakkan jawatan berkenaan.
Bagaimana kesudahannya, tidaklah dapat kita baca dengan tepat pada waktu ini, apa pun tidak dinafikan krisis ini telah membantutkan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri PR yang baru itu.
Dalam pada itu juga para pengulas politik dan penulis di akhbar-akhbar tempatan dan portal berita sibuk membikin dan mengenengahkan pandangan, ulasan dan bacaan masing-masing. Ada yang menarik dan berfakta, ada yang mengarut dan kadangkala ada juga yang tersilap. Umpamanya analisa Wong Sai Wan dalam akhbar The Star hari ini. Beliau menukilkan sebuah artikel bertajuk:
Pakatan mess may end up in court
Antara kandungannya menyebut:
The Supreme Court in 1992 decided that this freedom necessarily includes the right to dissociate.
In this case where Nordin Salleh and a few others quit PAS to join Barisan in 1990 but the State Constitution had an anti-hopping law.
In so concluding, the Supreme Court struck down as unconstitutional legislation by which the Kelantan state constitution had been amended to declare a seat vacant if an assemblyman resigned from his political party.
Kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh kini muncul menjadi bahan perbahasan dalam menghujahkan kes dua ADUN yang sekejap melompat sekejap tidak di Perak itu. Yang saya maksudkan sebagai kesilapan fakta itu adalah apabila Wong menyatakan bahawa “Nordin and few other quit PAS to join Barisan in 1990”.
Mengikut rekod tiga orang wakil rakyat yang melompat menyertai Umno/BN pada tahun 1990 itu selepas pilihan raya umum 1990 adalah:
Nordin Salleh ADUN Sg. Pinang
Wan Najib ADUN Limbongan
Ibrahim Ali ahli parlimen Pasir Mas
Dan mereka bertiga kesemua dari parti Semangat 46 dan bukannya PAS sebagaimana dilaporkan. (Apabila saya mebuat “cross reference” rupanya Presiden BAR Council dalam laporan mereka juga memetik yang Nordin dan rakan-rakan dari PAS!)
Berikut saya petik kenyataan Tok Guru Nik Abd Aziz ketika berceramah sempena Majlis Meraikan Petugas-Petugas PRU ke 12, di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), di Pengkalan Chepa, selepas PRU ke 12 pada bulan Mac, 2008:
Masalah lompat parti ini bermula sewaktu wakil rakyat Sungai Pinang, Nordin Salleh yang lompat daripada Semangat 46 masuk UMNO. Begitu juga waktu wakil rakyat Pasir Puteh (Limbongan) yang juga lompat dari Parti Semangat 46 masuk UMNO…Ekoran timbul masalah itu kita sudah pun baiki dah peraturannya malah kita bawa masalah itu pergi ke mahkamah bagaimanapun mereka tolak kita dan kita kalah…Tapi hari ini tahu-tahu dia nak buat pula yang dia sendiri tidak boleh buat sebelum ini sebab itu saya setujulah.
Diharapkan para penulis dan penganailsa memperbetulkan ulasan masing-masing apabila memetik kes ini, mereka bukan dari PAS tetapi Semangat 46.
1 comment:
Asalamualaikum,
Pembetulan fakta yang diperlukan di sini.
Nordin Salleh dan Najib adalah wakil S46 dalam kerajaan campuran PAS yang dimenanangi 100% oleh pakatan ini di Kelatan pada pilihanraya November 1990. Mereka melompat parti 1 atau 2 tahun kemudian dan buka tahun 1990.
Manakala Ibrahim Ali merupakan ahli parlimen S46 yang melompat parti selepas itu.
Mereka adalah bekas ahli UMNO dan kekal dengan budaya politik wang UMNO.
Menarik, warna sesumpah memmang kerap bertukar.
Tidak salah jika kita katakan parti warisan talibarut Inggeris ini yang masih gemar dengan nama Inggerisnya sudah tentu bukan pejuang bangsa dan bahasa Melayu.
Mereka adalah parti pejuang tengkolok dan perut masing-masing.
Post a Comment