Sunday, February 01, 2009

Perak terus bergolak

Berita terkini dari Perak, kedua-dua EXCO PKR yang dilaporkan “hilang” dikatakan telah mengirim surat perletakkan jawatan masing-masing kepada Speaker Dewan V. Sivakumar. Ini bermakna dua pilihan raya kecil terpaksa dipanggil iaitu untuk DUN N.59 Behrang (majoriti 1,027) dan N.14 Changkat Jering (majoriti 1.102).

Apakah muslihat BN sehingga memaksa kedua mereka mengosongkan kerusi?

Sementara itu The Star online melaporkan Timbalan Speaker DUN Perak Hee Yit Fong dari DAP yang mewakili kerusi DUN Jelapang akan menyertai MCA. Jika kedua-dua EXCO berkenaan dikatakan mengambil tindakan drastic itu lantaran kes rasuah mereka, tidak pula diketahui apakah alasan Hee, OKU pertama yang dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengusai 32 dari 59 kerusi DUN Perak, iaitu DAP 18, PKR 8 dan PAS 6, sementara BN memiliki 27 kerusi iaitu 26 Umno dan 1 MCA.

Saya masih tidak dapat membaca apakah muslihat BN memaksa kedua-dua bekas ADUN PKR itu mengosongkan kerusi mereka, malah Hee juga dilaporkan akan berbuat demikian. Dalam keadaan ini mungkin opsyen yang tinggal pada MB Perak Datuk Seri Nizar adalah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Jangan kita biarkan kerajaan negeri pilihan rakyat ini “dicuri” begitu sahaja depan mata kita. Lebih baik kita serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ini lebih baik dari kita menyerah begitu sahaja. Walaubagaimanapun terpulanglah pada pucuk pimpinan PR Perak untuk membuat keputusan.

Sementara itu bagi PAS sendiri adakah kita mampu pertahankan enam kerusi yang kita miliki iaitu N. 8 Titi Serong (majoriti 1,149), N.11 Gunung Semanggol (majoriti 2,070), N.12 Selinsing (majoriti 547), N.20 Lubok Merbau (majoriti 72), N.51 Pasir Panjang (majoriti 4,474 – kerusi MB) N.56 Changkat Jong (majoriti 899)?

Adakah kita mampu menebus 5 kerusi lagi yang kita tewas di bawah 500 undi antaranya N. 36 Pengkalan Baru (14 undi), N. 6 Kubu Gajah (66 undi), N.23 Manjoi (348 undi), N.5 Selama (355 undi) dan N.53 Rungkup (454 undi).

Apa pun jika benar berlaku pembubaran dewan, maka seluruh jentera, tenaga dan kekuatan PAS perlu dikerahkan ke Perak bagi mempertahankan kubu-kubu PAS ini selain merampas kubu-kubu yang berpotensi dan yang paling penting mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Apa perkembangan selanjutnya sama-samalah kita ikuti.

5 comments:

sifu said...

PKR oh PKR!!!
Saya cadangkan kedua-dua DUN yg dikosongkan itu calunnya dari PAS. Baru semangat & bermakna ahli PAS bekerja nanti.

Cikli said...

salam tuan.

semoga Allah bersama pemerintah yang benar dan adil.

simboliknya di perak, bagaimana pas menjadi kepala dan menangani masalah2 daripada parti2 komponen pakatan yang lain.

Hanya Allah yang berkuasa.

Mr. Right said...

Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.

Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?

Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.

Sungguh memalukan!

Inilah padahnya kalau pengundi mengundi berpandukan parti. Sepatutnya lupakan parti yang calon wakili, selidik peribadi calon. Kalau kurang pasti, jangan keluar mengundi.

Short Talk

tong_kosong said...

aduh dlm negara yg penuh dgn pelbagai masalah dr segi ekonomi, perkauman, jenayah dan mcm2 lagi.. org politik yg telah diberi mandat untuk memerintah (baik BN & PR) masih sibuk gilakan kuasa...

buat sdr roslan... apa pendirian tuan berkenaan "lompat parti oleh ADUN/AP"? mungkin pernah sdr utarakan.. saya terlepas pandang.. jika waktu ini kurang sesuai.. boleh diulas kemudian

bagi saya.. di Malaysia biasanya org memilih parti, kurang mengenali calonnya lebih2 lagi dlm PRU.. saya tak setuju lompat2 ni..

harap PAS pon perlu buat sesuatu.. bukankah dulu ketika kempen Ibrahim Ali digelar mcm2? Jgn sekarang PAS menyokong pula..

Anonymous said...

Kpd Tong Kosong,

PAS telah mendepani dan menjuarai dan jelas dari dulu lagi dalam isu lompat parti ini. Sila Rujuk kes di DUn Kelantan 1990-1995.

rasanya ramai telah mengulas isu ini,Tuan boleh rujuk sendiri.

Naib Presiden Datuk Husam pun ada commemnt pasal lompat parti ni dlm papers. Tuan boleh rujuk disana.

Selamat merujuk,
Takbirr