Monday, January 05, 2009

Merayu bantuan buat calon PAS

Suasana dalam dewan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam semalam meriah. Anak-anak Terengganu di perantauan atau lebih tepat lagi yang tinggal di sekitar Selangor dan KL hadir beserta anak-isteri masing-masing. Tidak kurang juga sejumlah besar wartawan dari media tempatan. Tujuannya kerana satu majlis dianjurkan bagi mereka untuk bertemu dengan calon PAS bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu iaitu YB Mohd Abd Wahid Endut yang diterbangkan khas dari Kuala Terengganu.

Calon diiringi bersama oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Hj Mustapha Ali dan ADUN Ladang YBM Dato’ Tengku Hasan, hadir disamping untuk memperkenalkan calon, lebih penting lagi bagi memastikan yang semua para pengundi yang berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu agar pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi 17 Januari nanti.

Adalah dianggarkan pengundi berdaftar yang tinggal di Lembah Kelang sahaja sekitar 3,000 lebih. Sudah pastilah jika mereka ini dapat diyakinkan untuk pulang kesemuanya ke KT pada hari mengundi dan mengundi pula calon PAS, insyallah harapan PAS untuk merampas kembali kerusi KT cerah.

Tetapi apa yang menarik bagi saya semalam adalah peluang bagi semua yang hadir untuk menilai dan melihat sndiri ketokohan calon PAS Hj Wahid Endut. Keterampilannya, akhlak dan budi bahasanya malah perwatakkannya semalam telah berjaya menawan hati dan mendorong ramai untuk menyahut seruan PAS agar pulang mengundi. Pihak penganjur turut menayangkan profil dan khidmat calon sepanjang lima penggal beliau menjadi wakil PAS di DUN Wakaf Mempelam.

Ternyata Haji Wahid memiliki rekod perkhidmatan yang cemerlang dan telah teruji sebagai wakil rakyat yang berperanan dan berjiwa rakyat.

Dalam majlis berkenaan Presiden PAS turut menjelaskan panjang lebar darihal perlunya PAS memenangi kerusi KT disamping menerangkan bagaimana beliau mengambil keputusan memilih Hj Wahid. Rata-rata bukan hanya mereka yang berada di dalam dewan malah semua pihak yang ditemui akur bahawa pilihan PAS yang diumumkan oleh Presiden itu, disenangi dan diterima semua dan lebih utama lagi memiliki harapan besar untuk menundukkan calon lawan.

Kata Tuan Guru Presiden Hj Wahid tidak minta untuk jadi calon dan apabila ditawarkan beliau menangis dan menolak, itulah kehebatan pimpinan PAS. Saya kira akhlak begitulah yang berjaya dibentuk oleh PAS selama ini dikalangan pimpinannya yang terbukti tidak hadir pada pihak lain.

Kini yang pentingnya adalah untuk memastikan kemenangan PAS. Rakan-rakan dari PKR dan DAP sudah pun memulakan gerak langkah di sana. Bagi mereka yang akur dan mahukan kemenangan PAS/Pakatan Rakyat, semua kita perlu bekerja kuat. Yang ada kawan dan taulan, saudara-mara sebagai pengundi, pujuk dan ryulah meka agar mengundi PAS. Yang mempunyai kelapangan masa bolehlah bertandang ke sana bagi membantu jentera pilihan raya PAS. Dan yang dikurnia Allah swt rezeki dan mahu menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke tabung dana yang disediakan oleh PAS Pusat di CIMB Islamic: ”Tabung Dana Pilihanraya” nombor akauan 1449-0000017-10-4.

6 comments:

Anonymous said...

Insyaalah kami adik beradik kesemuanya lima beradik akan balik untuk mengundi.

Anonymous said...

Salam.no akaun mayban x dak ke? sebab mayban la paling banyak kat meleisia nie. jauh gak nak pi cimb nie.

al-brangi Online said...

akhlaknya tinggi. PR 1st class

Anonymous said...

ana rasa, duit kempen lagi awla kut klu d salurkn ke Palestin banding ke kuala terengganu.. antara darah umat d palestin dan pilihan raya d terengganu... amcm?

Anonymous said...

borneo, kalau semua gaji atau untung bisnes enta diberikan kpd palestin, barulah kita akan tutup akaun pilihanraya ini. setuju?

ini kerana mereka di sana lebih aula dengan gaji enta berbanding enta yang dah ada simpanan dalam bank dll.

amacam?

Anonymous said...

Saya kira penama akaun itu adalah Tabung Dana Pilihanraya . Boleh dapatkan Business Registration ke apa ke sebab apa2 identiti boleh buat interbank transfer melalui internet.