Ada yang mungkin tidak setuju. Ada yang mungkin tidak berapa berkenan namun saya secara peribadi menambatkan keyakinan pada Presiden AS yang ke 44, Barack Hussien Obama yang saya yakin berupaya menjalin hubungan yang lebih bermakna dengan negara dan dunia Islam. Semasa ucapan sulung beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang baru Obama berkata:
Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama
Saya rasa beliaulah Presiden AS yang pertama yang meletakkan keutamaan kepada menjalin hubungan seumpama ini dengan negara Islam.
Dalam kita memikul kemelut Palestin dan ketidak-tentuan di Afghanistan, Iraq dan negara-negara umat Islam yang lain yang berkonflik, Obama membawa harapan baru buat umat Islam. Beliau kelihatan mahu menjauhkan dirinya dari terus bertembung dengan dunia Islam, sebaliknya berjanji akan meneroka jalan-jalan baru demi kebaikan sejagat.
Beliau mungkin benar demikian, atau beliau mungkin akhirnya akan menjadi Presiden umpama Bush juga, itu tidaklah kita ketahui. Tetapi dari segi perawatakan dan ucapan-ucapan beliau, kita dapat menjangkakan yang Obama mahu mengasingkan diri dari sikap konvensional Presiden AS yang sebelumnya yang sering memandang negatif terhadap umat Islam.
Mungkin darah Islam yang beliau warisi dari bapak kandungnya Allahyarham Hussien Obama bakal menginsafkan beliau dan mendorongnya untuk mengambil langkah bagi menyelesaikan konflik yang melibatkan bumi dan umat Islam seluruh dunia.
Sesunggunya di dunia hari ini, kiranya AS tidak berpihak kepada mana-mana, berlaku adil terhadap rakyatnya dan rakyat dunia yang lain, nescaya tiadalah konflik dan pergeseran yang membunuh ribuan umat yang tidak berdosa. AS dilihat sebagai “big bully” apabila ia menyondol apa sahaja yang berada di hadapannya dan terus-terusan memeluk dan mendakap regim haram Israel.
Obama mungkin nanti tidak sebagaimana yang kita harapkan, namun tiadalah salah bagi kita untuk menaruh harapan. Yang lainnya kita serah pada Allah swt. Semoga Obama berjaya mengotakan segala yang dijanjikannya itu.
Beliau mungkin benar demikian, atau beliau mungkin akhirnya akan menjadi Presiden umpama Bush juga, itu tidaklah kita ketahui. Tetapi dari segi perawatakan dan ucapan-ucapan beliau, kita dapat menjangkakan yang Obama mahu mengasingkan diri dari sikap konvensional Presiden AS yang sebelumnya yang sering memandang negatif terhadap umat Islam.
Mungkin darah Islam yang beliau warisi dari bapak kandungnya Allahyarham Hussien Obama bakal menginsafkan beliau dan mendorongnya untuk mengambil langkah bagi menyelesaikan konflik yang melibatkan bumi dan umat Islam seluruh dunia.
Sesunggunya di dunia hari ini, kiranya AS tidak berpihak kepada mana-mana, berlaku adil terhadap rakyatnya dan rakyat dunia yang lain, nescaya tiadalah konflik dan pergeseran yang membunuh ribuan umat yang tidak berdosa. AS dilihat sebagai “big bully” apabila ia menyondol apa sahaja yang berada di hadapannya dan terus-terusan memeluk dan mendakap regim haram Israel.
Obama mungkin nanti tidak sebagaimana yang kita harapkan, namun tiadalah salah bagi kita untuk menaruh harapan. Yang lainnya kita serah pada Allah swt. Semoga Obama berjaya mengotakan segala yang dijanjikannya itu.
12 comments:
Jangan di harapkan sangat, dia tidak akan berani membantah tuan azalinya, iaitu ZIONIS!
Tok Long sependapat dgn Roslan ......walaupun sebenarnya Org Islam sendirilah yg sepatutnya berusaha "bersatu" untuk mengubah senerio dunia yg semakin hari semakin menindas umat islam . Kita berharap pada Obama yg sah bukan islam untuk membantu ..... tapi seperti kata Roslan.....apakah salahnya kita berharap mungkin ada kelembutan dihatinya tuhan berikan ......
Tapi sehingga ini kita org Islam diseluruh dunia sebenarnya yg tidak membantu Islam....
kita tak pernah mahu bersatu....membantu sesama islam.... walaupun kita telah diberi nikmat dan kesempatan yg baik dari ALLAH.....tak payah di lihat didunia luar tapi di Malaysia kita sendiri pun tak pernah ada kesefahaman.......
Tok Long bayangkan bila Israel menyerang org Islam, Seluruh dunia 1.7 bilion iaitu 23% org Islam didunia ini bersatu .....tapi kita hanya mampu "Berdoa sahaja dan juga memberi bantuan" tapi tidak mampu "menghalang" sama sekali...
Bilakah org Islam akan bersatu....mengapa amalan , Al Quran yg dipelajari tak dapat menyatukan kita...?????
Semoga Obama kuat dengan pegangan islamnya biarlah dia bergerak bak air yang dapat menghakis batu yang pejal .Semoga Allah mengembalikan zaman kegemilangan islam dengan hadirnya presiden beragama islam di negara gergasi.. Mungkin ada rahsia kekuatan kenapa Allah mewajibkan setiap umat islam itu memilih pemimpin beragama islam.
Em... alangkah bagusnya jika setiap negara gergasi itu di terajui oleh pemimpin beragama islam... seperti Britis, Russia, Jerman dan China.....
Saya lebih suka jika umat islam bersikap berhati-hati dalam menaruh harapan pada presiden baru ini. Saya lebih-lebih lagi curiga kerana beberapa sebab:
1) penasihat-penasihat utama Obama sendiri adalah pendukung misi zionis atau sekurang-kurangnya pernah menyatakan simpati.
2)Obama sejak 2 tahun lepas lagi telah ditonjolkan di media Israel sebagai seorang yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membantu penerusan kewujudan negara haram Israel. Perlu diingat sejak selepas WWII, tiada presiden US yang mendapat jawatan itu melainkan mendapat 'restu' dari kaunsel hubungan Israel-Amerika.
3) Banyak kenyataan Obama sendiri yang menjamin kesetiaan tak berbelah bagi untuk terus menyokong Israel dalam semua segi.
4)Susur galur keluarga sebelah ibunya yang dikatakan berdarah yahudi campuran.
5)sejarah US sendiri yang mempunyai lebih banyak konflik ketika Demokrat memegang White House.
Sebagai insan yang dianugerah ALLAH akal dan fikiran,catatan tuan menampakkan sikap tuan yang terbuka.Sikap memberi peluang pada seseorang dalam menunjukkan bahawa apa yang dijanji akan dilaksanakan adalah satu sifat kepimpinan yang baik.Saya berkongsi keinginan dan pengharapan yang sama dengan tuan.Adalah mendukacitakan kerana masih ujud insan insan yang tidak mempercayai perkataan positif dalam hidupnya.Bagi mereka ini,persengketaan yang berterusan adalah suatu yang terbaik.Tetapi malangnya bukan mereka yang menerima derita akibat persengketaan ini.Jika persengketaan ini akan menyebabkan mereka merana,mungkin barulah akan ujud pengharapan.
pandangan peribadi yg berani.
apa pula pandangan Pas S'ngor?
oh ya. Pas S'ngor melalui ketua penerangannya ada weblog ke?
klu ada , apa alamatnya.
klu tiada bagaimana kami boleh access kegiatan dan polisi Pas S,ngor? minta beri maklumat tersebut.
tk.
pandangan peribadi saya...
setiap individu adalah pemimpin...
kemana arahnya hanya individu itu saja yang mengetahui...
setiap kejayaan tidak akan wujud jika berseorangan...
siapa tulang belakangnya adalah rahsia kekuatan dan kelemahannya...
-jangan dibiarkan bersendirian pemimpin itu kerana mereka yang mengelilinginya akan memberi impak kepada segala keputusan dan tindakannya...
obama beragama Islam ke????
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Termenung juga seketika benarkah Obama berugama Islam?...
Akhirnya dari pencarian maklumat dari internet juaga... ...
secara pandangan individu saya.... Obama masih belum berani menegaskan dia berugama apa...
Dari latar belakang kehidupannya zaman pembesarannya...
Obama pernah menjalani kehidupan sebagai orang islam di Indonesia... dan pernah pula berada dikalangan church di US...
bapanya Berugama Islam manakala ibunya kristian khatolik kedua-dua mereka bukanlah pengamal agama yang baik...
Akibatnya di US mereka sedang berjaga-jaga tentang OBama...
Diharapkan Orang-orang Islam tidak akan putus-putus memohon doa kepada Allah ..agar OBAMA tetap dalam keimanan islam... Biar Doa itu ibarat NAbi Muhammmad berdoa untuk Saidina Umar Al-Khattab. "Ya Allah jadikan Barrack Hussien Obama seorang muslim dan tetapkan keimannya yg terkandung sejak dari perut ibu. Dan telah dia berjanji kepada Allah sebelum keluar dari perut ibu akan memjadi seorang hamba Allah yg berjaya di dunia dan di akhirat.
Assalamualaikum
Saya mohon membuat penjelasan. Saya tidak pernah menyatakan bahawa Obama adalah seorang Muslim. Apabila saya menyebut "darah Islam" yang beliau warisi saya maksudkan bapanya seorang Muslim tetapi beliau tidak.
Obama pernah membuat kenyataan semasa berkempen untuk memenangi pencalonan parti Demokrat:
"Let's make clear what the facts are: I am a Christian. I have been sworn in with a Bible. I pledge allegiance [to the American flag] and lead the pledge of allegiance sometimes in the United States Senate when I'm presiding."
Hakikatnya beliau seorang Kristian. Cumanya kita berharap kesedaran Islam yang beliau warisi dari keturunan sebelah bapanya akan membangkitkan keinsafan dan naluri mahu membantui dan bersimpati pada Islam. Boleh atau tidak itu kerja Allah swt, kita berdia, insyallah.
Allah telah menyebut di dalam Al-Quran bahawa tidak akan redha org2 Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut agama mereka.... (Al-Baqarah;120). Oleh itu kita tidak sepatutnya menaruh harapan kepada mereka utk membantu agama kita. Sebaliknya, umat Islam lah yg sepatutnya bersatu untuk menegakkan agama Allah ini sebagaimana yg ditegakkan pada zaman Nabi dan sahabat.
Sememangnya kita tidak boleh menaruh harapan untuk orang lain tampil membantu tanpa usaha kita sendiri...hakikat ini benar malah terbukti apabila kita renung kembali dan perhatikan dalam negara yang paling kecil di persekitaran kita iaitu institusi kekeluargaan..
apabila proses pencapaian matlamat yang berlainan wujud pergeseran pendapat timbul dan masing-masing cuba menegakkan kebenaran dengan perkataan yang pedas berkemungkinan menghiris dan melukai hati pasangan tanpa disedari , akibatnya pemamtauan dan perkembangan waris terlepas pandang dek sibuk masing-masing cuba untuk menegakkan kebenaran dan akhirnya pihak luar mudah mempergunakan situasi ini untuk melakukan apa sahaja kerosakan pada waris dan seterusnya generasi yang bakal datang .... Inilah yang terjadi pada umat islam di malaysia malah di negara dunia lain ...salah satunya sebab GAZA mudah diserang oleh israel...
Jauh di hati ini.. tetap mendoakan OBAMA dapat kembali kepada ISLAM.... ZAman kegemilangan tamadun islam ialah zaman dimana dunia di pimpim dalam satu suara seorang khalifah berwibawa yg mampu membawa agama islam ke seluruh dunia.. Saya tidak bermaksud Obama tapi mungkin dengan tampilnya Obama yang pernah menerima ajaran ISlam akan dapat menonjolkan seseorang yang mampu menjadi khalifah yang kita tunggu-tunggu .... ya...mungkin juga dari negara yang berbentuk jantung manusia ......
hanya pandangan individu...
Post a Comment