Jangan sensasikan berita dari sumber kelas sampah
Saya terperanjat apabila membaca salah sebuah akhbar tempatan berhubung penafian seorang EXCO Selangor yang didakwa terlibat dalam kes khalwat. Dakyah jahat itu disebarkan melalui laman web pro Umno iaitu kmu.net. Pihak JAIS turut mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang tangkapan sebagaimana yang didakwa itu.
Saya bersimpati dengan EXCO dari PAS itu tetapi pada pandangan peribadi saya sepatutunya berita palsu itu tidak perlu pun disensasikan (mungkin penafian JAIS sahaja sudah memadai). Laman web fitnah itu memang telah wujud sekian lama tetapi jumlah pengunjungnya saya difahamkan semakin susut dan dah hampir pupus pun. Mengapa perlu kita beri nafas baru kepada mereka?
Kalau kita memberi layanan kepada kelompok “desperado” seumpama ini kelak masa kita hanya akan terbuang dengan memberi seribu satu penafian, naik turun mahkamah sedangkan banyak kerja lain yang lebih bermanfaat yang boleh kita lakukan.
PAS insyallah melahirkan saf kepimpinan yang bersih dan baik akhlak mereka. Tambahan jika mereka itu terdiri dari wakil-wakil rakyat yang sememangnya telah melalui proses penapisan yang detail dari peringkat cawangan ke kawasan sehinggalah ke peringkat Majlis Syura Ulamak. Kalau ada yang terbolos melakukan apa sahaja pelakuan yang mengaibkan Islam, PAS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan. Pernah seorang ahli parlimen dipecat dari parti kerana menyertai majlis tari-menari di parlimen dan seorang ADUN di Kedah dipecat kerana berpakaian tidak sopan.
Dalam erti kata lain “standard” kualiti wakil-wakil rakyat PAS adalah tinggi.
Jadi jika laman web sampah seperti kmu mahu mensensasikan berita separuh tiang seperti ini, pedulikan sahaja mereka. Lainlah jika yang mendakwa itu dari kalangan laman-laman web perdana umpama Malaysia Today, Malaysiakini atau yang seumpamanya.
Ramai yang mungkin tidak bersetuju tetapi bagi saya begitulah, wallahualam.
3 comments:
InsyaAllah, bersetuju dengan pandangan saudara.Sudah cukup tindakan saman yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan (Exco dari PAS).Jangan dilayan laman web sampah tu, buang masa....masih banyak kerja-kerja amal Islami yang perlu dilakukan.Isu ummah terlalu banyak, jangan kita terleka.
pandangan saudara memang bernas dan wajar kita tumpukan sahaja pada perkara-perkara yang lebih 'mesra rakyat' daripada melayani segelintir manusia/kumpulan yang kekeringan 'bahan sensasinya'...teringat ucapan dalam filem lama "lantak ngko la labu (kmu.net)"...
saya pun sangat setuju dgn pendapat saudara dan tak usah perkara sampah ini diperbesarkan oleh mana2 individu dlm jemaah
Post a Comment