Friday, October 28, 2005

Bagaimana mengawal lidah ahli Parlimen

Bukan lagi satu rahsia bahawa ahli-ahli parlimen terutama dari parti pemerintah Umno/BN memiliki rekod sering mengeluarkan kata-kata kesat dan biadap dalam dewan rakyat.

Fenomena ini berlaku barangkali kerana pertama mereka memiliki majoriti yang luar biasa besarnya, lantas menyangka yang pendapat dan pandangan orang lain tidak berharga dan kedua kerana di dewan rakyat selain dari sesama ahli parlimen, kakitangan dan pelawat, mereka menyangka tidak ada orang lain yang dapat mendengar dan memerhati gelagat mereka.



Beberapa tahun lalu kita pernah mendengar rakaman kata-kata kesat dan nista dilemparkan umpamanya kepada Karpal Singh ketika beliau berucap. Seolah-olah bangsa dan budaya Karpal itu adalah bahan momokkan bagi si BN dan Umno.

Ulamak tahi kucing, pakai sahaja serban tapi bodoh adalah antara ayat-ayat biadap yang pernah dilemparkan terhadap ahli-ahli parlimen PAS.

Dan yang terkini adalah apabila wakil BN dari Yan menggunakan istilah KELING terhadap masyarakat India Malaysia.

Itu tidak termasuk kata-kata jolokkan berbau seks yang ditujukan kepada ahli-ahli wanita, seperti yang biasa dilemparkan apabila wakil Batu Gajah.

Dan biasanya juga apabila dibawa ke perhatian Speaker, mereka yang biadap ini samada akan dilepaskan dengan memohon maaf atau kadangkala dilepaskan begitu sahaja.

Hairan walaupun memilki pendidikan yang tinggi dan dihormati pula pada mata masyarakat namun apabila diberi peluang berucap mereka mudah lupa keperibadian mereka masing-masing dan boleh dalam sekelip mata sahaja bertukar menjadi badot dan haiwan yang tidak berakal.

Penyakit celupar mulut ini bukan sekadar merebak di Dewan Rakyat, malah demikian juga di Dewan-dewan Undangan Negeri. Di DUN Terengganu kita pernah mendengar ADUN Umno melabelkan ADUN Pembangakng dari PAS sebagai BABI!

Inikah jenis ahli-ahli parlimen yang dilahirkan oleh Malaysia yang sedang bergelut mahu menjadi negara maju itu?

Cuba kita perhatikan contohnya House of Commons, parlimen di UK. Kebebasan diberikan kepada ahli-ahli parlimen untuk berucap dan berbahas, dan mereka di sana menggunakan peluang tersebut seluas-luasnya. Bezanya mereka tidak menggunakan kata-kata kesat sebagaimana yang sentiasa bermain di bibir ahli-ahli dari BN/Umno itu.

Berkemungkinan jika kita tayangkan secara langsung sidang dewan, sekurang-kurangnya rakyat jelata dapat menilai dan memerhatikan gelagat wakil masing-masing. Di ketika itu yang badot dan berperangai umpama haiwan mungkin akan berhati-hati kerana memelihara survival masing-masing.

RM28 juta tambahan geran pembangunan untuk Kelantan

Di Putrajaya semalam PM Pak Lah mengumumkan tambahan geran pembangunan tahunan kerajaan persekutuan sebanyak RM120 juta kepada negeri-negeri. Dan disamping itu sejumlah RM211 juta hutang kerajaan-kerajaan negeri dilupuskan.

Menurut Pak Lah pertambahan geran tersebut bermaksud untuk merapatkan jurang pembangunan yang berbeza-beza antara negeri-negeri dalam persekutuan.

Kelantan menerima peruntukkan kedua terbesar iaitu sebanyaka RM28.6 juta. Dan sewajarnyalah kerajaan negeri mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan pusat di bawah Pak Lah itu.

Walaubagaimanapun diharapkan geran tersebut disalurkan terus ke kerajaan negeri dan tidak ke pihak-pihak lain di Kelantan. Sekiranya kerajaan pusat ikhlas mahu memanfaatkan wang tersebut, maka kerajaan negerilah tempat yang paling layak untuk ianya disalurkan. Jangan nanti wang itu disalur pula ke agensi lain ataupun melalui wakil-wakil rakyat Umno.



Kerajaan negeri di Kelantan yang serba dikekang itu telah membuktikan kemampuannya sebagaimana yang dibentangkan oleh Tok Guru MB dalam sidang bajet 2006 baru-baru ini. Sebagai sebuah negeri di dalam kerajaan persekutuan maka tidak ada sebab Kelantan tidak diberi otonomi untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaannya sendiri.

Walaupun RM28 juta itu bukanlah satu jumlah yang besar berbanding contohnya hutang kerajaan Johor kepada pusat sebanyak RM598.35 juta, sekurang-kurangnya jika ia turun terus ke kerajaan negeri saya yakin banyak yang kerajaan negeri dapat lakukan dalam merealisasikan matlamatnya untuk Membangun Bersama Islam.

Wednesday, October 26, 2005

Bila pula menteri dan isteri menteri nak bertudung?

Isunya bermula di parlimen apabila Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mempersoalkan darihal seorang siswi bukan Islam yang mengadu kepada beliau bahawa dia telah dipaksa oleh pihak UIA untuk mengenakan tudung kepala ketika majlis konvokesyen universiti tersebut.

Menurut Menteri di JPM, Dr Maximus Ongkili pihak kerajaan telah pun meluluskan keputusan Senat UIA itu berhubung pakaian seragam semasa majlis konvokesyen UIA. Jawapan beliau itu walaubagaimanapun tidak dapat diterima oleh ahli-ahli pembangkang dari DAP.

Kata Kit Siang sebagaimana dilaporkan oleh THE STAR:

Is this not disrespectful of a plural society?

Tindakan ini tidak menghormati kedudukan masyarakat majmuk.

Siapa pun sudah pasti menjangka rungutan akan meluap keluar dari wakil-wakil DAP kerana bagi mereka pakaian seragam itu seolah-olah memaksa kepercayaan Islam ke atas penganut agama lain.


WAJAH DUA ORANG AHLI DEWAN NEGARA PAS

Rupanya isu ini tidak berakhir di situ. Ahli parlimen Jerai, Badruddin Amiruldin pula semasa berucap telah sekali lagi menyentuh isu pakaian tudung ini. Beliau membangkitkan mengapa para penyampai berita di TV hanya menutup aurat apabila tercetusnya satu-satu persitiwa tragik (umapam semasa kematian Datin Seri Endon baru-baru ini) tetapi dihari-hari lain dengan sewenang-wenangnya mendedahkan kembali aurat mereka.

Beliau berkata lagi:

If the Speaker of the Dewan could wear a songkok, why was it that the female Parliament staff could not cover up.

Jika Speaker Dewan Rakyat boleh menggunakan songkok, mengapa pula kakitangan wanita di Parlimen tidak boleh menutup kepala mereka.

I suggest that the officers respect the Dewan and cover themselves up. This should not be a problem, in fact, it is beautiful.

Saya mencadangkan yang para pegawai tersebut menghormati Dewan dan menutup kepala masing-masing. Ianya tidaklah menjadi satu masalah, malah mereka akan kelihatan semakin manis.

Dan sebagaimana biasa Ketua Pembangkang dari DAP yang sememangnya mempertahankan mati-matian amalan sekular itu telah membantah dan menyerang Badruddin.

Saya ucap tahniah di atas keprihatinan YB dari Yan itu. Barangkali dengan bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini beliau merasakan terpanggil untuk mengenengahkan cadangan yang sememangnya diwajibkan oleh Allah swt dan Rasul Nya ke atas umat Islam khasnya kaum muslimat.

Cuma sepatutnya Badruddin jangan tuju pada kakitangan parlimen sahaja, bagaimana pula dengan para Menteri yang duduk di bangku kerajaan? Rafidah, Shahrizat dan Azalina bagaimana? Baimana pula dengan YB-YB Umno samada Wanita ataupun Puteri yang masih belum menutup aurat?

Badruddin jangan lupa juga akan isteri-isteri Menteri, Timbalan Menteri, YB-YB yang lain? Pemangku Wanita Pertama (isteri TPM) pun tak bertudung!

Eloklah sekurang-kurangnya Badruddin telah bersuara walaupun tidak secara menyeluruh. Bagaimana agaknya pandangan Menteri Agama, Dr Abdullah Mat Zain?

Dalam hal ini, saya masih ingat ketika pihak MPKB di Kelantan memperkenalkan garis panduan pakaian sopan untuk jurujual bukan Islam di gedung-gedung perniagaan dalam kawasan Kota Bharu. Banyak pihak telah menentang dan membangkang kononnya arahan ini mencemar kebebasan individu dan hak berpakaian. MPKB tidaklah sebagaimana UIA sampai keperingkat mengarahkan agar mereka yang bukan Islam turut menutup aurat, cuma mengenakan pakaian yang bersopan sahaja, sedangkan pihak kerajaan BN bersetuju agar graduan UIA berpakaian menutup aurat semasa majlis konvokesyen.

Demikianlah keadaan dunia DOUBLE STANDARD yang kita sama-sama huni pada hari ini.

Tuesday, October 25, 2005

Selangor Maju: Mana pergi duit zakat?

Masjid Darul Ehsan Subang Jaya sememangnya sebuah masjid yang penuh kontroversi. Masjid yang satu ketika dahulu penuh makmur itu pada hari ini telah diambil-alih oleh pihak kerajaan negeri Selangor melalui JAIS.

Di masjid inilah satu ketika dahulu kuasa anggota jawatankuasa masjid yang dipilih oleh ahli kariah secara syura telah dirampas oleh JAIS. JAIS telah memecat imam-imam lantikan kariah dan kini mengambil-alih sepenuhnya pentadbiran masjid ini dengan melantik imam dan pegawai masjid mereka sendiri.

Malah bagi pengunjung yang biasa ke masjid ini akan dapat menyaksikan antara satu-satunya kesan terbesar pengambil-alihan JAIS itu adalah pada menara dan kubah masjid ini. Satu ketika dahulu kubah dan menara masjid ini berwarna hijau, tetapi hari ini ianya telah bertukar wajah menjadi emas kekuning-kuningan. Untuk rekod kubah dan menara masjid itu ditukar menjadi warna hijau ketika masjid itu dipengerusikan oleh Dato Muhammad Jamrah, bekas SU Parlimen dan bekas ahli Parlimen Bagan Datuk (yang masih Umno sehingga hari ini).

Sebentar tadi ketika menunaikan solat isyak dan tarawih di masjid tersebut, imam lantikan JAIS telah membuat pengumuman. Antara lain beliau merayu agar para jemaah menghulurkan sumbangan bagi membiayai fakir-miskin, terutama ibu-ibu tunggal yang berpusu-pusu membuat rayuan bantuan kewangan ke masjid tersebut.

Baguslah kita membantu dan menolong sesama saudara kita terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Cuma saya berasa sedikit terkilan, mengapa fakir-miskin dan ibu-ibu tunggal ini sampai perlu menggemis dan merayu ke masjid-masjid? Sedangkan beberapa hari lalu BERNAMA melaporkan yang MB Selangor Khir Toyo mengumumkan bahawa kutipan zakat bagi tahun ini sekitar RM120 juta dan dijangka meningkat ke RM200 juta beberapa tahun lagi!

Mana pergi duit zakat yang banyak itu? Mengapa masih ada fakir-miskin yang tidak terurus di negeri ini sehingga perlu meminta-minta dari masjid ke masjid? Mana pergi Puzat Zakat Selangor, JAIS dan lain-lain yang bertanggungjawab. Selangor kan dah maju, takkan fakir-miskin sehingga tak terurus?

Mudah-mudahan kesusahan mereka akan segera terbela.

Umno bawa Mawi masuk penjara

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Noh Omar telah membawa juara AF3 Mawi bersama beliau ke Penjara Kajang untuk majlis berbuka puasa bersama para banduan sebagaiamana dilaporkan oleh laman Metro dalam akhbar THE STAR hari ini.

Mawi telah diberikan kesempatan memberikan kuliah motivasi kepada para banduan yang sedang menjalani pelbagai hukuman di sana.



Antara lain Mawi berpesan:

What you get is only like a light stroke of the rotan from God.

Always look forward, dont look back. Be disciplined, follow wardens instructions and get back on the right track.

Apa yang anda lalui cuma umpama sebatan rotan yang ringan dari Allah swt.

Selalulah pandang ke hadapan, jangan toleh ke belakang lagi. Disiplinkan diri, ikut arahan para warden dan kembalilah ke jalan yang benar.

Rupanya bersekali dalam rombongan Noh Omar itu, disamping Mawi adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Putera Umno Azeez Rahman.

Kita boleh terimalah timbalan menteri turun ke penjara kerana mahu mengambil tahu hal kebajikan para banduan, mungkin itu sebahagian dari tugasnya. Mengundang Mawi untuk bersama dan memberi kuliah juga munasabah, akan tetapi apa halnya kawasan yang di gazet sebagai kawasan keselamatan, iaitu premis penjara, dibenarkan Khairy dan Azeez masuk sekali ke dalamnya?

Apakah keistimewaan Khairy (selain menantu PM) dan Azeez (selain terkenal dengan ijazah cetak rompak)?

Saya kira prosedur keselamatan telah dicabuli dengan membenarkan kedua mereka ini memasuki kawasan keselamatan melalui majlis ini.

Yang menariknya Khairy sebagaimana yang dilaporkan disamping menasihatkan para banduan belajar dengan tekun juga mengalu-alukan mereka menyertai Putera Umno apabila keluar nanti. Geli hati saya apabila membaca laporan tersebut. Sebelum ini pelbagai laporan diterima berkenaan aktiviti Ketua Putera Umno yang dikatakan ala-ala samseng itu, kini bekas banduan pula dipelawa menyertai Putera Umno. Agaknya untuk berganti tempat dengan Azeez, jangan marah.

Monday, October 24, 2005

Happy Deepavali Uncle Veloo

Saya masih ingat seorang jiran yang merupakan sahabat karib saya semasa kanak-kanak dahulu. Walaupun kami tidak ke sekolah yang sama namun apa sahaja masa yang kami ada di luar waktu sekolah akan kami manfaatkan bersama, apa sahaja aktiviti yang terdetik dan tergerak dalam fikiran akan kami lakukan bersama.

Sahabat saya ini ayahnya seorang bekas tentera berbangsa India dan beragama Hindu manakala ibunya seorang Cina yang mengamalkan kepercayaannya. Beliau kelihatan macam anak Melayu lantaran hasil kahwin campur ayah dan ibunya itu, tambahan beliau fasih berbahasa Melayu macam anak Melayu. Kami berpisah ketika ditingkatan tiga apabila saya berpindah ke kawasan lain. Sahabat saya ini kemudiannya telah melanjutkan pelajaran ke Kanada. Dan kami tidak berjumpa lagi setelah itu.

Dengan takdir Allah swt beberapa tahun yang lalu saya berpeluang bertemu kembali dengan beliau. Sahabat saya telah pun berkahwin rupanya dengan seorang wanita Melayu dan namanya kini Mohd D (nama penuh dirahsiakan). Saya begitu terharu dengan perubahan beliau itu walaupun saya tidak terkejut kerana memang dari zaman kanak-kanak lagi saya telah jangkakan yang D ini satu ketika nanti akan menganut agama Islam, Alhamdulillah.

Yang saya tahu ibu dan ayahnya masih menganut agama dan kepercayaan asal mereka.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini saya terfikir sejenak bagaimanakah agaknya apabila bertembung dua perayaan bagi Mohd D. 1 November penganut Hindu termasuklah ayahnya akan merayakan Deepavali dan dua hari berikutnya Mohd D dan seluruh umat Islam insyallah akan merayakan Eidul Fitr.

Saya pasti sebagai seorang anak yang taat dan menghormati ibu-bapanya Mohd D pasti akan mengunjungi ayah kesayangannya itu. Dan demikian juga pada Eidul Fitr sudah pasti ibu dan ayahnya akan berkunjung ke rumah Mohd D untuk merayakannya bersama.

Di sinilah kita sepatutnya perlu dengan penuh hikmah, teliti dan cermat menjelas dan menghuraikan bab hukum umpama kata pepatah tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerak

Kerana sesungguhnya isu ini terlalu sensitif kerana ia bukan sekadar melibatkan Mohd D dan mereka yang senasib dengannya, ianya malah melibatkan juga hubungan antara kamu dalam negara kita yang majmuk ini. Adakah kita berpuas hati dengan menghukumkan tiada kongsi raya lalu noktah berhenti setakat itu? Kita tidak menjawab dan memberi penyelesaian terhadap realiti kehidupan masyarakat kita atau barangkali kita terlupa mahu memikirkan.

Saya akur dari satu sudut bahawa umat Islam tidak dibenarkan merayakan perayaan agama penganut lain kerana ia menjurus ke arah menyengutukan Allah swt. Dalam bab ini kita taat dan terima tanpa sebarang pertikaian.

Bermakna tiadalah perayaan besar-besaran kongsi raya dan seumpamanya.
Cuma takkanlah berbalik kepada kes Mohd D tadi mengucapkan Selamat Deepavali pun tidak boleh. Membawa hadiah kepada kedua orang tuanya di hari tersebut dengan niat menghiburkan mereka itu salah? Malah saya sendiri kalau bertemu dengan ayah Mohd D yang saya kenali lebih 30 tahun itu takkanlah bersalah jika saya mengucapkan kepada beliau Happy Deepavali.

Dalam hal ini kita perlu membuka ruang dimana yang diboleh dan dibenarkan, kerana Islam jangan pula dilihat seolah membenci dan memulau sesama warganegara dalam kes Malaysia ini.

Saya difahamkan Prof Dr Yusof al Qardhawi mengharuskan mengucapkan selamat perayaan kepada sesama jiran dan kenalan, merayakan bersama memang diharamkan. Saya kira penjelasan yang dibuat dalam IslamOnline. Net di mana Qardhawi adalah pakar rujuknya lebih komprehensif dan berhikmah.

Dan dalam mengharungi realiti masyrakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini, pendekatan sedemikianlah yang perlu kita ambil dan bawa bagi mencerminkan betapa hebat dan tolerannya Islam walaupun pada yang berbeza aqidah dan kepercayaan.

Selamat berpuasa dan selamat Eidul Fitri kepada sahabat saya Mohd D dan Happy Deepavali kepada ayah beliau Uncle Veloo.

Ulangtahun Kepiluan Tak Bai

Esok Selasa 25 Oktober genaplah setahun Peristiwa Berdarah di Pekan Tak Bai, Wilayah Narathiwat, Selatan Thai. Seramai 112 telah gugur syahid ditangan pemerintah Thai di dalam bulan Ramadhan ketika menjalani ibadat puasa.

Hamba-hamba Allah yang tidak berdosa ini pada awalnya telah berkumpul di hadapan balai polis di Tak Bai untuk menuntut agar dibebaskan seramai 6 guru agama yang telah ditahan oleh pihak polis Thai kononnya atas alasan terlibat dengan gerakan keganasan.

Tanpa peri kemanusiaan, tanpa pertimbangan, tanpa belas ehsan pihak berkuasa Thai dengan sewenang-wenangnya telah merempuh para penunjuk perasaan, pada awalnya disiram dengan pancutan air dan disusuli dengan belantan, tembakan dan akhirnya seramai 1,300 orang telah ditahan.

Yang ditahan telah diperlakukan bagai binatang, dipaksa merangkak, digari tangan dan dibelasah, dipijak dan dipukul, akhirnya mereka ini dihimpunkan berlapis-lapis, bersesak-sesak, bertindih-tindih dalam trak yang sempit untuk diangkut ke markas tentera wilayah selatan kira-kira 6 jam perjalanan.

Akibatnya seramai 78 orang telah meninggal dunia kerana sesak nafas, lemas dan patah leher mereka lantaran diperlakukan sedemikian rupa. Jumlah terkorban termasuklah yang ditembak adalah seramai 112 orang!

Mengimbas kembali perisitiwa pahit yan menyayat hati ini, tercetus difikiran kita manusia berhati binatang jenis apakah yang tergamak melakukan tindakan sebiadap itu terhadap sesama manusia?

Jelasnya semua itu kini telah berlalu. Yang syahid telah disemadikan, namun luka dibenak hati anak-isteri, sanak-saudara, mereka yang terlibat sudah pasti tidak akan terubat sampai bila-bila. Kerajaan Thai sehingga kini sekadar telah menyalurkan wang bantuan dan pampasan walaubagaimanapun tiada permohonan maaf dilakukan terhadap keluarga mangsa yang terkorban.

Kita di seberang sini dalam keadaaan serba mewah dan selasa namun tidak berdaya melakukan apa-apa. Mereka menangis-pilu, kita juga sekadar dapat menangis bersama, tidak lebih dari itu.

Di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dibelenggu seribu satu kekangan marilah sekurang-kurangnya kita mengambil kesempatan memohon kehadrat Allah swt agar diampunkan dosa kita, dilindungi saudara-sauadara kita di sana dari kezaliman berterusan dan penghinaan serupa ini. Mudah-mudahan Allah swt menganugerahkan kesabaran dan ketabahan pada mereka dan disediakan ganjaran sebesar-besar ganjaran di akhirat kelak, insyallah.

Barangsiapa yang mati karena membela dirinya, maka ia mati syahid. Dan barangsiapa mati di saat membela hartanya, maka ia mati syahid, dan barangsiapa yang mati untuk membela kehormatannya, maka ia mati syahid

(HR Bukhari, jilid V halaman 88, dan HR Muslim No. 14)

Friday, October 21, 2005

Ke manakah hilangnya IZZAH kita?

Sebelum ini kita pernah melihat tentera-tentera penceroboh Amerika di Abu Gharib, Iraq dengan biadap mencabul kehormatan para tahanan Iraq. Kini yang terbaru tentera penceroboh yang sama bertindak di Afghanistan pula.

Menurut laporan CNN tentera penceroboh Amerika dan kerajaan Afghanistan sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa mayat pejuang Taliban yang dihadapkan kea rah kiblat telah dibakar oleh anggota tentera AS dari Briged Udara 173 berdekatan kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Gonbaz, iaitu di daerah kubu kuat Taliban di Kandahar, Afghanistan.



Menurut laporan sambil mayat-mayat itu dibakar pengumuman melalui pembesar suara dibuat oleh unit yang sama menggesa para pejuang Taliban di sekitar kawasan itu agar datang mengutip mayat-mayat tersebut.

Tindakan biadap ini jelas menghina Islam sedangkan ianya dilakukan oleh gerombolan tentera yang mendakwa dan mendabik dada sebagai Polis Dunia!

Di bulan Ramadhan yang mulia lagi penuh berkat ini tentera AS tergamak menghina mayat umat Islam tanpa sedikit pun nilai kehormatan dan mengenepikan sebarang peraturan dan konvensyen semata-mata kerana ghairah mahu meneruskan agenda jahat mereka.

Inilah nasib umat Islam apabila mengizinkan dirinya dibelenggu oleh penjajah kuffar yang memiliki agenda menghancur luluhkan aqidah dan kepercayaan kita. Dikesempatan bulan Ramadhan terutama di 10 malam terakhir kelak, berdoa dan bermunajatlah kita dan sebutkan di dalam doa qunut kita ketika witir agar Allah swt menyelamatkan umat Islam dan mengembalikan izzah dan kemuliaannya.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda:

Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi saw. menjawab, Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit WAHAN

Seorang sahabat bertanya, :Apakah wahan itu hai Rasulullah? Nabi menjawab: Cinta pada dunia dan takut pada mati. H.R. Abu Daud

Harap Maklum

Tagboard di BLOG ini terpaksa sekali lagi digantung. Sejak kebelakangan ini saya perhatikan ianya telah menjadi medan di luar kawalan terutama oleh satu dua individu yang frustrated.

Kepada para pengunjung yang budiman, komen dan pandangan anda semua terus dialu-alukan di ruangan comments di kaki setiap artikel. Teruslah memberi sumbangan. Mudah-mudahan Allah swt memberkati usaha kita. Ramadhan Kareem.

Thursday, October 20, 2005

Antara kesedihan Pak Lah dan pilu Tok Guru

Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan dijangka mengetuai rombongan pimpinan PAS untuk menziarahi jenazah Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood di Putrajaya jam 1 petang nanti. Tuan Guru turut dijangka menyampaikan takziah bagi pihak Tuan Guru Hj. Abd. Hadi dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yan kedua-duanya berada di Mekah ketika ini.

Memang menjadi amalan sesama Islam dan malah diunjurkan oleh Rasulullah saw agar kita menziarahi saudara sesama Islam kita yang kematian ahli keluarga dan digalakkan agar mengucapkan takziah kepada mereka di atas kehilangan ahli keluarga yang dikasihi.

Tuan Guru pasti bertemu dengan Pak Lah dan pasti menyampaikan takziah disamping kata-kata perangsang dan nasihat. Mereka pasti bersalam-salaman disaat Pak Lah sekeluarga berduka dan bersedih. Insan mana yang tidak bersedih apabila kehilangan isteri yang disayangi, ibu yang disayangi, anak yang disayangi.



Namun segala-galanya telah ditakdirkan Allah swt sebagaimana firman Nya dalam surah al Mulk ayat 2:

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Ia Maha Berkuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang bertaubat.

Pak Lah perlu reda dan terima perpisahan yang telah diputuskan oleh Allah swt ini, perpisahan sementara kerana selepas ini giliran Pak Lah dan kita semua yang lain pula untuk menyusul.

Cuma mudah-mudahan disaat sedih dan pilu ini, bersempena bulan Ramadhan al Mubarak ini semoga Allah swt turut menggerakkan hati Pak Lah. Tenunglah wajah Nik Aziz itu baik-baik, inilah raut wajah seorang ayah yang kehilangan anak, bukan kerana anakanya telah pergi sebagaimana Endon, tetapi anaknya dipenjara, ditahan tanpa bicara, tanpa peluang membela diri dan Pak Lah dalam bersedih perlu mengambil tahu dan peduli.

Si ayah bergelar Nik Aziz ini sedih dan pilu, remuk dan hancur hatinya merindui anaknya yang Pak Lah tahan sekian lama. Demikian juga isteri dan anak-anak kecil di rumah yang dari hari ke hari menunggu-nunggu dengan penuh harapan insan yang paling mereka sayangi. Takkanlah anak-anak yang tidak berdosa ini tergamak kita biarkan sekali lagi tanpa bapanya di hari umat Islam bergembira apabila tiba 1 Syawal kelak?

Endon telah pergi, mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya. Bagi kita yang hidup pertangungjawaban kita kepada Allah swt terus-menerus dituntut. Adil atau zalimkah kita di atas dunia Nya ini?

Mudah-mudahan di bulan penuh barakah ini lembutlah hati Pak Lah sebagaimana lembut hatinya melepaskan Endon pergi ke hadrat Allah swt, lembutlah juga hatinya untuk tidak lagi membiarkan Nik Aziz sekeluarga bersedih dan pilu lagi, lembutlah hatinya untuk melihat anak-anak kecil, cucu Nik Aziz agar dapat berdakap dan berpelukan dengan bapa kesayangan mereka.

Perkenankanlah Ya Allah, Amin Ya Robbal Ala Min.


Alfatihah

Datin Seri Endon Mahmod isteri kepada YAB PM Malaysia, meninggal dunia pagi tadi jam 7.50 pagi

Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan takziah kepada Pak Lah dan keluarga.

Wednesday, October 19, 2005

Negara Islam yang menghalalkan judi

Kita sudahpun sampai ke pertengahan Ramadhan. Fasa ini dikira sebagai fasa Maghfirah ataupun keampunan. Sepatutunya disaat inilah kita sudah bersedia menzahirkan keimanan dan ketaqwaan kita dalam apa sahaja aktiviti dan tindak-tanduk kita.

Tambahan pula sekiranya kita diberikan peluang oleh Allah swt memimpin hamba-hamba Nya. Dengan tanggungjawab itu sebagai seorang Muslim sepatutnya kita tunduk pada ketentuan dan peraturan Allah swt, sebagaimana firman Nya dalam surah al Baqarah 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Tiada lagi keraguan dalam hal ini tambah-tambah dalam bulan puasa ini, tak kiralah samada kita PM, MB, Menteri mahupun ahli parlimen ataupun ADUN.

Dalam akhbar THE STAR hari ini ahli parlimen Umno kawasan Yan, Badruddin Amiruldin bertanya di dalam dewan rakyat semalam adakah sebagai sebuah negara Islam, Malaysia akan terus menggalakkan perjudian?

Kata beliau lagi berjudi ini boleh membawa manusia ke kancah amalan syirik, THE STAR melaporkan:

In the kampong, when people want to win numbers games, they go to see the bomoh and even make offerings to trees so that their numbers will come out winners. All this shows that gambling can make people carry out deviationist practices.

Di kampung, apabila seseorang ghairah mahu menang judi tikam nombor, mereka sanggup berjumpa bomoh dan sanggup membawa persembahan ke pokok-pokok, dengan harapan nombor yang mereka tikam akan naik. Semua ini membuktikan yang amalan berjudi itu boleh membawa kepada amalan-amalan sesat (syirik).

Badruddin tidak perlu membawa contoh amalan di kampung beliau, dalam hal ini cukup ayat-ayat Allah swt sebagai hujah dimana Allah telah berfirman dalam surah al Maaidah 90-91:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?



Perbuatan terkutuk ini adalah dosa besar dan sudah pastilah berdosa juga mereka yang membenarkan amalannya samada secara langsung mahupun tidak langsung. Dan sebagaimana yang diduga Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hilmi Yahya telah menjawab dengan mengatakan:

Gambling was a matter of individual choice.

Judi ini terpulang kepada pilihan individu.

Bermakna benar (sebagaimana yang Umno dakwa) negara ini adalah Negara Islam akan tetapi jenis negara Islam Malaysia ini adalah yang anjal sehingga ia membenarkan judi walaupun berdosa kerana ianya pilihan individu!

Dalam hal ini Badruddin, Hilmi termasuklah Pak Lah dan rakan-rakan, yang beragama Islam dan yang menjunjung dan mendaulatkan al Quran sebagai kalam Allah perlulah akur kepada firman Nya (al Baqarah 219):

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

Bersedialah untuk memikul beban ini sebagai pemimpin bila berhadapan dengan Allah swt di Hari Pengadilan kelak.

Monday, October 17, 2005

Zam jangan menangguk di air keruh

Persembahan hiburan juara Akademi Fantasia 3 (AF3) Asmawi Ani atau Mawi di Kelantan baru-baru ini membuktikan Pas menerima konsep Islam Hadhari yang didokong oleh UMNO apabila kerajaan Pas negeri itu menganjurkan konsert secara terbuka.



Demikian laporan UTUSAN hari ini yang memetik pandangan Timbalan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin.

Apakah dengan pengajuran satu konsert maka sahlah PAS telah menerima konsep Islam Hadhari yang dicipta oleh Presiden Umno itu?

Kenyataan Timbalan Menteri ini sungguh menyimpang dari semangat dan matlamat penganjuran konsert itu sendiri. Jelas tanyalah siapa pun samada yang hadir termasuklah Mawi dan M. Nasir sendiri, konsert anjuran kerajaan negeri Kelantan pada 2 malam itu berbeza samasekali dari mana-mana konsert yang pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Pihak media sendiri yang dijemput oleh kerajaan negeri telah memberi ulasan yang telah membezakan konsert ini dari yang lain-lain. Akhbar THE STAR dalam ruangan METRO bertarikh 12 Oktober melaporkan di bawah tajuk CONCERT FOR ISLAMIC CITY:

To mark the declaration by the Sultan of Kelantan, Tuanku Ismail Petra, the state government which was the main organaiser, held the first open-air concert in Kota Bharu in 15 years that was billed as a version of Islamic entertainment or alternative entertainment.

The 55,000 strong crowd experienced a first when organaisers segregated them into single males, females and families inside the stadium.

Sempena pengisytiharan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, kerajaan negeri selaku penganjur telah menganjurkan konsert terbuka yang pertama di Kota Bharu sejak 15 tahun yang dikira versi hiburan secara Islam ataupun hiburan alternatif.

Penonton seramai 55,000 itu telah melalui pengalaman pertama apabila pihak penganjur telah mengasingkan antara lelaki, wanita dan yang telah berkeluarga di dalam stadium.

MINGUAN MALAYSIA
bertarikh 9 Oktober dalam ruangan PANCAINDERA di bawah tajuk KONSERT MAWI BUKTIKAN SEGALANYA menulis:

Selain itu konsert Mawi telah menjadi bukti bahawa penonton boleh menjadi sopan dan tertib jika awal-awal lagi pemikiran mereka diterapkan bahawa mereka sedang menyaksikan konsert berbentuk dakwah.

Justeru tidak hairanlah apabila sepanjang konsert berkenaan yang menyaksikan Mawi menyampaikan empat buah lagu iaitu Intifadah, Pergi Tak Kembali, Nour Elain dan Aduh Saliha, penonton tidak terlompat-lompat atau menjerti-jerit seperti konsert-konsert lain.

Begitulah juga pada konsert malam kedua yang turut menyaksikan Mawi berganding bahu dengan M. Nasir dan Kumpulan Rabbani. Konsert itu benar-benar dilaksanakan dengan tujuan mengajak umat manusia kea rah kebaikan.

Berdasarkan dua ulasan yang berbeza ini sahaja kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa konsert di Kelantan itu tidak boleh disamakan dengan konsert-konsert lain.

Diperingkat ini cuba kita lihat pula konsert-konsert yang pernah samada dianjurkan atau diberi kebenaran oleh kerajaan Islam Hadhari yang diwakili oleh Zam itu. Antaranya Konsert Inul Goyang Gerudi, Konsert sempena tahun baru, konsert sempena kemerdekaan negara, bolehkah konsert-konsert ini disamakan dengan konsert di Kelantan?

Kelantan mulakan konsert dengan solat, Kelantan asingkan antara penonton wanita dan lelaki, kesimpulannya berhibur-berhibur juga tetapi akhirat tidak lupa. Oleh itu saya tidak nampak dimana rasional Zam mahu menisbahkan bahawa PAS menerima konsep Islam Hadhari dengan penganjuran konsert di Kota Bharu, baru-baru ini?

Sunday, October 16, 2005

Perubahan dalam PAS menggusarkan Umno

Sejak muktamar PAS yang lalu, barisan kepimpinan PAS yang baru kini sedang gigih berusaha membawa nafas baru dengan memberikan penekanan kepada dua pendekatan iaitu repackaging dan engagement (hubung jalin).

PAS mahu dilihat sebagai parti yang mampu dan layak mengambil-alih teraju kuasa dari Umno. PAS mahu menguna pakai kaedah dakwah yang boleh mendekatkannya lagi dengan masyarakat sehingga memungkinkan masyarakat Malaysia memahami dan menerimanya. Segala momokkan dan gambaran buruk terhadap PAS selama ini yang dijelmakan oleh kerja-kerja jahat musuh-mushnya mahu dikikis dan dilenyapkan.

Setakat ini PAS kelihatan serius dalam usaha menjayakan pendekatan ini. Bersungguh memperkenalkan satu alternatif terhadap hiburan umpamanya dengan menganjurkan konsert alternatif baru-baru ini di Kota Bharu sempena pengisytiharan Majlis Perbandaran KB Bandaraya Islam telah mendapat ulasan dan reaksi yang positif dari semua pihak samada dari kawan mahupun lawan.


KONSERT PAS BERMULA DENGAN SOLAT
KONSERT UMNO?

Mengadakan dialog dengan pihak polis contohnya, telah menonjolkan imej PAS sebagai parti keamanan, yang akur kepada undang-undang dan peraturan. Medekatkan diri dengan golongan artis melaui acara sukan bersama, berinteraksi dengan masyarakat pelbagai agama melalui majlis forum dan dialog, mendekati NGO termasuklah yang selama ini sangat vokal terhadap perjuangan PAS telah membina persepsi mesra rakyat, yang sudah pasti membawa banyak kesan positif terhadap parti itu.

Perubahan-perubahan seumpama ini apabila sahaja positif terhadap PAS maka suka tak suka ianya akan memberi kesan negative pula terhadap mushnya, iaitu Umno.

Dalam akhbar SUNDAY TIMES hari ini Abdul Razak Ahmad menulis sebuah ulasan berkenaan perkembangan ini.

Salah seorang Naib Presiden Umno (yang tinggal dua setelah seorang digugurkan kerana rasuah politik) Muhyiddin Yassin memberikan reaksi negative, kata beliau:

Pas has not changed in its basic objective (of a theocratic State). It is hypocrisy at the highest level.

PAS tidak mengubah objektif utamanya (iaitu pemebntukan sebuah negara teokratik). Ia sebenarnya hanyalah kepura-puraan tahap tertinggi.

Rekasi Muhyiddin ini memang dijangka kerana takkanlah beliau mahu memperakui pencapaian pasti musuhnya. Namu menurut Abdul Razak:

But beneath the scepticism lies some worry, because Pas is nothing if not determined to see its reinvention strategy through.

Sebenarnya disebalik pandangan dingin itu muncul kebimbangan, kerana PAS kelihatan begitu bersungguh-sungguh dalam menjayakan strateginya itu.

Malah tambah Razak lagi dalam hal ini seorang ahli parlimen BN berkata:

Quite a number in Umno are concerned, because they did not expect Pas to be this serious in wanting to change

Sebahagian mereka di dalam Umno sebenarnya bimbang, kerana mereka tidak menjangkakan yang PAS begitu serius dalam mahu membawa perubahan.

Cumanya para pemimpin Umno sudah pastilah akan menyembunyikan kebimbangan ini. Dan dalam bertindak demikian kadangkala ulasan yang mereka keluarkan lucu bunyinya dan jika tidak berhati-hati ianya akan memakan diri.

Umpamanya Ketua Penerangan Pemuda Umno Azimi Daim terpaksa berkata:

We are happy that Pas is finally saying that pop concerts, which it deemed un-Islamic in the past, are all right. It allows us to approach the electorate and tell them that Umno was right all along

Kami gembira yang PAS akhirnya terpaksa akur yang konsert pop yang mereka pernah cap sebagai tidak Islamik itu, sekarang ini sudah boleh. Ini membuka ruang bagi kami untuk memberitahu kepada para pengundi bahawa sesunggunya dalam hal ini Umno betul sejak dari awal-awal lagi.

Sebenarnya PAS terus menolak konsert yang tidak menzahirkan unsur-unsur ke Islaman. Yang mereka kemukakan baru-baru ini di KB adalah konsert alternatif yang jauh berbeza dari konsert pop anjuran Umno selama ini. Takkanlah itu pun Azimi tak nampak, atau pura-pura buat tak nampak. Mana ada konsert pop Umno dimulakan dengan solat berjemaah, diasingkan antara lelaki dan wanita, mana ada!

Ketua Umno Kelantan Annuar Musa pula dipetik sebagai berkata:

Pas can do, we can do better. We can now organise concerts in the kampung, because we dont want entertainment events in Kelantan ending up a Pas monopoly.

Apa yang PAS boleh buat, kita boleh buat lebih baik. Kita sedang menyusun untuk menganjurkan konsert di kampong-kampung kerana kita tidak mahu acara-acara hiburan hanya dibolot oleh PAS.


Bercanggah sungguh antara pandangan Azimi dan Annuar. Kenyataan Annuar pula menunjukkan yang konsert Umno sebelum ini tidak betul kerana itulah beliau berkata Umno boleh buat yang lebih baik dari yang PAS lakukan.

Berserabut juga nampaknya antara sesama Umno, dan dalam hal ini siapa yang berani mengatakan yang Umno sebenarnya tidak bimbang. Namun sebagaimana ulasan Razak sesungguhnya pergelutan sebenar antara Umno dan PAS pada tahun 2008 kelak adalah berhubung isu-isu periuk nasi rakyat, rasuah, ketelusan, kecekapan sistem pengagihan, ekonomi, pekerjaan dan pendidikan.

Dan jelas dalam isu-isu ini Umno semakin tenat dan teruji. Jika PAS dapat menonjolkan pula Kelantan sebagai sebuah model negeri yang telus dan cekap, pemipinnya bersih dan tidak rasuah, disamping melahirkan berbagai lagi acara-acara alternatif yang tidak bercanggah dengan Islam, Umno perlu bersedia untuk mengucap selamat jalan kepada takhta kuasa yang diribanya selaman ini.

Padang Perdana itu Padang Mahsyar?

Ada seorang penulis komen yang saya kira nakal, telah memaklumkan saya bahawa Harakahdaily memetik Tok Guru Nik Abdul Aziz MB Kelantan yang kononnya telah mengumpamakan Konsert Tautan Kasih di Padang Perdana KB pada malam 30 September lalu sebagai Padang Mahsyar.

Saya kira penulis tersebut mahu membuktikan betapa sesat dan jauh terpinggirnya Mursyidul Am PAS itu, dan bahawa konsert anjuran kerajaan Kelantan itu dari mula sehinggalah ke penghujung kononnya didorong oleh pemikiran yang tidak berpunca dari Islam.



Demikianlah apabila ada kalangan yang tidak senang dan tidak dapat menerima keterbukaan PAS dalam menyongsong arus perjuangan Islam kontemporari pada hari ini. Kerja-kerja dakwah yang dipadankan dengan kaedah semasa namun tidak lari dari batas syarak akan dilihat sebagai sesuatu yang bidaah dan menyesatkan atau lebih parah lagi bakal menjahanamkan perjuangan Islam itu sendiri.

Benarkah Tok Guru mengumpamakan ribuan yang hadir di Padang Perdana pada malam konsert itu sebagai berada di Padang Mahsyar? Takkanlah Padang Konsert boleh disamakan dengan Padang Mahsyar? Dah sesat ke Tok Guru?

Mungkin itulah maksud jahat penulis komen tersebut!

Saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk memberikan komen kerana saya terpaksa mendapatkan puncanya, iaitu ucapan Tok Guru pada malam tersebut. Alhamdulillah setelah dapat rupanya bunyinya begini:

Kalau kita fikir malam ini sebagai Padang Mahsyar dan Padang Mahsyar tempat soal-jawab, maka walaupun kita dalam keadaan bergalak, kita dalam keadaan seronok, bila kita ingat tempat ini Padang Mahsyar insyallah segala gerak-geri kita akan berlandaskan ucapan kita: Innasollati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbil alamin: sembahyang ku wahai Allah, Haji akau wahai Allah, hidup mati aku, aktiviti cari harta, cari pangkat, cari pengaruh, aktiviti menyanyi kita semua kita buat lillahirrobil alamin.

Berdasarkan petikan di atas jelaslah maksud ucapan Tok Guru itu adalah untuk mendidik dan mengajar. Sebagai Ketua Kerajaan beliau menganggap rakyat Kelantan sebagai anak muridnya, anak-anak beliau sendiri, maka kerana itulah nasihat yang sungguh simbolik dan bermakna itu diberikan.

Kepada yang memberi komen itu jelaslah kata pepatah Melayu hanya jauhari yang mengenal maknikam. Saya pasti puluhan ribu yang hadir dan mendengar ucapan penuh Tok Guru itu faham dan menerima nasihat Tok Guru MB mereka yang mereka hormati dan kasihi itu. Ini terbukti apabila konsert tersebut dan konsert malam berikutnya berjalan dengan penuh lancar, beradab dan sopan.

Manakala bagi yang memang tak kenal-kenal maknikam macam penulis komen itu dan mereka yang seangkatan dengannya maka akan selama-lamanyalah mengatakan intan itu kaca, yang putih itu hitam dan yang benar itu salah, entah sampai bila.

Saturday, October 15, 2005

Kayveas dakwa pemimpin MCA rasuah?

Sebelum ini bekas PM Dr Mahahtir Mohamaed mencetuskan sensasi apabila mendakwa kerajaan berbohong dalam isu AP khususnya yang berkait status kereta nasional yang diberikan kepada Naza Motors.

Hari ini satu lagi sensasi tercetus apabila akhbar UTUSAN melaporkan yang Timbalan Menteri di JPM yang juga Presiden PPP mencabar seorang ahli jawatakuasa pusat MCA yang juga ADUN Subang Jaya, Lee Hwa Beng agar mengisytiharkan hartanya bagi membuktikan benar ataupun tidak dakwaan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) antara agensi yang paling banyaa dikaitkan dengan rasuah.



Hwa Beng disamping merupakan ADUN Subang Jaya, adalah juga ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ selama beberapa penggal.

Kata Kayveas:

Sudah berapa lama dia menjadi ahli MPSJ, berapa asset, berapa dan apakah projek yang beliau kumpul sehingga sekarang.

Bukan sahaja untuk dirinya malah projek yang Hwa Beng dapatkan sekali bagi rakan-rakannya. Beranikah dia mengisytiharkan harta beliau. Saya tahu segalanya.

Seorang Presiden parti komponan BN mendakwa seorang pemimpin parti komponan BN yang lain sebagai perasuah, penyalahgunakuasa dan tidak mengamalkan ketelusan!

Benarkah demikian? Sebagaimana benarkah Rafidah telah membohongi kabinet dalam isu status Naza sebagai kereta nasional? Dan benarkah kerajaan pimpinan Pak Lah pula berbohong kepada rakyat kerana ingin melindungi Rafidah?

Saya kira tahap kecekapan dan ketelusan kerajaan BN di bawah kepimpinan Pak Lah semakin menurun, longgar dan terus dipertikaikan dari hari ke hari.

Dalam kes Hwa Beng, dengan dakwaan Kayveas itu sewajarnyalah tindakan segera diambil oleh pihak berwajib untuk menyiasat kesahihannya. Kayveas berstatus Timbalan Menteri, sudah pasti sebagaimana Dr M, takkanlah beliau berani berbohong. Oleh itu ambillah tindakan segera, jangan sekadar bersandiwara dan mencurahkan segala-galanya di dada-dada akhbar semata-mata. Aduhai dimanakah dikau ketelusan!

Friday, October 14, 2005

Krisis keyakinan kerajaan Pak Lah semakin parah

Kini telah hampir 4 hari berlalu dimana bekas PM Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan mendakwa kerajaan pimpinan Pak Lah sebagai telah berbohong kepada rakyat dan menyembunyikan kebenaran khusus dalam kemelut AP khasnya berkenaan status kereta nasional berjenama Naza.

Sehingga kini tidak ada seorang pun pimpinan kanan kerajaan Pak Lah yang telah memberikan reaksi terhadap dakwaan serius bekas PM itu.

Hari ini Dr M terus membongkar lagi isu tersebut. Melalui rancangan THE EXCHANGE terbitan TV3 siang tadi Dr M telah mendedahkan beberapa surat yang membuktikan bahawa Naza sebenarnya tidak pernah menerima kelulusan dari beliau selaku PM (ketika itu) untuk diberikan status kereta nasional seperti Proton.



Salah satu surat yang didedahkannya adalah dari pihak Naza yang berbunyi:

Sehubungan dengan itu NKSB berharap YAB Dato Seri dapat memberi khidmat nasihat dan dorongan untuk kami menjadikan Kia Karnival sebagai sebuah kenderaan dua guna yang berkapasiti 2500cc yang pertama buatan tempatan

Kata Dr M kandungan surat ini sendiri membuktikan ianya bukan permohonan untuk memperolehi status kereta nasional tetapi sekadar memohon beliau memberikan khidmat nasihat dan dorongan bagi menjadikan Naza sebuah produk kereta nasional. Bermakna banyak lagi syarat dan peraturan belum dipenuhi.

Beliau berkata adalah tidak patutu Naza diberikan status berkenaan sedangkan kandungan tempatannya ketika itu hanyalah 18 peratus sedangkan Proton yang memiliki status yang sama memiliki kandungan tempatan sebanyak lebih 90 peratus.

Beliau mendakwa menteri MITI, Rafidah Aziz lah yang telah BULLDOZE isu Naza ini. Ketika beliau hadir merasmikan kilang Naza, beliau sendiri ketika itu tidak tahu menahu yang kelulusan telah diberikan untuk Naza memiliki status kereta nasional.. Beliau berkata dalam satu mesyuarat cabinet Rafidah mendakwa telah memperolehi kelulusan dari beliau. Dalam siaran THE EXCHANGE Dr M bertegas mengatakan:

I have not approved it. (Saya tidak pernah meluluskannya)

Pendedahan ini sudah pasti menghakis lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pak Lah yang terus meilih untuk membisu sedangkan Rafidah masih seorang anggota cabinet sehingga hari ini!

Ini suatu isu yang serius dan jika benar dakwaan bekas PM itu bermakna kabinet dan PM telah diperalatkan oleh seorang menteri berhubung suatu perkara yang melibatkan kepentingan negara. Sudah pasti pihak berwajib perlu mengambil tindakan. Mengapa BPR berdiam diri, malah mengapa PM sendiri berdiam diri?

Dengan terbongkarnya perkara ini oleh seorang bekas PM, kerajaan Pak Lah kini semakin parah dilanda krisis keyakinan. Rakyat berhak untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku dan mengapa jika ianya merupakan suatu kesalahan, pihak kerajaan tidak bertindak dan sebalinya terus sahaja memendamkan perkara ini.

Kalau anak Ketua Polis Negara pun boleh ditangkap oleh BPR atas dakwaan rasuah, apa hebatnya menteri berkenaan? Mengapa perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

Thursday, October 13, 2005

Harga naik tetapi rakyat bermanfaat?

Membaca akhbar tempatan pagi ini akhirnya akan mengejutkan kita dari buaian mimpi yang selama ini disenandungkan oleh pihak kerajaan. Ketika mengumumkan kenaikan harga minyak tak berapa lama dahulu, pihak kerajaan termasuklah PM bersungguh-sungguh meminta para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan masing-masing.

Masih terngiang-ngiang di kepala saya kata-kata Pak Lah, bahawa biarlah kita senang dan susah bersama. Itu kata Pak Lah, hari ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan kadar siling baru untuk 23 barangan makanan bagi seluruh negara.



Barangan terlibat termasuklah ayam, daging, telur dan sayur-sayuran.

Akhbar THE STAR menyebut:

Food items such as eggs, white prawns and round cabbage will cost slightly more under ceiling prices the government has set in the run-up to the festive season

Barangan makanan seperti telur, udang,dan kobis bulat akan naik sedikit harganya di bawah harga siling baru yang ditetapkan oleh kerajaan menjelang musim perayaan ini.

Pendek kata harga barang rupa-rupanya terpaksa naik juga. Kobis naik 50 sen sekilo, telur naik sehingga 3 sen, dan bayangkan bila bahan-bahan mentah ini dah jadi bahan masak. Sudah pasti nasi goring, mee goring, roti telur dan lain-lain pakat akan naik belaka.

Apa jadi dengan seruan dan gesaan Pak Lah agar senang dan susah bersama?

Tiba-tiba menteri berkenaan dengan selamba boleh berkata sebagaimana dilaporkan oleh UTUSAN:

Harga yang ditetapkan kali ini dijangka memberi manfaat kepada pengguna kerana kebanyakannya sama dengan harga semasa yang terdapat di pasaran atau pun lebih rendah.

Peninglah nampaknya rakyat memikirkan hal ini, sementara itu duit dalam saku mereka sedar-sedar semakin mengecil.

Tuesday, October 11, 2005

Kenyataan Dr M: Krisis keyakinan terbesar kerajaan Pak Lah

Bagi rakyat kebanyakan isu kontroversial AP seolah sudah tenggelam. Biarpun ramai yang masih belum berpuas hati namun hakikatnya menteri berkenaan telah pun menyerah diri ke parlimen. Ahli-ahli parlimen yang sebelumnya berkepak dan berkokok akhirnya terpaku semacam sudah berpuas hati.

Menteri yang petah dan keletah itu seolah telah memukau semua yang hadir. Walaupun Ketua Pembangkang berkali-kali mahu menganggu beliau, namun akhirnya ketua pembangkang pula yang dilihat keterlaluan dan biadap. Menteri berkenaan dengan berani mengancam mahu menghumban Pengerusi DAP itu ke kolam.



Tapi rupanya tidak berakhir disitu isu yang penuh tandatanya dan berkeladak dengan ketidaktelusan itu.

Dalam akhbar tempatan hari ini, bekas PM yang merupakan pencetus utama yang membongkar skandal AP ini terpaksa bersuara sekali lagi. Walaupun telah tidak berkuasa, walaupun telah bersara dari jawatan kerajaan dan politik, Dr M muncul ke hadapan kerana pada beliau isu ini tidak boleh dan tidak patutu selesai begitu sahaja.

Kata-kata beliau pedas, lebih pedas dari waktu pertama membongkar skandal ini dahulu. Antara lain THE STAR memetik beliau sebagai berkata:

On the approval of NAZA cars as national cars, I think MITI knows very well that it had approved it and you know the cover-up is wrong.

Kelulusan kereta NAZA sebagai kereta nasional, saya berasa MITI tahu yang ia yang meluluskannya, menyembunyikan perkara ini adalah salah.

The Government must not cover up and lie to the public, its wrong. The Government knows that it was MITI that approved it and not me. Any attempt to cover-up is very bad.

Kerajaan tidak boleh menyembunyikan perkara ini dan berbohong kepada rakyat. Kerajaan tahu bahawa MITI lah yang telah meluluskan perkara ini dan bukannya saya. Sebarang usaha untuk menyembunyikan perkara ini adalah suatu yang sangat jahat.

This is especially important as we know believe in transparency.

Perkara ini sungguh penting memandangkan kita sekarang bercakap berkenaan ketelusan.

Dan apabila ditanya adakah beliau berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh menteri berkenaan di parlimen berhubung isu ini, Dr M berkata:

And unfortunately the MPs also did not ask the right questions.

Dan malangnya ahli-ahli parlimen pula tidak bertanya soalan-soalan yang tepat.

Nampaknya dengan kenyataan bekas PM ini, isu ini hangat dan berasap kembali. Kini Dr M bukan sekadar menyerang ketidaktelusan rafidah malah pihak kerajaan pimpinan Pak Lah turut dipertikaikan. Demikian juga sumbangan ahli-ahli parlimen.

Jika seorang bekas PM boleh dengan yakin dan berani menuduh yang kerajaan yang berkuasa hari ini telah MENIPU maka kredibiliti kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah sungguh tercabar, dan tidak ada orang lain yang boleh mernjawab pertuduhan ini melainkan Pak Lah sendiri.

Takkanlah seorang negarawan berstatus bekas PM tergamak mahu menipu rakyat jelata!

Saya kira dengan kenyataan Dr M ini kerajaan BN pimpinan Pak Lah kini dilanda krisis keyakinan yang terbesar dalam sejarahnya. Benarkah menteri berbohong di parlimen, benarkah kerajaan menyembunyikan kebenaran dari rakyat, benarkah kelulusan kabinet tidak diperolehi untuk menganugerahkan Naza status kereta nasional?

Rakyat ingin tahu, jangan sekadar mengaku telus tetapi kelabu luar dan dalam.

Monday, October 10, 2005

Pemuda MCA mahu kaji pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam

Akhbar THE STAR hari ini melaporkan Naib Ketua Pemuda MCA yang baru Ling Hee Leong sebagai berkata bahawa Pemuda MCA akan membuat kajian terutama berkenaan objektif dan kesahihan pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam oleh kerajaan negeri baru-baru ini sebelum membuat pndirian terhadapnya.



Menurut THE STAR lagi:

If there were policies that might be seen as infringing non-Muslim rights, then a dialogue could be held with the state government, Ling said.

Ling berkata sekiranya terdapat dasar-dasar yang menjejaskan hak masyarakat bukan Islam, maka satu majlis dialog akan diadakan dengan pihak kerajaan negeri.

Dalam hal ini baguslah kiranya Pemuda MCA bersikap terbuka dan bersedia berbincang dengan pihak kerajaan negeri. Saya yakin kerajaan Tok Guru MB Kelantan sudah semestinya bersedia pada bila-bila masa untuk menjelaskan perkara ini kepada mereka. Barangkali Dewan Pemuda PAS kelantan boleh mngeluarkan undagan khas kepada Ling danrakan-rakan.

Cuma yang menimbulkan sedikit kemusykilan apabila Ling dipetik sebagai berkata:

Yes, I have received complaints from certain people outside about the matter. We need to study it first.

Ya saya ada menerima rungutan dari beberapa pihak dari luar berkenaannya. Kita perlu mengkaji terlebih dahulu.

Bermakna yan merungut dan tidak puas hati bukannya masyarakat bukan Islam Kelantan tetapi yang berada di luar! Sudah pastilah apabila ia melibatkan masyarakat luar maka terlepaslah tanggungjawab kerajaan negeri. Yang pentingnya seluruh rakyat jelata Kelantan termasuk penduduk bukan Islam dapat menerima pengisytiharan yang dibuat oleh Al Sultan Kelantan itu dengan hati yang terbuka.

Dan dalam hal ini saya rasa sudah tiba masanya kerajaan negeri mengundang pihak NGO terutama yang mewakili masyarakat bukan Islam di Kelantan untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar agar hasrat murni kerajaan negeri ini akan mendapat dokongan yang lebih mantap dari semua pihak, dan tidak ada ruang untuk mereka yang berniat jahat untuk menggagalkannya, insyallah.

Serangan penghasut perkauman di Singapura

Pasti anda semua terbaca sejak kebelakangan ini berkenaan tindakan kerajaan Singapura terhadap penulis-penulis BLOG yang telah membakar api perkauman di negara pulau tersebut. Setakat ini dua warga Singapura telah dijatuhkan hukuman penjara 1 bulan dan 1 hari masing-masing kerana menghasut melalui BLOG masing-masing.



Menurut akhbar THE SUN hari ini, kini terdapat seorang lagi penulis BLOG yang sedang disiasat.

Saya sendiri tertanya-tanya isi kandungan tulisan yang dianggap menghasut itu kerana laporan-laporan akhbar sehingga kini tidak memetiknya. Oleh itu demi pengetahuan semua berikut saya muatkan petikan dari BLOG GAN HUAI SHI untuk renungan kita:

BUT BUT I believe that somewhere along the line the process was distorted it degenerated into something else something along the lines of Darwins Theory of Evolution what Im suggesting ?
(Tapi saya percaya disepanjang laluan proses tersebut berlaku gangguan dan akibatnya menjelma sesuatu yang lain, umpama Teori Evolusi Darwin, apakah yang saya maksudkan?)

I am suggesting that that talk about us evolving from apes ? It only applies to a certain INFERIOR SPECIES of humans THEY evolve from apes who am I talking about ? (you all know whats coming dont you ? :D )
(Maksud saya cerita berkenaan kita yang berasal dari monyet? Ia sebenarnya merujuk kepada satu SPESIS manusia yang BANGSAT. MEREKA lah yang sebenarnya berasal dari monyet dan siapa yang saya maksudkan itu? )anda semua tahu apa yang saya maksudkan kan? :D)

Why Im talking about the MALAYS OF COURSE !! M-A-L-A-YS !!!! Yup it was at some point of the reproduction line from Adam and Eve that the process was disrupte degenerated and distorted.
(Ya saya sebenarnya merujuk kepada orang MELAYULAH SUDAH TENTU !! M-E-L-A-Y-U !!! Ya pada satu bahagian laluan pembentukan manusia dari Adam dan Hawa, proses itu telah tergendala dan terganggu)

It branched off into Darwins Theory of Evolution, what Im saying here is simply the line of reproduction was disrupted and branched out and slowly the primates were evolving into human, but of inferior quality. STRICTLY inferior quality with deeper regards to intellectual properties.
(Ianya terhubung dengan Teori Evolusi Darwin, maksud saya di sini, mudah sahaja, proses pembentukan tadi telah terganggu dan muncullah secara perlahan-lahan primat yang akhirnya membentuk manusia tetapi dari kualiti yang rendah. TEGASNYA berkualiti rendah dan tidak memiliki penguasaan kecerdikkan)

Yep I dont need to explain why malays are much more lacking in the brain department do I ? So basically to sum it up in the beginning there was a reproduction line but somewhere along that line it spawned another branch and that branch began producing inferior products which gradually evolved into what we call today The Malays.(A slight digression here.You can see clearly that the malay population has somewhat retained their primitive ape-like qualities with their simple brains and of course reproduction efficiency, which here equals Animal Sex Drive not to mention the fact that they display their affection for each other in a most blatant manner and their religious beliefs coming from a man who claims to be a prophet receiving messages from Allah.)
( Ya saya tidak perlu membuat penjelasan mengapa orang Melayu begitu lemah di bahagian akal mereka, atau perlukah saya? Kesimpulannya pada waktu permulaan kejadian manusia telah terlencong suatu lencongan dimana dari lencongan itu terbentuklah produk-produk berkualiti rendah yang beransur-ansur membentuk apa yang kita gari ini panggil orang Melayu. Sedikit tambahan di sini. Anda boleh lihat dengan jelas yang kaum Melayu itu sebenarnya telah mewarisi kualiti-kualiti monyet tadi, iaitu otak yang terlalu lemah dan sudah pasti kadar kelahiran yang cekap, dimana disini samalah dengan Kehendak Seks Kebinatangan dan itu belum lagi mengambil kira yang mereka ini mempamirkan kehendak yang luar tabiee dan kepercayaan agama mereka datangnya dari seorang manusia yang mereka anggap sebagai nabi dan menerima seruan dari Allah)


Besyukurlah rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama tidak memiliki perangai buruk sebagaimana kawan-kawan kita di seberang Tambak Johor itu. Mudah-mudahan ini menjadi peringatan dan pengajaran kepada rakyat khasnya pemimpin politik di negara ini agar jangan sekali-kali bermain dan membakar api perkauman kerana ianya pasti menganggu-guggat kestabilan negara yang kita kasihi bersama-sama ini.

Sunday, October 09, 2005

Awak ingat senang nak buang orang ke laut: Hattan

Memang dalam satu kampung tu bermacam ragam manusia ada. Ada yang pendiam, ada yang kaki lawak, ada yang kaki judi, kaki botol, kaki betina. Salah suatu perangai yang memang ketara adalah yang mulut celupar.

Jenis ini biasanya tidak digemari dalam mana-mana kampung, kecualilah untuk menghangatkan suasana majlis kenduri-kendara dan majlis-majlis keraian.Lain daripada itu biasanya yang jenis ini dijauhi orang.

Demikianlah juga yang sedihnya dalam parlimen kita hari ini. Dari 219 ahli dewan rakyat, tak terkecuali ada juga yang jenis mulut celupar ini. Bercakap tak kira waktu, tak kira suasana, tak kira samada memiliki fakta ataupun tidak.

Sebagaimana pernah dibangkitkan di BLOG ini minggu lalu ahli parlimen Sri Gading, Mohamed Aziz ketika di Parlimen baru-baru ini telah membangkitkan isu cara nyanyian lagu kebangsaan oleh penyanyi rock Hattan semasa pertandingan akhir Piala Malaysia. Menurut beliau versi Hattan itu tidak betul, malah tidak patriotik dan satu penghinaan terhadap lagu kebangsaan itu sendiri. Beliau dilaporkan berkata:

Saya rasa tersinggung apabila mendengarnya. Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut.



Hari ini dalam MINGGUAN MALAYSIA Hattan menjawab pertuduhan Mat Aziz itu.

Menurut Hattan beliau berasa sungguh terhina dengan dakwaan Mat Aziz itu tambahan ianya dibuat di Parlimen. Menurut Hattan ini bukan kali pertama beliau menyanyikan lagu kebangsaan di khlalayak ramai dan setiap kali beliau muncul dengan tanggungjawab tersebut beliau berasa sungguh berbangga, beliau mengira ianya sebagai satu aksi patriotik buat bangsa dan negara.

Bila dituduh tidak patriotik dan diancam mahu di humban ke laut, Hattan berkata:

Saya terhina sangat. Saya ada emak ada saudara-mara. Bukan tak puas hati tapi sedih. Kita sekarang dengan Konsep Islam Hadhari, inikah dia?

Mereka ini tak fikir perasaan orang. Awak ingat senang nak buang orang ke laut? Ingat saya ni anak apa hah?

Tak apa Tuhan nampak apa ada dalam dada saya. Tapi sebagai Melayu, guna perkataan macam itu, maaf saya langsung tak hormat orang macam ni.

Begitulah apabila kita berhujah dengan penuh emosional. Kita berhujah dengan maksud mahu menggahkan diri, kadangkala kita terlalu ghairah dan tidak sedar yang kita sebenarnya menginjak dan memilukan hati dan perasaan orang lain.

Saya rasa dengan perkembangan ini, jangan kan Hattan, orang Sri Gading sendiri pun dah mula mual dan malu dengan sikap dan keceluparan Mat Aziz itu. Dah banyak penggal dah Cik Mat kita ni, dari duduk memalukan kawasan, lebih baik diberi pencen atau ditukarkan sahaja nanti.

Saturday, October 08, 2005

Jangan terpedaya dengan bilangan yang ramai

Bilangan yang ramai menghadiri sessuatu majlis politik itu tidak semestinya mencerminkan sokongan ramai. Bilangan ramai boleh dinisbahkan dengan pelbagai faktor peratama sebagaimana dinyatakan oleh MB Perak Tajol Rosli yang dipetik oleh THE STAR hari ini, mungkin yang ramai itu ditaja atau sengaja diimpot.



Tajol merujuk kepada majlis-majlis Umno yang dihadiri orang ramai, yang menurut beliau tidak semstinya mencerminkan sokongan penuh kepada parti tersebut. Beliau mengambil contoh pilihnaraya umum 1999, dimana majlis-majlis tajaan Umno ketika itu dihadiri oleh puluhan ribu manusia, namun bila tiba pilihanraya Umno tewas teruk termasuklah di Perak.

PAS juga pernah menerima padah yang sama sebelum ini, saya ingat selepas Peristiwa Memali pada bulan November 1985. Ekoran peristiwa itu ceramah-ceramah PAS dibanjiri ribuan peserta. Pada pilihanaraya umum 1986 dengan peristiwa trajis itu masih hangat dibincangkan, dengan kebanjiran kehadiran di ceramah-ceramahnya, PAS menyangkakan ia mempunyai harapan untuk menang besar.

Akan tetapi keputusan muktamadnya PAS menghadapi kekalahan paling buruk dalam sejarahnya. Dari 6 kerusi parlimen PAS hanya mampu bertahan di satu kerusi iaitu kerusi keramat Pengkalan Chepa. Di DUN Terengganu dari permulaan 5 kerusi pada 1982, PAS cumam mampu mempertahankan 2 kerusi.

Dalam hal ini sesungguhnya yang ramai menghadiri ceramah PAS ketika itu sebenarnya adalah mereka yang berada di atas pagar. Yang hadir hanya untuk mendengar namun belum berapa yakin mahu mengundi PAS atas beberapa sebab. Dan keduanya didapati mereka yang hadir disatu-satu ceramah PAS itu akan turut hadir di ceramah lain di tempat yang lain. Bermakna crowd nya sama sahaja dari satu majlis ke satu majlis.

Memang dalam keadaan-keadaan tertentu kehadiran mereka dimajlis ceramah adalah superficial. Namun sejak gelombang reformasi yang memuncak pada tahun 1999, kehadiran di ceramah-ceramah BA biasanya dapat diterjemahkan kepada undi. Mereka yang hadir tidak seperti dalam majlis Umno, datang dengan sukarela, tidak dibeli atau ditaja.

Rakyat semakin matang, dan penerangan first hand hanya boleh diperolehi melalui majlis-majlis ceramah umum, kerana itulah kerajaan Pak lah telah mengetatkan peraturan untuk majlis-majlis seumpama ini setelah BN dan Umno tergigit pada tahun 1999.

Apa pun kiranya pihak polis melonggarkan keizinan untuk ceramah dan rapat umum oleh parti-parti politik seperti pada zaman awal dahulu, ketika itu rakyat akan memiliki kebebasan untuk mendengar semua pihak dan seterusnya memilih dengan penuh yakin. Tak kiralah samada mereka hadir kerana nasi sebungkus atau RM10, sekurang-kurangnya kita dapat berbangga bahawa Malaysia bukan sekadar sebuah negara maju tetapi turut memperatahankan kebebasan berhimpun dan bersuara, sebagaimana negara-negara maju lain.

Friday, October 07, 2005

Hutang RM377 juta: Khir cuba mencari alasan

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (sebagaimana terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara) negeri Selangor Darul Ehsan mempunyai baki hutang sebanyak RM377.33 juta dengan kerajaan Pusat. Dan menurut senarai jumlah ini meletakkan Selangor sebagai negeri yang keempat dalam Malaysia yang paling banyak hutang tertunggak dengan kerajaan Pusat.



Ketua Audit Negara dalam laporannya juga menyebut bahawa Selangor adalah salah sebuah negeri yang tidak membayar langsung ansuran berjadual terhadap tunggakan tersebut sepanjang tahun lalu, 2004.

Semalam akhbar UTUSAN melaporkan MB Selangor Khir Toyo sebagai membuat penjelasan:

Sebahagian besar hutang kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan Pusat berjumlah RM377 juta seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2004, digunakan untuk projek perumahan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, hutang itu juga bukan hutang tertunggak kerana kerajaan negeri membayarnya secara berperingkat-peringkat dan telah membayar RM20 juta baru-baru ini.

Isu untuk apa jumlah hutang itu digunakan tidak berbangkit, isunya adalah kelewatan menjelaskannya. Khir Toyo tidak pun diminta menjelaskan untuk apa wang sebesar itu digunakan, yang ditanya kenapa tidak bayar-bayar mengikut jadual?

Dan seterusnya Khir jelas cuba menyelewengkan fakta apabila menafikan yang jumlah tersebut sebenanrnya adalah hutang tertungak. Adakah MB Selangor mempertikaikan Laporan Ketua Audit Negara?

Kata Khir RM20 juta telah dibayar baru-baru ini oleh itu ianya bukan lagi hutang tertunggak. Wahai Dato MB, Laporan ini adalah untuk tahun 2004. Dan pada tahun 2004 Selangor Negeri Maju lansung tak bayar hutangnya, janganlah dikira yang dibayar baru-baru ini pada tahun 2005 yang tak sampai pun 10 peratus dari jumlah hutang tertunggak yang berjumlah RM377 juta itu.

Memang ini bukan kali pertama Khir bersikap mengaburi fakta. Ketika pengisytiharan Selangor Negeri Maju dahulu pun apabila fakta ukuran kemajuan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu, Khir dengan selamba tepis dan tolak ke tepi sahaja.

Isunya sekarang Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa bagi tahun 2004 hutang tertunggak Selangor kepada kerajaan pusat sebanyak RM377.33 juta dan sepanjang tahun tersebut tiada pembayaran dibuat. Khir tak perlulah melenting dan mencari alasan. Apa yang perlu dibuat adalah bayar hutangnya, takkan negeri sahaja maju tapi hutang tak mampu bayar?

Thursday, October 06, 2005

Senarai tunggakan hutang kepada kerajaan Pusat

Baru-baru in saya menulis artikel bertajuk Negeri maju hutang tak bayar iaitu ulasan mengenai kenyataan Kementerian Kewangan danLaporan Ketua Audit Negara berkenaan hutang-hutang kerajaan-kerajaan negeri terhadap kerajaan Persekutuan.

Untuk tatapan semua berikut saya sertakan carta yang disediakan oleh sahabat saya di PERAKAN http://www.perakan.net/ yang dibuat berdasarkan maklumat dari BERNAMA:




Dari carta ini kita dapat perhatikan bahawa negeri Kelantan yang dikatakan mundur, tidak membangun dan berbagai lagi tohmahan yang negatif itu hanya jatuh ditangga ke 10 berbanding negeri-negeri lain yang diperintah BN dari sudut jumlah hutang yang tertunggak.

Itupun saya difahamkan sebahagian besar dari RM46.61 juta itu sebenarnya adalah hutang yang diwarisi dari kerajaan Umno pra 1990.

Jika kita perhatikan kita dapat lihat juga bahawa Selangor mempunyai jumlah hutang yang lebih 8 kali ganda dari Kelantan. Manakala Melaka yang saiznya lebih kecil dari Kelantan mempunyai tunggakan lebih RM29.58 juta dari Kelantan.

Kalau negeri bergelar maju tetapi berhutang RM377.33 juta, apalah sangat yang mahu dibanggakan. Mengapa MB Selangor tidak memaklumkan darihal jumlah tunggakan ini kepada rakyat semasa ghairah mengisytiharkan Selangor Negeri Maju 2005 pada bulan Ogos lalu? Kasihan rakyat Selangor negerinya maju tetapi penuh dengan hutang.

Membangun Bersama Islam: Sokong sahaja kalau tak mampu

Akhbar THE SUN hari ini membawa satu berita menarik dengan tajuk:

PAS says it wont stop sale of liquor

Menurut laporan Adun Umno dari Wakaf Baru, Mohd Rosdi Ab Aziz semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam bertanya soalan samada kerajaan negeri dengan slogannya Membangun Bersama Islam bercadang untuk menutup premis-premis menjual arak dalam negeri tersebut.

Bagi mereka yang membaca tajuk ini nampak seolah-olah terdapat percanggahan antara negeri yang mahukan Islam tapi dalam waktu yang sama tidak menghentikan jualan arak dalam negerinya.

Juga nampak seolah-olah ADUN Umno ini benar-benar prihatin lantaran konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh partinya yang memerintah diperingkat Pusat.

Tapi hakikatnya benarkah demikian? Sekiranya kita menelaah jawapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Takiyuddin Hassan jelaslah soalan ADUN Umno ini sungguh mengelirukan, nakal malah sebenarnya akan menyerang kembali diri dan partinya sendiri.

Takiyuddin menjelaskan bahawa kerajaan negeri yang berteraskan Islam tidak menghalang rakyatnya yang bukan beragama Islam dari meminum arak. Lesen premis arak Cuma dikeluarkan kepada restoran Cina yang mempunyai pelanggan bukan Islam sahaja. Tambah beliau kerajaan negeri meluluskan lesen premis bagi penjualan arak mengikut keperluan masyarakat bukan Islam sahaja, misalnya di Kota Bharu sebanyak enam lesen, Gua Musang (empat), Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat masing-masing satu lesen premis.

Bahagian pertama jawapan Takiyuddin ini sebenarnya boleh digunakan untuk membuktikan bahawa kerajaan Islam di Kelantan tidak pernah menekan atau melarang masyarakat bukan Islam dari mengamalkan apa yang dibenarkan oleh agama atau kepercayaan mereka (itupun bagi mereka yang ingin berbuat demikian).

Malah kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri milik BN dan Umno yang menjuarai Islam Hadhari lebih pemurah lagi sehingga langsung tidak mengawal samada pengeluaran lessen premis mahupun pengunjung-pengunjung premis.

Seterusnya Takiyuddin mengambil kesempatan memulangkan paku buah keras kepada ADUN Umno itu dengan mengatakan bahawa Kerajaan Kelantan menganggap amat malang sekali bagi negara ini yang diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, namun membenarkan kilang arak beroperasi.

Malah Harakahdaily melaporkan Takyuddin sebagai berkata:

Sedangkan menurut Imam Abu Hanifah negara umat Islam dibenarkan mengimport arak bagi kegunaan orang bukan Islam sahaja.

Bahagian kedua jawapan Takiyuddin ini seolah mengingatkan ADUN Umno itu agar jangan meludah ke langit akhirnya akan bertepek ke muka sendiri! Kerajaan Islam Hadhari Malaysia buka sekadar melesankan premis arak yang boleh dikunjungi oleh umat Islam malah dengan kilang-kilannya sekali dilesenkan.

Kilan-kilang ini pula dimiliki oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang sahamnya boleh dipegang oleh umat Islam. Malahan syarikat-syarikat pengeluar arak itu juga boleh mengambil pengarah, pengurus dan kakitangan dikalangan orang-orang Islam (saya dfahamkan ada surau lagi dalam salah sebuah kilang arak itu).

Dalam hal ini lebih baik Umno menyokong sahaja usaha murni kerajaan negeri Kelantan, beri pandangan dan bantuan untuk Kelantan mempertingkatkan lagi usahanya untuk Membangun Bersama Islam, dalam keadaan kita tidak mampu berbuat apa-apa, lebih baiklah kita berikan sahaja sokongan kepada mereka yang mampu.

Tuesday, October 04, 2005

Negeri maju hutang tak bayar

Pada bulan Ogos lalu Selangor telah diisytiharkan sebagai Negeri Maju oleh Menteri Besarnya Khir Toyo. Kini hampir 2 bulan berlalu, anak-anak Selangor masih terpinga-pinga dan tertunggu-tunggu limpahan kemajuan yang tak jatuh-jatuh pun ke riba mereka.



Dalam akhbar NST hari ini Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa usaha sedang dipertingkatkan untuk memungut hutang melebihi RM9 billion yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan-kerajaan negeri. Hutang ini termasuklah hutang yang diberikan kepada badan-badan berkanun negeri dan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

Menurut laporan Ketua Audit Negara, tidak ada satu pun kerajaan neeri yang membayar ansuran hutangnya mengikut jadual, bermakna ada yang membayar namun tidak menepati jadual yang ditetapkan.

Tetapi yang lebih parah lagi terdapat kerajaan negeri yang langsung tidak membayar balik hutangnya sepanjang tahun lalu. Antaranya adalah Johor, Kedah, Pahang, Selangor, Terengganu dan Negri Sembilan.

Ya, kerajaan Selangor Negeri Maju, langsung tidak membayar sesen pun hutang mereka pada tahun lalu.

Sepanjang tahun 2004 sebanyak RM349.84 juta telah dibayar oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berhutang (termasuk Kelantan) namun Selangor Negeri Maju tidak tersenarai! Maju-maju juga tapi hutang kenalah bayar.

Humban Hattan ke laut:
Sri Gading mencemarkan nama baik Parlimen


Saya sempat mengikuti siaran secara langsung pertandingan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Perlis di Stadium Bukit Jalil Sabtu lepas. Semasa menonton saya sempat juga menyaksikan lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan oleh penyanyi rock Hattan.

Saya kira ianya sempurna walaupun Hattan sebenarnya kelihatan macam mahu mengulangi 2 baris terakhir lagu tersebut sedangkan beliau terlupa yang lagu nyanyiannya itu telah pun sempurna sehinggalah muzik dihentikan.



Tiba-tiba di Dewan Rakyat semalam ahli Parlimen Seri Gading Mohamed Aziz (Umno-BN) naik angin dan kelihatan macam hilang pertimbangan apabila membangkitkan insiden di atas. Beliau mendakwa Hattan tidak menyanyikan versi sebenar lagu tersebut dan menanggap tindakan Hattan itu sebagai satu penghinaan kepada lagu kebangsaan yang dinyanyikan pula di hadapan Yang Di Pertuan Agung.

UTUSAN melaporkan beliau sebagai berkata:

Saya rasa tersinggung apabila mendengarnya. Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut

Amboi, Mat Aziz ni wakil rakyat ke wakil hutan rimba?

Pertamanya ratusan ribu rakyat Malaysia boleh mengesahkan bahawa tiada cacat celanya nyanyian Hattan itu, malah kalau pun ada kesilapan ianya tidak disengajakan dan tak perlulah sehingga mendesak agar tindakan keras dan drastik diambil!

Dan keduanya bagaimana mungkin seorang yang berstatus ahli parlimen, anggota badan perundangan tertinggi dalam negara boleh mengeluarkan kata-kata kuno, nak menghumban orang ke laut?

Saya perhatikan Mat Aziz ini memang juru lawak dan tukang karut yang besar dalam Dewan Rakyat. Beliau memang akan mencuri apa sahaja kesempatan untuk bercakap dalam dewan walaupun kandungan ucapannya itu tiada isi dan kadang-kala tak masuk akal. Rata-rata kehadiran beliau dan dua tiga orang lagi rakannya lebih banyak mencemarkan nama baik dewan dan negara kalau nak dibandingkan dengan nyanyian Hattan tadi.

Elok sangatlah para pengundi di Seri Gading beri perhatian sikit. Pilihanraya umum akan datang tak perlu lah humbannya ke laut, cukuplah dengan menafikan beliau undi, bolehlah dia duduk lepak-lepak di warung-warung kopi. Rasanya tempat seperti itu lebih memerlukan khidmat beliau dari dewan rakyat yan mulia itu.

Monday, October 03, 2005

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak

Alhamdulillah umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa di bulan Ramadhan bermula pada hari Rabu ini. Allah swt berfirman dalam surah al Baqarah 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.


Dalam siaran TV saluran Al Jazeera sebentar tadi Sheikh Dr Yusof al Qardhawi menjelaskan bahawa pada bulan Ramadhan umat Islam sepatutnya mengambil kesempatan berlumba-lumba mengumpulkan bekalan akhirat melalui pelbagai aktiviti ibadah yang dilipat gandakan oleh Allah swt ganjaran pahalanya.

Kata beliau lagi, peniaga-peniagan di dunia akan sentiasa mencari dan mengejar keuntungan begitu jugalah peniaga-peniaga akhirat, sepatutnya di bulan Ramadhan ini mencari dan mengejar pahala untuk kegunaan di hari kemudian.

Ulamak besar itu turut menganjurkan agar di bulan mulia ini umat Islam bukan sekadar memperbanyakkan bacaan al Quran tetapi turut berusaha memahami maksudnya dan sudah pastilah lebih penting lagi melaksanakan kandungannya.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini untuk kita menjadi lebih baik dari Ramadhan yang lalu.



Sementara itu sebahagian besar penduduk dunia khususnya di Semenanjung Iberia (termasuk Sepanyol, Portugal) dan negara-negara di utara Afrika berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh, sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak 200 tahun lalu. Menurut CNN bulan hampir-hampir menyelubungi keseluruhan bola matahari laksana sekeping pinggan hitam yang dilingkari cahaya.

Kebetulan dengan kuasa Allah fenomena alam ini berlaku disaat umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan bulan Ramdhan yang penuh barakah itu.

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan, insyallah.

Berani kerana benar tiada dalam kamus BN

Sidang dewan rakyat siang tadi gempar apabila suatu surat dari Ketua Pengarah MITI telah diedarkan kepada semua ahli dewan. Sebagaimana dilaporkan BERNAMA:

Surat bertarikh 30 Sept itu, dan ditandatangani oleh KSU kementerian Datuk Mohd Sidek Hassan, adalah bagi menjelaskan mengenai kesan pengedaran senarai nama anggota Parlimen yang telah menerima AP untuk membawa masuk kereta import bagi kegunaan sendiri.

Kebanyakan ahli dewan menganggap pengedaran surat tersebut menghina Parlimen kerana Menteri yang berkenaanlah yang sepatutunya memberikan penjelasan kepada dewan dan bukannya berlindung melalui surat KSU nya. Menurut prinsipn akauntabiliti, pertanggunjawaban terhadap Parlimen terletak atas bahu Menteri.

Ekoran kekalutan itu Ketua Pembangkang Lim Kit Siang telah mengemukakan usul agar Rafidah Aziz dan KSUnya itu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Apa yang mahu diperkatakan di sini adalah sikap ahli-ahli dewan terhadap usul tersebut. Isunya memang jelas bahawa surat yang diedarkan itu sesungguhnya tidak kena pada tempatnya, malah cuba melarikan pertanggungjawaban menteri berkenaan terhadap badan perundangan yang tertinggi dalam negara.

Masalahnya walaupun jelas, namun oleh kerana isu ini dibawa oleh pembangkang, maka ia tidak boleh disokong oleh mana-mana anggota dewan dari BN. (Kebetulan dua orang wakil Bn iaitu dari Kinabatangan dan Sri gading telah berbahjas menyokong usul tersebut).

Menurut TPM Najib Tun Razak yang juga Ketua Whip BN di Dewan Rakyat:

Dalam apa keadaan pun mereka tidak boleh menyokong usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang.

Tidakkah pelik bunyinya. Bermakna walaupun sesuatu perkara itu dibawa demi kepentingan rakyat dan negara namun kiranya ia dibawa pembangkang benar atau betul sekali mana pun ianya tetap tidak boleh disokong!

Setahu saya sebelum ini memang ada usul-usul yang dibawa oleh ahli dewan dari parti pembangkang yang telah turut disokong oleh wakil BN, termasuklah yang dibawa oleh wakil PAS khususnya isu yang melibatkan Islam dan hubungan antarabangsa.

Kalau beginilah disiplin yang mahu dikenakan terhadap ahli-ahli dewan dari BN, bermakna ianya salah dan tidak bermaruah serta beretika. Bermakna juga ahli-ahli dewan dari BN tidak lebih dari rubber stamp ataupun robot yang cuma boleh bercakap atas perkara-perkara yang diizinkan kepada mereka oleh ketua mereka tidak kiralah samada perkara itu benar atau sebaliknya.

Sothinathan dari MIC pernah digantung dari dewan kerana menyuarakan kepentingan bangsanya dalam dewan, dan kini giliran Bung Moktar dan Mohamed Aziz pula. Lain kali kalau mahu mempertahankan kebenaran dalam dewan, lompat sahaja ke bangku pembangkang, kerana di bangku BN cuma rubber stamp dan robot sahaja yang dibenarkan bercakap!

Sunday, October 02, 2005

Assalamualaikum saya menerima artikel ini dari sahabat saya Abu Muiz, lalu saya muatkan di sini untuk dikongsi bersama. Terima kasih ustaz.

Mungkin nanti bersama lagi, atau terpisah keakhir hayat
Oleh ABU MUIZ

Membaca tulisan sahabat saya, Roslan SMS bertajuk, Lanjutan Tahanan ISA: Jangan cenderung kepada si zalim, yang menyentuh berkenaan Ustaz Nik Adli serta ayahnya, kita akan dapat merasakan betapa dalamnya rasa kesedihan hati seorang ayah dari kata-kata yang terungkap oleh Tok Guru Nik Aziz, sebagai menjawab soalan muslimat yang tersebut.

Menurut tulisannya itu, Tok Guru Nik Aziz redha dengan penahanan anaknya, sebagai sebahagian dari ujian Allah s.w.t. terhadap beliau dan keluarganya. Namun, beliau tetap memberi ingat kepada semua pihak yang bertanggungjawab, samada menteri, ataupun orang politik, ataupun sesiapa sahaja; sebagai seorang bapa, beliau akan menuntut haknya di depan Allah s.w.t. di akhirat kelak. Oleh kerana beliau dan keluarganya jelas dizalimi dalam hal ini, maka apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. kelak, beliau akan memohon pengadilan. Kalau perlu dipijak dan diinjak muka mereka yang bertanggungjawab dan tali barutnya sekali, akan beliau lakukan dihadapan Kadhi Rabbul Jalil itu.

Ujian yang diterima oleh Tok Guru Nik Aziz ini, nyatanya sangat hebat. Ia tidak mungkin dijadikan ujian untuk kebanyakkan orang. Hanya mereka yang terpilih sahaja akan dihadapkan dengan ujian yang seumpama ini.

Ia adalah umpama ujian yang pernah dialami oleh Nabi Yakub serta Nabi Ibrahim a.s., cumanya, di dalam bentuk yang berlainan. Tetapi kesemuanya menguji rasa kasih sayang sebagai seorang bapa kepada anaknya. Nabi Yakub a.s., walaupun tidak mempercayai cerita anak-anaknya yang sebelas orang itu bahawa Yusuf a.s. telah dimakan serigala, hanya dapat mengatakan; Sabar itu indah! Walau pun dia tahu Yusuf di khianati, tetapi dia tidak dapat menolak penipuan serta perancangan jahat anak-anaknya itu.

Oleh kerana itu, beliau hanya dapat redha dan bersabar. Akhirnya, air matalah yang menjadi dakwat buat merakamkan rasa penderitaan akibat kehilangan seorang anak yang sangat dicintai. Matanya menjadi buta! Namun, kesabaran itu memang indah. Kesabaran panjang Nabi Yakub a.s. itu, dibayar oleh Allah s.w.t. melalui pertemuan semula dengan Yusuf a.s. yang telah pun menjawat jawatan tinggi dan menjadi orang penting di negeri Mesir. Kebahagiaan yang datang itu telah memulihkan penglihatanya semula.

Kita yakin, kesabaran Tok Guru Nik Aziz sekeluarga akan mencapai keindahan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. itu.

Nabi Ibrahim a.s. pula telah membuktikan darjah keimanan dan ketaqwaannya yang tinggi terhadap Allah s.w.t., apabila beliau berdepan dengan perintah Tuhannya untuk menyembelih tengkuk anaknya sendiri. Kesediaan menyembelih tengkuk anaknya itu, membawa kepada akibat bahawa dia akan berpisah dengan anaknya itu selama-lamanya. Dan ujian itu terasa lebih berat baginya apabila mengenangkan Ismail a.s. yang telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk disembelih itu; adalah seorang anak yang sangat patuh dan penyantun.

Jika Ustaz Nik Adli benar-benar bersalah dan dapat dibuktikan kesalahannya, itu barangkali sudah cukup bagi Tok Guru Nik Aziz serta isterinya, memujuk hati mereka agar benar-benar dapat merelakan penahanan itu; serta tidak perlu bagi Tok Guru Nik Aziz menunggu untuk menuntut keadilan dihadapan Kadhi Rabbul Jalil nanti. Tetapi, apa yang berlaku adalah kezaliman. Akta ISA adalah zalim; kerana ia bercanggah dengan sunnatullah. Di sana, Allah s.w.t. sendiri pun tidak akan mengazabkan hambaNya sebelum ia dibuktikan berdosa. Itulah gunanya padang Mahsyar. Itulah gunanya Raqieb dan Atied; dua malaikat yang tugasnya merekodkan segala perbuatan dan amalan manusia, kerana rekod mereka itu sangat berguna ketika berlangsungnya Mahkamah Padang Mahsyar kelak.

Di sana nanti, manusia akan dihimpunkan dan akan dibicarakan seadil-adilnya. Setelah terbukti ia berdosa, barulah ia dicampakkan kedalam api neraka Allah s.w.t..

Jika Tuhan pun di dalam hendak menghukum manusia yang diciptanya sendiri, bertindak sebegitu adil; maka siapalah kita yang merasa layak untuk menghukum sesama manusia tanpa dibuktikan bersalah terlebih dahulu.

Di dalam Islam, meletakkan ikan di dalam akuarium yang kecil, sehingga menyekatnya daripada mendapat makanan dan udara secukupnya; atau mengurung burung di dalam sangkar yang terlalu sempit; adalah suatu kezaliman. Terhadap burung dan ikan pun, kita tidak boleh berlaku zalim. Inikan manusia!

Dia adalah anak kepada dua orang manusia! Dia juga adalah suami kepada seorang manusia! Dan dia juga adalah ayah kepada beberapa orang manusia yang baru hendak mengenal dunia ini dengan belaian kasih sayangnya! Tetapi, mereka telah dipisahkan. Bagi dua ibu bapa, berpisah jauh dari si anak sahaja, sudah cukup untuk menjadikan jiwa keduanya rasa menderita. Katakan, si anak tinggal jauh di negeri yang berlainan, kerana menjawat jawatan yang tinggi, tinggal di rumah yang selesa, berkenderaan mewah; pada dasarnya hidup senang; tetapi dalam keadaan begini pun masih membuatkan hati seorang ayah dan juga seorang ibu berasa pilu yang bersangatan kerana rindu berjauhan. Inikan pula si anak tinggal di penjara; yang sebutannya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan penderitaan yang bakal ditanggung oleh penghuninya.

Jika si anak di sisi ibu bapa pun; makan dan minumnya selalu dibimbangkan oleh mereka, maka tentunya si ibu dan si ayah yang malang itu, selalu memikir-mikirkan bagaimanalah makan-minum, tidur dan kesihatan si anak dipenjara. Mendengar batuk si anak di bilik sebelah pun, sudah membuatkan si ibu atau si ayah tadi tidur tak lena; inikan pula si anak, tiada di depan mata. Sesekali, tidur si ayah atau si ibu diganggu nyamuk, atau kesejukan, atau kepanasan, terfikir pula, bagaimanalah tidur si anak dipenjara.

Sepatah si cucu bertanya; Bila ayah akan balik? Berjuraian pulalah air mata si atok dan nenek mengalir di lurah-lurah kedut tua, sebagai ganti jawapan yang tak terungkapkan. Si ibu pula, sudah puas memberi alasan. Sesekali menyembunyikan tangis disebalik obor perjuangan yang dibekalkan oleh suami. Sesekali, tak tertahankan juga olehnya.

Kedatangan Ramadan memang sangat dirindukan oleh mereka. Ia mungkin menyakitkan ketika ahli keluarga berkumpul di waktu berbuka puasa, tanpa bilangan ahli yang mencukupi. Tetapi, kedatangannya itu terasa sangat nikmat bagi memanjangkan rayu dan munajat. Helaian-helaian dari mashaf al-Quran, basah disirami air mata. Si ayah, si ibu dan si isteri, terasa bagai anak kecil yang merengek-rengek di ribaan Allah. Mengadu kerinduan. Mengadu kelemahan. Memohon ketabahan. Di dalam dakapan Ramadan itu, tangisan dan harapan bertambah syahdu. Mereka mengharapkan keberkatan Ramadan, memustajabkan doa dan harapan buat mempertemukan mereka semula.

Kedatangan syawal pula, membawa rasa serba salah. Mahu bergembirakah atau berduka?

Inilah sedikit gambaran penderitaan yang sedang dirasakan oleh mangsa-mangsa kezaliman ISA dinegara kita ini. Kita perlu berkongsi dengan mereka akan rasa penderitaan ini; walaupun ia tentunya tidak menyenangkan. Sebagai seorang mukmin, memang sepatutnya kita tidak dapat rasa senang, jika di sana ada saudara kita yang sedang menderita. Sekurang-kurangnya, kita berkongsi munajat dan doa dengan mereka.

Di bulan Ramadan yang mulia ini, disamping kita berdoa demi kebahagiaan kita sekeluarga, doakanlah juga untuk Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain ahli keluarga bagi mangsa-mangsa kezaliman ISA yang dilanjutkan penahanan mereka oleh akta yang zalim itu. Biar doa-doa kita itu bersatu di Lauh Mahfuz; dan menjadi kekuatan yang akan menumbangkan si pelaku kezaliman.

Di bilah-bilah malam yang berkat dari Ramadan ini, kita perbanyakkanlah solat hajat. Panjatkan doa kita untuk mereka. Kita perlu yakin dengan doa sebagai senjata. Taufan Katrina yang melanda Amerika itu, mungkin sahaja hasil dari solat-solat hajat dan doa umat Islam diseluruh dunia, ketika Amerika mengetuai serangan zalim keatas Afghanistan serta Iraq dan mengizinkan kezaliman Israel ke atas Palestin.

Doa-doa kita, didengar oleh Tuhan. Solat-solat hajat dan doa kita ketika masjid dan surau dirobohkan di Terengganu, mungkin sahaja telah meniupkan hidayah ke dalam hati Dato Muftinya, sehingga beliau mempunyai kekuatan untuk membuat langkah berani, mengisytiharkan taubatnya dari tulisan-tulisannya yang selama ini menjadi tunggak dalil bagi pelakon-pelakon drama Islam Hadhari di negeri di Terengganu itu.

Sekali lagi, doa kita didengar Tuhan. Bersolatlah, berdoalah dan bersabarlah; kerana kesabaran itu indah!

Saya pernah diminta untuk menuliskan lirik bagi sebuah lagu yang mahu menggambarkan penderitaan dan perasaan pejuang-pejuang yang ditahan di awah akta ISA. Lagu ini, iramanya mirip kepada lagu dangdut dan ia dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang suaranya sangat mirip kepada suara Ahmad Jais. Ingin saya kongsikan bersama di dalam tulisan saya ini. Sila renongkan:

Aku Ini Insan Biasa
Juga Mampu Merasakan Derita
Sepi Aku Dari Kemanisan Hidup
Yang Di Damba Insan

Biar Hidup Lusuh Terfitnah
Kezaliman Yang Diwarnakan Indah
Akukan Bertahan
Salam Rasulullah Obor Mujahadah

Zikir Itu Jadi Hiburanku
Quran Menjadi Teman
Kesabaran Menjadi Ubatku
Berselimutkan Mimpi
Tahjudku Menghiasi Malam

Ibuku, Ayahku, Isteriku, Anakku Dan Temanku
Kita Satukan Keyakinan Ibadah Dan Ketaqwaan
Hidupku, Matiku, Amalku, Ku Pasrahkan Padamu
Hanya Engkau Oh Tuhanku, Tempat Mengadu

Mungkin Nanti Bersama Lagi
Atau Terpisah Keakhir Hayat
Tetapi Yang Pasti
Kitakan Bertemu Diakhirat Nanti

Sekian. Salam dan doa dari Abu Muiz untuk seluruh pejuang-pejuang yang menjadi mangsa kezaliman ISA serta seluruh ahli keluarga mereka.