Wednesday, February 27, 2013

Apabila Roslan SMS dicabar (27/2/13)


Saya tak sangka posting saya bertajuk : “MB Selangor nanti bukan dari BN tapi PR” telah menarik minat seorang pengikut, yang bukan sebenarnya mengulas secara langsung kandungan posting berkenaan tetapi membawa isu baru.
Beliau fokus pada isu : rumah urut di Selangor dan posting yang buat pada bulan Febuari 2007 (ketika itu belum ada Pakatan Rakyat) http://n32.blogspot.be/2007/02/jangan-belai-iblis-tetapi-belailahlah.html

Terbaru beliau mengulas:
Salam Bro Roslan,

Jadi, bolehkah ayat dibawah ini dilontarkan kepada MB Khalid pula?
"Soalnya mengapa MB tidak memiliki kekuatan untuk mengharamkan sahaja rumah-rumah urut yang beroperasi seperti ini. Haramkan terus kegiatan urut lelaki oleh wanita, susahkah?"

Jika Bro Roslan betul2 mempunyai kekuatan nak menghapuskan rumah2 urut di Selangor, saya cabar bro Roslan membuat satu entry khas untuk MB Khalid sepertimana yg bro buat utk Khir TOyo dulu ...
if and only if you have the guts!

Saya menghargai pandangan beliau dan berterima kasih kerana beliau mengambil masa mengunjungi blog saya. Pengalaman saya lebih 9 tahun dalam dunia blog ini mengajar saya memang aka nada sentiasa mereka yang tidak sehaluan dengan kita, tak guna berbalah dan bertelagah. Terbaik kita menghormati sahaja pandangannya sebagaimana kita mengharapkan orang lain juga menghormati pandangan kita walaupun mungkin tidak setuju.
Ada blogger yang ringan mulut, kadang-kadang dikalangan kawan-kawan juga, apabila berhadapan dengan situasi sebegini akan mudah melenting, memaki hamun, merendah-rendahkan pandangan orang lain.

Kita biarlah beradab.
Berbalik kepada komen sahabat kita di atas. Bagi saya rumah urut yang mengamalkan urutan yang melanggar syarak sewajarnya ditentang oleh orang Islam lebih-lebih lagi pemimpin Islam, tak kiralah Umno kah dia, PAS, PKR siapa pun. Itu pendirian saya.

Kuasa perlesenan aktiviti seumpama ini adalah kuasa kerajaan negeri lebih tepat lagi di bawah PBT yang dikuasai negeri. Alhamdulillah MB-MB PAS, samada di Kelantan, Terengganu mahupun Kedah tidak pernah menghalalkan industri ini kerana ia jelas bertentangan dengan syarak.
Dalam pada itu kita juga berhadapan situasi masyarakat berbilang kaum. Ada negeri-negeri yang punya perwakilan dan masyarakat berbilang kaum yang tinggi tidak seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu.

Bagi masyarakat bukan Islam sebagaimana minuman keras adalah merupakan sesuatu yang lazim bagi mereka. Di sini situasinya berbeza.
Apa pun kuasa negeri adalah pada MB. Dan bagi MB dalam negeri-negeri yang didominasi umat Islam saya tidak dapat helah mengapa aktiviti yang haram tidak boleh diharamkan, tiada sebab.

Dalam kes Khir Toyo ketika beliau MB beliau menyebut sebagaimana saya sebut dalam posting saya itu:
Semalam dalam ruangan METRO akhbar THE STAR dilaporkan:

Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo said at present most premises offered massage services in cubicles or rooms.
This is against the law. I dont see why massage services must be conducted in rooms or compartments when the law says the premises must be open, he said, adding that the government was intent on issuing closure orders against centres that continued to provide services in rooms or cubicles.

We have come across outlets that claim to offer foot reflexology services but the service is conducted in rooms. I dont know why this is so, he said.
Dr Khir said he had made several spot checks on massage parlours during the ongoing state-wide operation against massage parlours.

He said he was shocked to find out that most of the premises did not comply with regulations.
One centre even hands out condoms to all their customers who go there for a massage. What massage are they offering? I dont want massage parlours to be turned into vice dens.

Khir ketika itu seakan bersungguh mahu mnegawal dan mengahramkan aktiviti ini, tetapi sehinggalah tamat penggal beliau sebagai MB apabila tewas dalam PRU 12 aktiviti ini tetap di lesenkan.
Sahabat kita mempertikaikan adakah saya berani membuat teguran yang sama terhadap MB Tan Sri Khalid kini, saya jawab INSYALLAH bukan hanya saya malah semua umat Islam di Selangor termasuk sudah pasti ahli-ahli PAS dan pemimpinnya akan berani malah telah pun dalam beberapa peristiwa membuat teguran.

Dalam kes Selangor kini pengawalannya lebih ketat, warisan lesen dari zaman Khir kini melalui proses tapisan kerana dalam PBT di Selangor kini sudah ada wakil-wakil PAS dan atas mereka ini wajib memncetuskan idea bagaimana mengawal aktiviti ini, mungkin bagi masyarakat bukan Islam kita tidak boleh wajibkan pengharamannya tetapi ke atas masyarakat Islam tidak ada sebab.
Tak perlu cabar saya, tetapi cabar semua kita yang Muslim apabila dipinjamkan Allah kuasa, gunakan kuasa itu untuk Islam, itu sebenarnya lebih mulia. Ini dah dekat pilihanraya ini, jadi tanggungjawab kita menaikkan pemimpin yang seumpama ini, ayuh.

Tuesday, February 26, 2013

Biarlah tarikh PRU telah ditetapkan lepas ini (26/2/13)


Banyak betul teka-teki tentang tarikh pembubaran Parlimen. Hampir setiap hari itulah topic perbualan dimana-mana pun. Terbaru saya mendapat tahu esok tarikhnya…..entahlah.
Yang pasti bagi parti-parti yang bertanding diperingkat ini sepatutnya proses pemilihan calon sudah selesai, jentera sudah lengkap semuanya cuma menunggu untuk digerakkan 100 peratus.

Satu yang harus menjadi pengajaran, siapa pun jadi kerajaan selepas ini pastikan tarikh pembubaran Parlimen ini menjadi suatu yang telah ditetapkan, tak perlu lagi teka-teki, tak perlu lagi parti yang memerintah diperingkat Persekutuan mendapat “advantage” menetukan tarikh mengikut kehendaknya. Memang ini merupakan warisan sistem British, tetapi ternyata rakyat Malaysia tidak senang dan selesa dengannya.
Biar selepas ini kita menjadi seperti Amerika Syarikat semuanya telah ditetapkan bukan hanya tarikh pilihanraya malah termasuk hari Presiden mengangkat sumpah semuanya telah ditetapkan.

Betul ke esok PM akan mengadap Agong bagi mendapat perkenan pembubaran Parlimen….entahlah.

Monday, February 25, 2013

Faktor calon penting di Selangor (25/2/13)


Selangor walaupun duduk dalam Malaysia namun dari segi geopolitiknya banyak berbeza dengan negeri-negeri lain malah taburan kerusi-kerusi negerinya sebanyak 56 itu juga punya perbedaan kadangkala ketara antara satu sama lain.
Kecenderungan pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak sama dengan yang di Kuala Selangor, di Sepang tidak sama dengan yang di Gombak, di Shah Alam tidak sama dengan di Sabak Bernam. Dengan memiliki 53% pengundi Melayu, dan 46% pengundi bukan Melayu, Selangor memiliki kecenderungan pengundi yang berbeda-beda.

Kerusi yang punya pengundi Melayu lebih 80% iaitu Sabak Bernam tidak sama kecenderungan pengundinya dengan yang punya lebih 75% pengundi Melayu di Gombak.
Yang anehnya pra PRU ke 12, rata-rata pengundi Selangor di luar bandar tidak pernah mahu memberi undi kepada parti lain selain BN (dan dahulunya Perikatan) kecuali beberapa kerat penyokong tegar. Tak kiralah pengudi Melayu atau bukan Melayu begitulah “trend”nya dari tahun 50an, 60 an sehinggalah 2004.

Begitu kuatnya sokongan rakyat di luar bandar Selangor terhadap BN satu ketika dahulu (dahulunya Perikatan) sehingga ada ungkapan jika diletakkan tunggul kayu sekalipun rakyat luar bandar Selangor akan tetap bersama mereka!
Tetapi itu dahulu, dan kini Selangor telah berubah, lanskap politiknya berubah, serba-serbi berubah. Pengundi dalam bandar khasnya di Lembah Kelang tak kira Melayu atau bukan Melayu begitu kuat “trend”nya menolak BN kebelakangan ini. Adalah dijangkakan kecenderungan ini tidak akan berubah kali ini.

Cumanya yang merupakan kriteria utama pengundi hari ini adalah calon selain parti yang bertanding. Kelayakan calon selain kredibiliti dan keupayaannya menjadi kayu pengukur calon tak kiralah dalam bandar mahupun luar di Selangor. “Tunggul kayu” sudah tiada nilai lagi kalau diletak juga akan disepak begitu saja!

Kalau kita perhatikan PRU ke 12 lalu dua kerusi yang dimenangi calon BN perlu menjadi perhatian semua pihak. Satu kerusi Parlimen Pandan yang dimenangi calon BN Ong Tee Keat dan satu lagi kerusi DUN Sg Panjang yang dimenangi bekas MB Khir Toyo.
Ong menang Pandan dengan majoriti 2,961 undi walaupun dua kerusi DUN dalam Parlimennya iaitu Teratai (DAP) dan Chempaka (PAS) dimenangi PR. Ini bagi saya menunjukkan faktor calon. Ong ternyata disenangi dan diterima baik oleh pengundi Pandan atas faktor yang hanya diketahui pengundi di sana. Ong telah 5 penggal mewakili Pandan.

Begitu juga Khir di Sg Panjang. Dalam PRU 12 Khir menang dengan majority 5,828 undi mengatasi majoritinya dalam PRU 11 iaitu 5,460 dan malah mengatasi majoriti pemenang Parlimen (juga dari BN) yang menang dengan majoriti 5,009 undi. Khir ketika itu adalah MB berkemungkinan kekuatan kemenangan beliau itu disabitkan kerana beliau MB selain punya jentera yang baik di Sg Panjang.
Apa pun pengajaran di sini adalah faktor calon. Jika mahu menang pastikan calon anda “sellable” iaitu boleh dijual kepada pengundi. PR khasnya PAS perlu ambil ingatan ini, jangan kerana kerusi itu boleh menang maka kita letak sahaja ikut citarasa kita tanpa memikirkan kemahuan pengundi tempatan. Nanti kita juga termasuk dalam perangkap “tunggul kayu” yang telah memerangkap BN PRU 12 lalu.

Kemukakanlah calon-calon yang bertenaga, berkelayakan, mempunyai perwatakan yang boleh diterima, insyallah peluang menang ada di sana.
Bagi PR kerusi DUN Pelabuhan Kelang, Sementa dan Gombak Setia perlukan perhatian. Di Pelabuhan Kelang ADUN PKR yang lampau telah melompat, pastikan gantinya kali ini lebih baik, sebaiknya berkaliber. Di Sementa BN menang percuma apabila calon PKR “lari” tak serah borang, pastikan calon kali ini tidak begitu.

Di Gombak Setia PAS telah pecat ADUN terdahulu, kerusi ini kritikal kerana pengundinya bijak dan tidak mudah ditundukkan. Pernah tokoh ulamak besar Selangor Dato Ismail kamus menang kerusi ini pada PRU 1999, namun Dato juga kalah di sini pada PRU 2004 berikutnya. Bermakna pengnudi pernah undi PAS dan pernah juga tolak PAS.
PRU 12 2008, sekali lagi PAS diterima, kali ini pastikan calon PAS yang paling baik mengatasi kredibiliti calon lalu.

Ternyata PRU bukan sekadar ikut-ikutan tetapi ia suatu peperangan yang perlukan kajian, taktik dan strategi yang tinggi. Jangan lemas dalam bacaan orang ini orang itu. Hanya yang punya perancangan baik selain jentera yang kuat akan menang, yang lain bakal jadi “tunggul kayu”.

 

 

Sunday, February 24, 2013

MB Selangor nanti bukan dari BN tapi PR (24/2/13)


Dalam akhbar The Sunday Star hari ini, penulisnya Joceline Tan memberi tumpuan kepada PRU 13 dengan memberi fokus pada Selangor. Sekurang-kurangnya begitulah “Khalid’s fate in the balance”, banyak mencocok dalam jawatan MB Selangor pasca PRU 13, iaitu antara MB sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali, tetapi ada juga mengulas tentang harapan di Selangor.
Menurut beliau PR yakin mempertahankan Selangor malah menurut Speaker Selangor Dato Teng (yang saudara kandungnya mengetuai jentera BN Pulau Pinang) mereka mensasarkan memperolehi majoriti dua pertiga!

Masalahnya BN Selangor juga yakin menang! Menurut Panglima Bilik Perang BN, Datuk Seri Mohd Zin, BN yakin menang di 22 kerusi (pasca PRU 12 BN cuma menang 20 kerusi, Umno 18 MCA 2), 16 kerusi kelabu dan 18 kerusi panas. Bermakna 22 putih boleh menang, 16 kelabu ada harapan menang dan baki 18 lima puluh-lima puluh. Hebat!
Selangor merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai jumlah pengundi baru yang tertinggi iaitu 455,000 orang. Jumlah ini punya dua pilihan PR atau BN. Dan Selangor punya 53% pengundi Melayu paling ramai di Sabak Bernam, Sg Besar, Tg Karang, Gombak dan 46% pengundi bukan Melayu.

Sudah pasti diperingkat ini kedua-dua pihak PR dan BN tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang negatif, takkanlah BN Mohd Zin nak kata BN bernasib baik jika boleh pertahankan 20 kerusinya yang ada, atau tak kanlah Teng nak berkata saya sedia serahkan jawatan Spekaer ini kepada BN dan kami menjadi pembangkang yang kuat.
Masing-masing perlu “think positive” dan keluarkan kenyataan yang positif belaka, asal jangan terlalu “over confident”.

Bagi saya siapa bakal jadi MB sebagaimana Joceline cuba tonjolkan tidak penting. Jika BN menang, Umno lah MB nya jika PR menang maka tunggu dan lihatlah. Tetapi yang penting sekarang adalah siapakah antara dua BN dan PR yang mampu menang kali ini setelah PR merobohkan dominasi BN pada PRU ke 12 lalu.

Bagi saya PR insyallah akan menang lagi di Selangor. Banyak fakotornya dan mungkin posting saya selepas ini akan memberi fokus kepadanya. Salah satunya adalah rakyat Selangor kini telah mulai merasa perubahan, lain selama 50 tahun sebelum 2008, dan lain selepas 2008 sehingga kini. Lain ini serba serbi rasanya. Pilihanraya menentukan kepimpinan  negeri dan bagi rakyat Selangor kepimpinan yang masuk pada tahun 2008 berjaya mencetuskan satu perubahan dari segi kepimpinan yang selama ini tidak pernah mereka rasai.
Joceline menulis bahawa Panglima BN menyatakan mereka perlu 35% pengundi Cina di kerusi-kerusi campuran bagi meraih kemenangan setelah pengundi Melayu dan India kembali sepenuhnya kepada mereka. Boleh dapatkah 35% itu?

Tanyalah mana-mana pengundi Cina di Selangor samada di Sekinchan, di Kuala Kubu Bharu, di Teluk Datuk, apalagi di Bukit Gasing atau Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya adakah mereka bersedia undi BN PRU 13 ini, saya yakin dari 10 sekurang-kurangnya 9 akan kata TIDAK.
 Saya bukan keterlaluan, tetapi ini pengalaman peribadi saya, kecualilah saya tersalah dengar.

Pengundi Melayu di Selangor pula bukanlah sama dengan pengundi Melayu di Johor contohnya. Di Selangor, kemajuan pesatnya sejak menjadi negeri termaju dari zaman penjajah lagi menjadi bumi subur buat orang Melayu dari negeri lain untuk datang bermastautin. Selain itu kemajuan pesatnya membuka maklumat dan ilmu yang meluas buat penduduknya termasuklah pengundi Melayu.
Anak asal Selangor kini berganding dengan ramai anak-anak luar Selangor khasnya dari Pantai Timur dan Utara untuk menjadikan bilangan pengundi Melayu seramai 53% itu. ADUN PAS sahaja kini ada dari Terengganu, Kedah malah anak Sarwak pun ada!

Malah sesama pengundi Melayu dalam negeri pun tidak boleh dilonggokkan dalam bakul yang sama. Pengundi di Sg Air Tawar, di Jeram tidak sama dengan pengundi Melayu di Gombak Setia, di Bukit Antarabangsa.

Maksudnya untuk BN mempercayai yang mereka telah kuasai majoriti pengundi Melayu di Selangor bagi saya adalah tidak tepat. Mungkin (entahkan benar entahkan tidak) blok pengundi Melayu hasil asakkan pelbagai “durian runtuh” kembali sejuk dan lentuk ke arah BN Umno, boleh diterima tetapi untuk mengandaikan “MAJORITI” Melayu Selangor condong ke Umno, saya rasa tidak.
Demikian juga pengundi India, yang telah memberikan undi besar pada PR dalam PRU ke 12 lalu, tidak pernah dalam sejarah Selangor begitu. Pada tahun 1990 ketika mendiang MG Pandithan membentuk IPF dan IPF bersama barisan pembangkang pun kecenderungan pengundi India menolak BN walaupun telah ada tetapi tak lah sekuat PRU 13.

Kali ini mungkin BN berjaya menambat hati mereka kembali, tetapi untuk mengatakan “MAJORITI” pengundi India sudah bersama BN semata-mata kerana kerjayaan Kamalanathan di Hulu Selangor bagi saya juga terlalu tinggi angan-angannya. Mungkin ada yang telah kembali ke BN tetapi tidaklah mutlak.
Kesimpulannya “kelainan” yang mampu dilahirkan kepimpinan PR di Selangor telah menarik perhatian pengundi Selangor. “Kelainan” inilah akan membawa kemenangan kepada PR sepenggal lagi. BN akan kalah lagi, dan MB Selangor sudah pasti dari PR bukan BN.

 

PRU13: Bekerjalah kerana Allah swt (24/2/13)


Tarikh pilihanraya umum ke 13 semakin dekat, itu sudah pasti. Diperingkat ini sudah tiada lagi teka-teki kerana usia Parlimen pun sudah sampai ke maghribnya.
Jelasnya mana-mana pihak yang belum bersedia, tidak kemas jenteranya atau baru mahu mengenal-pasti pekerja untuk membina jenteranya, ialah akan ketnggalan corot dan berkemungkinan gagal.

Diperingkat ini semua pihak sudah semestinya telah hampir selesai mengenal-pasti calon, selesai menyediakan ongkos untuk bertempur dan yang paling penting selesai dalam kerja mengkaji, mencula daftar pengundi diperingkat masing-masing. Agar apabila sahaja diumumkan tarikh pembubaran parlimen, semua peringkat jentera telah “full speed”.
Satu malapetaka pilihanraya, dipihak mana pun, adalah apabila calon dirahsiakan pada jentera sehinggalah keperingkat aklhir, terkadang di “parachute” kan disaat-saat akhir, dalam keadaan jentera di bawah tidak tahu menahu, sedar-sedar “berdepak” jatuh di atas bumi mereka! Bayangkanlah kegawatannya. Ada kalanya jentera sneak perut, tak senang mahu menerima, ringkasnya calon yang diturunkan tidak senang “dijual”. Tambahan jentera bawah sebenarnya telah pun ada calon mereka.

Ketika itu demamlah pihak berkenaan. Sabotaj, ya jentera sendiri akan ditebuk dan digodam angkara tak berpuas hati. Ini pernah berlaku bukan hanya  pada Umno, malah parti lain pun termasuk PAS.
Moralnya di sini, sepatutnya belajarlah dari kelemahan yang dulu, kini sudah masuk 13 kali dah berpilihanraya. Kalau kira pilihanraya Persekutuan tahun 199 bagi PAS dan Umno dah 14 kali berpilihanraya!

Lazimnya apabila keputusan pilihanraya telah diketahui, pihak yang tidak berpuas hati, biasanya yang kalah (yang memang pun ada juga tapi taklah seghairah) akan melakukan “post mortem” sendiri. Dibedahnya pilihanraya yang telah “mayat” itu, diteropong, dikaji , diselidik segala kelemahan dan punca yang ada untuk mencari sebab musabab dan terbit dengan cadangan dan ketetapan pembaikian.
Umno dan PAS sudah pasti telah banyak penemuan “post mortem” nya.

Jangan “post mortem” tinggal “post mortem”, campak sahaja ketepi atau dilupakan, lalu berulanglah kesilapan yang lampau kesalahan dan kelemahan 1955, 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008….
PAS dalam hal ini perlu telah gelidah semua post mortem ini dan jadikan pengajaran dan iktibar dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.

Petugas pilihanraya tidak “friendly”, bengis, PACA tidak terlatih, tak datang kerja, poster turun lambat…..dari sekecil-kecilnya sehinggalah calon tidak “sellable” dan malah pemimpin tertinggi keluar “statement” bercelaru, terkadang bertelagah antara kawan…..”dinosaur”, “ubat lupus tarikh”…..ini semua tak silap saya semuanya pernah menjadi penemuan “post mortem”, kalau tak dijadikan iktibar kali ini pasti kita akan mengulangi kekecewaan yang lalu.
Diperingkat ini jangan sekali-kali putus hubungan dan talian dengan Allah swt. Allah hanya akan menolong mereka yang ikhlas menolong Allah swt. Jangan bongkak, jangan sombong, banyakkan amal, pelihara akhlak.

Kalau ditahap ini masih berbalah tentang calon, tentang jentera, tentang siapa mahu jadi Menteri, MB, EXCO…..awas kita berkemungkinan kecewa nanti.
PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam. Adden inilah yang ditegakkan oleh mereka yang mendahului kita pada tahun 50an, 60an, 70an sehinggalah sekarang ini. Jangan lari darinya. Kalau ikhlas terus ertindak atas landasan ini tidak ada sebab Allah tidak memberikan kemenangan. Bekerjalah kerana Allah swt.

Thursday, February 14, 2013

Jangan "double standard" (14/2/13)


Berita terbaru dari Lahad Datu, Sabah menyebut bahawa pihak kerajaan Malaysia sedang dalam proses berunding dengan lebih 100 pejuang Moro yang bersenjata yang telah menyeberang masuk dari Selatan Filipina ke Sabah melalui Tambisan ke Lahad Datu.
Kumpulan bersenjata berkenaan telah berjaya dikepung oleh pihak keselamatan Malaysia dan proses rundingan sedang berjalan.

Kehadiran mereka ini dipercayai bukannya untuk mencetuskan masalah di Malaysia tetapi kerana lari dari konflik di Selatan Filipina.
Adalah diharapkan pihak kerajaan akan menggunakan diplomasi sebaik mungkin untuk memastikan pihak pejuang Islam ini dapat berundur tanpa perlu ada sebarang elemen paksaan atau tangkapan. Mata dunia khasnya dunia Islam sedang meerhatikan kita. Kalau kita ghairah dan bersungguh mahu memperjuangkan nasib pejuang Palestin contohnya tetapi sebaliknya bagi pejuang Moro, maka kita akan dianggap double standard.

Semoga isu ini akan selesai segera dan berakhir tanpa mana-mana pihak khasnya Islam rugi.

 

Kerana kari santan binasa.....(14/2/13)


Pepatah Melayu menyebut, “kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa”, tetapi dalam hal Leong Pei Koe, lain pula halnya. Mulut beliau mungkin terpelihara tetapi yang kacau adalah jarinya. Jari yang mencerminkan kemarahan hatinya yang gelap barangkali ketika itu sehingga tergamak mengacukan dalam bentuk lucah ke arah orang lain.
Dalam hal ini “orang lain” itu adalah Raja Permaisuri Agong.

Kalau pun terhadap orang lain sudah dikira biadap dan kurang ajar, inikan pula terhadap Raja kita yang kita sedia hormati.

Semalam di Mahkamah Majistret Balik Pulau, si Leong ini telah didapati bersalah di bawah Seksyen 294 (A) Kanun Keseksaan dan dihukum sebulan penjara dan denda RM6,000.00. Tidak cukup setakat itu sahaja gatal jarinya hari kejadian, beliau turut mengacukan jari biadap yang sama kepada seorang pegawai polis, iaitu pegawai pegiring Raja Permaisuri dan di atas kesalahan itu beliau di hukum penjara semonggu dan denda RM2,000.00.
Kini akibat tindakan dangkalnya itu beliau terpaksa membayar dengan harga yang mahal iaitu merengkok di penjara.

Biarlah kes ini menjadi pengajaran buat kita semua, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Dalam kes Leong ini, “kerana kari santan binasa, kerana jari badan binasa……”