Jumaat
lepas Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Dato Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet 2016 dengan
peruntukkan 267.2 bilion ringgit iaitu 6.5 bilion ringgit lebih berbanding
peruntukkan dipinda 2015 yang memperuntukkan 215.2 bilion ringgit.
Anggaran
kutipan hasil kerajaan Persekutuan bagi tahun 2016 adalah sebanyak 225.7 bilion
iaitu peningkatan 3.2 bilion ringgit berbanding 2015.
Unjuran
hasil dan perbelanjaan ini dijangka mewujudkan defisit fiskal yang menguncup
pada 3.1 peratus untuk 2016.
Tema
bajet Najib kali ini berbunyi : “Mensejahtera kehidupan rakyat”.
Bajet
ini nanti akan dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum
diluluskan atau sebaliknya. Sekarang ini pun ia sedang hebat dikiritik dan diperbahaskan
di media sosial dan media perdana.
Menteri
Besar Selangor Azmin Ali umpamanya menganggap bajet berkenaan sekadar kelihatan
indah di atas kertas tetapi hakikatnya terlepas pandang isu-isu besar seperti
hutang isi rumah, alam sekitar dan masalah jerebu selain penguncupan nilai
ringgit dan pergantungan negara pada hasil minyak.
Selagi
rakyat tidak terlepas dari beban kos hidup yang meningkat, kesejahteraan mereka
tidak akan terjamin, dan selagi itulah bukan hanya bajet malah keyakinan rakyat
pada kerajaan Persekutuan akan semakin terhakis dan terkikis.
Tetapi
bagi pemerhati politik selain membahaskan perincian Bajet 2016 ini, satu
perkara yang menarik yang terkandung dalam ucapan Najib kali ini adalah
serangan sinisnya pada satu sasaran yang spesifik.
Di
satu bahagian ucapannya itu Najib menyebut:
“Lalunya
berbicara tentang betapa susah dan jerih payahnya membina Malaysia yang
tercinta ini kita berasa kesal bahkan sebenarnya kita amat-amat kesal dengan
tindak tanduk tidak bertanggungjawab oleh musuh dari dalam mahupun luar yang cuba
mempalit dan merosakkan imej negara ini.
Pada
kita perbuatan segelintir pihak ini akan hanya memporak perandakan sampai boleh
memusnahkan apa yang terbina selama ini.
Waima
wujud setengah orang yang kita sendiri kadang-kadang tidak tersangka-sangka
atau terduga-duga ibarat api di dalam sekam, menjadi gunting di dalam lipatan.”
Ucapan
Bajet Menteri Kewangan dan dalam hal ini
juga Perdana Menteri Malaysia secara tradisinya di tayangkan secara
langsung oleh TV dan siaran langsung radio selain teksnya tersiar dalam
kebanyakkan akhbar keesokkan harinya.
Apabila
ucapan sepenting itu mengandungi serangan sinis pada pihak-pihak tertentu sudah
pastilah ia mengundang perhatian negara, siapakah agaknya yang dimaksudkan oleh
Najib itu sehingga perlu memasukkannya dalam teks bajetnya itu.
Kata
Najib beliau berhadapan dengan individu atau kelompok yang merupakan api di
dalam sekam dan gunting dalam lipatan. Peribahasa Melayu yang dipetik ini
merujuk kepada mereka yang mencetuskan onar dan mahu memporak-perandakan
suasana sehingga merugikan semua pihak.
Sudah
pastilah dalam suasana negara yang pincang akibat ditadbir oleh mereka yang
tempang, kehadiran pengkhianat seumapama ini tidak akan membantu sama-sekali.
Siapakah pengkhianat yang dimaksudkan Najib itu?
Kalau
beliau menuding ke arah partinya sendiri, memang kebelakangan ini serangan
bertalu-talu dilontarkan oleh pelbagai pihak dalam Umno khasnya terhadap beliau
dan ini bukan rahsia lagi. Rakyat sudah mendengar dan membaca betapa Timbalan
Presiden berserta Naib Presidennya telah mengkritik beliau secara terbuka dan
mereka pun telah dilucutkan dari jawatan kabinet masing-masing. Bekas Presiden
Umno Tun Dr Mahathir juga menyerang beliau dan demikian juga bekas Setiausaha
Agung Umno Sanusi Junid. Dan tidak terkecuali ahli parlimen Gua Musang Tengku
Razaleigh Hamzah.
Selain
itu beberapa pimpinan Umno di peringkat cawangan dan bahagian disamping
Pergerakan Pemuda dan wanita masing-masing dilaporkan turut mensasarkan
Presiden mereka.
Adakah
mereka ini yang dimaksudkan Najib yang mempunyai kemampuan memporak-peranda dan
memusnahkan negara?
Timbalan
Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin antara yang pertama memberikan reaksi
menafikan beliau dalam kelompok yang dimaksudkan. Dalam satu majlis forum anjuran
sebuah akhbar harian baru-baru ini beliau dilaporkan berkata:
"Saya bukan gunting dalam lipatan atau api dalam sekam, tak
mungkin saya akan berbuat begitu kerana saya sayangkan Umno,"
Setelah dilucutkan dari jawatan kedua tertinggi dalam negara
sudah pastilah Muhyiddin akan menafikan beliaulah pengkhianat yang dimaksudkan
Najib itu. Dan saya percaya beberapa orang suspek lain turut akan membuat
penafian yang sama mungkin termasuklah Tun Dr Mahathir, Shafiee Apdal, Sanusi
Junid, Tengku Razaleigh dan malah MB Kedah Mukhriz Mahathir.
Kalau semua menafi, siapakah pengkhianat yang dimaksudkan?
PAS umpamanya telah mengenal-pasti siapa pengkhianat dalam
partinya, dan mereka ini pun telah keluar parti melahirkan parti baru,
melepaskan PAS dari api dalam sekam dan gunting dalam lipatan yang mengancam
kestabliannya selama ini.
Bagi Najib bagaimana, siapakah mereka itu?
Apabila Perdana Menteri mengumumkan ada anasir seumpama ini yang
mampu mengancam kestabilan negara, beliau bertanggungjawab untuk
menjelaskannya. Sekurang-kurangnya jika mereka itu telah melakukan sebarang
kesalahan, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka.
Dalam keadaan negara pincang dengan kos hidup yang mencengkan
dan ekonomi yang tidak menentu, kita tidak mahu kestabilan negara pula
terancam.
Saya mengharapkan
setidak-tidaknya ahli-ahli Parlimen PAS perlu bangkit semasa perbahasan Bajet
2016 nanti, minta Menteri Kewangan dan Perdana Menteri untuk jelaskan siapakah pengkhianat
negara yang beliau maksudkan itu. roslansms@gmail.com