Wednesday, December 13, 2006

Daulat Tuanku

Hari ini akan sempurnalah pertabalan DYMM Seri Paduka Banginda Yang Dipertuan Agong yang ke XIII iaitu Tuanku Sultan Terengganu serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Negara dan dunia akan melihat dan menonton proses pertabalan Raja berperlembagaan di Malaysia yang unik dan tidak ada di mana-mana negara lain.

Sekali lagi kita akan menyaksikan sejarah berulang, dalam kita membahaskan isu menutup aurat dan pakaian sopan, bahawa Raja Permaisuri Agong Malaysia akan sekali lagi terdiri dari kerabat yang mengenakan pakaian yang menepati hukum Islam.



Ianya dimulakan dengan Tuanku Siti Aishah iaitu Raja Permaisuri ke XI dari Selangor dan kini dituruti oleh Raja Permaisuri ke XIII ini (walaupun saya biasa melihat sebuah buku koleksi gambar-gambar bersejarah bahawa Raja Permaisuri ke II dari Selangor dahulu pun biasa mengenakan pakaian yang sama, mungkin Abu Qamar dari London boleh confirm kan)

Semoga ianya akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang lain khasnya yang beragama Islam terutama isteri-isteri menteri, menteri dan timbalan menteri dan lain-lain pemimpin wanita yang beragama Islam.

Daulat Tuanku.

Tuesday, December 12, 2006

Benarkah eksekutif telah campurtangan dalam urusan judiciary?

Seorang pengunjung di Blog ini telah memberikan komen berikut di bawah artikel saya bertajuk Jangan biarkan Islam terus dipermainkan:

harap2 saudara Roslan berhati2 dgn fakta yg dikemukakan sbb sebenarnya mahkamah telah mmbenarkan MAIS menarik balik keputusan tersebut .. tiada unsur2 tekanan politik

untuk keterangan lanjut sila lah rujuk kepada posting seorang peguam di sini .. bukan bermaksud utk mengeruhkan keadaan, tetapi kebenaran jugak dicari ..
(tapi posting Forum Selangor FC yang diberikan tak dapat dibuka kerana perlu kata laluan)

Tak mengapalah. Saya juga kadang-kadang bimbang apabila menulis dalam Blog ini, takut-takut ianya dapat dijadikan bahan bukti untuk mendakwa saya pula nanti. Tapi insyallah saya percaya:

The truth can never be erased, neither can lies

Saya berterima kasih di atas concern saudara yang dimaksudkan. Mungkin kita perlu membaca sebuah artikel dalam akhbar MINGGUAN MALAYSIA Ahad lepas yang bertajuk: Undang-undang atau bidangkuasa?. Ianya telah ditulis oleh seorang pensyarah iaitu Mohamed Azam Mohd Adil, Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM, Shah Alam (muaksurat 6)

Mohamed Azam menulis:

Dikhabarkan berlaku PERSETUJUAN antara pihak MAIS, Peguam Negara, Mufti Selangor, JKSM mengenai tuntutan mayat Rayappan. Akhirnya, mayat Rayappan akan dikebumikan mengikut ajaran Kristian.

Beliau menambah:

Penarikan tuntutan ke atas mayat Rayappan oleh MAIS boleh dianggap sebagai ANTI CLIMAX dan merendahkan kedudukan Mahkamah Syariah. Mahkamah Rayuan Syariah Selangor yang mengesahkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mempunyai bidang kuasa dalam perkara tersebut.

Pada kaca mata perundangan, kenyataan Perdana Menteri bahawa Kabinet merujuk kepada Peguam Negara menyelesaikan kemelut ini sangat dihargai. Tetapi sebagai Peguam Negara, beliau seharusnya menasihat Kabinet bahawa beliau tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perkara yang dipertikaikan memandangkan bahawa ia terletak secara eksklusif di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sesiapa yang berminat boleh membaca artikel yang menarik itu yang sekaligus membutkikan sesungguhnya memang seolah ada unsur-unsur tekanan politik dalam kes yang dimaksudkan.

I rest my case.
Juara dunia yang berpakaian sopan

Saya terpanggil untuk memaparkan gambar-gambar ini oleh beberapa pengunjung Blog ini dan kebetulan kerana kita banyak membincangkan isu berkenaan pakaian sopan dan seumpamanya di sini.

Saya petik berita ini dari Canada.com:



Bahrain sprinter Ruqaya Al Ghasara says she isnt held back by running in a hijab, or full Muslim headscarf. In fact, she says, it makes her even quicker.

Wearing traditional Muslim dress has encouraged me. Its not an obstacle - quite the opposite, said Al Ghasara, who won the gold medal in the 200-metres Monday night in 23.19 seconds.



Pemecut wanita dari Bahrain ini telah menang pingat emas dalam acara pecut 200 meter wanita setelah gagal mendapatkan emas dalam 100 meter hari sebelumnya. Dan beliau menang kejohanan terbaik Asia itu dalam keadaan berpkaian menutup aurat!

Manakala Gulf Times melaporkan:

The debate whether Muslim women can succeed at high-profile track and field competitions without compromising their beliefs on attire may have been buried for good at the Khalifa Stadium yesterday when Bahrains Ruqaya al Ghasara sped to a spectacular 200m gold at the Asian Games.

Its glory for all Muslim women she said.



Apakah ini mengajar kita? Dalam kekalutan pimpinan kita di Malaysia mempertikaikan berkenaan hak atau rights berpakaian tiba-tiba mucul jaguh pecut yang tidak meninggalkan pakaiannya sebagaimana yang dituntut agama.

Dan yang lebih menarik perhatian saya apabila akhbar internet Canada itu melaporkan:

Al Ghasara, who repeatedly thanked her coach at her post-race news conference, credits him with understanding both the inner workings of the sport and the non-athletic issues involved.

He is Muslim and an Arab so he knows well the Islamic traditions, she said


Mungkin para pimpinan negara dan kumpulan tertentu yang beragama Islam boleh berkata:

Hey we Malays are Muslim too but what Islamic traditions are you talking about? Dont you know that the Islamic tradition you boast about restrain and restricts freedom of expression and human rights?!

Dunia Islam sedang memperkenalkan pakaian Islam untuk semua acara dan majlis tiba-tiba kita di Malaysia membangkitkan isu hak asasi dan kebebasan berpakaian, dunia salah, kita betul atau kita yang sesat dalam kegelapan?

Akhirnya saya tidak dapat memendam soalan yang kini bermain-main di kepala saya, mahukah agaknya Pak Lah menyentuh bahu Ruqaya kalau diberi kesempatan (sebagaimana yang beliau lakukan terhadap Michelle Yeoh di Terengganu)?


Ini gambar (kiri) pemain bolasepak wanita Jordan Ruba ad Dawi

Ini pula isteri pemimpin No. 2 negara sedang meneyarungkan
pingat ke leher bintang Bollywood di Stadium Bukit Jalil

Monday, December 11, 2006

Ayuh lindungi kaum wanita secara serius

Semalam THE STAR dalam ruangan sisipan Star Mag nya, telah menerbitkan satu laporan iaitu:

What women want is freedom from fear

Dalam artikel itu sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia peranan Womens Aid Organaisation (WAO) telah menerima liputan dan beberapa angka yang membimbangkan turut didedahkan.

Contohnya menurut WAO bagi tahun 2005 sahaja terdapat 1,931 kes rogol yang dilaporkan di Malaysia. Ianya bersamaan dengan 5.3 kes sehari ataupun satu kes rogol berlaku setiap 41/2 jam sehari! Dan angka ini memningkat setiap tahun iaitu dari 1,217 kes pada tahun 2000 sehinggalah 1,931 tahun lepas.

Sudah tentu apabila kita mahu membahaskan punca berlakunya rogol ini kita akan dapat berbagai-bagai hujah dan alasan dari berbagai-bagai pihak. Mungkin pengaruh media dan menularnya maklumat lucah dan pronografi dari pelbagai sumber adalah salah satu pendorong kepada meningkatnya kes sedemikian rupa.



Juga menjadi punca adalah kehadiran individu yang kacau dan tertekan hidupnya, sehingga tidak mampu mengawal nafsunya lalu jatuh ke tahap buas dan kebinatangan. Ini juga adalah faktor penyumbang. Selain itu pergaulan bebas, pengaruh alkohol dan kawan-kawan yang liar juga sering menjadi punca.

Dalam erti kata lain kita memerlukan pendidikan, kita memerlukan penguatkuasaan bagi memastikan yang anak perempuan dan isteri serta saudara-mara kita akan selamat hidup di negara ini tanpa menjadi mangsa rogol oleh binatang-binatang berupa manusia ini.

Memanglah kadangkala perogol ini adalah dari kalangan sebaik-baik manusia (perangai dan gelagatnya), ada yang dari profesyion yang baik-baik seperti anggota polis, guru, ustaz, paderi, doktor, majikan lalu kita buntu bagaimana mahu mendinding mereka yang tersayang dari ancaman syaitan bertopengkan malaikat ini.

Apa pun yang jelas pintu dan lubang kepada punca terjadinya kejadian ini begitu banyak. Kita mungkin tidak mampu menutup kesemuanya atau kalau pun kita sangka kita telah menutupnya ada pula yang terbuka tanpa kita sedar seperti dalam kes syaitan bertopengkan malaikat itu.

Kesimpulannya usaha serius untuk mula menutup lubang dan pintu ini perlu bermula. Tak guna kita terpekik-terlolong minta jenayah ini dihapuskan tetapi dalam waktu yang sama kita juga menjadi penyumbang dalam keadaan kita tidak sedari.

Dalam kesungguhan pimpinan WAO berperang mahu menyahkan jenayah ini mereka turut mengambil peluang memperlekehkan pula usaha kerajaan PAS Kelantan.
Laporan yang sama memandang rendah usaha pihak MPKB-BI memperkenalkan kod berpakaian untuk wanita dengan alasan ianya bukti betapa kaum lelaki sering menyalahkan wanita sebagai punca kejadian seumpama ini. Kononnya mindset ataupun kerangka pemikiran kaum lelaki khasnya golongan Islam ini tertumpu kepada wanita sebagai punca segala perlakuan maksiat.

Dalam hal ini saya rasa anggapan WAO dan lain-lain badan dan individu yang sealiran dengan mereka jelas prejudis terhadap golongan Islam.

Kenapa tidak tanya apakah langkah kerajaan BN Pusat dan negeri-negeri lain dalam mengatasi jenayah rogol yang semakin berleluasa ini? Betul berpakaian sopan sahaja bukan lesen untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa nafsu serakah binatang-binatang bertopengkan manusia ini tetapi sekurang-kurangnya ianya satu affirmative action satu tindakan positif yang serius. Dan ia boleh disusuli dengan langkah-langkah lain, tetapi di luar Kelantan bagaimana?

Malam tadi sahaja kita lihat konsert besar-besaran Sureheboh di Shah Alam dala keadaan hujan, bagaimana agaknya couple-couple mat dan minah rempit yang hadir selepas konsert itu? Apakah kita tidak pernah aca kes anak-anak remaja yang ikut kawan-kawan dan berkahir dengan menjadi mangsa rogol?

WAO perlu berikan cadangan-cadangannya pula setelah cadangan Kelantan ditolak dan diperlekehkannya semua. Bagaimana kita mahu mengelak dari kes seperti Canny Ong, Norita Samsudin, Norjan dan lain-lain dari berlaku ke atas anak dan saudara-mara kita? Kita mahu menutup pintu dan lubang tetapi dalam waktu yang sama beratus pintu dan lubang baru dibuka dan dikorek.

Percayalah mindset yang kononnya dikatakan sempit itulah sebenarnya ikhlas dan serius dalam mahu membela dan melindungi nasib dan kebajikan kaum wanita yang mulia dan dipandang tinggi dari perspektif Islam.

Saturday, December 09, 2006

Jenaka yang bukan lagi lawak

Sejak isu pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu mahu menguatkuasakan peraturan kod berpakaian untuk para peniaga, pembantu jurujual dan pelayan restoran wanita di kawasan pentadbirannya, banyak pihak yang telah mengeluarkan pandangan dan pendapat. Ada yang mengkritik dan tidak kurang ramainya yang menyokong dan mengalu-alukkan langkah MPKB-BI itu.

Dalam pada itu ada juga pihak yang memperlekeh dan memperkcilkan langkah itu dengan menisbahkannya sebagai satu langkah yang sempit, kuno dan ketinggalan zaman. Da ada juga pihak yang mencurui kesempatan dari kepelbagaian pandangan itu dengan menjadikan isunya ini sebagai bahan senda-gurau.



Yang paling ketara saya lihat adalah akhbar THE STAR. Sejak mula isunya ini bangkit beberapa hari lalu, setiap hari akhbar tersebut mengeluarkan lukisan karikatur menjadikan langkah itu bagaikan satu bahan jenaka. Dan hari ini sehingga tiga runagan kartun berbeda terbit untuk terus mempersedakan langkah ini.

Kepada pejuang hak asasi, ahhh bukankah itu hak sikartunis untuk berkarya.

Kepada yang prihatin dan sensitif terhadap agama, sesungguhnya isu di Kota Bharu itu berkaitan dengan peraturan Islam. Kerana keghairahan kita menyerang MPKB dan kerajaan Kelantan sedar tak sedar kita telah membuka ruang dan peluang bagi pihak yang memang suka Islam ini diperlekehkan, terus menjadikan peraturan agama bahan senda guruau dan gelak ketawa.



Hal tutup aurat dan berpakaian sopan pun kita biarkan orang lain perkecil dan bodoh-bodohkan, aduhai baik dan tolerannya kita.
Isyarat dari istana

Baru beberapa hari lepas Tuanku Sultan Selangor menegur para ADUN Selangor termasuk para pegawai kerajaan negeri agar mematuhi undang-undang dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Jauhi rasuah dan jangan menyusahkan rakyat.

Dalam akhbar hari ini dilaporkan pula berkenaan titah Yang Duipertuan Agong semasa majlis menjunjung kasih terhadap Tuanku di Parlimen semalam. Kata Tuanku:

Take care of your image as representatives of the people. Dont abuse your powers and break the law. You must be honest and responsible in your duties.

Anda semua perlu memelihara imej masing-masing sebagai wakil-wakil kepada rakyat jelata. Jangan menyalahgunakan kuasa dan melanggar undang-undang. Anda perlu jujur dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Sama sahaja bunyi titah kedua-dua duli Tunaku itu.



Sesungguhnya ia menggambarkan betapa kroniknya masalah imej kepimpinan di Malaysia pada hari ini. Rakyat disegenap lapisan terganggu dengan tingkah-laku, gelagat dan akhlak para wakil mereka yang jelas semakin buruk dan memalukan itu. Dan ternyata kedua-dua Raja Melayu ini sekadar melontarkan apa yang merupakan suara yang terpendam dihati rakyat kebanyakkan.

Siapa yang tidak bimbang apabila wakil yang diberi amanah, bukannya terkenal kerana jujurnya tetapi kerana perangai TUTUP SEBELAH MATANYA. Wakil yang diharapkan memimpin rupanya berpeleseran dengan sesama mereka, mengadakan hubungan haram dan tidak berakhlak. Wakil yang rakyat harapkan membantu mereka rupanya sibuk memunggah kekayaan, membina mahligai dan memajukan perniagaan.

Ini semua berlaku di hadapan mata kepala rakyat dan rakyat bukan lagi hidup di tahun 50an dimana mereka akur kerana hormat dan segan.

Rakyat sudah mual dan bosan apabila ada anak-beranak Ketua Menterinya yang kaya-raya memiliki bank dan khazanah yang luar biasa. Rakyat sudah jelak apabila melihat anak dan menantu PM nya hidup mewah hasil dari kedudukan mereka sebagai anak dan menantu PM.

Realitinya rakyat sedang bergelut hidup dalam serba kepayahan lantaran kos hidup yang semakin mencengkam dan meningkat. Tahun hadapan mereka perlu pikul pula kos kenaikkan kadar tol setelah memuntahkan hasil penat-lelah mereka untuk menampung kos kenaikkan harga minyak, gas memasak, bil letrik, bil air dan barang-barangan serta perkhidmatan.

Apa yang wakil-wakil rakyat ini lakukan? Bukankah sebagai wakil kita mereka sepatutnya bergelut memerah otak, berfikir dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dan membela kebajikan rakyat?

Tetapi tidak. Sehingga pihak istana pun mula mempertikaikan peranan dan sikap mereka.

Mungkinkah sudah tiba masanya untuk kita melakukan perobahan hasil dari isyarat yang diberikan oleh pihak istana ini? Fikirlah masak-masak, jangan lagi bersekongkol dengan mereka yang mempersiakan amanah seumpama ini.

Daulat Tuanku!

Friday, December 08, 2006

Jangan biarkan Islam terus dipermainkan

Mayat Rayapan a/l Anthony yang satu ketika dahulu pernah dikenali sebagai Muhammad Rayapan Abdullah dijangka dibakar menurut adat istiadat Katholik esok setelah pihak Majlis Agama Islam Selangor MAIS memutuskan untuk menarik balik tuntutan untk mengkebumikan mayat simati sebagai seorang Muslim. Bermakna setelah 9 hari menunggu barulah akhirnya keluarga simati diberikan kebenaran untuk menuntut mayat simati itu.

Apa pandangan anda?

Ianya bukan baru, di Negeri Sembilan tidak berapa lama dahulu mahkamah syariah di sana memutuskan yang mayat si mati Nyonya Tahir diserahkan kepada keluarganya untuk disemadikan menurut kepercayaan Buddha setelah didapati yang beliau mati sebagai seorang penganut Buddha.

Cuma dalam kes Rayappan ini belum pun mahkamah syariah membuat keputusan atas tekanan politik MAIS telah menarik balik tuntutannya.

Apa pun bagi saya keluarga simati yang bukan Islam tidak boleh disalhkan dalam hal ini. Mereka tidak diwajibkan untuk tahu berkenaan hal ehwal dan seluk-belok agama Islam. Yang memikul beban adalah kita.

Mendiang memeluk Islam pada tahun 1990 kerana berkahwin dengan seorang wanita Muslim. Pada tahun 1996 mendiang kembali kepada isteri pertamanya Mary Lourdes dan terus mengamalkan agama asalnya sehingga meninggal dunia ketika dirawat oleh Mary.

Mengapa Islam ini kita biarkan laksana pintu yang terkangkang luas, boleh masuk dan keluar ikut suka. Bila ada yang telah keluar lantaran kelalaian dan kelonggaran kita itu dan mati pula ia terus kita kelam-kabut mahu mengenakan kuatkuasa untuk menuntut mayatnya.

Ketika itu jadilah kita laksana kera sumbang, dicaci, dimaki dan diejek-ejek orang. Jadilah Islam bahan senda-gurau akibat dari kelalaian dan kelonggaran kita iut.

Kembalilah ke DRAWING BOARD. Kita bukan sekadar perlu menguatkuasakan hukum dan peraturan murtad malah lebih penting lagi pintu yang terkangkang itu perlu kita perbaiki dan ada tuan yang mengawal keluar masuknya.

Rasulullah memang menganjurkan agar kita menyibar luaskan risalah Islam ini, namun yang Baginda tekankan adalah pendidikan, mengapa hal ini kita abaikan. Mengapa umpamanya apabila ada sahaja lelaki atau wanita yang mahu berkahwin dengan lelaki atau wanita Muslim terus sahaja kita terima dengan tangan terbuka, kadang-kala tanpa usul periksa dan tanpa menitikbertakan ilmu dan pendidikan.

Kunci sahaja mulut mana-mana golongan Islam, NGO Islam atau pemimpin Islam atau mana-mana individu Muslim yang biadap sehingga berani mengatakan bahawa keluar masuk agama ini adalah hak individu. Mereka ini juga perlu dididik dan jangan dibiarkan merosakkan agama.

Dalam waktu yang sama peraturan untuk memeluk Islam perlu dikemaskinikan (bukan diperketat tetapi di FOOL PROOF kan). Tumpuan perlu diberikan terutama dalam kes masuk Islam kerana kahwin, ini yang selalu mencetuskan masalah.

Apabila peraturan ini sudah kemas maka suka tak suka kita perlu memperkenal dan menguatkuasakan pula hukum meninggalkan agama (murtad). Ini bukan isu PAS atau Umno, ini isu maruah Islam dan dalam kes Rayapan ini saya kira maruah dan nama baik Islam telah teruk tercalar akibat keangkuhan dan kelalaian pihak yang diberi kuasa dan amanah.

Beringatlah sebelum Islam terus menjadi bahan senda-gurau dan main-mainan.