Monday, September 07, 2026

MUKTAMAR PAS KE 72 MEMPERKUKUH HUBUNGAN POLITIK PAS - UMNO

 Muktamar Tahunan PAS ke 72 yang berlangsung di PUTIK, Kota Bharu hujung minggu lalu berakhir dengan komitmen teguh PAS untuk memperkukuh jajaran baru politik penyatuan ummah, iaitu kerjasama politik antara PAS yang mengepalai PN dan UMNO yang menguasai BN.

Melalui jajaran baru ini kedua-dua parti Melayu Islam terbesar dalam negara tidak lagi akan berlawan sesama sendiri sebagaimana PRU sebelumnya, sebaliknya akan menyusun kerjasama meletakkan satu calon bagi tiap-tiap kerusi Parlimen dan DUN untuk menghadapi PH yang didominasi DAP.

Kejayaan besar di PRN Negeri Sembilan menjadi tanda aras, betapa perlunya umat Melayu bersatu kerana ia sesungguhnya mendapat sokongan padu umat Melayu tua dan muda yang mahu melihat nasib dan masadepan mereka di tangan kuasa politik Melayu yang mereka percayai.

Musuh politik bersama adalah PH yang didominasi DAP. Kuasa politik mereka perlu dirobohkan agar negara kembali aman dan stabil, tiada lagi mana pihak yang akan berani mencabar, mempertikaikan hak, kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, agama Islam, Raja-raja Melayu, bahasa Melayu.

Biar tunggak kuasa kembali di tangan anak-anak bangsa agar keadilan yang sebenar dapat diberikan buat semua.

Sesungguhnya melalui penyatuan ini nanti BNPN dijangka memperolehi majoriti besar di Parlimen dan hampir pasti menguasai kesemua negeri di Semenajung kecuali Pulau Pinang.

Keputusan PRN Negeri Sembilan menggemparkan pihak musuh yang dijangka akan "all out" mengagalkan jajaran baru ini.

Buktikan kejayaan jajaran baru ini di PRN Melaka agar rakyat terus yakin dan akan bersama bangkit membawa perubahan hingga ke Putrajaya.

ROSLAN SMS



    

No comments: