Wednesday, August 26, 2026

BN PN : Bangkit Gagah Tangkis Serangan Puak Gagal


Teka-teki bentuk kerjasama politik bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Melaka ke 16 yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat sedang hangat dipermainkan pelbagai pihak. Adakah formula BNPN yang berjaya besar di Negeri Sembilan akan dikekalkan di Melaka?

PH yang didominasi DAP, yang asalnya keluar meninggalkan kerajaan negeri Melaka dan mengundi menolak RUU Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 di Dewan Negeri, tiba-tiba tanpa malu mahu berunding dengan BN Melaka untuk menghadapi PRN ini.

Sedangkan Kongres PKR dan DAP masing-masing menuntut agar Pengerusi PH iaitu Perdana Menteri sendiri bertindak tegas terhadap Barisan Nasional. Mereka anggap BN pengkhianat kepada kerajaan Madani kerana melawan arus di Johor dan Negeri Sembilan, jika mereka sanggup berkerjasama dengan pihak musuh bagi menghadapi PH maka mereka juga sepatutunya bersedia untuk ditendang keluar dari kerajaan.

Dalam waktu yang sama pimpinan BN dan PN khasnya UMNO dan PAS terus menerima dorongan dan galakan dari rakyat kebanyakan khasnya akar-umbi Melayu dipelbagai peringkat agar terus memperkasa kerjasama politik ini bukan sahaja untuk menghadapi PRN Melaka tetapi untuk mengambil-alih kerajaan Persekutuan nanti.

Penganalisis politik yang berpusat di Australia, Prof James Chin dipetik oleh seorang kolumnis akhbar tempatan, sebagai menganggap bahawa kedua-dua PAS dan UMNO kini telah berjaya menemui ramuan rahsia (secret sauce), untuk menang khasnya sokongan rakyat dikalangan pengundi Melayu yang “solid” kini bersama mereka.

Sudah pasti pencapaian besar kedua parti Melayu tersohor ini membimbangkan pihak musuhnya, bayangkan jika ianya terus dimantapkan dan digunakan di Melaka dan seterusnya, apakah nasib PH nanti? Berjayakah PH dan dominasi DAP dipatahkan dan kerajaan baru bangkit di hampir seluruh neger-negeri termasuk Putrajaya?

 PH kini menekan butang paniknya dan mula bertindak. Lalu munculah pelbagai pihak yang cuba membina naratif songsang untuk mengagalkan kemaraan “Gelombang Biru” dengan pelbagai serangan dan tuduhan.

Sudah pasti mereka mahu mengadu-domba, memastikan kerjasama ini tidak akan berterusan dan jika boleh digagalkan.  Justeru pimpinan BN dan PN khasnya UMNO dan PAS perlu kukuh mengemudi bahtera perjuangan besar ini jangan sampai goyang apatah lagi tewas pada ribut taufan jahat yang memukul.

Kenyataan Naib Preiden PAS, Ustaz Datuk Idris Ahmad baru-baru ini contohnya yang memberikan keyakinan  bahawa kerjasama BN PN ini dijangka berjaya menguasai kerajaan Pusat, diwaktu musuh bermatian menyerang, adalah jenis-jenis kenyataan optimis yang mahu didengar oleh akar umbi yang mendukung “Gelombang Biru” ini.

Musuh akan terus menyerang dan menggagalkan, oleh yang demikian kitalah yang bertanggungjawab menangkis segala kerja-kerja jahat ini dengan terus menyuntik keyakinan pada rakyat jelata bahawa “Gelombang Biru” ini adalah jajaran politik terbaru yang terbaik buat masadepan rakyat Malaysia.

Ramai tidak memahami keperluan politik penyatuan ummah ini dengan menganggapnya sebagai gerakan politik biasa-biasa. Tugas kitalah meyakinkan bahawa ini bukan tuntutan politk semata-mata tetapi penyatuan ummah ini tuntutan agama. Ianya jika mampu dijalin, tiada mana pihak yang mambu membendung atau menahannya lagi.

Buktikan pada rakyat Malaysia, apabila umat Melayu bersatupadu, menolak politik gagal, rasis, liberal dan ekstrim, jangankan Johor atau Negeri Sembilan, mahupun Melaka, bumi bertuah ini pun dengan izin Allah SWT akan mampu ia gegarkan.

ROSLAN SMS


No comments: