Friday, August 21, 2026

PRN MELAKA: PH NI SIHAT KE?

Satu Malaysia menyaksikan sebelum ini tajamnya hubungan antara BN khasnya Umno dengan PH yang didominasi DAP di Melaka.

Tuduh menuduh dan ancam mengancam dilempar antara pimpinan Umno dan DAP negeri dengan beberapa kerat dari Pusat turut masuk campur.

Pengerusi DAP Melaka sehingga terbit dengan ungakap yang meluas viralnya : "Lu siapa?" ditujukan kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia Dr Akmal yang juga EXCO Melaka.

Akhirnya semua ikuti perkembangan PH ambil keputusan keluar kerajaan negeri Melaka pada 14 Julai lalu dan bertindak juga menolak usul pindaan perlembagaan yang dikemukakan kerajaan negeri.

Tindakan itu jelas menunjukkan mereka tidak hormat dan menolak kepimpinan Umno-BN di Melaka. Tindakan menunjukkan ketidak yakinan dan hilang percaya jika tidak, tidaklah ia memutuskan keluar kerajaan.

Keluar kerajaan Melaka, hadapi PRN Johor bertembung dengan BN dan kalah, hadapi PRN Negeri Sembilan BNPN lawan PH dan hilang kerajaan, kini Melaka akan hadapi PRN.

Tiba-tiba Pengerusi PH yang juga PM umumkan akan ada perundingan antara wakil perunding PH dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Runding apa lagi? Tak serik-serik ke dengan apa yang berlaku?

Ada yang menyebut dengan perkembangan ini PH ni bagaikan telah tamat tempoh hayatnya, bagai ubat yang dah expire, bahaya, jangan makan lagi, buang sahaja.

Logiknya bersedialah untuk bertembung dengan BN, sebagaimana di Johor dan NS. Tak sihat mungkin kena jumpa Dr Akmal di kliniknya ......



No comments: