Thursday, February 26, 2015

Mengapa Ulamak sentiasa jadi Presiden PAS (26/2/15)


(Memperbetulkan kenyataan TPJ Johor)
Menjelang Muktamar PAS ke 61 beberapa bulan lagi yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti, banyaklah sepkulasi, kempen dan promosi diadakan pelbagai pihak. Ada yang secara langsung ada yang tidak. Apa pun adab berkempen di dalam PAS lazimnya tidak mempromosi diri keterlaluan dan tidak sama-sekali mengkritik dan mencemuh saingan.
Hari ini dalam akhbar The Star Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor zulkefly Ahmad dilaporkan sebagai berkata bahawa

"…the party president need not necessarily be an ulama as those from the professional group could also vie for the top post."
"….Presiden parti tidak semestinya seorang ulamak malah mereka dari kumpoulan profesional pun boleh bertanding jawatan berkenaan."

Dalam hal ini saya bersetuju dengan TPJ Johor itu. Memang tidak terkandung pun dalam Perlembagaan PAS bahawa Presiden parti mesti seorang ulamak. Cuma ianya sesuatu yang lazim lantaran parti pun parti Islam.
Kalau MIC takkanlah orang Melayu mahu bertanding, begitu juga Umno takkanlah orang Cina mahu bertanding. Ianya tidak disebut dalam perlembagaan tetapi sesuatu yang memang diamalkan demi mengekalkan teras perjuangan dan ideologi parti.

Tidak salah seorang profesional mahu bertanding jawatan Presiden PAS. Tetapi PAS bukan umpama parti-parti siasah lain dimana latarbelakang seseorang bukannya sesuatu yang dititik beratkan. PAS adalah sebuah parti siasah Islam, ia memartabat dan mendaulatkan Islam, lalu sejujur dan sewajarnya, mereka yang lebih kanan ilmu Islamnya dan lebih sempurna dan lengkap akhlak dan keperibadian Islamnya, yang itulah terlebih layak untuk bertanding dan memegang jawatan nombor satu.
Namun terbuka ia untuk sesiapa pun akan tetapi lazimnya, ahli-ahli yang mahu kekal duduk dan bernaung di bawah parti Islam, akan lebih mengutamakan seorang ulamak, sebagaimana mereka mengutamakan yang terbaik dari yang baik-baik apabila mereka memilih untuk naik ke hadapan memimpin solat mereka.

Kemudian bagi menegakkan hujahnya TPJ Johor telah memberi contoh beberapa tokoh bukan ulamak yang didakwa beliau pernah menjadi Presiden PAS:
"…..of the seven presidents, three –Datuk Dr Abbas Alias (1953-1956), Dr Burhanuddin Al-Helmy (1956-1969) and Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982) – were from the professional group."

",,,,,dari tujuh Presiden PAS, tiga iaitu Datuk Dr Abbas Alias Alias, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Datuk Mohd Asri adalah dari kumpulan profesional."
Maaf rasanya maklumat itu tidak tepat. Benar Dr Abbas seorang profesional, seorang doktor perubatan, pernah menjadi Presiden PAS akan tetapi Almarhum Dr Burhanuddin dan Datuk Asri bukannya profesional tetapi ulamak.

TPJ Johor itu boleh melayari internet dan melihat latarbelakang akademik dan pengajian kedua-dua mereka, yang masing-masnig bermula dari institusi pondok belaka.
Bagi Dr Abbas pula, beliau seakan memangku jawatan berkenaan “in transition” bagi menantikan seorang yang lebih layak, yakni ulamak untuk mengisi jawatan apabila pengasas PAS, Allahyarham Tuan Hj Ahmad Fuad keluar meninggalkan PAS.

Buktinya apabila beliau dengan rela hati berundur pada tahun 1956, apabila Dr Burhanuddin bersetuju menyertai PAS.
Kemudian TPJ Johor dalam usahanya mahu berhujah bahawa Ulamak tidak dibelakangkan apabila bukan ulamak menjadi Presiden, beliau berkata Majlis Syura sesungguhnya seakan Lembaga Pengarah dan CEO nya yakni Presiden melapor diri pada Lembaga Pengarah tadi.

Di sini pun saya merasakan ianya silap kerana Majlis Syura PAS bukan umpama Lembaga Pengarah syarikat tetapi lebih seakan Lembaga Penasihat atau Advisory Committee yang punya “terms of reference” nya yang tersendiri.
Presiden jika CEO dan perlu patuh pada Majlis Syura sebagai Lembaga Pengarah maka tidaklah jadi umpamanya nasihat dan pengarahan Majlis Syura dipandang remeh dan diperkecil oleh pimpinan lain.

Jawatankuasa Pusat itulah sesungguhnya Lembaga Pengarah dan ahli-ahli PAS sebagai pemegang saham. Presiden adalah Pengarah Urusan dan CEO yang sebagaimana pernah diungkapkan oleh Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz, nakhoda pada bahtera besar PAS.

Nakhodalah yang menetapkan arah dan haluan PAS, bila bergelora mahu bikin apa, bila tenang bagaimana.
Kesimpulannya bahtera besar ini mahu belayar menuju ke destinasi bukan hanya dunia tetapi sampai ke akhirat mengejar redha dan keampunan Allah swt, laluan yang tidak ditempuh oleh mana-mana pun parti politik di Negara ini kecuali PAS.

Lantas siapakah lagi yang terlebih layak duduk di kerusi CEO atau kerusi nakhodanya jika tidak seorang ulamak, sebagaimana Dr Burhanuddin, Datuk Asri, Tuan Guru Hj Yusof Rawa, Almarhum Ustaz Fadzil dahulu.
Dan bagi para profesional yang mahu bersama pelayaran ini, sesuai sangatlah mereka duduk di sayap kiri dan kanan dengan ikhlas dan redha membantu CEO atau nakhoda tadi berpandukan nasihat Majlis Syura.

Biar bahtera ini terus gagah menuju destinasi. Tidak sesat dan tidak karam tenggalam ia.

 

 

Tuesday, February 24, 2015

Pasma pun boleh bertnding .... (24/2/15)


Ahli-ahli PAS menghormati Majlis Syura Ulamaknya, bukan hanya kerana kuasanya menghurai dan mentafsir dasar PAS melalui ketetapan-ketetapan selain mengeluarkan arahan agar ketetatapan-ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan, tetapi lebih dari itu kerana ia dianggotai oleh mereka yang diiktiraf tinggi ilmu agama dan akhlaknya.
Majlis ini dianggotai oleh mereka yang diiktiraf paling faham dimana menurut peruntukkannya untuk melayakkan diri menjadi ahli majlis ini mereka itu mestilah:

"……..seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya."
Kerana itu dalam PAS majlis ini dihormati dan segala yang dikeluarkan oleh majlis ini diterima, difahami dan dipatuhi.

Orang PAS tidak pernah dididik untuk membenci para ulamak, apalagi punya sangka buruk terhadap badan tertinggi dalam parti yang menghimpunkan ulamak-ulamak terkanan dalam PAS, iaitu Majlis Syura Ulamak.

Mempertikaikan apa lagi memperlekehkan keputusan serta arahan majlis ini bukanlah akhlak orang PAS yang cintakan para ulamak.

Baru-baru ini apabila Majlis Syura Ulamak mengeluarkan arahan agar ahli-ahli PAS tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti NGO bernama PasMa, rasa saya ianya jelas. Dan apabila Setiausaha Majlis Syura menghuraikan bahawa:
"………. langkah itu selaras dengan peringatan Presiden PAS dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, parti dalam parti."

Ahli-ahli PAS yang sedia terdidik melalui proses pentarbiyahan dalam parti semakin jelas dan faham.
Oleh itu apabila saya terbaca tajuk berikut dari laporan sebuah portal berita, TMI, saya sedikit pun tidak gusar:

Ahli PasMa tidak dihalang bertanding pemilihan PAS
Memang ahli NGO ini tidak dihalang bertanding selagi mereka ahli PAS, akan tetapi ahli-ahli PAS yang istiqamah dalam perjuangan tidak perlu diberitahu, mereka jelas dan faham bahawa ahli PasMa lantaran panduan Majlis Syura itu sewajarnya tidak diberi tempat dalam mana-mana jawatan parti sekalipun.

Mana mungkin mereka yang cenderung melahirkan jamaah dalam jamaah, parti dalam parti, dibiarkan mendapat tempat dalam saf kepimpinan.
Mereka yang memilih untuk menjadi sedemikian dan mereka yang memilih untuk menjadi onar dalam jamaah, maka mereka jugalah perlu bersedia menerima hukuman dari para ahli dalam musim pemilihan ini tidak kiralah apa jawatan mereka sekalipun sebelum ini.

Saya yakin dan percaya ahli-ahli PAS seluruh Negara mahu melihat bahtera besar PAS ini tenang belayar menuju destinasinya mencapai cita-cita perjuangannya yang suci lagi mulia itu. PAS tidak ada tempat untuk mereka yang tidak boleh bekerja dalam satu pasukan. Apa lagi mereka yang terlalu laju sehingga mahu menebuk dan membocorkan bahtera besar ini demi agenda peribadi mereka.
Betullah apabila Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi dipetik sebagai berkata mengikut peraturan parti, mana-mana ahli PAS bebas untuk aktif bersama dalam aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tiada halangan untuk mereka bertanding.

Tetapi ahli-ahli PAS kesemuanya termasuk Asmuni akur dan faham akan panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak. Ahli-ahli PAS taat dan menjunjung konsep Kepimpinan Ulamak, lantas bertandinglah siapa pun yang mahu, tetapi panduan dan arahan Majlis Syura akan tetap digunakan untuk menyaring mereka yang sesuai dan menolak mereka yang tersasar.

 

Monday, February 23, 2015

Mat Sabu lancar "counter offensive" terhadap Presiden PAS (23/2/15)



Telah viral video yang dikatakan mengandungi audio Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu yang mengkritik Presiden PAS dan kepimpinan ulamak.
Dalam video itu Muhammad menyeru diadakan “counter offensive” bagi menghadapi pengaruh Presiden PAS. Beliau menegaskan perlu digerakkan dalam sebulan dua ini inisiatif untuk menemui kepimpinan kawasan yang kemungkinan menjadi perwakilan dalam Muktamar PAS nanti. Beliau mengakui telah temui YDP PAS Tanjong karang dan Sg Besar di Selangor.

“Counter offensive” itu perlu kerana secara ringkasnya menurut Muhammad, “mereka” (golongan ulamak di belakang Presiden) sedang mendahului (dalam pemilihan Muktamar nanti).
Jika sahih lah rakaman ini maka benarlah bahawa puak-puak tertentu sedang aktif menjalankan gerak-kerja bagi menumbangkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Dan inisiatif “rampasan kuasa” melalui Muktamar nanti diterajui Timbalan Presiden sendiri.

Bagi saya jika benar, tidak ada masalah.

Keluarlah secara terbuka, bahawa kami memang sedang melobi untuk menjatuhkan Tuan Guru dan mereka yang bersamanya. Kami mahu naikkan pemimpin yang serupa dengan kami.
“No problem”

Cumanya jika benar, Muhammad dan kuncu-kuncunya perlu insaf bahawa kita semua berada dalam PAS, dan PAS adalah sebuah gerakan Islam. Kita punya adab dan displin Islam yang perlu dipatuhi.
Kempenlah menonjolkan diri dan kehebatan anda, tetapi jangan menyerang lawan.

Menggunakan perkataan …..”Presiden ulamak yang maksum” itu satu tuduhan jahat dan liar yang tidak layak bagi seorang Timbalan Presiden.
Isytiharlah secara terbuka keinginan Muhammad untuk merebut jawatan Presiden PAS. Barangkali boleh isytihar juga siapa calon Timbalan, Naib-naib dan AJK.

Tak perlu kita berselindung-selindung lagi.
Tak perlulah guna NGO, guna alat dan medium lain. Keluarlah secara berdepan dan terhormat.

PAS mengamalkan demokrasi dalam pemilihan pimpinannya, cuma ia punya adab dan displin Islam yang perlu dipatuhi.
Kami dalam gerakan Islam ini diajar untuk memilih pemimpin yang terbaik dari yang baik-baik. Insyallah ahli-ahli PAS khasnya para perwakilan faham, bijak dan matang dalam membuat pemilihan dalam menilai antara mana yang kaca dan mana yang permata.

Jika tidak benar nafikan, jika benar isytiharlah secara gentleman.

 

Resolusi Multaqa Ulamak disanjung mereka yang tulen (23/2/15)


PAS bukan hari ini baru bertapak di persada politik Malaysia.
Ia ditubuhkan oleh para alim ulamak pada tahun 1951, jauh sebelum Negara mencapai kemerdekaan dengan matlamat mahu memperjuangkan Islam dan mendaulatkan Islam sebagai satu cari hidup bermasyarakat dan bernegara di tanah bertuah ini (setelah Hizbul Muslimin terdahulu diharamkan British).

Tidak ada parti politik yang memperjuangkan matlamat keagamaan seperti itu kecuali PAS yang masih segar berdiri hidup walaupun usianya telah melewati 60 tahun.  
Kerana itu tidak seperti parti-parti politik lain di Malaysia, PAS menyuntik sepenuhnya cara dan kaedah Islam di dalam gerak kerja dan pentarbiyahan ahli-ahlinya. Kerana itu ramai menyertai PAS.

Para alim-ulamak lulusan pondok, madrasah dan univerisiti tempatan serta luar Negara telah menjadikan PAS wadah perjuangan demi menjejak dan menyusuri langkah politik Rasulullah dalam menegakkan sebuah masyarakat dan Negara yang diredhai Allah swt.
Sudah pastilah perjuangannya tidak mudah. Ahli-ahli PAS dari zaman awal penubuhannya sehinggalah kini telah mengorbankan harta benda, keringat, air mata dan malah darah untuk mengemudi perjuangan ini.

Hasil dari bimbingan para ulamak yang istiqamah dan komited itu, yang didukung oleh keyakinan dan semangat para ahli akar umbi, masyarakat hari ini kenal PAS dan kenal serta terdedah kepada kepimpinan dan perjuangan Islam.
Lantaran perjuangan Islamnya itu, tidak seperti parti-parti lain, dalam PAS golongan ulamaknya diberi kedudukan yang tinggi, dihormati dan disegani, kerana mereka inilah yang sejak dari dahulu telah memberikan pentafsiran, bimbingan, ilmu dan panduan ke arah menggalas perjuangan ini sehinggalah ke hari ini.

Ulamak PAS menterjemahkan Islam bukan hanya kepada ahli dan masyarakat malah ianya diterjemahklan secara hidup dalam akhlak, budi-pekerti, keperibadian dan kehidupan mereka.
Dari situlah masyarakat dapat melihat dan membedakan antara pemimpin biasa dan pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk agamanya.

Ahli-ahli PAS sejak penubuhannya sehinggalah kini sentiasa berbangga dengan kehadiran para ulamak dalam PAS dan mereka diberikan tempat yang tinggi dalam hiraki parti.
Dari saat Almarhum Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin menjadi wakil pertama PAS di Dewan Perwakilan pertama sebelum Merdeka pada tahun 1955 sehinggalah kemudiannya PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan kini menyerlah kehadirannya dalam masyakarat diseluruh Negara, para ulamklah yang banyak berperanan dan berkorban siang dan malam selain ahli-ahli lain yang bukan ulamak, yang professional, yang bukan professional dan bukan ulamak demi mencapai matlamat perjuangan PAS.

Tidak pernah tercetus masalah dalam PAS di dalam meletakkan para ulamak sebagai benteng utama PAS tambah-tambah dengan konsep Kepimpinan Ulamak, yang diperkenalkan untuk mengukuhkan lagi hakikat ini.
Kerana itu Multaqa Ulamak Se Malaysia II Sabtu lalu telah menerima resolusi 16 perkara, salah satunya:

“Wala’ dan ketaatan kepada ketua adalah wajib menurut al-Quran dan Sunnah. Punca kepada perpecahan ialah tiadanya wala’ dan ketaatan kepada ketua. Justeru, Multaqa Ulamak Semalaysia ll  menekankan tentang kewajipan setiap ahli untuk memberikan ketaatan kepada majlis syura ulamak dan presiden sebagai ketua syarie dalam PAS selagimana tidak bertentangan dengan nas Al-Quran dan As Sunnah. Ahli diperingatkan agar tidak melanggar baiah yang telah diikat antara dirinya dan Allah. Sekiranya berlaku pelanggaran maka ia dikira sebagai pengkhianatan kepada parti”.
Bagi ahli-ahli PAS tulen, nasihat dari Multaqa Ulamak ini sesuatu yang mudah diterima  dan akan tersemat dalam hati kerana perjuangan besar ini menuntut agar parti sentiasa diperkasa dengan kekuatan Islam, dan sebarang usaha pengkhianatan mestilah ditentang.

Kerana ia parti berteraskan agama, matlamat perjuangan PAS tidak terbatas pada habuan dunia semata-mata tetapi mengejar janji Allah yang lebih besar di hari yang kekal abadi nanti, inilah perbezaan besar yang memisahkan PAS dengan parti-parti lain, dan inilah yang diyakini penuh oleh para ahli akar umbinya dari dulu sewaktu mula-mula susah menegakkan panji-panjinya sehinggalah kini.
Ahli yang istiqamah, tak kiralah samada ia petani di bendang atau di ladang atau nelayan di laut atau buruh ataupun pemimpin bertaraf tertinggi, siapa pun ia, menerima bukan satu tapi kesemua resolusi Multaqa ini. Bagi mereka ini adalah sesuatu yang biasa kerana PAS berjuang untuk Islam.

Yang luar biasa adalah mereka yang marah, kecewa apalagi menolak resolusi ini tidak kiralah ia berada di celah bendang atau ladang, di samudera di kilang atau apa industri, di bilik berhawa dingin.  
PAS mahu Islam dan PAS perlukan para ulamak sebagai teraju, samada disedari atau tidak mereka yang tidak senang barangkali berada dalam bahtera yang salah.

YB Ustaz Idris Ahmad dalam satu tulisannya yang panjang lebar berkenaan ulamak dan ciri-cirinya telah memetik huraian Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin bin Abdullah al Ajiri, yang telah dimuatkan di dalam Takhrij wa ta’liq oleh Sopin Nur Marbu Banjari al Makki, 1996:13) yag berbunyi:
“Ulamak adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan mematikan hati penyeleweng. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan…..”

Semoga Allah swt terus melahirkan dan memperkasakan ulamak pewaris Nabi di dalam PAS

Thursday, February 19, 2015

Unity Government 2013: Berkatalah yang benar (19/2/15)


Terlalu lama dah Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menjadi “kambing hitam” di atas apa yang dikatakan “Kerajaan Perpaduan” atau UG pasca PRU 2008 dahulu. Macam-macam yang buruk-buruk, cemuhan, fitnah, maki hamun dihamburkan pada Presiden PAS bukan hanya dari rakan-rakan PR tetapi juga dari orang-orang PAS sendiri yang menggunakan isu itu sepenuh-penuhnya untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti Tuan Guru.
Namun Tuan Guru ternyata terus “hidup” dan istiqamah mengemudi bahtera besar PAS ini.

Dalam musim-musim pemilihan ini sekali lagi isu UG ini dimain-mainkan, guna untuk merampas jawatan Presiden parti dari Tuan Guru. Kononnya UG ini dahulu mahu merobohkan PR. Kononnya UG ini dahulu adalah bukti Tuan Guru dan ulamak PAS lebih cenderung berpeluk-pelukkan dengan Umno. Apa sahaja berkaitan UG dengan Umno dikira jijik dan kotor.
Dalam kesungguhan kerja-kerja jahat ini dimainkan, dengan takdir Allah swt terbongkar pula UG yang baru. Versi 2008 sekaligus menjadi “akademik” (Bahasa undang-undang) lantaran terpacul versi 2013. Kali ini UG nya bukan Umno-PAS tetapi kali ini UG nya Umno-PKR dan apabila ia hampir gagal dirangkul pula PAS sekali atas usaha orang-orang tertentu.

Saya mengulas pendedahan pengkritik dan penganalisa politik veteran Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui portalnya Malaysia Today berkenaan apa yang dikatakan UG versi 2013 ini.
Tambahan ada kalangan pimpinan PKR sendiri telah mengiakannya. Bahawa Datuk Seri Anwar dijanjikan jawatan TPM, bahawa PKR akan diberi 5 kerusi kabinet, yang ini bukan dari RPK tetapi terbit dari pengakuan Nurul Izzah dan Rafizi.

Saya mengambil minat pendedahan ini kerana saya merasakan jika UG 2008 digunakan semaksima mungkin untuk menyerang dan mencemuh Tuan Guru Presiden PAS, terbaru turut dinyanyikan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/02/17/kit-siang-umno-pas-unity-govt-conspiracy-against-pakatan/
Apa istimewanya pula UG 2013 ini sehingga ia disorok dan dirahsiakan. Kalau UG2008 itu kotor dan jijik kenapa UG 2013 ini suci dan bersih?

Tidakkah ia membuktikan Datuk Seri Anwar dan PKR juga ada bekerja atas agenda yang hampir sama. Yang menurut RPK dalam postingnya, agendanya untuk menyelamatkan Anwar dan mewujudkan kerajaan campuran Umno-PKR (tanpa PAS dan DAP pada mulanya). Dan kemudiannya apabila hampir gagal diheret pula PAS untuk membentuk UG Umno-PKR-PAS.

Orang-orang dalam PAS yang dahulunya mencemuh Tuan Guru Presidennya sendiri, rupa-rupanya dalam pendedahan RPK ini menjadi tali-barut, dan turut terlibat.
Samada pendedahan RPK ini benar atau tidak ianya wajib diperjelaskan oleh mereka yang terlibat.

Ada yang menyatakan RPK ini penulis amatur yang separuh masak, ada yang mengtakan RPK ini lidah fitnah.
RPK yang saya kenal adalah seorang pejuang kebebasan yang tidak tunduk pada tekanan mana-mana pihak tak kiralah BN termasuklah PR. RPK ini salah seorang kolumnis Harakah sebelum meletusnya Reformasi Jalanan dahulu lagi. Beliau menyumbang kepada Harakah English Section bersama-sama saya ketika ada pemimpin PAS hari ini belum PAS pun lagi.

Namun samada benar atau tidak pendedahannya terserah lah.
Saya terpanggil mengulasnya kerana pimpinan kanan PKR hari ini pun mengakuinya tetapi dari versi yang berbeza. Cuma apabila RPK memberikan versinya ianya tampak lebih kemas teratur, masalahnya RPK membabitkan pemimpin PAS tertentu yang dakwanya turut terlibat.

Pemimpin itu Dr Syed Azman (AJK PAS Pusat) telah memberi respon (responnya turut dinaikkan RPK) terhadap apa yang dikatakannya fitnah RPK. Beliau menafikannya dengan versi berlainan, ada jumpa tetapi isu lain tidak ada kena-menegena dengan UG. Dan dipenghujung responnya beliau mengkritik RPK dan mereka yang sealiran RPK (agaknya termasuk saya) sebagai amatur dan separuh masak.
Menariknya tak berapa lama Dr Syed membuat penafian, RPK terus bangkit dan membuat lagi pnededahan. Saya rasakan RPK punya “peluru” yang lengkap kali ini, yang terlibat jangan tersalah langkah.

Terbaru RPK menyebut bahawa respon Dr Syed sesungguhnya membuktikan memang ada perjumpaan di London sebagaimana didakwanya. Di London ada Zahid Hamidi, ada Mustafa Ali dan ada SETPOL Presiden. Dan Dr Syed juga akui Hadi (Tuan Guru) walau berada di London tetapi tidak hadir.
Cuma kata Dr Syed perjumpaan itu bukan kerana agenda UG sebaliknya atas isu Palestin. (RPK atau Dr Syed yang berbohong?)

Kata RPK lagi:
Dr Syed Azman also did not talk about the role of Jusof Kalla in this whole thing, the Indonesian leader who played the role of middleman and who was later very angry with Anwar for violating the ‘agreement’. And what exactly was this ‘agreement’? Was the breakdown in the talks due to Anwar pushing for a Unity-Government while Prime Minister Najib Tun Razak only agreed to a ‘Konsensus Nasional’ and not to a Unity-Government?

(Dr Syed Azman tidak pula menyatakan peranan Jusof Kalla dalam hal ini, pemimpin Indonesia itu telah menjadi orang tengah, beliau (Jusof) kemudiannya berang dengan Anwar kerana memungkiri “perjanjian”. Apakah “perjanjian” itu sebenarnya? Adakah perundingan itu gagal kerana Anwar mendesak untuk membentuk UG sedangkan Perdana Menteri Najib Tun Razak Cuma bersetuju membentuk “Konsensus Nasional” bukannya UG?)
Pendedahan terbaru RPK boleh diikuti di

Yang menarik dalam pendedahan kali ini Dr Syed menafikan ada perundingan UG di London sedangkan menurut RPK sebulan selepas mesyuarat London itu iaitu pada 30 Januari 2014, Zulkiflee Sulong bekas Ketua Pengarang HARAKAH sendiri telah menulis dalam portal berita TMI laporan bertajuk:

Kerajaan perpaduan’ Najib: Jangkaan presiden PAS benar belaka
Antara lain Zul menyebut:

Namun, apabila wakil perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu menemuinya untuk membincangkan versi baru gagasan ini iaitu “Rekonsiliasi Nasional” di London awal bulan ini, Abdul Hadi tidak mahu menyertainya. Beliau hanya menghantar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar untuk bertemu Zahid walaupun ketika itu beliau sudah berada di London.

Bermakna Zul mengakui ada pertemuan di London (Zul setahu saya akrab dengan Dr Syed) dan agenda pertemuan adalah membincangkan versi baru gagasan ini iaitu “Rekonsiliasi Nasional” sedangkan Dr Syed menolak sama-sekali pertemuan atas isu lain selain Palestin.
Kalau RPK menurut Dr Syed membikin fitnah takkan TMI dan Zul Sulong (yang akrab dengan Dr Syed)pun sama?

Cuma kalau kita perhatikan artikel Zul itu tiada nama Dr Syed yang disebut sedangkan dari versi Dr Syed beliau dan Saifuddin Nasution hadir tetapi sekadar membincangkan isu Palestin.
Lalu apa sebenarnya yang berlaku di London? Dan sebelum London?

Bagi saya jika Hadi (Tuan Guru Presiden PAS) diperkatakan macam-macam, diserang hingga hari ini kerana kononnya mencetuskan UG Umno-PAS 2008, mengapa pula dalam UG 2013 ini yang Anwar dikatakan akan dilantik sebagai TPM kerajaan UG Umno-PKR selain 5 menteri kabinet buat PKR, tiada siapa berani ungkit apalagi mengkritik?
Kenapa umpamanya UG 2008 Lim Kit Siang anggap sebagai satu konspirasi terhadap Pakatan Rakyat, tetapi UG 2013 yang lebih terbaru Kit Siang bisu seribu bahasa?
Kenapa rakyat yang mengundi calon-calon Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 lalu langsung tidak diberitahu atau dimaklum tentang UG 2013 ini?

Sudah tiba masanya untuk semua pihak berterus-terang dan jujur pada rakyat dan parti masing-masing.

Tidakkah anda seperti saya, mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku?

 

Wednesday, February 18, 2015

"Unity Government" Umno-PKR? (18/2/15)


Belum pun selesai isu memorandum yang menuduh terdapat pengkhianatan dalam PAS angkara pimpinan kanan tertentu, hari ini muncul pula satu pendedahan baru yang kalau tak setaraf lebih hangat suhunya.
Ternyata politik di Malaysia ini sungguh “volatile” mudah meruap dan bergolak, berubah-ubah, satu hari naik satu hari turun ke bawah bagaikan roda yang berputar.

Sedang penulis veteran yang juga “volatile” jiwanya, MSO, sibuk menyanyi dan memainkan lagu-lagu lama apa yang didakwa kononnya “Kerajaan Perpaduan” PAS-Umno pasca PRU 2008, rupanya pasca PRU 2013 dah ada lagu baru.
Masalahnya ramai ternga-nga, melopong mulut, akan yang baru ini sedang MSO cuba mengasyikkan ramai dengan lagu klasik lama sahaja.

Ia semua bermula dengan terpenjaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Penjara Sg Buloh baru-baru ini. Selang beberapa hari, anak perempuannya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, dalam satu ceramahnya mendedahkan bahawa ayahnya pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu “Kerajaan Perpaduan” PKR-Umno pasca PRU ke 13 baru-baru ini. Tapi kata Nurul ayahnya telah menolak tawaran itu kerana tidak mahu berpisah dengan rakan-rakannya dalam PR.
Kenapa kita tidak pernah diberitahu tentang UG (Unity Government) versi baru ini (sedang MSO masih berdendang dengan lagu lama)?

Selepas itu sebuah portal berita TMI pula melaporkan:
“PKR mempertahankan dakwaan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) selepas pilihan raya umum (PRU) lalu malah ditawarkan empat jawatan menteri.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tawaran menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah rekonsiliasi nasional selepas PRU dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah.”
Dalam pada itu beberapa pimpinan Umno dilaporkan mempertikaikan kenyataan Nurul Izzah dan Rafizi itu. Dan kita rakyat kebanyakkan semakin kabur dan tercengang terpinga-pinga. Apa yang mahu disrokkan sebenarnya ini?

Sehinggalah muncul pendedahan baru sebagaimana saya nyatakan di awal tadi. Iaitu apabila seorang lagi penulis politik veteran (yang ni tidak pula main lagu lama macam MSO) Raja Petra Kamaruddin membuat pendedahan melalui portal beliau Malaysia Today dengan posting:

Anwar screwed DAP, Hadi screwed PKR
http://www.malaysia-today.net/anwar-screwed-dap-hadi-screwed-pkr/

Kalau kita boleh percaya tulisan RPK ini, barulah kita boleh Nampak apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan UG versi baru pasca PRU 2013 ini. Itu pun kalau nak percaya.
Ia sesuatu yang besar. Ia sesuatu yang sepatutnya merobohkan PR demi menyelamatkan masa depan politik seseorang. Ia sungguh licik, tanpa pengetahuan pimpinan kanan PAS dan DAP tetapi rupa-rupanya ada juga pimpinan lain PAS yang turut terlibat secara senyap-senyap (taraf-taraf “barua” juga ni)

Dakwaan RPK ini rasa saya lebih menarik dari irama “klasik nasional” yang mahu ditiup semula oleh MSO dan beberapa kalangan anasir tertentu dalam PAS guna untuk mencemar nama baik pimpinan tertinggi PAS, khasnya di musim pemilihan ini.
Rupanya, kalau benarlah dakwaan RPK itu, berlaku perundingan dan perbincangan di belakang tabir tanpa pengetahuan pimpinan tertinggi PAS dan DAP. Masing-masing bertungkus lumus dalam PRU ke 13 lalu untuk membawa PR ke Putrajaya, rupanya yang akan sampai ke sana hanyalah orang tertentu yang lain tersangkut dan ditahan di pintu pagar, itu pun kalau benar dakwaan RPK.

Kenapa tak jadi?
Kata Nurul dan Rafizi kerana Anwar tidak rela berpisah meninggalkan perjuangan bersama melalui PR, tetapi kata RPK sebaliknya?

Kata RPK ia tidak menjadi kerana:
When the election results came in, however, Umno and PKR won just 26 seats, with Khalid unexpectedly winning the Port Kelang seat. Minus Port Kelang, Umno and PKR were left with just 25 seats against PAS’ and DAP’s 30, or 31 if Khalid throws his lot behind PAS and DAP.

That practically demolished the plan for the Selangor State ‘Unity Government’ between Umno and PKR.
(Apabila keputusan PRU keluar, ternyata Umno dan PKR hanya memenangi 26 kerusi dengan Khalid (Tan Sri) bagaikan tidak dijangka memenangi kerusi Pelabuhan Kelang. Tanpa Pelabuhan Kelang, Umno dan PKR hanya punya 25 kerusi berbanding PAS dan DAP yang punya 30, ataupun 31 kiranya Khalid (Tan Sri) memberikan sokongannya pada PAS dan DAP.

Hakikat ini memusnahkan samasekali rancangan UG Selangor antara Umno dan PKR)
Berat bunyinya, tetapi kalau kita punya masa untuk dengar album lama yang dimainkan oleh MSO dan rakan-rakannya, lebih menarik kita dengar yang ini dan mohon penjelasan sebenar pihak-pihak yang berkenaan.

Menurut RPK lagi apabila gagal, Anwar tidak berputus asa dan cuba membabitkan Hadi (Presiden PAS) bagi mendapatkan persetujuan PAS pula bagi membentuk UG antara Umno, PKR dan PAS. Apa pun UG ini perlu dibentuk demi kepentingan masa depan orang tertentu.
Menurut RPK, Anwar cuba mengaturkan pertemuan antara wakil Umno dengan Hadi di London. Malangnya apabila ke sana, mungkin kerana bimbangkan muslihat perancangan ini, Hadi telah tarik dairi dan sebaliknya menghantar wakil iaitu Dato Mustafa Ali dan Setiausaha Politiknya.

Di sinilah RPK telah dedahkan siapakah pemimpin PAS yang telah mendahalui parti dan pimpinan bersekongkol untuk menjayakan UG versi baru ini. RPK menyatakan:
“The meeting was held at The Landmark London Hotel. When Mustafa Ali and Hadi’s Political Secretary, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, walked into the meeting room, they were surprised to see Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi of PAS and Saifuddin Nasution of PKR there as well. Zahid Hamidi, Dr Syed Azman and Saifuddin, in turn, were surprised that Hadi was absent and were very disappointed when Dr Samsuri told them that Hadi was tired and would not be able to attend the meeting.”

(Perjumpaan berkenaan telah diadakan di The Landmark London Hotel. Apabila Mustafa Ali dan SETPOL (Presiden PAS) masuk ke dalam bilik mesyuarat, mereka tersentak apabila melihat di sana ada sedia menunggu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (AJK PAS Pusat) dan Saifuddin Nasution dari PKR. Zahid Hamidi (Naib Pesiden Umno) , Dr Syed Azman dan Saifuddin turut terkejut apabila Hadi ternyata tidak hadir dan mereka kecewa apabila Dr Samsuri memberitahu bahawa Hadi penat dan tidak dapat hadir.)

Bagi saya tuduhan RPK melalui portalnya ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian oleh PAS, sebagaimana pertuduhan dalam memorandum Ketua Pemuda PAS Kuantan tempoh hari yang turut memuatkan beberapa dakwaan serius.
Masalahnya berapa orang ahli PAS yang tahu tentang UG versi baru ini?

PAS perlu memperbetulkan rumahtangganya. Banyak kayu-kayu buruk rupanya sudah berlapuk dan bercendawan duduk dalam bahtera PAS yang bakal memberi mudarat buatnya dalam mengejar cita-cita mendaulatkan Islam.
Ahli-ahli PAS berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, sebagaimana pihak tertentu yang sebelum ini telah menelanjangkan apa yang dikatakan UG Umno-PAS pasca PRU2008, yang lagu sumbangnya masih dimainkan MSO itu.

Saya sebagaimana saya percaya orang lain semua mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Boleh tolong beritahu?

Atau barangkali perlu ada penyerahan memo yang baru kepada Pejabat Agung?

Saturday, February 14, 2015

Kereta terbakar kepimpinan Presiden dipersoal (14/2/15)


Berita kereta Dr Hatta Ramli, yang sebelum ini dituduh terlibat dalam kes pengkhianatan terhadap Presiden PAS dan Majlis Syura PAS, dibakar orang yang tidak dikenali, telah tersebar di media perdana dan alternatif. Kejadian “jahat” itu sangat dikesali dan diharap pihak polis akan segera menyiasat dan memberkas mereka yang bertanggungjawab.
Dalam portal The Star Online, ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah diminta mengulas insiden tersebut dan beliau menafikan ada orang PAS yang terlibat dalam insiden berkenaan. Khalid sebaliknya menuduh musuh-musuh politik PAS yang terlibat, berkemungkinan mahu mengambil kesempatan terhadap perbalahan yang berlaku dalam PAS.

Namun resam Khalid ni beliau tidak akan berhenti setakat itu. Kalau itu sahaja komen beliau, bukan Khalid namanya.

Dalam laporan yang sama Khalid terus mengambil kesempatan dengan menyebut:
Even the demonstration last week was very silly.They are just trying to portray themselves as defending the leadership of the ulama and president, since it is election year (for the party),

(Malah demonstrasi minggu lepas (merujuk kepada demonstrasi diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan terhadap pengkhianat dalam parti) juga dianggap “bodoh” Mereka kononnya mahu mempertahankan kepimpinan ulamak dan Presiden, memandangkan ini adalah tahun pemilihan (dalam parti))
Dari isu kereta terbakar beliau terus memanjangkan lidahnya:

Khalid, who is Shah Alam MP, said the “ball is in the president’s court” and urged him to step in to handle the situation. 
“Since this group claims to be staunch supporters of Abdul Hadi, they may listen to him if he instructs them to stop.

“But this is not the president’s style, so we will have to wait and see. In a way, it is a challenge to his leadership as well,” added Khalid.
(“Bola” sekarang dalam “gelanggang presiden” dan menggesa beliau (Presiden) masuk campur untuk mengawal keadaan. Memandangkan kumpulan berkenaan (Ketua Pemuda Kuantan dan rakan-rakannya) adalah penyokong kuat Abdul Hadi, mereka mungkin ikut arahannya kiranya disuruh berhenti. Namun ini bukan “style” Presiden, jadi kita perlu tunggu dan lihat. Sebenarnya ini (insiden demo berkenaan) merupakan cabaran terhadap kepimpinan (beliau))

Demikianlah politik Khalid. Dan dari kenyataan beliau itu tampak jelas Khalid ini memang punya prejudis terhadap Presiden PAS kini.
Tidak hairan apabila diberi kesempatan bercakap dari inisden bakar kereta, Khalid boleh panjang-panjangkannya sehingga mengaitkan insiden lain dan terus kait pula dengan kepimpinan Presidennya sendiri.

Tetapi hairan kenapa Khalid mahu Presiden PAS arahkan isu demo ini dihentikan? Kenapa Khalid yang selalu dilihat ke hadapan dalam isu-isu keadilan dan hak bersuara, malah terlibat juga dalam banyak demo sejak usia muda lagi boleh dalam hal ini punya sikap yang berlainan?
Kenapa tidak Khalid arahkan Presiden segera tubuhkan jawatankuasa penyiasat, siasat dakwaan Ketua Pemuda PAS Kuantan itu. Jika benar ambil tindakan disiplin terhadap yang dituduhnya atau jika tidak benar bertindak terhadap Ketua Pemuda itu.

Mengapa hak Ketua Pemuda Kuantan untuk mengemukakan kesnya mahu dinafikan dan dihentikan begitu sahaja?
Atau mungkinkah kerana yang dituduh kawan-kawan belaka, maka lebih baik jangan dipanjang-panjang begitu?

Dalam insiden ini Presiden tidak langsung mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi Khalid dengan mudah menuduh mereka yang berdemo itu sebagai penyokong kuat Presiden, apakah beliau bukan penyokong kuat Presiden? Beliau sokong siapa?
Kenapa Khalid dari insiden bakar kereta boleh pula “twist” kenyataannya sampai membangkitkan “style” kepimpinan Presiden PAS pula? Apa kena mengena “style” Presiden dengan insiden bakar kereta ni?

Mungkinkah “style” beliau lebih hebat dari Presiden lantas cuba menyatakan sesuatu?
Kalau beginilah layanan dan sikap seorang pemimpin kanan PAS terhadap Presidennya sendiri, kemanakah PAS selepas ini?

PAS baru sahaja kehilangan seorang Tok Guru. Dalam PAS rata-rata cuma ada dua orang tokoh Tok Guru besar, seorang Tok Guru Nik Abd Aziz dan seorang Tok Guru Hj Abd Hadi Awang. Perginya Almarhum Tok Guru Nik Aziz diratapi  dan dirasai kehilangannya oleh kawan dan lawan, demikianlah tingginya martabat mereka yang ikhlas berjuang kerana Islam.
Saya yakin Tok Guru Hj Abd Hadi turut disegani dan dihormati sedemikian rupa oleh semua apalagi akar umbi, ahli-ahli dan pendukung PAS.

Meletakkan beliau sedemikian rupa, rasa saya sangatlah kurang manis, Sedih yang meletakkannya begitu rakan pemimpin dari parti yang sama.

 

 

After Nik Aziz the struggle continues (14/2/15)


He is no longer around. Tributes and accolades are accorded to him day after day since last Thursday, the day he departed.
Leaders from both sides of the political sphere, activist, dignitaries and even artists has nothing but high praises for him, the remarkable man, the “Tok Guru” who came out to lead one of the oldest political party in the nation and later became the Menteri Besar of Kelantan, in his “ulamak” way, conservative some may say, but continued as MB for almost 6 terms, strong as ever.

The day he left, people wept openly, friends and foes openly admit that his absence would be a great loss for the nation.
Whatever it may be, admittedly, Tok Guru Nik Aziz fought and struggled throughout his life for Islam. He led a state, where he infused Islamic principles and teachings in its administration and introduced rules and regulations in line with the religion.

The question is now that he is gone, what next?
What next for PAS and its Islamic struggle?

According to his son who is also the MP for Pasir Mas and a PAS CEC member, Nik Abduh Nik Abdul Aziz:
“My father wanted the struggle to carry on besides asking that the struggle to uphold Islam is continued. That was his last message to the family,”

Nik Aziz indeed left 10 children, but his last message as mentioned by Nik Abduh would in reality not only be their responsibility. In a larger scale he has in PAS over 1 million “family members”, the party members who would readily continue the struggle, Islam in its true form would be upheld.
Nik Aziz left a wish, and his wish are the same to all PAS members and those that sympathise their struggle. Unless and until Islam becomes the rule of the land, his struggle and their struggle continues.

Wednesday, February 11, 2015

Apa jadi kes pengkhianat dalam PAS? (11/2/15)


Kisah Anwar Ibrahim kembali ke penjara mendapat liputan menyeleruh media. Seluruh rakyat Malaysia rata-rata simpati atas nasib yang menimpa Ketua Pembangkang itu dan keperitan yang terpaksa ditanggung keluarganya.
Padatnya liputan berita berkenaan sehingga seakan menggerhanai kes pendedahan pengkhianat dalam PAS.

Apa yang didedahkan tempuh hari oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan adalah sesuatu yang serius dan berat. Ianya perlukan tindakan segera kerana jika ada asas kebenarnnya, maka PAS telah digodam dari dalam sebegitu rupa demi mahu merebahkan Presiden dan Kepimpinan Ulamak yang disepakati oleh keseluruhan akar-umbinya.
Tindakan sabotaj itu didakwa dijuarai oleh pimpinan kanan parti.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS angkara sebegini rupa. Pihak yang berwajib tidak boleh memandang remeh perkara ini, kerana jika benar maka ianya sesuatu yang amat malang bagi parti dan ahli-ahlinya.
Atau adakah kita menganggap pendedahan Ketua Pemuda Kuantan itu sebagai satu tohmahan dan fitnah?

Sudahkah penyiasatan dilakukan?
Pihak yang mendedah dan pihak yang didedah perlu disiasat sehalus-halusnya.

Dalam tempuh penyiasatan, kedua-dua pihak perlu dirihatkan. Kita mahu menjuarai keadilan Islam, yakni keadilan sebenar, tetapi jangan pula kita nanti dilihat lebih teruk dari mereka yang kita tuduh.
Jangan pula kita yang menjadi “selective prosecutor” (pendakwa yang memilih), kerana yang menuduh orang kecil, yang dituduh orang besar, maka kita sepikan sahaja.
Sesungguhnya imej PAS telah tercalar dengan pertuduhan ini.

Demi menyelamatkan gerakan Islam yang tercinta ini, maka sesuatu yang segera dan berkesan perlu dilaksanakan.
Saya yakin dan percaya ahli-ahli dan pendukung PAS di luar sana tertunggu-tunggu akan tindakan oleh pimpinan parti. Jangan hampakan mereka yang merupakan akar umbi dan tenaga kekuatan kita.

Semoga kebenaran terserlah dan kebatilan dihapuskan.

 

Sepang Move lagi .... (11/2/15)


Dalam posting saya “Sepang Move….”saya memulakan bicara dengan mendedahkan laporan yang kononnya ahli Parlimen Sepang yang juga AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin dibelasah dalam mesyuarat JK PAS Pusat baru-baru ini.
Saya memungut laporan itu terus dari portal berita “pro Pasma’ The Malaysian Insider yang menyebut antara lain:

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti. Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu.

TMI menyebut sumber parti” bermakna ada orang dalam parti yang telah membocorkan perkara ini, jika ia benar berlaku. Kerana sumber itu memberitahu TMI kejadian dalam bilik mesyuarat, apa yang Hanipa bangkitkan, apa jawapan Presiden PAS dan reaksi beberapa AJK PAS Pusat yang hadir, cukup "detail" dan dramatik.

Ini bermakna sumber itu datangnya dari bilik mesyuarat jua, bermakna ada AJK PAS Pusat yang membocorkannya.
TMI turut menyebut:

Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka.
Bermakna dua “pengguna media sosial” di atas yang kononnya rapat dengan PAS (rapat dengan PAS atau rapat dengan pemimpin tertentu dalam PAS) di atas turut menjadi perkakas membantu laporan TMI itu.

Kesimpulannya kelihatan ada pihak tertentu mahu “expose” apa yang dikatakan kejadian membelasah Hanipa itu demi mahu mencetuskan suasana buruk pada PAS dan pemimpin tertentu.
Dan terus, Hanipa pula telah mengeluarkan kenyataan selepas itu, turut dipetik dalam TMI:

"Saya ingin menyatakan di sini, segala laporan yang wujud di alam siber yang menjadi viral, termasuk laporan The Malaysian Insider tersebut, spekulasi semata-mata, yang saya tidak mempunyai sebarang tanggungjawab mengesahkan laporan spekulatif tersebut. "Saya juga ingin jelaskan, sebagai AJK PAS Pusat tidak wajar saya mendedahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat PAS Pusat kerana ia urusan dalaman PAS yang saya dan PAS tidak bertanggungjawab untuk berkongsi dengan sesiapa," kata Hanipa dalam satu kenyataannya yang dibuat awal pagi ini. “
Turut dilaporkan:

Mengenai dakwaan kononnya beliau dipukul Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, beliau berkata: "Saya tidak tahu dari mana datangnya sumber berita itu." "Razman kawan baik saya, jadi mana mungkin dia tergamak memukul saya. Maka saya menganggap dakwaan itu spekulasi semata mata," katanya.
Sekejap kena pukul, sekejap spekulasi, sekejap tidak, mana satu yang betul TMI? Mana satu yang betul Hanipa?

Saya merasakan asalnya ada sesuatu agenda yang mahu dilunaskan dari laporan pendedahan pertama TMI itu. Biar nampak buruk orang yang mencetuskan insiden ini, biar nampak buruk cara penggendalian mesyuarat. Tetapi mereka lupa bahawa laporan itu seakan mengakui bahawa ada mulut celupar yang telah membocorkan perjalanan mesyuarat sehingga laporan berkenaan dapat dinaikkan. Untuk mengukuhkan laporan itu diselitkan dua agen mereka iaitu Penarik Beca dan Zulhazmi.
Kerana itu si yang dikatakan dipukul sehingga masih kononnya sakit-sakit kesannya terpaksa mengeluarkan kenyataan kedua di atas dengan menegaskan :

“……sebagai AJK PAS Pusat tidak wajar saya mendedahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat PAS Pusat”
Drama sungguh. Isunya Hanipa dipukul dalam mesyuarat, tidak siapa diluar yang tahu tetapi TMI yang telah dedahkan dengan bantuan “sumber parti” dan dua agen. Oleh itu siapakah yang bocorkan perkara ini jika ia benar berlaku? Pasti ada kerana TMI menyebut “sumber parti”, melainkan TMI pembohong.

Apa pun posting saya “Sepang Move….” bukanlah tertumpu pada insiden pukul yang sekejap berlaku sekejap tidak itu semata-mata. Posting saya itu lebih pada tuntutan yang diperlukan dari seorang pemimpin gerakan Islam.
Akhlak dan keperibadian seorang pemimpin gerakan Islam mestilah benar-benar mencerminkan Islam yang mahu diperjuangkan. Berdasarkan laporan dari akar umbi PAS di Sepang, pengalaman mereka, harapan mereka, kerana itulah “Sepang Move” mahu dicetuskan, untuk apa? Untuk menjamin yang calon PAS yang mewakili PAS Sepang nanti biarlah seorang yang mulia akhlak dan keperibadiannya.

Hanipa adalah wakil mereka kini, dan berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir dan pengalaman rakan-rakan di Sepang, sebagaimana lajunya kereta-kereta F1 yang berlumba di Litar Sepang, begitulah juga laju dan derasnya harapan mereka agar wakil ini dapat ditukar dengan yang lebih cucuk. Lantas sebagaimana “Kajang Move”, mereka juga mahu “Sepang Move”.

 

Tuesday, February 10, 2015

Sepang Move ..... (10/2/15)

Dari tidak ada seorang pun yang tahu. Tiba-tiba beberapa media alternatif melaporkan yang kononnya ahli Parlimen Sepang yang juga AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin “dibelasah” semasa Mesyuarat JK PAS Pusat.

Beberapa sumber dalaman parti (ada pula yang bekerja bocorkan apa sahaja) kononnya memberitahu Hanipa dibelasah oleh seorang pemimpin PAS yang lain. Beliau kemudiannya keluar dari mesyuarat dan dikejar pula oleh pemimpin yang lain sehinggalah dileraikan.
Belasah, atau tumbuk, atau tampar atau cuit belakang, hanya mereka yang hadir tahu (selain sumber dalaman yang kerjanya memang membocorkan apa sahaja dari Pejabat Agung PAS).

Kenapa Hanipa?
Apa masalahnya Hanipa?

Dalam Muktamar PAS yang lalu di Batu Pahat beliau menjadi pemimpin PAS Pusat yang pertama di “boo” semasa menyampaikan ucapan, terakhir begitu mungkin dizaman penyingkiran Allahyarham Datuk Asri dulu.

Kalau kita lihat sidang Parlimen, Hanipa lah yang paling ringan mulut, dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat PAS. Terkadang keceluparannya diakui tidak mencerminkan akhlak dan peribadi seorang ahli Parlimen Parti Islam.
Ternyata akhlak dan gelagat Hanipa ini sering mencetus masalah. Seorang peguam dan kini seorang ahli Parlimen, namun itu seharusnya tidak meletakkan beliau sebagai seorang yang serba tahu dan wajar diberi hormat mutlak.

Pepatah Inggeris menyebut “Respect is earned not given” atau penghormatan itu bukannya diberi tetapi perlu diusaha untuk didapati.
Orang-ramai tidak semata-mata menghormati seorang yang berilmu atau alim tetapi penghormatan diberikan kepada seorang yang berilmu atau alim dan mengamalkan pula ilmunya itu dengan sentiasa mengormati yang lain.

Rupanya masalah beliau tidak berakhir di situ.
Di kawasan yang diwakilinya iaitu di Sepang, sekarang meniti ungkapan “Sepang Move”

Iaitu “Langkah Sepang” bagi menjamin yang rakyat Sepang dan PAS sendiri nanti diwakili oleh seorang wakil rakyat yang benar-benar berakhlak Islam, membawa orang kepada memahami dan menerima Islam, dan yang paling penting beradab, berkeperibadian mulia dan pandai menghormati semua.
Saya difahamkan ahli-ahli PAS di Sepang sudah mula bosan dengan Hanipa. Sumbangan dan tenaga mereka tidak pernah dihormati. Malah mereka dituduh tidak bijak dan sempit pemikiran.

Mesyuarat Agung cawangan-cawangan PAS di Sepang difahamkan dibekukan Hanipa dari merasmikannya. Malah PAS Sepang akan mengundang Ustaz Datuk Nik Amar, Timbalan MB Kelantan untuk merasmikan mesyuarat agung mereka bukan lagi Hanipa seperti tahun lepas.
Jika demikianlah nasib orang-orang Sepang, khasnya jentera parti di Sepang, maka sesuai sangatlah sesuatu dilakukan bagi memastikan selepas ini cuma calon yang paling berkualiti dan menepati ciri-ciri pemimpin Islam diturunkan mewakili PAS di kawasan Parlimen Sepang.

“Sepang Move” penting bagi menyelamatkan nasib dan masa depan perjuangan Islam dan PAS di Sepang, di Selangor malah seluruh Malaysia. “Sepang Move” wajar digerakkan mulai sekarang.

 

 

Monday, February 09, 2015

Bersihkan PAS dari pengkhianat (9/2/15)

Fasal 26 Perlembagaan PAS menetapkan tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, iaitu dari jawatan Presiden sehinggalah ke Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja.

Selain Presiden, Timbalan dan Naib-naib, terdapat satu jawatan penting yang duduk di bawah Jawatankuasa ini iaitu jawatan Ketua Pengarah Pilihanraya, bidang tugasnya digariskan oleh Fasal 26 (8) a hingga c. Jawatan ini sebagaimana Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendeharai adalah dilantik oleh Presiden.
Antara bidang tugas beliau adalah:

(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihan raya PAS.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pilihan raya PAS.

(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan pilihan raya.

Penyandangnya adalah Dr Mohd Hatta Ramli, yang juga ahli Parlimen Kuala Krai.
Berdasarkan pendedahan terkini yang mendapat liputan penuh akhbar-akhbar tempatan dan media beliau didakwa terlibat dalam kerja-kerja sabotaj mahu menjatuhkan Presiden PAS dan kepimpinan ulamak dalam PAS.

Semalam telah diedearkan kepada pihak media beberapa keratan “printscreen” grup Whatsapp yang sarat dengan maki-hamun dan sumpah seranah serta komplot jahat untuk memburuk-burukkan Presiden dan Majlis Syura PAS. Kumpulan itu turut merancang dan menghebahkan program dan gerak-langkah Pasma, sebuah NGO yang tidak diiktiraf PAS.
Bagaimana seorang yang memegang jawatan kanan dalam parti, yang sepatutnya bertanggungjawab dalam kerja-kerja pilihanraya melibatkan parti, boleh terlibat malah dikatakan mengetuai gerombolan untuk menyerang dan menggulingkan Presiden yang melantiknya?

Betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yang PAS berikan kepada beliau, tetapi jika benar beliau menggunakan jawatan itu untuk “belasah” Presidennya sendiri, ianya suatu pengkhianatan yang amat dikesali.
Benarkah grup Whatsapp berkenaan yang dikenali “Hawaii Five 0” merupakan kumpulan cyber trooper bawah Pasukan Gerak Saraf (PGS) di bawah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat?

Pertuduhan dari Ketua Pemuda PAS Kuantan tersebut semalam adalah suatu yang sangat serius. Jika ia tidak betul maka ia suatu fitnah yang serius dan Ustaz Fadhli wajar diambil tindakan.
Walaubagaimanapun jika ia benar maka kubu PAS sudah dikhianati dari dalam. PAS perlu membersihkan rumahnya kerana ternyata ia sudah dicemari dari dalam.

Pertuduhan ini bukan suatu yang boleh disapu ke bawah karpet begitu sahaja. Ia serius dan membabitkan maruah dan rahsia parti. Sewajarnya PAS boleh bertindak dengan memanggil segera Ustaz Fadhli untuk memberi keterangan. Jika ada asas di atas pertuduhan beliau, maka seleuruh Jabatan Pilihnaraya PAS Pusat perlu dibekukan. Ketua Pengarahnya perlu digantung tugas dan mengosongkan pejabatnya sementara siasatan dijalankan.
PAS tidak pernah berpengalaman menghadapi isu pengkhianatan seumpama ini diperingkat yang paling tinggi, jika benarlah dakwaan Ustaz Fadhli itu.

Dalam hal ini saya percaya ahli dan pendukung PAS mengharap sangat agar tindakan segera diambil. Telah terpalit arang di wajah PAS akibat pendedahan ini. Ia yang suci bersih telah tercemar, dan berbagai pertanyaan serta syak wasangka timbul daripadanya.
Bagi saya secara peribadi, Ustaz Fadhli, samada benar atau tidak dakwaan beliau, telah berani bangkit mengemukakan bukti-buktinya yang telah memeranjatkan politik Malaysia terutama dalam PAS.

Kini atas PAS lah untuk bertindak.
Jangan tanya Dr Hatta atau Mustafa Ali (kerana nama beliau juga dilibatkan oleh Hawaii Five 0), kerana mereka ada kaitan atau terkait secara langsung atau tidak dengan pertuduhan ini. Presiden PAS juga tidak boleh bertindak.

Sebaiknya serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin PAS.  Siasatan dan tindakan perlu dilaksana segera demi memelihara nama baik PAS sebagai sebuah gerakan Islam.
Yang menuduh telah mengemukakan bukti, apakah ianya terhenti apabila yang tertuduh sekadar berkata:

 “Tidak ada, tidak ada. Hari ini tidak akan komen,” katanya ringkas (petikan Sinar Harian 9 Feb 2015)
Ayuh segera bersihkan PAS dari sebarang pengkhianatan.

 

 

Sunday, February 08, 2015

Nama pengkhianat PAS sudah terdedah (8/2/15)

Dalam posting saya pada 31 Januari lalu bawah tajuk “Pemimpin kanan PAS khianat?”

saya telah menekankan:

Benarkah ada pemimpin kanan PAS yang terlibat sebagaimana didakwa Ustaz Fadhli?
Ustaz Fadhli bertanggungjawab terbit dengan bukti-bukti jelas memperakui dakwaan ini, jika tidak ianya satu fitnah yang jahat. Tetapi saya yakin Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang itu punya bukti, dan saya yakin ianya akan segera terdedah.

Jika adalah walau sekelumit mana bukti yang menunjukkan pembabitan pemimpin kanan PAS itu, saya kira ianya lebih jahat dan hodoh dan tidak layak pelakunya bukan sahaja duduk sebagai pemimpin malah menjadi ahli PAS. Apalagi jika dia memiliki agenda sebagaimana dibayangkan di atas.
Pagi tadi bertempat di pintu masuk Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Ketua Pemuda PAS Kuantan Ustaz Fadhli Ibrahim telah tampil mengemukakan bukti-buktinya termasuklah melalui perakuan bersumpah dalam kenyataan terbuka kepada pihak media.

Nama Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, telah didedahkan sebagai “kepala” atau “,mastermind” dalam kerja-kerja jahat menjatuhkan Presiden PAS dan kepimpinan ulamak melalui pelbagai kaedah dan strategi yang sangat buruk, tidak layak buat seorang yang bergerak dalam Jemaah Islam.
Turut diedarkan adalah “printscreen” dari “whatsapp” group kumpulan yang diketuai dan didalangi Hatta. Salinan “printscreen” berkenaan turut dimetrai dengan akuan bersumpah.

Berdasarkan kenyataan Ustaz Fadhli itu Hatta lah yang berperanan aktif dalam Pasma, dan Pasma menurut beliau, berdasarkan tulisan Raja Petra dalam laman webnya telah menerima RM1.5 juta suntikkan dana dari DAP, guna untuk memanjang dan melangsungkan agenda jahat mereka.
Saya gerun mengikuti perkembangan ini, apakah yang sedang terjadi ke atas PAS hari ini?

Apa pun Ustaz Fadhli telah bangkit dengan bukti-buktinya, sekarang giliran si kena tuduh untuk menafikan atau jika tidak bagi PAS untuk bertindak.
Perlakuan Hatta dan kumpulannya sebagaimana didakwa termasuklah membocorkan keputusan dan perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat (JKPP) adalah merupakan tindakan paling biadap, dan melanggar adab dan peraturan Jemaah. Jika benar ia suastu yang tidak boleh dimaafkan.

Saya difahamkan pendedahan Ustaz Fadhli tidak tamat dengan kenyataan pagi tadi, banyak lagi bukti-bukti yang akan didedahkan selepas ini.

Sewajarnya mereka yang berkenaan segera meletakkan jawatan dan angkat kaki keluar PAS, jika rasa bertanggungjawab. Jika tidak sewajarnya PAS bertindak, siasat dakwaan Ustaz Fadhli dan oleh kerana pertuduhannya sangat berat, gantung jawatan dan keahlian Hatta dan mereka yang berkaitan agar PAS dilihat terus bersih sebagai sebuah Jemaah dan gerakan Islam.
Bayangkan berapa banyak lagi maklumat dan rahsia parti yang telah terdedah sebelum ini, Allah sahaja yang tahu.

Sama-sama kita tunggu reaksi yang kena tuduh. Semoga Allah swt melindungi pimpinan yang ikhlas dalam memperjuangkan agenda PAS dan menghukum mereka yang khianat dan mungkar.

 

Friday, February 06, 2015

Pesanan terbuka buat Ayah Chik (6/2/15)


Kehadadapan yang dihormati ayahanda Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang – Presiden PAS:

Ahad ini Tuan Guru akan mewakili Parti Islam Se Malaysia, PAS,  dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat. Ia bukan kali pertama Tuan Guru selaku Presiden mewakili PAS, dan saya penuh yakin kali ini Tuan Guru seperti biasa akan menghadirinya dengan jiwa yang penuh istiqamah dan teguh terhadap dasar dan prinsip perjuangan parti selain mahu melihat kesepakatan politik melalui PR terus berlangsung dalam suasana harmoni.

Bukan senang mahu kekal dalam satu kesepakatan politik dalam keadaan masing-masing parti punya dasar dan matlamat yang berbeza, namun saya yakin Tuan Guru sedia tahu apa yang penting dan utama buat PAS dan dengan ilmu dan pengalaman pada Tuan Guru sudah pasti Tuan Guru akan menyatakan yang hak dan benar semoga pandangan itu dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh kawan-kawan dalam PR.

PAS kami tahu menyertai dan menghormati PR atas dasar tahaluf siyasi, perjuangan digarabkan bersama demi menumbangkan pakatan yang zalim yang diterajui BN. Walaubagaimanapun ianya kekal selagi mana tidak bertentangan dengan prinsip dan dasar Islam, kami yakin Tuan Guru sedia termaklum dan akan mempertahankan hal ini agar difahami oleh kawan-kawan.

Ahad ini difahamkan beberapa isu penting akan dibincangkan dan keyakinan seluruh ahli dan penyokong PAS diletakkan atas kepala bahu Tuan Guru.

Kami harap Tuan Guru meyakinkan kawan-kawan betapa pentingnya Undang-undang berkenaan Hudud diperkenalkan di Kelantan. Undang-undang ini telah diterima oleh rakyat Kelantan melalui kelulusan dalam DUN dan diperkenankan oleh Tuanku Sultan. Rakyat Kelantan mahu melihat ia terlaksana kerana itu PAS diberi mandat di Kelantan sejak 25 tahun lalu.

Kiranya kawan-kawan boleh faham dan terima kita bersyukur, namun kiranya tidak, kami yakin Tuan Guru akan menyatakan bahawa PAS akan teruskan juga perjuangannnya secara bersendirian dalam hal ini sehinggalah Hukum Islam itu tertegak di bumi Kelantan sebagai contoh buat semua negeri-negeri lain.

Kami yakin Ahad nanti Tuan Guru juga akan menyatakan kepada kawan-kawan dalam PR agar tidak mencampuri urusan sesama parti dalam PR. PAS contohnya melihat Pasma sebagai satu jemaah dalam jemaah yang lebih merugikan perjuangannya. Kiranya kawan-kawan pula menyokong apalagi membiayanya, sudah tentulah ianya dilihat sebagai pendurhakaan terhadap persahabatan. Kawan tidak menikam kawan.

Begitu juga kami yakin Tuan Guru akan memaklumkan agar jangan ada mana pimpinan yang mengkritik dan memperlekeh sesama kerajaan negeri yang dikuasai PR. Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang contohnya mengkritik dan memperlekeh cara kerajaan negeri Kelantan menguruskan bencana banjir baru-baru ini sangat dikesali dan ianya mestilah dihentikan dan jangan lagi diulangi demi menghormati persahabatan.

Dalam pada itu hal berkenaan Pilihanraya PBT pun kami yakin akan Tuan Guru nyatakan “concern” PAS berkenaannya. Pandangan PAS perlu didengar dan hormati, jika sekiranya kawan-kawan boleh terbit dengan formula dimana tidak akan berlaku perbalahan kaum ekorannya, dimana semua kaum diwakili, kami yakin Tuan Guru akan bersikap terbuka. Namun kiranya Pilihanraya ini mengulangi pengalaman yang lama, sudah pasti PAS melalui Tuan Guru akan menentangnya.

Saya yakin ketokohan Tuan Guru akan menyerlah Ahad ini, dan isi serta suara hati PAS akan diluahkan oleh Tuan Guru. PAS mahu kekal dalam PR namun dalam waktu yang sama janganlah ada pihak yang memusuhi PAS atau menyerang PAS dan dasar perjuangannya dari dalam.

PAS kekal dalam PR demi menghormati Tahaluf Siyasi. Kiranya ia tidak lagi relevan maka demi Islam PAS terpaksa mengundur diri.

Semoga Allah swt memberikan kekuatan dan kecekalan kepada Tuan Guru untuk mewakili PAS, sebuah Gerakan Islam yang istiqamah berkecimpung dan terlibat dalam politik Negara demi memartabatkan Islam sejak sebelum Merdeka lagi sehingga ke hari ini.

Siru Ala Barakatillah