Kebelakangan ini seakan ada satu usaha untuk “menggulingkan”
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang?
Mengapa saya nyatakan demikian?
Ianya dapat dilihat secara nyata hasil dari tindak-tanduk
beberapa pimpinan dalam PAS sendiri. Dan ini bukan perkara rahsia lagi. Sudah
ada pimpinan yang memburuk-burukkan beliau samada dalam majlis tertutup mahupun
yang terbuka.
Jika tertutup ianya lebih tertumpu kepada program-program
dalaman dan perjumpaan-perjumpaan rahsia. Yang terbuka pula menggunakan “kuda
tunggangan” baru sebagai platform iaitu “Pasma”.
Mengapa perlu demikian?
Kerana kehadiran Tuan Guru dilihat sebagai penghalang kepada
agenda mereka. Tuan Guru dilihat terlalu konservatif dalam keputusannya, mereka
progresif, mereka liberalis yang duduk dalam kepompong Islam. Mereka mahu
sebagaimana yang lain mahu PAS menang, akan tetapi bagi mereka demi mengejar
kemenangan itu kalau perlu dikendur tuntutan perjuangan PAS, maka perlu kendur.
Kalau perlu digadai beberapa pendirian, maka perlu gadai. Kalau perlu pinda dan
robah beberapa peraturan maka perlu. Yang penting menang.
Tuan Guru bagi mereka terlalu “dogmatic” , mereka perlukan
Presiden PAS yang berketerampilan moden, boleh goyang boleh menari mengikut
rentak nafsu tuntutan kemenangan mereka. Kemenangan terlalu dekat, lantas
matlamat dalam hal ini wajar menghalalkan cara, terjun sahaja, asal menang.
Saya ingat dalam tahun 90an dahulu pernah saya bertanya
seorang pemimpin PAS yang menganuti fahaman ini, berkenaan tuntutan Negara
Islam. Katanya nanti dulu. Jangan ditonjol-tonjolkan sangat, nanti orang takut,
nanti orang tak undi PAS. Dah menang nanti baru kita cerita. Menipu untuk
menang, tak mengapa. Persis konsep taqiyah dalam Syiah.
Namun tentangan dan usaha jahat ini dilihat tidak dapat
melebarkan sayapnya khasnya dalam PAS sendiri oleh kerana “istiqamah” Tuan Guru
Presiden PAS itu sehingga kini terus didukungi dan disepakati kuat oleh Majlis
Syura Ulamak dan Dewan Ulamak PAS.
Kedua-dua institusi ini begitu kuat dan berpengarahuh
dikalangan akar-umbi PAS yang berpegang teguh kepada konsep “Kepimpinan Ulamak”.
Jika peribadi Tuan Guru seorang mungkin boleh diserang-serang
dan dipertikai tetapi hakikatnya sikap dan pendirian serta pegangan Presiden
PAS itu disepakati oleh pimpinan besar dalam Majlis Syura Ulamak dan
keseluruhan Dewan Ulamak disemua peringkat.
Kerana itulah sehingga kini walaupun ada kuda tunggangan
baru bernama “Pasma” namun tindak-tanduk mereka dilihat tidak banyak
mendatangkan kesan malah lebih merupakan liabiliti buat masa depan politik
mereka sendiri.
Kerana itu “think tank” gerombolan ini bertindak luar dari
itu. Mereka turut mengadu-domba sesama rakan dalam Pakatan. Jika dalam PAS sesama
sendiri pun mereka tergamak dan boleh mencetuskan onar inikan pula sesama
Pakatan, dikalangan DAP dan PKR yang ramai cenderung pada anutan mereka.
Tafsiran Islam mereka lebih “moderat” dan kena dengan selera kalangan pimpinan
DAP dan PKR itu.
Jika sebelum ini isu “Langkah Kajang” cuba digunakan untuk
menggulingkan Tuan Guru, hari ini isu baru pula. Isu kononnya Tuan Guru enggan
hadir mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Dalam isu ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng digunakan
untuk menambah rencah pada tuntutan. Guan Eng berjaya mendapatkan keputusan
dari CEC atau pimpinan tertinggi DAP, menuntut Tuan Guru agar wajib hadir dalam
mesyuarat berkenaan.
Kononnya hanya Tuan Guru ada kuasa veto dalam PAS, Jika
beliau sekadar hantar wakil, PR tidak boleh buat keputusan.
Ternyata Guan Eng membantu gerombolan dalam PAS cuba
menghodohkan imej Presiden PAS itu.
Seorang rakan media saya memberitahu , kenapalah Guan Eng
membangkitkan isu seremeh ini (kehadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Majlis
Presiden PR) , apalah hebat sangat mesyuarat berkenaan? Tambah beliau
orang-orang (pimpinan PR) di Pulau Pinang kata di negeri itu sendiri Guan Eng
tak pernah ambil prihatin pun mahu memanggil mesyuarat Pakatan peringkat Negeri
sedangkan beliau Ketua Menteri.
Dan tambah beliau lagi tidakkah Guan Eng kelihatan biadap
apabila cuba mengarah-arah orang nombor satu dalam PAS?
Dan sebelum itu Setiausaha Agung PAS Dato Mustaffa Ali
sendiri pernah menjelaskan (berkenaan isu ini) bahawa kerjasama dalam Pakatan
Rakyat adalah antara parti bukannya individu maksudnya PAS boleh hantar siapa
sahaja mewakili ia tidak semestinya Tuan Guru. Beliau turut menjelaskan bahawa
jika perbandingan dibuat sejak tahun 2008, Guan Eng lah yang lebih banyak tidak
hadir mesyuarat bekrneaan berbanding Tuan Guru!
Mengapa tidak ada pihak yang menonjolkan penjelasan
Setiausaha Agung PAS ini? (Bahawa Guan Eng lebih banyak tidak hadir mesyuarat
berbanding Hadi, mengapa CEC DAP tidak ambil tindakan terhadap Guan Eng?)
Memang jelas sangat Guan Eng bersekongkol dengan pihak
tertentu dalam PAS membangkitkan isu remeh ini. Bergelak besar dan
melompat-lompatlah mereka yang menunggangi, kuda tunggangan, bernama Pasma itu.
(Awas jangan sampai jatuh kuda!)
Tetapi sejauh manakah imej Tuan Guru benar-benar tercalar
dengan kerja-kerja jahat ini, atau adakah beliau semakin kuku mencengkam
khasnya dalam PAS?
Sebagai kesimpulan saya meminjam kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan
Guru Nik Abd Aziz berhubung isu ini yang dilaporkan oleh sebuah portal berita
hari ini:
"Dia (Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau
uzur? Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat? "Kerja 'orang
bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita
ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka hari ini.
Siapakah “orang bodoh” itu?
Guan Eng dan gerombolan yang menunggangi Pasma mungkin lebih maklum.
2 comments:
Amat setuju hamba dgn pandangan tuan. Org kapir hanya boleh jatuhkan Islam dgn menggunakan org Islam. Percayalah tuan.
Dah lah bodoh, sombong pula. Antara ciri2 orang jahil muraqab.
Post a Comment