Tuesday, February 05, 2013

Isu kalimah Allah - Jangan bermain api (5/2/13)


Saya membaca kenyataan terbaru dari The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) berkenaan isu kalimah “Allah” dengan penuh kebimbangan malah kadangkala mengecewakan.
MCCBCHST mempertikaikan larangan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, (sebenarnya dalam terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Malaysia), dan menganggapnya sebagai suatu usaha untuk membendung dan mengekang hak masyarakat bukan Islam ke atas agama dan kepercayaan mereka. Dalam kenyataan terbaru mereka, disebutkan:

“This unhealthy practice could also lead to unwanted social repercussions and tensions between communities” (Amalan tidak sihat ini, boleh mencetuskan kesan tindakbalas sosial yang tidak dikehendaki dan menyemarakkan ketegangan antara masyarakat).
Adakah bantahan masyarakat Islam Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, dalam kes ini terhadap terjemahan kitab Bible itu suatu amalan yang “tidak sihat”? Adakah kebimbangan terhadap tercetusnya kekeliruan, terhadap terjemahan yang tidak tepat itu sesuatu yang tidak sihat?

Sesungguhnya keenganan pihak tertentu dalam menerima kenyataan, dan bertolak ansur terhadap sesuatu yang jika dibiarkan bakal mengundang masalah yang lebih besarlah itulah sebenarnya punca menyemarakkan ketegangan antara masyarakat.
Saya tidak tahu bila isu ini akan reda. Saya tidak tahu bila semua pihak boleh bertolak-ansur dan memikirkan dari sudut yang lebih besar dan positif.

Masyarakat Islam Malaysia termasuklah istana, pihak berkuasa agama, ahli akademik, parti-parti politik, NGO dan seumpamanya telah bersuara menyatakan kebimbangan mereka. Tiba-tiba menyuarakan kebimbangan itu dianggap amalan yang tidak sihat, sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan, maka saya kira isu ini sudah menjadi terlalu parah dan tidak akan menguntungkan sesiapa.
Kembalilah kepada rasional, kembalilah kepada semangat tolak-ansur dan persefahaman yang telah dibina sekian lama antara masyarakat berbilang kaum di Negara ini malah puluhan tahun sebelum Merdeka lagi.

Kalau kita tidak dapat berbuat demikian, maka isu ini akan membakar perpaduan antara kita dan sampai bila-bila tidak akan reda tetapi semakin bersemarak bahangnya. Cukup-cukuplah.

4 comments:

WargaSA said...

Isu ini memerlukan pemimpin tertinggi yang "Statesman" dihormati oleh kawan dan lawan.

Masalahnya negara kita dipimpin oleh Perdana Menteri yang amat lemah dan tidak lagi dihormati.

Padahal Perdana Menteri adalah sebuah institusi negara yang sepatutnya dihormati.

Ayuh kita melakar perubahan di PRU-13 yang bakal menjelang nanti.

Anonymous said...

Selesaikah isu ini dengan tukar PM? Kenapa misti kita politikkan isu ini, pilihanraya atau tak pilihanraya isu ini perlu diselesaikan.

Saya setuju dengan RoslanSMS nampak sangat keterlaluan pihak yang mahu guna nama "ALLAH" ini.

Nak merdeka dulu semua kaum dan agama boleh bersatu bertolak ansur dan berkorban, kenapa kali ini tak boleh???

Anonymous said...

Apa pendirian PM baru dalam isu ini? Tak silap dia pun sokong bukan Islam guna nama Allah, tok gitu?

McQ

kampong lad said...

Apa pendirian PM baru dalam isu ini?

dah ada pm baru ka? pru13 pun tak tau bila lagi.