Tuesday, February 12, 2013

Pope Benedict berundur pada usia 85 tahun (12/2/13)


Berita hasrat Pope Benedict XVI, 85 tahun, mahu melepaskan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi Roman Katolik pada hujung bulan ini mendapat liputan meluas seluruh saluran media. Beliau yang baru lapan tahun memegang jawatan berkenaan menyatakan bahawa alasannya adalah kerana beliau tidak lagi memiliki kemampuan dan kekuatan untuk memimpin. Beliau percaya untuk memimpin sebagai Pope seseorang itu perlulah memiliki kekuatan minda dan fizikal.
Kata beliau:

“After having repeatedly examined my conscience before God I have come to the certainty that my strength due to an advanced age are no longer suited to an adequate exercise of the Petrine ministry.”
Inilah kenyataan ikhlas dari seorang pemimpin yang tahu bila mahu berundur. Memang sussah apabila telah memikili kedudukan dan kuasa bagi seseorang itu mahu melepaskan kedudukannya. Berbagai alasan lazim diberikan untuk terus berkuasa, masih diperlukanlah, masih dipercayai dan lain-lain sedang ia tidak sedar di belakangnya ramai menunggu yang lebih kuat dan upaya malah kadangkala lebih layak dan mampu.

Bagi saya sebagai pemimpin Benedict XVI atau nama sebenarnya Joseph Ratzinger mengutamakan kepentingan penganut Roman Katolik mengatasi kepentingan dan kedudukan peribadinya.
Kalau sudah tidak berupaya, tidak memiliki kekuatan fizikal seperti 10-20 tahun lalu. Lebih baik lah kita memberi laluan kepada yang lebih berupaya.

Walaupun beliau pemimpin agama lain, saya menghormati pendiriannya. Dalam Islam pun Rasulullah saw memimpin walaupun sehingga akhir hayat tetapi usianya sekitar 63 tahun. Begitu juga Abu Bakar dan Umar melainkan Ali yang terbunuh di usia muda.
Di Malaysia, bekas PM Tun Dr Mahathir yang licik politiknya bersara pada usia 78 tahun, dan penggantinya Tun Abdullah terpaksa memikul kelemahannya dan akhirnya BN hilang 2/3 majoriti ditangan Dollah angkara kegagalan Mahathir. Tun Hussien Onn melepaskan jawatannya pada usia 59 tahun dan Tunku pula pada usia 68 tahun. Tun Razak meninggal sebagai PM pada usia 54 tahun.

Kesimpulannya mana-mana pemimpin pun yang paling baik antara mereka sudah pastilah yang tahu sendiri bila masanya untuk mengundurkan diri, sebagaimana kisah Pope di atas.

 

No comments: