Thursday, February 14, 2013

Kerana kari santan binasa.....(14/2/13)


Pepatah Melayu menyebut, “kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa”, tetapi dalam hal Leong Pei Koe, lain pula halnya. Mulut beliau mungkin terpelihara tetapi yang kacau adalah jarinya. Jari yang mencerminkan kemarahan hatinya yang gelap barangkali ketika itu sehingga tergamak mengacukan dalam bentuk lucah ke arah orang lain.
Dalam hal ini “orang lain” itu adalah Raja Permaisuri Agong.

Kalau pun terhadap orang lain sudah dikira biadap dan kurang ajar, inikan pula terhadap Raja kita yang kita sedia hormati.

Semalam di Mahkamah Majistret Balik Pulau, si Leong ini telah didapati bersalah di bawah Seksyen 294 (A) Kanun Keseksaan dan dihukum sebulan penjara dan denda RM6,000.00. Tidak cukup setakat itu sahaja gatal jarinya hari kejadian, beliau turut mengacukan jari biadap yang sama kepada seorang pegawai polis, iaitu pegawai pegiring Raja Permaisuri dan di atas kesalahan itu beliau di hukum penjara semonggu dan denda RM2,000.00.
Kini akibat tindakan dangkalnya itu beliau terpaksa membayar dengan harga yang mahal iaitu merengkok di penjara.

Biarlah kes ini menjadi pengajaran buat kita semua, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Dalam kes Leong ini, “kerana kari santan binasa, kerana jari badan binasa……”

No comments: