Tuesday, February 12, 2013

Tindakan biadap yang bukan budaya kita (12/2/13)


Saya menerima berita ini melalui media alternatif di internet, setakat ini tiada lagi berita dari sumber media perdana.
Seorang pemuda Leong Pei Koe, 29 tahun telah ditahan polis di Lapangan Terbang Pulau Pinang kerana dituduh menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agong. Pemuda berkenaan dilaporkan kini disiasat di bawah seksyen Kanun Keseksaan kerana menunjukkan isyarat lucah di khalayk awam.

Pantasnya media alternative sehingga telah mendedahkan wajah pemuda berkenaan dan lain-lain butir peribadinya.
Apa pun biarlah pihak polis menyelesaikan siasatan dan kita lihat bagaimana apabila beliau didakwa di mahkamah kelak.

Namun bagi saya tindakan pemuda berkenaan, apa pun alasannya, adalah biadap. Jangankan kepada sesama kita sudah dikira biadap ini pula terhadap Permaisuri Agong, dimanakah adab dan kesopanan kita?
Saya lebih bimbang membaca beberapa laporan di internet ini, jika benar begitulah punca kesnya, maka ia sangat merbahaya dan mengancam kesepaduan kaum dalam Negara.
Tak kiralah siapa pun, apa pun bangsa dan agama kita, selagi kita rakyat Malaysia, biarlah kita berpegang kepada tatasusila budaya kita. Ada pihak pula membangkitkan kenapa seorang MB BN tidak dikenakan tindakan kerana pernah menunjukkan isyarat lucah juga semasa hari penamaan calon satu pilihanraya kecil di negeri beliau (videonya tersebar luas).

Memang meluas video berkenaan tersebar, soalnya tak seorang pun yang ambil kesempatan membuat laporan polis.
Berbalik kepada kes Permaisur Agong ini, janganlah ia dipolitikkan. Di Malaysia sejak semakin dekat bahang pilihanraya ini, semakin politik warna penglihatan mata kita. Semuanya politik. Malah ada orang kata hujan turun tak turun pun disalahkan orang politik.

Diharapkan pihak polis segera siasat kes ini dan jika ada kes, segera bawa tertuduh ke mahkamah. Dan jika sabit kesalahannya wajar sangat beliau dihukum agar jadi pengajaran kepada beliau dan semua kita. Tiada budaya bangsa Malaysia yang mengajar anak bangsanya bertindak biadap begitu.

No comments: