Sunday, February 24, 2013

MB Selangor nanti bukan dari BN tapi PR (24/2/13)


Dalam akhbar The Sunday Star hari ini, penulisnya Joceline Tan memberi tumpuan kepada PRU 13 dengan memberi fokus pada Selangor. Sekurang-kurangnya begitulah “Khalid’s fate in the balance”, banyak mencocok dalam jawatan MB Selangor pasca PRU 13, iaitu antara MB sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali, tetapi ada juga mengulas tentang harapan di Selangor.
Menurut beliau PR yakin mempertahankan Selangor malah menurut Speaker Selangor Dato Teng (yang saudara kandungnya mengetuai jentera BN Pulau Pinang) mereka mensasarkan memperolehi majoriti dua pertiga!

Masalahnya BN Selangor juga yakin menang! Menurut Panglima Bilik Perang BN, Datuk Seri Mohd Zin, BN yakin menang di 22 kerusi (pasca PRU 12 BN cuma menang 20 kerusi, Umno 18 MCA 2), 16 kerusi kelabu dan 18 kerusi panas. Bermakna 22 putih boleh menang, 16 kelabu ada harapan menang dan baki 18 lima puluh-lima puluh. Hebat!
Selangor merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai jumlah pengundi baru yang tertinggi iaitu 455,000 orang. Jumlah ini punya dua pilihan PR atau BN. Dan Selangor punya 53% pengundi Melayu paling ramai di Sabak Bernam, Sg Besar, Tg Karang, Gombak dan 46% pengundi bukan Melayu.

Sudah pasti diperingkat ini kedua-dua pihak PR dan BN tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang negatif, takkanlah BN Mohd Zin nak kata BN bernasib baik jika boleh pertahankan 20 kerusinya yang ada, atau tak kanlah Teng nak berkata saya sedia serahkan jawatan Spekaer ini kepada BN dan kami menjadi pembangkang yang kuat.
Masing-masing perlu “think positive” dan keluarkan kenyataan yang positif belaka, asal jangan terlalu “over confident”.

Bagi saya siapa bakal jadi MB sebagaimana Joceline cuba tonjolkan tidak penting. Jika BN menang, Umno lah MB nya jika PR menang maka tunggu dan lihatlah. Tetapi yang penting sekarang adalah siapakah antara dua BN dan PR yang mampu menang kali ini setelah PR merobohkan dominasi BN pada PRU ke 12 lalu.

Bagi saya PR insyallah akan menang lagi di Selangor. Banyak fakotornya dan mungkin posting saya selepas ini akan memberi fokus kepadanya. Salah satunya adalah rakyat Selangor kini telah mulai merasa perubahan, lain selama 50 tahun sebelum 2008, dan lain selepas 2008 sehingga kini. Lain ini serba serbi rasanya. Pilihanraya menentukan kepimpinan  negeri dan bagi rakyat Selangor kepimpinan yang masuk pada tahun 2008 berjaya mencetuskan satu perubahan dari segi kepimpinan yang selama ini tidak pernah mereka rasai.
Joceline menulis bahawa Panglima BN menyatakan mereka perlu 35% pengundi Cina di kerusi-kerusi campuran bagi meraih kemenangan setelah pengundi Melayu dan India kembali sepenuhnya kepada mereka. Boleh dapatkah 35% itu?

Tanyalah mana-mana pengundi Cina di Selangor samada di Sekinchan, di Kuala Kubu Bharu, di Teluk Datuk, apalagi di Bukit Gasing atau Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya adakah mereka bersedia undi BN PRU 13 ini, saya yakin dari 10 sekurang-kurangnya 9 akan kata TIDAK.
 Saya bukan keterlaluan, tetapi ini pengalaman peribadi saya, kecualilah saya tersalah dengar.

Pengundi Melayu di Selangor pula bukanlah sama dengan pengundi Melayu di Johor contohnya. Di Selangor, kemajuan pesatnya sejak menjadi negeri termaju dari zaman penjajah lagi menjadi bumi subur buat orang Melayu dari negeri lain untuk datang bermastautin. Selain itu kemajuan pesatnya membuka maklumat dan ilmu yang meluas buat penduduknya termasuklah pengundi Melayu.
Anak asal Selangor kini berganding dengan ramai anak-anak luar Selangor khasnya dari Pantai Timur dan Utara untuk menjadikan bilangan pengundi Melayu seramai 53% itu. ADUN PAS sahaja kini ada dari Terengganu, Kedah malah anak Sarwak pun ada!

Malah sesama pengundi Melayu dalam negeri pun tidak boleh dilonggokkan dalam bakul yang sama. Pengundi di Sg Air Tawar, di Jeram tidak sama dengan pengundi Melayu di Gombak Setia, di Bukit Antarabangsa.

Maksudnya untuk BN mempercayai yang mereka telah kuasai majoriti pengundi Melayu di Selangor bagi saya adalah tidak tepat. Mungkin (entahkan benar entahkan tidak) blok pengundi Melayu hasil asakkan pelbagai “durian runtuh” kembali sejuk dan lentuk ke arah BN Umno, boleh diterima tetapi untuk mengandaikan “MAJORITI” Melayu Selangor condong ke Umno, saya rasa tidak.
Demikian juga pengundi India, yang telah memberikan undi besar pada PR dalam PRU ke 12 lalu, tidak pernah dalam sejarah Selangor begitu. Pada tahun 1990 ketika mendiang MG Pandithan membentuk IPF dan IPF bersama barisan pembangkang pun kecenderungan pengundi India menolak BN walaupun telah ada tetapi tak lah sekuat PRU 13.

Kali ini mungkin BN berjaya menambat hati mereka kembali, tetapi untuk mengatakan “MAJORITI” pengundi India sudah bersama BN semata-mata kerana kerjayaan Kamalanathan di Hulu Selangor bagi saya juga terlalu tinggi angan-angannya. Mungkin ada yang telah kembali ke BN tetapi tidaklah mutlak.
Kesimpulannya “kelainan” yang mampu dilahirkan kepimpinan PR di Selangor telah menarik perhatian pengundi Selangor. “Kelainan” inilah akan membawa kemenangan kepada PR sepenggal lagi. BN akan kalah lagi, dan MB Selangor sudah pasti dari PR bukan BN.

 

No comments: