Saya membaca kenyataan terbaru dari The Malaysian Consultative
Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST)
berkenaan isu kalimah “Allah” dengan penuh kebimbangan malah kadangkala
mengecewakan.
MCCBCHST mempertikaikan larangan penggunaan nama Allah oleh
bukan Islam, (sebenarnya dalam terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Malaysia),
dan menganggapnya sebagai suatu usaha untuk membendung dan mengekang hak
masyarakat bukan Islam ke atas agama dan kepercayaan mereka. Dalam kenyataan
terbaru mereka, disebutkan:
“This unhealthy practice could also lead to unwanted social
repercussions and tensions between communities” (Amalan tidak sihat ini, boleh
mencetuskan kesan tindakbalas sosial yang tidak dikehendaki dan menyemarakkan
ketegangan antara masyarakat).
Adakah bantahan masyarakat Islam Malaysia terhadap
penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, dalam kes ini terhadap
terjemahan kitab Bible itu suatu amalan yang “tidak sihat”? Adakah kebimbangan
terhadap tercetusnya kekeliruan, terhadap terjemahan yang tidak tepat itu
sesuatu yang tidak sihat?
Sesungguhnya keenganan pihak tertentu dalam menerima
kenyataan, dan bertolak ansur terhadap sesuatu yang jika dibiarkan bakal
mengundang masalah yang lebih besarlah itulah sebenarnya punca menyemarakkan ketegangan
antara masyarakat.
Saya tidak tahu bila isu ini akan reda. Saya tidak tahu bila
semua pihak boleh bertolak-ansur dan memikirkan dari sudut yang lebih besar dan
positif.
Masyarakat Islam Malaysia termasuklah istana, pihak berkuasa
agama, ahli akademik, parti-parti politik, NGO dan seumpamanya telah bersuara
menyatakan kebimbangan mereka. Tiba-tiba menyuarakan kebimbangan itu dianggap
amalan yang tidak sihat, sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan, maka saya
kira isu ini sudah menjadi terlalu parah dan tidak akan menguntungkan sesiapa.
Kembalilah kepada rasional, kembalilah kepada semangat
tolak-ansur dan persefahaman yang telah dibina sekian lama antara masyarakat
berbilang kaum di Negara ini malah puluhan tahun sebelum Merdeka lagi.
Kalau kita tidak dapat berbuat demikian, maka isu ini akan
membakar perpaduan antara kita dan sampai bila-bila tidak akan reda tetapi
semakin bersemarak bahangnya. Cukup-cukuplah.
4 comments:
Isu ini memerlukan pemimpin tertinggi yang "Statesman" dihormati oleh kawan dan lawan.
Masalahnya negara kita dipimpin oleh Perdana Menteri yang amat lemah dan tidak lagi dihormati.
Padahal Perdana Menteri adalah sebuah institusi negara yang sepatutnya dihormati.
Ayuh kita melakar perubahan di PRU-13 yang bakal menjelang nanti.
Selesaikah isu ini dengan tukar PM? Kenapa misti kita politikkan isu ini, pilihanraya atau tak pilihanraya isu ini perlu diselesaikan.
Saya setuju dengan RoslanSMS nampak sangat keterlaluan pihak yang mahu guna nama "ALLAH" ini.
Nak merdeka dulu semua kaum dan agama boleh bersatu bertolak ansur dan berkorban, kenapa kali ini tak boleh???
Apa pendirian PM baru dalam isu ini? Tak silap dia pun sokong bukan Islam guna nama Allah, tok gitu?
McQ
Apa pendirian PM baru dalam isu ini?
dah ada pm baru ka? pru13 pun tak tau bila lagi.
Post a Comment