Saturday, August 29, 2009

Joceline mengejar Taliban

Saya menerima SMS berikut sejurus selesai solat tarawih tadi yang berbunyi:

“Roslan dear I was right about your Taliban friend Nasrudin. Michael Learns to Rock not yellow culture la. Very mundane pop group. I think his serban too tight, constrict blood flow to brain.”

Kebetulan ada masalah teknikal dengan handphone saya lalu saya tidak dapat mengesan siapakah pengirim SMS tersebut. Namun dari gaya bahasanya saya dapat menduga dan pantas saya merujuk pada “name card holder” dalam kereta. Pengirimnya adalah wartawan kanan akhbar The Star: Joceline Tan.

SMS beliau merujuk kepada bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap konsert kumpulan Michael Learns to Rock yang dijadual diadakan di Arena of Stars Genting Highlands dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Joceline melabelkan Nasruddin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS sebagai “taliban” maksudnya, ganas bagaikan taliban di Afghanistan.

Taliban adalah istilah popular yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan sesiapa sahaja yang bercadang membawa Islam yang pada pandangan mereka ganas, kasar dan ekstrim. PAS selalu menjadi sasaran dalam hal ini walaupun hakikatnya PAS adalah sebuah parti politik yang memohon kuasa melalui saluran demokrasi.

SMS Joceline ini mungkin sengaja mahu menjolok saya atau barangkali mahu bergurau senda. Tetapi saya tidak nampak humornya. Yang saya nampak adalah satu rangkaian ayat-ayat yang pedas dan menghina. Mengaitkan sikap Nasrudin dengan serba yang dipakainya bagi saya bukan lawak (sebelum ini pun Tok-tok Guru PAS sering dilontarkan serangan yang sama).

Saya membalas SMS nya:

“Very harsh choice of words i c”

(Saya melihat (anda) memilih ayat-ayat yang keras (pedas))

Dalam erti kata lain saya tidak berhasrat memanjangkan bualan memandangkan beliau memilih serangan yang sedemikian rupa. Namun beliau beri respon juga pada SMS saya:

“Still defending your Talibhan friend I see”

(Saya lihat (anda) masih mempertahankan rakan Taliban anda)

Saya tahu Joceline cuba memprovokasi saya, dan saya memang tak berhasrat membalas provokasinya dengan api, api dengan api tak ke mana. Yang jelasnya beliau terus menyindir dan merendah-rendahkan Nasrudin.

Bagi saya apa pun pandangan dan pendirian kita terhadap sikap Nasrudin dan rakan-rakannya dalam pimpinan Dewan Pemuda PAS, itu hak mereka. Masing-masing bebas menyuarakan pandangan dalam Malaysia yang bebas Merdeka ini, asalkan sahaja tidak menyalahgunakan hak tadi untuk mencetuskan pergaduhan, atau membakar emosi mana-mana pihak lain.

Lantas saya membalas kiriman SMS Joeceline itu:

“Defending ones right to an opinion be it from a taliban or Dalai Lama”

(Sekadar mempertahankan hak seseorang untuk memberi pandangan tidak kiralah ia taliban atau Dalai Lama)

Mungkin Joceline malas melayan saya lagi atau marah atau apa sahaja, tetapi setelah SMS saya ini beliau tidak lagi memberikan respon.

Begitulah realiti politik hari ini. Semakin menjadi kacau dan bisa. Yang penting kita terus istiqomah atas landasan atau orbit kita. Prinsip dan dasar tidak boleh digolok-gadai atau ditebus-jual. Biar apa orang kata, bagi kita hidup dan mati kerana Allah swt.

Thursday, August 27, 2009

Kemenangan di Permatang Pasir petanda positif buat Islam

Tahniah sekali lagi kepada YB Ustaz Mohd Salleh Man, ADUN Permatang Pasir yang semalam diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, bahawa namanya akan diangkat oleh kerajaan negeri sebagai calon Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang menggantikan ADUN Umno dari Permatang Berangan yang akan tamat tempohnya Disember ini.

Semoga banyak perancangan dan kerja-kerja memartabatkan Islam dapat dilaksanakan oleh Ustaz dan rakan-rakan dari PAS Pulau Pinang nanti insyallah.

Saya tertarik dengan laporan akhbar The Star hari ini berhubung pengumuman Lim Guan Eng itu yang turut memaklumkan bahawa kejayaan Ustaz Salleh dalam PRK itu turut datang dari dua kawasan majoriti Cina iaitu di Permatang Pauh dan Kampung Cross Street dimana dilaporkan yang undi calon PAS meningkat di kedua-dua tempat ini.

Bagi saya ini membuktikan yang masyarakat bukan Islam sudah mula menerima PAS dan segala propaganda bahawa PAS kononnya mahu memaksa cara hidup dan peraturan Islam ke atas kehidupan masyarakat bukan Islam adalah tidak berasas sama-sekali. Bagi kami di Selangor, ini suatu petanda yang melegakan bahawa usaha kami untuk membawa peraturan Islam ke atas masyarakat Islam di Selangor khasnya dalam kerja-kerja amar makruf nahi mungkar sudah difahami.

Semoga ini membuka jalan kepada PAS bagi bergerak ke arah melahirkan suatu jenerasi masyarakat Islam yang berkualiti menurut perhitungan al Quran dan Sunnah. Selain itu ia juga memberi peluang kepada PAS untuk membuktikan keadilan dan keindahan Islam kepada kawan-kawan kita masyarakat yang bukan Islam.

Tuesday, August 25, 2009

Kemenangan PAS perteguhkan PR

Sekali lagi PAS melunaskan janjinya kepada Pakatan Rakyat. PAS teruji dan berjaya di parlimen Kuala Terengganu, kemudiannya di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Manek Urai. Hari ini PAS unggul lagi di Permatang Pasir.

Memang kemenangan ini sebagaimana kemenangan yang sebelumnya adalah usaha bersama semua pihak dalam PR termasuklah PKR dan DAP serta rakan-rakan NGO yang lain. Tetapi ternyata pertempurannya dalam gelanggang PAS, kalau kalah boleh sahaja PAS yang dikatakan lemah dan hilang pengaruh.

Apa pun yang kalah adalah Umno yang kecundang adalah BN. Ini bermakna mimpi yang kononnya PAS dan PR telah mula diragui rakyat, telah mula hilang sokongan rakyat semuanya karut belaka.

PAS berhadapan dengan pengundi Permatang Pasir di bawah panji-panji PR dalam keadaan pengaruhnya dikatakan teruji. Di Kedah, kepimpinan PAS dikatakan kononnya keras dan bengis terutama terhadap masyarakat minoriti bukan Islam, manakala di Selangor PAS dikatakan cuba menganggu hak asasi masyarakat bukan Islam. Berbagai tohmahan dan serangan dilontarkan terhadap PAS sehingga ada yang beranggapan PAS berpotensi kecundang di Permatang Pasir setelah kemenangan tipis yang diperolehi di kawasan "solid" Melayu di Manek Urai.

Malah ada seorang rakan pimpinan DAP di Selangor mengatakan bahawa beliau menerima SMS yang menyebut bahawa PAS akan "bungkus" di Permatang Pasir akibat tindakan mengharamkan penjualan arak di Selangor.

Kini terbukti bahawa segala tindakan dan keputusan melibatkan PAS sebenarnya tidak menjejas atau mempengaruhi keputusan pengundi. Malah boleh dikatakan tindakan PAS berupa amar makruf nahi mungkar khusus dikalangan penganut Islam itu kini telah dapat diterima dan difahami, langsung tidak dibimbangi oleh masyarakat bukan Islam.

Bukankah masyarakat Islam yang baik dan berakhlak itu nanti bakal menguntungkan rakan-rakan bukan Islam dan menjadi aset kepada masyarakat dan negara. Tiada niat buruk oleh PAS dalam menekankan aspek-aspek keislaman melainkan melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Kemenangan di Permatang Pasir adalah petanda penerimaan masyarakat terhadap politik PAS yang dilihat lebih baik, dinamik dan boleh dipercayai berbanding Umno selama ini. Umno perlu kembali kepada Islam jika mahu terus relevan dan untuk itu tiada cara dan jalan lain selain berbondong masuk menyertai PAS.

Pakatan Rakyat kini perlu sedar dan insaf akan saling perlu memerlu antara satu sama lain dikalangan komponan di dalamnya. PAS ada mesej dan agendanya, ia mahu terus berkembang dalam PR, sleagi wujud konsep muafakat dan hormat-menghormati tiada sebab gagasan politik baru ini tidak boleh menggantikan BN diperingkat yang lebih besar.

Syabas YB Ustaz Mohd Salleh Man, semoga PAS Pulau Pinang diberi peluang memain peranan yang lebih aktif dan bermakna dalam kerajaan PR Pulau Pinang.

Selamat mengundi





Sebentar sahaja lagi para pegundi berdaftar di DUN Permatang Pasir akan keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka. Pilihan terletak pada 20,290 orang pengundi berdaftar. Yang perlu dipili adalah antara calun “bulan” dan calun “dacing”.

Mudah-mudahan anda pilih yang terbaik dan yang dapat membela danmemperjuangkan nasib anda di dunia sehingga ke akhirat nanti.

Berkebutlan Hari Mengundi jatuh dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Bulan yang padanya diturunkan al Quran, kitab junungan dan pegangan kita. Kitab yang mengajar kita membedakan antara yang hak dan yang batil.

Oleh itu dalam semangat Ramadhan ini undilah yang benar, dan bersama-samalah dengan kebenaran. Jangan padamkan suara Islam di bumi Pulau Mutiara.

Semoga Allah swt mengurniakan kemenangan kepada Ustaz Salleh Man, selamat mengundi.

Apabila yang harum digambarkan busuk

Penyampaian sesuatu berita atau kejadian banyak bergantung kepada selera penyampainya. Jika peristiwa yang berlaku itu bagaikan putih warnanya, bagi penyampai yang amanah putihlah juga warna yang disampaikannya kepada pihak lain. Tetapi bagi yang jahat apalagi fasik putih boleh sahaja ditukar menjadi hitam asalkan terkabul nafsunya.

Lantaran itu bagi yang waras apalagi beriman, penting untuk menyaring dan mengenal-pasti punca. Jika tidak kita juga terjerumus dalam agenda yang membinasakan.

Semalam di Shah Alam, Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor telah mengesahkan bahawa Nazir dan para pegawai masjid di 370 buah masjid seluruh Selangor telah diberi surat kuasa untuk membantu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Ianya dipetik oleh BERNAMA dan berikut saya sertakan berita dari MStar Online berdasarkan sumber BERNAMA:

SHAH ALAM: Pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di Selangor diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata surat kuasa itu diberikan dua minggu lepas.

Antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ini ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kesalahan di bawah Seksyen 19 Enakmen itu boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau keduakeduanya sekali.

Dr Hasan berkata pegawai masjid yang mempunyai surat kuasa itu bagaimanapun tidak boleh menangkap pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk tindakan lanjut.

Selain itu, Hasan berkata pegawai masjid boleh menangkap orang Islam yang meminum arak, tetapi perlu menyerahkan mereka kepada polis atau pegawai penguatkuasa agama.

Orang Islam yang meminum arak di tempat awam atau kedai, boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau keduadua sekali jika sabit kesalahan.

Bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau keduadua sekali.BERNAMA

Apakah yang negatif dari berita berkenaan? Ia sekadar pemberitahuan dari seorang EXCO yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam berhubung penguatkuasaan satu enakmen yang terkena atas umat Islam di Selangor. Enakmen itu bukan baru tetapi telah belasan tahun berkuatkuasa di Selangor (sejak zaman BN). Apa yang diumumkan adalah penambahan tenaga bagi membantu dalam hal pengutakuasaan.

Untuk makluman Nazir dan para pegawai masjid di Selangor kini terdiri dari mereka yang dipilih oleh ahli kariah dalam proses pemilihan terbuka (tidak seperti zaman dahulu). Tiada lagi nazir dan pegawai masjid yang tidak ke masjid, yang tidak berakhlak Islam, yang tiada pengetahuan agama. Kini Nazir dan para pegawai masjid di Selangor terdiri dari mereka yang komited pada agama, malah rata-rata nazirnya memiliki pengetahuan agama dan boleh ke hadapan menyampaikan khutbah walaupun ramai yang bukan dari kelulusan agama.

Dalam erti kata lain jika mereka ini diberi kuasa, maka besar kemungkinan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dalam dilaksanakan dengan cara yang baik, beradab dan menepati tatacara dan prosedur Islam yang sebenar.

Tetapi sebagaimana saya sebutkan di atas berita yang baik boleh bertukar menjadi buruk jika diserahkan pada nafsu pelapornya. Berikut berita yang sama tetapi dilaporkan oleh satu portal berita iaitu The Malaysian Insider (tajuknya sahaja barangkali sudah boleh menggambarkan nafsu pelapornya): Bold

Hassan Ali’s religious police to nab errant Muslims

By Leslie Lau and Neville Spykerman


KUALA LUMPUR, Aug 24 — Mosque committee members such as the imam and the bilal will be given powers to arrest Muslims drinking alcohol in public, in a move that highlights the fundamentalist face of PAS and could scare off non-Muslim voters from backing the Pakatan Rakyat (PR).

Selangor executive councilor in charge of religion Hassan Ali, who has been locked in controversy over his views on the open sale of beer in convenience stores, made the announcement today.
He also said that the mosque committee members would be allowed to arrest Muslims for selling and storing alcoholic beverages.

Such a ruling could result in many Malay-Muslims losing their jobs in restaurants and hotels in the state.

It is also likely to have consequences for many businesses in the state, and could drive non-Muslim voters who have been strong supporters of the PR alliance to Barisan Nasional (BN).

Hassan also said that the mosque committee members would be given wide ranging powers to also help in the arrest of Muslims for being “disrespectful during the Ramadan month”.

The new ruling suggests a push for a culture of intolerance reminiscent of attempts made by both Terengganu and Federal Territory religious officials to set up snoop squads to report on “immoral activities” a few years ago.


(selebihnya kalau anda mahu baca bolehlah kunjungi http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/35927-hassan )


Anehnya berita yang pertama dipetik dari BERNAMA manakala yang kedua dari media alternative yang sepatutnya lebih terbuka dan tidak memanipulasi berita sebagaimana kita dakwa terhadap media arus perdana selama ini.

Rupanya (bukan kita tidak tahu sebenarnya) ada juga portal berita alternatif tempatan yang tidak memihak kepada Islam, malah melihat Islam dari kacamata mereka yang membencinya. Apa sahaja yang dirancang dan diperkenalkan oleh PAS semuanya buruk dan kuno, begitulahkira-kiranya.

Laporan kedua itu menyebut bahawa kononnya tindakan Dr Hasan ini menyingkap wajah fundemantilis PAS yang boleh menakutkan masyarakat bukan Islam dari mengundi Pakatan Rakyat. Benarkah begitu?

Apakah kerana mahu memelihara aqidah dan kebajikan penganutnya maka PAS mahu dilihat sebagai makhluk hodoh begitu?

Laporan kedua juga menokok tambah dengan kononnya melahirkan kebimbangan bahawa ramai orang Islam yang bekerja menjual dan menghidang arak di Selangor nanti akan kehilangan pekerjaan dan akibatnyapengundi nanti akan lari mengundi BN.

Dalam kesungguhan kita memperjuangkan Islam beginilah tohmahan dan serangan yang akan kita terima. Kedua-dua penulis di atas adalah bukan Islam, mungkin mereka menulis mengikut persepsi (nafsu) mereka, Tetapi laman web mereka bukanuntuk masyarakat bukan Islam, ia dibaca oleh semua, lantas saya yakin mereka ada agenda.

Apa pun bagi yang faham maka kita perlu menjelaskan, sasaran kita kini adalah untuk membaiki ummah namun dalam waktu yang sama perlu menjelaskan pada yang bukan Islam, pertama darihal hakikat yang sebenar dan kedua jangan menggambarkan Islam ini hodoh tetapi dalam waktu yang sama mahu sokongan kita.

Sunday, August 23, 2009

Mat Jenin Umno Selangor

Pagi tadi seorang wartawan dari akhbar harian berbahasa Cina menghubungi saya melalui telefon. Beliau ingin bertanya tentang desas-desus kononnya akan ada beberapa ADUN PR Selangor termasuk dari PAS yang akan berpaling tadah melompat menyertai BN. Jika ini berlaku apakah kerajaan PR Selangor akan menanggung nasib yang sama sebagaimana kerajaan PR Perak?

Saya beritahu padanya yang saya tahu insyallah tidak ada seorang pun ADUN PAS Selangor yang berhajat untuk melompat menyertai Umno atau menyokong BN. Saya percaya DAP dan PKR juga begitu. Tetapi saya sekadar boleh memberi komen tentang mereka yang dari parti saya.

Komitmen dan pegangan politik orang-orang PAS berlainan dengan mana-mana parti siyasah dalam negara. PAS adalah sebuah gerakan Islam, menegakkan perjuangan bertunjangkan aqidah, sesiapa yang lari dari perjuangan pasti menempah bala dan laknat sepanjang hidupnya dan akan berdiri bertanggungjawab di hadapan Allah swt kemudian hari.

Saya memberikan keyakinan bahawa ADUN-ADUN PAS sungguh komited dalam perjuangan samada yang EXCO mahupun ADUN biasa. Malah begitulah sebahagian besar EXCO dan ADUN PR Selangor. Untuk menjatuhkan sesuatu yang telah baik adalah sungguh malang dan saya yakin rakyat tidak akan dapat menerimanya.

Saya percaya kakitangan kerajaan dan mereka yang biasa mengikuti perkembangan MB dan EXCO-EXCO BN Selangor dahulu dapat buat bandingan jika mereka turut mengikuti perkembangan MB dan EXCO-EXCO PR. Rata-rata MB dan EXCO kini bekerja tidak kenal penat lelah. Saya belum bertemu mana-mana EXCO PR yang meninggalkan pejabatnya pada waktu pejabat melainkan kerana ada tugas luar. Lewat malam pun EXCO-EXCO PR masih bekerja mengalahkan menteri pusat, ini kenyataan!

Demikian juga ADUN-ADUN PR Selangor. ADUN-ADUN PAS begitu cekal dan gigih bekerja kerana PAS berjuang lebih 50 tahun di Selangor cuma kali ini kita berpeluang memerintah. Sudah pasti peluang yang Allah swt berikan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk memartabtakan Islam walau dalam ruang yang terbatas.

Saya tidak nampak seorang pun ADUN PAS Selangor yang tidak serius dalam menjalankan tugasnya sebagai ADUN, malah dari maklumat yang saya terima diperingkat akar umbi, rata-rata semua mengalu-alukan dan memandang tinggi terhadap khidmat bukan sahaja EXCO-EXCO PAS termasuklah ADUN-ADUN nya, ahli-ahli majlis PBT nya, Ketua-ketua Kampungnya , JKKK semuanya berbeza dari zaman Umno.

Kalau begitulah kejayaan dan pencapaian PAS Selangor melalui PR dalam waktu yang sangat singkat ini, saya tidak nampak mengapa rakyat mahu melihat kerajaan ini jatuh melalui “politik pintu belakang” sebagaimana di Perak. Malah kalau diberi peluang sekali lagi berdasarkan rekod pencapaian yang ada saya yakin kerajaan ini akan bertahan lagi pada PRU yang akan datang insyallah.

Kepada rakan wartawan tadi saya berani memberi jaminan kalau ADUN-ADUN PAS yang lapan di Selangor, insyallah semuanya akan tetap dan istiqomah dalam perjuangan. Umno dan BN janganlah berangan-angan Mat Jenin di Selangor.

Pahala besar buat insan-insan istimewa

Bulan Ramadhan ini membuatkan saya terfikir akan betapa besarnya pengorbanan beberapa insan istimewa dalam hidup kita. Saya rasa pernah menulis bab ini dalam posting Ramadhan yang lalu namun memikirkan perkara ini penting buta pengajaran maka biarlah ia diulang-ulang.
Sebagai kanak-kanak dan remaja sudah pastilah Ramadhan dilihat sama ada suka atau tidak sebagai satu bebanan, terpaksa lari dari rutin hidup biasa, makan-minum berseronok-seronok. Terpaksa berlapar, berdahaga, mengawal syahwat dan pelbagai pantang-larang lain.

Kita sibuk membuat “adjustment” tetapi siapakah yang sebenarnya lebih sibuk dan terpaksa bertungkus-lumus buat kita? Sudah pastilah ibu tersayang masing-masing. Suka atau tidak si ibulah yang terpaksa memikirkan sahur dan buka anak-anaknya. Si ibulah yang akan lebih berkorban. Apalah tidur mereka berbanding tidur dan rihat kita. Si ibulah yang memasak, menanak air dan nasi, menggerakkan anak-anaknya agar jangan berpuasa tanpa sahur……..

Demikianlah besarnya pengorbanan insan bernama ibu. Kemudian apabila menjelang raya dialah juga yang sibuk-sibuk membuat persiapan buat anak-anaknya. Ke kedai, menjahit atau ke tukang jahit, anak-anak yang berlapar dalam bulan puasa masing-masing dengan seribu satu perangai, si ibulah menyeret diri membuat persediaan kerana Raya mesti istimewa buat anak-anaknya walaupun ala kadar tertakluk kemampuan masing-masing.

Berdayakah kita membalas semuanya itu?

Kini setelah berumah tangga, isteri mengganti tempat ibu. Si isterilah sibuk menyediakan lauk-pauk buat suami dan anak-anak. Suami yang lapar walau warak bagaimana pun terkadang akan masam-masam dan marah-marah melayan karenah isteri. Tetapi siapakah yang sibuk-sibuk memastikan perut si suami dan anak-anak diisi apabila berbuka dan bersahur nanti?

Besarnya pahala mereka ini dibulan puasa. Kita menyangka mahu memenuhi bulan ini dengan amal ibadat, mahu Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari yang lepas-lepas, rupanya pahala si ibu dan isteri kita jangan-jangan malah terkadang hampir pasti lebih besar dari kita.

Ya Allah kau balaslah jasa insan-insan istimewa ini dengan balasan yang setimplanya.

Dalam kita berlapar dan mempertingkat amalan di bulan penuh barakah ini, jangan sekali-kali lupa akan jasa ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka.

KENYATAAN AKHBAR
PAS SELANGOR KONSISTEN MENEGUHKAN

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Sejak kebelakangan ini khabar angin tentang kononnya Umno dan Barisan Nasional akan kembali berkuasa di negeri Selangor menjelang 31 Ogos 2009 sengaja dimain-mainkan oleh pihak tertentu. Beberapa helai kain rentang yang menuntut Menteri Besar Selangor melepaskan jawatannya selain beberapa bahan yang diterbitkan untuk menggambarkan kononnya Pakatan Rakyat Selangor diambang perpecahan cuba digunakan untuk menarik perhatian rakyat.

PAS Selangor memandang segala propaganda dan usaha nakal ini sebagai tindakan “desperado” dipihak Umno dan BN Selangor dan yakin bahawa rakyat jelata rata-rata masih setia dibelakang kerajaan Pakatan Rakyat yang telah sama-sama mereka mandatkan lantaran berputus-asa terhadap kerajaan BN yang telah mengecewakan mereka selama ini.

Jentera PAS Selangor sendiri selaku komponan Pakatan Rakyat tidak sedikit pun terganggu dengan “angan-angan Mat Jenin” Umno itu malah disaat ini sedang giat menjalankan kerja seluruh negeri untuk memantapkan lagi kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Ahli-ahli EXCO, para ADUN, ahli-ahli majlis PBT PAS masing-masing sedang melipat-gandakan usaha khasnya di bulan Ramadhan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa tidak ada sebab untuk mereka kembali kepada Barisan Nasional yang telah sama-sama mereka tolak pada PRU lalu.

Malah Lajnah Penerangan PAS Selangor sedang menyusun untuk melancarkan kempen besar-besaran selepas bulan Ramadhan ini yang bertujuan mengajak ahli-ahli Umno seluruh Selangor agar meninggalkan Umno dan bersama-sama PAS untuk membantu memantapkan kerajaan baru Selangor ini. Tumpuan akan diberikan pada kawasan-kawasan yang diwakili oleh ADUN-ADUN Umno seluruh Selangor.

PAS Selangor menjangkakan kempen ini nanti akan menerima sambutan luar-biasa dari rakyat jelata khasnya ahli-ahli Umno memandangkan kejayaan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan kepada rakyat bahawa walaupun dalam tempuh yang singkat Selangor kini ditadbir oleh kepimpinan yang berkualiti, prihatin pada rakyat dan telus dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor.

DIKELUARKAN OLEH:

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

23 Ogos, 2009

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem

Tak berapa jam lagi akan merangkak masuk bulan Ramadhan al Mubarak, bulan Allah yang penuh rahmat dan barakah. Umat Islam seluruh dunia akan mula menjalankan ibadat berpuasa disamping memenuhi bulan berkenaan dengan amal-ibadat yang bermanfaat.

Sememangnya sayu hati apabila Ramadhan kunjung tiba, sayu kerana adakah kita nanti mampu melaluinya dengan sebaik mungkin, lebih baik dari tahun-tahun yang lalu atau adakah kita akan gagal dan mensia-siakan peluang dan tawaran khusus dari Allah swt ini.




gambar diambil dari blog adinda Mohd Amin Daud


Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua umat Islam khasnya para pengunjung blog ini. Berusaha dan berikhtiarlah kita agar puasa kita nanti dapat berhujah untuk kebaikan kita apbila bertemu Allah swt nanti.

Saya akan cuba untuk mengawal diri, bersabar, terus menulis dengan penuh cermat, tidak menabur fitnah dan mengadu domba tetapi menulis untuk kebaikan ummah. Semoga Allah swt mengurniakan kekuatan kepada ibu-bapa kita (jika masih hidup), kaum keluarga, isteri dan anak beranak serta sahabat-handai untuk berjaya dalam Ramadhan kali ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (al Baqarah: 183)

Ada telinga dengar ada mata lihat

Salah satu ruangan yang sering menarik perhatian saya apabila membaca akhbar adalah ruangan surat dari pembaca. Ada akhbar yang ruangannya sampai memuatkan dua muka, ada yang cuma satu dan ada juga yang langsung tiada ruangan ini.

Ada yang memilih-milih (saya pasti yang menulis ramai tetapi kerana ruangan terhad hanya yang tertentu sahaja akan menemui pembaca) berdasarkan selera pemilik akhbar, tetapi ada juga yang melepaskan walaupun bertentangan dengan haluan akhbarnya (yang pasti tidak adalah Utusan Malaysia).

Dalam akhbar The Star hari ini saya dapati ada dua surat yang menarik. Satu adalah dari penulis yang mengenalkan dirinya sebagai Benjamin Sipaun (keturunan Kadazan, Sabah) yang menulis berkenaan usaha kerajaan mengugurkan ruangan bangsa atau kaum dalam borong-borang rasmi. Beliau menulis:

I REFER to the letters “A step closer to unity” and “Move will help us achieve our objective” (The Star, Aug 20).

Personally, I have no objection to the Government’s proposal to do away with stating ethnicity in official forms. However, I also do not object, or have ever had any objections, to the current requirement that we state our race when filling up official forms.

Any racial barriers that are existent in our country will occur regardless of whether or not we have this requirement to state our race in official forms.

I do not believe the requirement itself has led anyone to develop racist tendencies, or left him or her feeling as if they are not Malaysians equal to all other Malaysians.

As a Kadazan, I have never felt that having to state my ethnicity has made me feel any less Malaysian compared to any other race.

Thus, I disagree with Tan Sri Lee Lam Thye’s connotation that it is undesirable to have anything which “continues to remind us of our individual race when we should instead be regarded and accepted as Malaysians”.

It is not a zero sum game to be reminded of our individual race and to be regarded and accepted as Malaysians at the same time. Is it really conceivable that each individual race is willing to forego its own unique identity, all in the name of achieving unity?

I prefer to believe that we are all regarded, accepted and treated equally as Malaysians despite coming from different races and declaring it. That, to me, is true unity.

I have ticked the “dan lain-lain” checkbox countless times without giving it a second thought. It is a non-issue to me. I do not feel any less Malaysian, nor do I feel racial barriers are being created because of it.

I am not saying that racial barriers do not exist. They do, but it is in people’s attitudes, behaviour, policies, beliefs, discriminatory actions and a whole range of other intangibles.
These are more a consequence of upbringing, rather than of filling up forms.


I am concerned that scrapping the need to state ethnicity ends up as a cosmetic gesture, while our future generations continue to be brought up in an environment that festers racial barriers, with or without tickboxes by race.

Dan keduanya dari Marisa Demori, Ipoh, yang menulis berkenaan keburukan arak atau minuman berakohol. Beliau menulis:

I CANNOT but smile in amusement while reading the letter “Educate people on evils of consuming alcohol” (The Star, Aug 20),


The writer’s argument is technically flawless but in reality man was created weak, and teaching and educating will only have a limited impact. When an item is easily available and affordable, people will not think twice about getting it.

The damage alcohol does to a person is indeed considerable. Like all drugs that have an effect on the brain, alcohol soon has one addicted.

The side-effects of alcohol consumption are poor health, impaired judgment, violence, broken careers, broken families, lost opportunities, lost fortunes, incoherence and disorientation in society.

I doubt that talking and preaching about the evil effects of alcohol will have a substantial impact on the majority of the people. Everyone knows what is bad for them, yet they go on doing it anyway. If everyone around you consumes alcohol freely, chances are you will too.

The government has gone all out to fight smoking but has done almost nothing about alcohol consumption even though it is probably an even greater evil than smoking.

Alcohol has a long-term effect on both the body and the mind that will ultimately force the person into a state of self-denial which will render him or her practically useless and almost without dignity.

Alcohol does this to its devotees slowly but without fail, even to those who think they drink in moderation.

Indeed few situations are as demeaning to a human as the state of being drunk.

For a Muslim who values his religion, alcohol is particularly to be abhorred.

Since the residual of what we eat and drink remains in our body for up to 24 hours, and the space between prayers is no longer than six hours, drinking alcohol would effectively prevent a Muslim from performing his obligation to God. It would certainly be impiety to say the prayers with your breath still smelling of alcohol.

I am all in favour of removing the item from the shelves completely so that people don’t have a chance to start drinking in the first place and also do not have the opportunity to continue drinking.

For the Muslims, I believe the Quran sums it up best when it states that in both drinking and gambling there is some profit for man and also some sin, but the sin is greater than the profit. Thus, man is advised to eschew both these vices if he wishes to prosper.

Bagi surat pertama dari Benjamin, saya merasakan ada asas dan kekuatan pada hujahnya. Saya sendiri berbangga dengan keturunan Melayu saya, budayanya serta adat resamnya sebagaimana saya percaya kawan-kawan yang berbangsa India dan Cina dan dari suku keturunan Kadazan, Bajau, Iban, Melanau dan lain-lain.

Tetapi berbanga dengan bangsa masing-masing tidak semestinya menjadikan seorang taksub dan ekstrim seperti kaum Serb atau Israel lalu mahu memandang rendah kaum lain sehingga mahu memusnahkan mereka.

Di Malaysia kita masing-masing sedar dan insaf akan kehadiran kawan-kawan kita yang lain yang walaupun dari berlainan bangsa tetapi satu warganegara. Bagaimana kita mampu menghapuskan identiti bangsa dan kaum masing-masing? Apa yang penting adalah sikap memahami budaya dan adat resam masing-masing dan berusaha untuk hidup secara aman dan berkasih-sayang di atas bumi Malaysia yang satu (bukan 1 Malaysia).

Selain berbeza bangsa dan kaum kita juga berbeza agama dan kepercayaan. Cuma yang berlainan di sini adalah kemampuan agama itu untuk menyatukan antara bangsa-bangsa dan kaum-kaum. Seorang Muslim mungkin dari bangsa Melayu atau Cina atau India, kesatuan aqidah ini sesungguhnya merapatkan lagi ukhuwah dan ikatan antara mereka namun tidak juga memadamkan nasab keturunan masing-masing.

Saya akan terus menjadi seorang Melayu (berketurunan Bugis) yang beragama Islam dan insyallah akan membesarkan anak dan keturunan saya begitu dan dalam waktu yang sama hidup secara aman dalam negara Malaysia yang sama-sama kita cintai ini.

Kemudian surat kedua yang ditulis oleh Marisa saya kira sangat menarik. Beliau walaupun memerima hujah bahawa bahana alkohol perlu dididik pada masyarakat namun katanya manusia ini lemah sifatnya, sedangkan rokok yang diberikan publisiti meluas akan bahaya dan keburukannya pun terus dibeli oleh masyarakat, apa hal pula dengan arak.

Arak diketahui umum keburukannya, kesannya kepada kesihatanm, kepada otakl dan tubuh badan manusia, tetapi dijuak juga kemudian mahu dididik agar dijauhi. Kata beliau arak ini jika mahu berkesan pembenterasannya maka perlulah ia tidak dijual lagi kepada masyarakat!

Kerana itulah bagi masyarakat Islam di Selangor, di tempat majoriti penduduknya Islam PAS minta diharamkan penjualannya sama-sekali. Bagi kawasan-kawasan lain, Enakmen Jenayah Syariah akan dikenakan ke atas umat Islam yang menjual, menghidang atau membeli dan meminumnya,

Bagi masyarakat bukan Islam, atas nama kebebasan, maka bebaslah mereka berjual-beli dan meminumnya. Mudah-mudahan umat Islam bebas dari minuman haram ini dan rakan-rakan bukan Islam akan turut menjauhinya demi memilihara kesihatan masing-masing serta kerukunan masyarakat.

Sampai bila mahu selesai?

Pagi tadi ketika bersarapan dengan isteri, yang terakhir sebelum menempuh Ramadhan al Mubarak esok, sahabat seperjuangan menelefon bertanya khabar dan mahu mengulas darihal isu terkini. Apa lagi jika tidak isu membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Menurut sahabat tadi kejadian melontar “molotov cocktail” pada kenderaan SPRM di Kelang dan kenyataan pantas pihak SPRM yang cuba mengaitkan kejadian tersebut dengan kerja-kerja kongsi gelap seolah cuba mencipta persepsi masyarakat dan barangkali ada kaitan dengan inkues yang membabitkan mendiang Teoh Beng Hock.

Saya terpaksa bersetuju dengan analisa beliau. SPRM yang merupakan warisan kebangaan Tun Abdullah Badawi satu ketika dahulu pada hari ini semakin dicurigai dan dipertikaikan masyarakat berbanding BPR dahulu. Dimana salah dan silapnya hanya SPRM dan kerajaan BN kini yang boleh menjawabnya.

Kemunculan surat misteri dalam inkues mendiang Teoh turut menambah parahkan lagi keyakinan masyarakat terhadap SPRM. Saya tidak berhajat mahu mengulas isu inkues ini kerana ia masih berjalan tetapi bagaimana surat misteri yang sepatutnya dirahsiakan dari pengetahuan awam kini dapat diakses dinternet secara bebas. Kebocoran ini suatu tamparan hebat terhadap ketelusan inkues itu sendiri.

SPRM sepatutnya memberi tumpuan pada kerja-kerjanya. Laksanakan ia secara adil dan telus, “without fear or favour”. Jika kebelakangan ini mereka begitu aktif menyeret ahli-ahli politik dan pimpinan PR mengapa tindakan terhadap BN dihentikan atau diperlahankan? Yang lebih penting lagi sebagai badan bebas SPRM sepatutnya tidak melibatkan diri dalam politik, memberi ulasan berbau politik, memihak pada mana-mana tokoh politik – kegagalan ini akan mencemarkan nama baik mereka yang kini ternyata semakin buruk.

Berapa lama perkara ini akan reda dan selesai, hanya Allah yang mengetahui, jangan sampai kebimbangan rakyat terhadap mereka mengatasi H1N1!

Tuesday, August 18, 2009

Mimpilah Umno terus bermimpi

Baru sebentar tadi saya menerima panggilan telefon dari seorang aktivis PAS di Kuala Selangor. Katanya beliau baru menurunkan suatu kain rentang di Assam Jawa yang dipercayai dinaikkan lewat tengah malam yang mendesak agar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan semua jawatan beliau.

Katanya kain rentang tersebut dari jenis yang berkualiti dan dicetak kemas.

Memang Umno Selangor bernafsu besar sejak kebelakangan ini, mengeluarkan kenyataan kononnya Umno Selangor akan kembali memerintah negeri ini pada 31 Ogos nanti. Malah berbagai SMS dikirimkan antaranya menyebut bahawa sekurang-kurangnya 7 orang EXCO Selangor akan didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan mengakibatkan kerajaan negeri Selangor roboh.






Selangor bukan Perak yang dirampas melalui politik pintu belakang dari tangan Pakatan Rakyat (yang boleh jatuh kerana berpaling tadahnya 3 ADUN PR), Selangot bukan macam Kelantan pra PRU ke 12 yang bertahan cuma dengan majoriti 1 kerusi. Bukannya mahu bercakap besar tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kukuh dengan kedudukan 36 kerusi berbanding Umno BN yang hanya punya 20 kerusi.

Umno memang berhak bermimpi untuk kembali berkuasa dalam waktu terdekat di Selangor ini. Mungkin dengan menaikkan kain-kain rentang seluruh Selangor maka mimpi mereka boleh menjadi nyata. Mungkin dengan menantikan EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN PR Selangor diseret ke mahkamah dan disabitkan dengan pelbagai tuduhan buat-buatan maka mimpi mereka boleh jadi nyata.

Teruslah bermimpi.

Realitinya rakyat sudah muak dengan karenah mereka di Selangor ini, Mungkin kerajaan PR di Selangor ini baru usianya, mungkin antara PAS, PKR dan DAP baru mahu belajar memerintah, bekerjasama, tetapi sekurang-kurangnya mereka lebih diyakini dari BN yang telah jelas menoda dan mencabul amanah rakyat selama lebih 50 tahun lalu.

Sejarah hitam Selangor di bawah BN tidak boleh dijernihkan dengan mimpi-mimpi yang enak-enak dan dakwaan yang tidak berasas. Kalau mahu bertarung dan berlawan populariti, maka tunggulah PRU ke 13 nanti. Jangan berangan-angan mencetuskan rampasan kuasa melalui politik pintu belakang di sini.

Banyak isu yang bertimbun di atas kepala mereka masih belum dirawat. Istana Khir Toyo yang menelan jutaan ringgit itu sudah cukup memualkan keyakinan rakyat terhadap mereka. Isu PKFZ yang sedang panas turut membabitkan pimpinan BN negeri termasuk Umno. Tiba-tiba merekamahu kembali berkuasa begitu sahaja!

PR Selangor telah bertahan selama setahun dan tidak ada sebab ia tidak boleh bertahan sehingga tamat tempuhnya malah melanjutkan pula tempuhnya selepas PRU ke 13 nanti. Yang pentingnya amanah yang diberikan rakyat dilaksanakan dengan baik, yang pentingnya mereka tidak mengulangi dosa-dosa Umno dan BN.

Kalau mereka berjaya begitu tidak ada sebab rakyat Selangor mahu kembali kepada BN, kecuali dalam mimpi.

Sunday, August 16, 2009

Permatang Pasir kekal milik PAS

Politik Malaysia sedang pantas dilakar lanskapnya menuju ke suatu wajah baru. Akiteknya adalah rakyat Malaysia sendiri yang rata-rata muak dan bosan dengan oder politik lama yang didominasi BN.

Apakah rupa wajah baru itu nanti, belum dapat dipastikan secara tepat, yang nyatanya memang ia sedang ditukang ke arah suatu wajah yang sama-sekali baru dan berbeza. Apa pun yang jelasnya PAS merupakan suatu elemen penting dalam pembikinan wajah baru itu. PAS yang telah dewasa dan matang sepanjang lebih 50 tahun usia politiknya, hari ini dilihat memiliki kedudukan yang disegani dan dihormati masyarakat. Ia berjaya melahirkan kepimpinan yang berkualiti, berkaliber dan tidak mudah mengkhianati amanah rakyat.

PAS kini terbit sebagai satu-satunya parti politik yang dilihat mampu memunggah kredibiliti Umno dari sebuah parti eksklusif tempat bergantung orang Melayu, Bumiputera dan Islam. Masyarakat sedar yang penguasaan Umno itu kini semakin longgar dan PAS pula muncul sebagai payung baru tempat bernaung orang Melayu, Bumiputera dan Islam. Malah PAS semakin diiktiraf sebagai parti nasional yang disenangi oleh semua kaum dan agama.

Di Pulau Pinang panji-panji tunggal PAS terpacak megah di bumi Permatang Pasir. Kalau dahulu PAS bertahan sebagai sebuh parti pembangkang tetapi sejak 2008 lalu PAS adalah sebahagian dari kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Perkhidmatan dan jentera PAS serta inisiatif ADUN nya memang disenangi dan dihormati oleh masyarakat setempat termasuklah oleh lawan politik kerana PAS dapat terus bertahan di sana.

Oleh itu dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ini berdasarkan rekod PAS serta prinsip perjuangannya saya yakin rakyat Pulau Pinang di Permatang Pasir akan terus berdiri di belakang calon PAS, iaitu Ustaz Salleh Man yang jika menang akan mewakili PAS dalam kerajaan Pualau Pinang di sana.

Ini bukan waktu untuk mencuba-cuba dengan menaikkan calon pembangkang, inilah masanya untuk rakyat Pulau Pinang menyatakan pada dunia bahawa jasa dan tenagag PAS relevan dan terus mahu digunakan.

Rugilah jika dalam keadaan PAS sebagai sebahagian dari kerajaan negeri di Pulau Pinang tiba-tiba kita merobohkan benteng yang ada dan gantikan dengan calon pembangkang. Rugi orang Melayu, rugi masyarakat Bumiptera dan rugilah umat Islam di Pulau Mutiara ini.

Ustaz Salleh Man adalah pilihan terbaik buat rakyat Permatang Pasir, pastikan PAS terus kekal di sana insyallah.

Friday, August 14, 2009

Jauhkan diri dari si fasik

Allah swt berfirman dalam surah al Hujurat ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.

Prof Madya Dr Abdul Basir Mohamad dari Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM dalam kertasnya “Fitnah melalui internet dan telekomunikasi menurut undang-undang ciptaan dan undang-undang Islam” menghuraikan ayat di atas dalam kontek kertas beliau sebagai:

……..sesiapa sahaja yang menerima sebarang berita daripada orang lain tanpa mengira sama ada ia melalui ungkapan, kiriman kertas, hebahan dalam televisyen, siaran radio, paparan papan buletin Internet atau sistem maklumat ringkas, sewajibnya pihak penerima berita tersebut menyelidikinya terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

Dari sudut prosedur kehakiman, ayat ini juga dapat difahami bahawa hanya semata-mata pihak yang membuat berita itu sahaja patut diselidiki dan dikenalpasti di samping kebenaran berita itu. Apabila dikenal pasti pihak yang membawa berita itu fasik, maka berita itu dikira sebagai terbatal, iaitu tidak boleh diterima. Sehinggakan jika mengikut Imam al-Shafi‘i, jika berita fitnah itu ditujukan kepada seseorang tertentu, maka pelakunya dikira fasik yang tidak boleh diterima menjadi wali dalam kes pernikahan.

Maka, daripada kenyataan ini, apa yang hendak ditekankan ialah pihak sebenar yang membuat sesuatu fitnah itu sewajibnya dikenalpasti, bukannya pihak lain termasuk pihak perantaraannya, melainkan terdapat elemen penyubahatan antara pihak yang membuat fitnah dengan pihak perantaraannya.

Undang-undang Islam menganggap bahawa sebarang bentuk perbuatan, kelakuan atau perkataan yang dilakukan untuk memfitnah seseorang tertentu, maka ia boleh dikira sebagai suatu kesalahan fitnah tanpa mengira sama ada ia disiarkan atau dihebahkan dalam bentuk sementara atau kekal, sama ada dalam bentuk gambaran, lukisan, arca, patung, tayangan, karikatur, coretan dan sebagainya.Dan juga tanpa mengira sama ada ia menggunakan apa-apa perantaraan alat komunikasi bagi menyampaikan fitnahnya itu
ataupun tidak.

Kata-kata atau ungkapan yang menyakitkan hati, mengaibkan atau merendahkan maruah seseorang tertentu dilarang oleh undang-undang Islam, inikan pula kata-kata yang berbau fitnah atau yang berkemungkinan boleh mewujudkan fitnah. Sudah pasti ia amat dilarang oleh undang-undang Islam.


Saya menerima sms dan panggilan dari kawan-kawan yang memaklumkan saya kepada seorang blogger yang telah membuat pertuduhan yang amat berat melalui postingnya bertajuk:

“Konspirasi membuang YB Saari Sungip (ejaan betulnya Sungib) danyang menentang idea persepakatan PAS-Umno di Selangor”

Memang tulisan-tulisan beliau tidak langsung menarik minat saya kerana saya tahu karektor si tuan punya blog, akhlak beliau dan agenda jahat beliau yang tidak habis-habis menjuarakan diri beliau sebagai “malaikat” dan yang lain semua rendah, barua dan kotor belaka. Namun sebab beliau ini bijak memasarkan tulisan beliau, dikirimnya ke portal berita yang popular agar tulisannya walaupun kosong dan lompong namun dibaca oleh capaian yang ramai, lalu jadilah dirinya popular walaupun tidak langsung menyumbang ke arah perjuangan yang sama-sama kita dukung.

Kalau saya tidak menjadi sasaran tulisan beliau agaknya dunia telah kiamat, kira-kianya begitulah. Namun saya sudah lali dengan karenah beliau, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya akhirnya dengan izin Allah orang ramai dapat juga membezakan antara kaca dan permata.

Tetapi dalam posting terbaru ini semua pimpinan PAS Selangor ditohmah dan difitnah dan agendanya pula melaga-lagakan antara pimpinan tertinggi PAS Selangor dengan ADUN-ADUN dan ahli-ahli Parlimen PAS Selangor.

Kalau saya mengulas tulisan beliau, saya menjadikan beliau lebih popular tapi kalau saya diamkan takut nanti yang cedera dan calar adalah perjuangan Islam yang sama-sama kita cintai ini. Oleh itu demi menegakkan kebenaran dan yang hak dan demi mematikan sebarang fitnah yang boleh meroskakkan jemaah saya merasa terpanggil untuk membuat penjelasan.

Saya menulis ini dengan penuh tanggungjawab, Allah dan Rasul menjadi saksi,maruah keluarga dan nama baik saya letakkan di hadapan kiranya saya pula yang cuba memesongkan kebenaran biarlah saya dihukum dunia dan akhirat kerananya.

Penulis “Tulang Besi” atau Abd Rahman Talib telah mendakwa melalui tulisannya bahawa pada 30 Julai 2009 telah diadakan satu mesyuarat JK Khas di Bangunan SUK dan beliau menambah:

Maklumat ini datang dari aktivis PAS yang tidak sanggup melihat PAS Selangor ditunggang bagai haiwan demi kepentingan politik pribadi beberapa orang yang berkepentingan.

Menurut beliau sipemberi maklumat ini turut hadir dalam mesyuarat itu.

Kalau kita mahu tahu sesuatu berita itu benar atau fitnah kita perlu kaji apa yang cuba disampaikannya. Saya dikatakan turut hadir dalam mesyuarat itu. Para pengunjung blog saya akan maklum bahawa pada 28 Julai 2009 sebagaimana saya dimaklumkan dalam blog ini saya dimasukkan ke hospital. Saya dikeluarkan pada 30 Julai 2009 jam 11.00 pagi dan dinasihatkan doktor pakar agar berihat.

Saya tidak keluar rumah selama dua hari selepas itu sedang sipenulis fitnah mendakwa saya berada dalam mesyuarat di SUK itu 30 Julai tengahari, boleh percayakah penulis ini?

Setahu saya setelah dilantik sebagai Ketua Penerangan Selangor dan duduk dalam Dewan Harian PAS Selangor kami tidak pernah sekali-kali membincangkan darihal isu mengekal atau menggugurkan ADUN-ADUN dan ahli-ahli parlimen PAS. Ternyata tohmahan ini sangat jahat dan cuba mengadu domba sesama pimpinan dalam PAS Selangor.

Saya tidak mahu mempertahankan sahabat-sahabat lain yang turut ditohmah,biarlah mereka menimbang perlu atau tidak melayan karektor umpama si penulis blog ini tetapi membabitkan tokoh ulamak seperti Dr Osman Sabran dan Ustaz Mohd Zain Abd Rahman dalam fitnah ini sangatlah jahat dan seharusnya memnyedarkan semua pihak betapa tidak bermaruahnya sipenulis ini.

Saya tidak berhajat mengulas panjang lagi cukuplah ayat Allah di atas sebagai panduan kita orang-orang yang beriman. Saya berharap si penulis blog ini memohon maaf dan bertaubat di atas tulisan fitnah beliau. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita lakukan di Selangor untuk memartabatkan Islam, janganlah orang seperti beliau menjadi penghalang dan pengacaunya. Berikan tumpuan tuenaga dan fikiran kita kea rah memantapkan jemaah dan mengibarkan panji-panji Islam.

Allah swt mengingatkan kita lagi dalam surah yang sama ayat ke 12:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Thursday, August 13, 2009

Biarlah EXCO Agama yang bercakap berkenaan Islam

Saya telah membuat posting berhubung perkembangan terbaru isu kawalan penjualan arak di Selangor. Tetapi saya agak terganggu apabila membaca komen YB Ronnie Liu di dalam The Star.com

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/13/nation/20090813165226&sec=nation

Apabila beliau menyebut:

On Muslim employees handling alcoholic drinks, Liu said he was of the opinion that they had a right to be employed as the Federal Constitution is silent on the matter.

“It is okay to work in hotels, airlines and other places where some alcohol is offered, as long as they don’t drink,” he said.


(Mengenai para pekerja Islam yang terpaksa menguruskan minuman berakohol, Liu berkata pada pandangannya mereka berhak bekerja memandangkan Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut berkenaan perkara ini.

“Ianya OK untuk bekerja di hotel, pesawat penerbangan dan lain-lain tempat yang menghidangkan arak asal sahaja jangan meminumnya, kata beliau)

Memang Ronnie seorang yang bukan Islam, oleh itu kejahilannya tentang hukum-hakam Islam boleh dimaafkan. Tetapi disini beliau bercakap sebagai seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor. Dan yang diperkatakan pula oleh beliau itu adalah berhubung hukum umat Islam menguruskan arak.

Sebaiknya hal-hal berhubung hukum-hakam Islam, Ronnie tidak memberikan pandangan. Benar ada orang Islam bekerja di hotel, syarikat penerbangan dan lain-lain yang menghidang arak, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak melakukan dosa semata-mata kerana mereka tidak meminumnya.

Hal-hal seperti inilah jika tidak terkawal akan menguris hati umat Islam dan seterusnya diekploitasi oleh musuh-musuhpolitik kita.

Bukankah kita ada EXCO Agama, sebaiknya Ronnie memaklumkan, hal-hal agama ini rujuklah pada EXCO Agama.

Kita sayangkan kerajaan ini dan kita mahu Pakatan Rakyat Selangor terus kekal membawa politik baru kepada Selangor, namun rakan-rakan kenalah berhati-hati dan memelihara sensitivity sesame rakan. Saya anggap Ronnie berniat baik dalam hal ini, tetapi harap-harap selepas ini beliau lebih berhati-hati.

Arak tidak boleh dijual kepada orang Islam: DSAI

Ini merupakan penyelesaian terbaik buat kemelut pengawalan jualan arak di Selangor. Siang tadi Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat telah bersidang dan antara isu yang dibincangkan adalah kontroversial kes kawalan arak di Selangor. Kesemua pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP hadir.

Menurut MStar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan sidang akhbar tersebut dilaporkan berkata:

Memang ada arahan jelas oleh pimpinan parti supaya kita gunakan forum peringkat negeri dan pimpinan untuk berbincang masalah berbangkit.Kalau kita tidak dapat selesaikan kita akan rujuk kepada panel tatatertib supaya ia (masalah) dapat dibincang untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya,.

Kita sokong tindakan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa penjualan arak kepada orang Islam tidak boleh manakala penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam kekal seperti yang ada sekarang, jadi isu ini tiada masalah bebangkit,

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohd Ali yang turut terlibat dalam perbincangan tersebut menjelaskan bahawa keputusan ini bermakna kedua-dua kaedah iaitu kawalan kendiri atau “self regulation” yang diperkenalkan MB dan pengawalan melalui Enakmen Jenayah Syariah Selangor akan diguna-pakai.

Jelasnya arak tidak boleh dijual kepada orang Islam dan dengan itu kawalan ke atas kawasan penduduk yang majoriti slam sewajarnya segera dimulakan. Pendirian ini membuktikan kerajaan PR prihatin terhadap desakkan dan tuntutan masyarakat Islam dan dalam waktu yang sama mengiktiraf hak masyarakat bukan Islam.

Keputusan ini sekaligus bagi saya menjerat kawan-kawan kita dari Umno, setelah berpenat lelah berhimpun dan menyerahkan memorandum bantahan mahukan arak ini diharam dijual di kawasan majoriti Islam di Selangor, kini mereka perlu pula berarak di kawasan-kawasan majority Islam di negeri-negeri yang dikuasai BN dari Johor ke Melak ke Negeri Sembilan sehinggalah Perak, Perlis, Pahang dan Terengganu.

Siapa jerat siapa sekarang? Siapa masuk perangkap siapa?

Bagi saya lantaklah Umno dengan kegilaan mereka mahukan kuasa dengan menangguk di air keruh, kini air keruh menjadi minuman mereka. Yang penting adalah Islam berjaya dimartabatkan, usaha untuk mencegah kemungkaran yang merupakan perintah Allah swt dapat kita lakukan setelah Umno gagal.

Semoga permulaan ini membuka ruang yang lebih luas untuk nilai dan peraturan Islam dapat dihormati dan disaksikan kejayaannya. Ayuh kita buat kerja untuk Islam.

Tuesday, August 11, 2009

Fahami kehendak umat Islam juga

Kontroversi tuntutan PAS Selangor agar diadakan pengawalan terhadap jual-beli arak di kawasan majoriti Islam di negeri ini terus mendapat sokongan dan tentangan. Sokongan besar diberikan oleh masyarakat Islam, malah “poll” akhbar Sinar Harian baru-baru ini mendapati bahawa 100% pembacanya menyokong tuntutan PAS Selangor itu.

Sebahagian masyarakat bukan Islam walaubagaimanapun menentang. Mereka menentang walaupun kawasan yang terlibat tidak mengenai mereka. Malah ada pula dengan nakal mengatakan jika tuntutan ini dilayan maka seluruh Selangor nanti akan menjadi negara Islam.

Tentangan ini sudah pasti menghiris perasaan masyarakat Islam dan menghilangkan keyakinan mereka terhadap semangat toalk-ansur dan toleransi yangs epatutunya sermakin matang di era lanskap baru politik Malaysia ini.

Dalam kenyataannya semalam PAS Selangor menyatatkan akan terus konsisten dengan tuntutan mereka. Segfala ruang dan jalan demopkrasi akan dipergunakan untuk sampai ke arah itu. PAS Selangor tidak pernah mengugut mahu keluar dari kerajaan PR Selangor sebagaimana ada parti komponan lain buat di negeri lain apabila membuat tuntutan. PAS Selangor yakin dan percaya pada PR dan malah tuntutan ini juga dibuat demi mengukuhkan PR.

PR akan disanjung masyarakat Islam (bilangan pengundi terbesar di Selangor) jika mampu melakukan sesuatu yang Umno sekadar buat sambil lewa.

Umno semasa memerintah dahulu sekadar mampu membikin undang-undang dan peraturan umpama kosmetik semata-mata. Ianya semata-mata untuk menghias diri mereka yang kononnya juga mahu pada Islam. Umno berhenti ditengah jalan kerana memang dalam hal-hal seumpama ini mereka tiada minat dan tiada pula kepentingan.

Berlainan dengan PAS. PAS adalah sebuah gerakan dan parti Islam. Islam merupakan matlamat perjuangannya. Jika diberi kuasa, maka segala peluang dan ruang akan digunakan untuk memartabatkan Islam. Memang premis dan lanskap politik berbeda antara negeri dengan negeri. Jika di Kelantan dan Terengganu satu ketika dahulu PAS sehingga berupaya mengemukakan undang-undang berkaitan hukum-hukum Islam bertepatan dengan al Quran dan Hadis, tetapi mungkin di negeri lain keupayaan itu terbatas.

Di Selangor hari ini PAS walaupun rakan dalam kerajaan PR Selangor namun merupakan rakan minoriti dengan 8 kerusi berbanding DAP 13 dan PKR 15. Tetapi itu tidak mengakibatkan PAS sekadar hanya berpeluk tubuh dan menjadi rakan pemanas kerusi. PAS adalah parti Islam walaupun tiada kerusi, atau hanya 1 kerusi atau merupakan rakan pemerintah.

Tuntutan PAS Selangor menepati kehendak masyarakat sivil dan lunas demokrasi. Bukankah dalam amalan kita pandangan dan suara masyarakat diambil kira. Kalau kita mahu luluskan projek pembangunan sekalipun pandangan masyarakat setempat akan diambil kira, ini kan pula isu sesensitif hal agama.

Masyarakat di Seksyen 8, contohnya dalam kes ini tidak mahu kedai serbanika di kawasan mereka menjual arak. Kawasan mereka adalah kawasan majoriti Islam. Ada surau dan sekolah berdekatan, ada penempatan masyarakat Melayu Islam berdekatan, malah ada undang-undang iaitu Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang berkuatkuasa yang menetapkan bahawa jual-beli arak sebagai satu kesalahan jenayah.

Oleh itu salahkah mereka melalui PAS menuntut agar kawalan dikenakan?

Kalau dalam hal premis perjudian sekalipun (judi yang dilesenkan kerajaan Persekutuan) pihak PBT boleh menolak permohonan jika lokasi yang dicadangkan berdekatan dengan kawasan majoriti Islam, mengapa dalam hal arak tidak boleh?

Dalam akhbar The Sun hari ini ahli parlimen Selayang William Leong dalam satu ruangan bertajuk “Consider all views in beer controversy” menganggap tuntutan PAS melaui Dato Dr Hasan Ali sebagai tidak mengambil kira pandangan masyarakat bukan Islam. Katanya:

“It is unfortunate that Hasan looked at the problem solely through a pair of Muslim’s spectacles”

(Malangnya Hasan melihat masalah ini hanya melalui kacamata Islam)

Kalau Dr Hasan melihat kawasan majoriti Islam, mestilah beliau guna kacamata Islam, kalau sebaliknya, apa salah ada kedai Empat Nombor Ekor, Sports Toto di Seksyen 8 Shah Alam atau kelab malam dan disko di dalam Bangunan MAIS, atau rumah urut uniseks bersebelahan surau!

Sdr William pun kalau pergi ke majlis keraian orang Melayu menggunakan pakaian baju Melayu siap bersongkok, kerana apa kerana menghormati kawan-kawan, kerana itu kawasan mereka.

PAS dan pemimpinnya bertanggungjawab kepada seluruh masyarakat Melayu/Islam apabila ia punya kuasa. Jika ia gagal melaksanakan amanahnya ia bukan sekadar akan dihukum di dunia oleh para pengundi tetapi lebih malang lagi dihukum dengan azab yang pedih di Hari Akhirat.

PAS menghormati masyarakat bukan Islam, PAS sejak duduk dalam kerajaan PR bersama-sama memerintah Selangor tidak pernah menghalang atau membantah sebarang program atau acara keagamaan masyarakat bukan Islam. Malah wakil-wakil rakyat PAS kehadapan sehingga menyelesaikan masalah dan rintihan masyarakat bukan Islam apabila ia muncul.

Alangkah baiknya jika mereka juga diberi ruang dan kebebasan untuk menyelesaikan masalah umat Islam sendiri terutama di kawasan yang majoriti penduduknya orang-orang Islam dan sesuatu keputusan itu tidak pun menjejaskan hak masyarakat bukan Islam.

KENYATAAN AKHBAR PAS SELANGOR

Pendirian PAS Selangor berhubung isu jual-beli arak di Selangor

PAS Selangor mahukan isu kontroversial melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri Selangor ini tidak dieksploitasi atau diputar-belitkan oleh mana-mana pihak samada individu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umno dan Barisan Nasional.

Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yang positif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinan rakyat terhadap isu ini.

Dalam pada itu PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatan sendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil oleh parti berhubung isu ini dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengan tuntutannya agar segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri ini.

Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah “total ban” atau larangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri. Sebaliknya apa yang dituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Dato’ Menteri Besar sendiri atau mana-mana EXCO lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri atau “self regulation” terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

10 Ogos 2009

YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Monday, August 10, 2009

Kalau Ronnie “hero” bukan Melayu

Saya bersetuju dengan pandangan EXCO Selangor, Teresa Kok di dalam Sinar Harian semalam bahawa EXCO Kerajaan Tempatan Ronnie Liu ibarat hero masyarakat bukan Melayu/Islam di Selangor kerana menyuarakan suara serta keperluan mereka diperingkat kerajaan negeri. Mungkin kerena itu tindakanbeliau condong kea rah itu.

Malah dalam perspektif yang berbeza EXCO Agama, Dato Dr Hasan Ali pula dilihat khasnya oleh orang-orang PAS dan masyarakat Islam sebagai hero masyarakat Melayu/Islam kerana konsisten dan berterusan mempertahankan hak masyarakat Melayu/Islam.

Cantikkan begitu!

Kini hero masyarakat Melayu dan bukan Melayu kedua-duanya duduk dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dalam ertikata lain DAP dan PAS Selangor muncul sebagai juara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini menggantikan Umno dan MCA yang semakin tidak relevan sejak hilang kuasa di negeri ini.

Ada pemberita bertanya kepada saya bagaimana kalau kedua-dua hero bergaduh?

Saya jawab satu hero Melayu/Islam satu hero bukan Melayu/Islam, adatnya mereka tidak bergaduh sesama sendiri kerana mereka menjaga kelompok yang berbeza lainlah kalau Ronnie bertarung dengan MCA dan Dato Hasan dengan Umno barulah boleh bergaduh.

Saya pandang dari sudut yang positif, syabas Pakatan Rakyat Selangor, kini buktikan kepada semua bahawa kedua-dua kelompok besar ini boleh saling hormat menghormati antara satu sama lain demi melahirkan sebuah Selangor yang benar-benar “Maju, Bersih dan Berkebajikan” buat semua. Saya pasti YAB Dato’ Menteri Besar Seangor bersetuju dengan pandangan saya.

Friday, August 07, 2009

Adakah membangkitkan isu arak ini agenda Umno?

Allah swt berfirman dalam surah al Maaidah ayat ke 8:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Tidak ada sesiapa dalam PAS Selangor yang memiliki niat lain selain mahu melihat Islam dimartabatkan apabila mengusahakan agar jual-beli arak diharamkan di kawasan penduduk majoriti Islam di negeri ini. Setiap pihak dalam PAS Selangor mengambil inisiatif apabila melihat ada ruang dan peluang untuk mengawal barangan haram ini khasnya di kawasan tertentu.

Dari ahli EXCO ke ADUN-ADUN sehinggalah ahli-ahli majlis, semuanya menggunakan kedudukan masing-masing kerana ini amanah yang kita pegang.

Hina sungguh apabila niat suci ini dituduh sebaliknya. Kononnya usaha ini sebenarnya adalah agenda Umno untuk memerangkap PAS dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Takkanlah kerana nak menegakkan Islam pun kita dituduh sebagai dalang Umno!

Memang kalau kita gunakan kaca mata hitam, bumi yang hijau pun kita nampak hitam. Sikap sebegini tidak wajar ada dari kalangan mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang Islam. Sewajarnya semua pihak berdiri teguh di bawah panji-panji PAS Selangor dalam isu ini.

Kita bukan mahu meruntuhkan apa yang telah kita bina, bukankah binaan ini hasil kerja penat kita? Umno tidak berdaya lakukan ini, dan kita mahu tunjuk kita mampu, jadi baruah Umno kah kalau begitu? Kita harapkan rakan-rakan dalam PR akan faham maksud sebenar kita. PAS adalah pembela Islam dalam PR, PAS adalah pembela Islam dalam apa keadaan sekalipun.

Kalau PR teguh melalui cara ini, insyallah Islam turut selamat.

Ini bukan tuntutan yang melampau

Isu pengharaman jual-beli arak di kawasan majoriti Islam di Selangor terus menunggu penyelesaian dari Menteri Besar selangor yang menjanjikan suatu formula terbaik yang bakal diumumkan hari ini berikutan kenyataannya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri Rabu lalu. Kita mengharapkan sesuatu yang bijaksana bakal terbit dari kenyataan MB Selangor hari ini.

Bagi PAS Selangor isu ini jelas dan tiada mana-mana pihak mahu mencetuskan ketegangan apalagi meruntuhkan apa yang telah dibina dengan keringat dan airmata. Di Selangor kita telah ada Enakmen Jenayah Syariah yang berkuatkuasa sejak 1996. seksyen 18(1) dan (2) enakmen tersebut meletakkan jual-beli arak sebagai suatu kesalah jenayah di Selangor iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ia mungkin tidak menepati hukum syarak yang sebenar namun ianya suatu permulaan ke arah kerja-kerja amar makruf nahi mungkar yang menjadi tanggungjawab setiap umat Islam.

PAS Selangor bukan mahu melaksanakan sesuatu yang baru. PAS Selangor sekadar mahu menyelaraskan agar peraturan ini terpakai dan dapat dilaksanakan dikalangan orang-orang Islam di negeri ini. Solanya mengapa sampai menuntut agar portfolio Kerajaan Tempatan yang disandang oleh seorang EXCO DAP digantikan?

Ini bukan soal peribadi, tetapi ini soal prinsip. PAS Selangor menghormati hak dan kepentingan masyarakat bukan Islam di negeri ini. Dalam isu rumah ibadat, sekolah jenis kebangsaan, acara kebudayaan dan lain-lain, tidak pernah mana-mana pimpinan PAS camputangan apalagi mencari pasal sehingga boleh mencetuskan perbalahan sesama masyarakat. Malah bukan lagi ganjil jika melihat ada ADUN PAS Selangor yang memperjuangkan nasib pengurusan kuil atau kebajikan murid-murid di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Semalam saya menyatakan pada seorang rakan ahli majlis dari DAP malahan dalam hal-hal nasib dan kepentingan masyarakat bukan Islam jika terganggu atau terancam oleh mana-mana pihak saya yakin PAS kan sanggup ke hadapan bagi membela dan mempertahankan mereka, dan ini bukan baru bagi mereka yang mahu berkawan dengan PAS.

Lantaran itu melampau sangatkah PAS dalam isu-isu nasib dan kepentingan masyarakat Islam PAS bangkit berbuat yang sama? PAS sebuah parti Islam, siapa sahaja tahu akan hakikat ini, tambah-tambah sepatutnya mereka yang mahu berkawan dengannya. Kerana itu PAS mengharapkan yang kawan-kawan juga tidak akan bertindak menguris hati dan perasaan PAS apalagi masyarakat Islam yang merupakan kuasa politik yang besar dalam negara ini.

Berbalik kepada soalan di atas, mengapa PAS menuntut ditukar penyandang portfolio kerajaan tempatan itu?

Sebenarnya siapa pun yang pegang jawatan itu tidak penting. Malah penyandang jawatan itu sekarang juga bukanlah isu yang penting sangat tetapi tuntutan ini terpaksa dibangkitkan apabila penyandangnya terlibat dalam membantutkan inisiatif PAS dalam mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak dikalangan masyarakat Islam di Selangor. Ketika PAS sedang menyusun langkah menurut saluran demokratik beliau bertindak atas kepentingan politik tanpa menyedari yang beliau telah menginjak jerangkap samara yang bakal mencederakan semua.

Usaha untuk merealisasikan inisiatif ini bukanlah mudah. Walaupun enakmen itu telah ada sejak 1996, Umno yang berkuasa ketika itu sehingga 2008 gagal memberi makna kepadanya sehingga ia kekal sekadar suatu peraturan dalam kertas. Kini PAS bangkit untuk memberi nafas kepadanya. Bukannya mahu mengharamkan penjualan arak seluruh Selangor yang terdiri dari masyarakat berbilang kaum tetapi sekurang-kurangnya memastikan yang di kawasan majority Islam minuman haram ini tidak dijual.

Ini bukan tuntutan PAS semata-mata, ini kehendak masyarakat dan saya yakin semua umat Islam tanpa mengira pegangan politik mahu melihat sekurang-kurangnya kawasan mereka bebas dari arak, kalau pun merekatidak minum jangan sampai kawan-kawan atau anak-anak dansaudara mereka terjebak, itu tanggungjawab bersama.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya Dato’ Dr Hasan Ali, baru-baru ini disebut di baba “kesimpulan” nya:

Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

Jadi marilah sama-sama kita memahami isu ini. Yang utamanya kita mahu peraturan ini digunapakai dan diseragamkan.

PAS Selangor tidak bermusuh dengan sesiapa apa lagi dengan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat negeri. Malah usaha ini sebenarnya bagi membuktikan bahawa PR Selangor menghormati hak semua kaum dan agama. Tidak seperti krisis “rumah sembelih babi” di Kedah, PAS Selangor tidak pernah mengugut mahu keluar dari PR. Biar semua pihak faham dan jelas akan perkara ini lebih-lebih lagi dari kalangan anggota sesama jemaah.

Dari maklumat yang diterima setakat ini masyarakat Islam di negeri ini memandang tinggi tindakan PAS ini dan kiranya MB Selangor dapat terbit dengan suatu keputusan yang meyakinkan tidak mustahil PR akan bertambah perkasa di negeri ini pada pandangan umum.

Thursday, August 06, 2009

PAS perlu tegas dalam bab berkenaan Islam

Dalam akhbar The Star hari ini YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ketika menyampaikan sidang akhbar selepas mesyuarat EXCO di Shah Alam berkata (mengenai isu arak di Selangor):

“Once we solve the issue it will become a non-issue.”

Isunya adalah memperkenalkan garispanduan terhadap penjualan arak di Selangor.

PAS Selangor dalam tuntutannya mendesak YAB MB agar menyegerakan garispanduan ini dan yang pentingnya kerana arak ini bagi umat Islam adalah haram maka sekurang-kurangnya bagi kawasan-kawasan yang majoriti penduduknya adalah Islam arak ini perlu diharamkan dari dijual kepada orang awam atas semangat Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jika ini selesai memang yang lain-lain non issue, tuntutan agar YB Ronnie ditukarkan portfolionya juga non issue, kerana bagi PAS tiada kompromi dalam isu prinsip. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato’ Harun Taib dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa PAS akan tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama.

Segala-gala yang berlaku, umpamnya tindakan MBSA merampas arak di 7eleven di Seksyen 8 Shah Alam, tindakan YB Ronnie Liu memanggil Pengarah Penguatkuasa MBSA dan mengarahkannya mengembalikan arak-arak yang dirampas (walaupun 7eleven itu dalam kawasan majority Islam) dan lain-lain rentetan dari itu kerana tiada garis panduan. Kerana Enakmen Jenayah Syariah yang telah sedia ada sejak zaman Mat Taib jadi MB tidak mampu dikuatkuasa oleh pihak PBT.

Semoga YAB Dato’ MB diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk terbit dengan sesuatu yang tidak menjejaskan prinsip dan pegangan umat Islam.

PAS Selangor tidak ada masalah dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Malah isu arak ini pun telah lama dibincangkan diperingkat PR Selangor. Perkembangan yang berlaku bukan petanda yang PAS mahu keluar dari Pakatan sebagaimana yang berlaku di Kedah tetapi PAS mahu berterus-terang dan menyatakan pendiriannya selaku gerakan dan parti Islam yang memikul agenda Islam.

PAS mahu membuktikan apabila ia hadir dalam kerajaan dalam hal-hal berhubung Islam ia jauh lebih baik dan tegas berbanding Umno sebelum ini.

Sama-sama kita ikuti pengumuman MB esok.

Wednesday, August 05, 2009

Arak oh arak di Selangor

Ini bukan soal mahu mensabotaj sesiapa. Tetapi ini soal prinsip. Sebagai pembawa obor tetapi kepada Allah swt, dalam soal yang membabitkan ketahanan aqidah dan ketaatan pada hukum dan peraturan al Quran dan Sunnah.

PAS mahu buktikan bahawa dalam soal mempertahankan prinsip berkaitan Islam PAS sanggup berhadapan dengan apa sahaja risiko, tidak seperti Umno yang hanya menuntut apa yang meguntungkannya sahaja dan menyahkan apa sahaja yang tampak rugi atau boleh menjejaskan kedudukannya walaupun ia tuntutan agama.

Di Selangor sebagai komponan yang membentuk kerajaan negeri pada PAS lah diharapkan menjaga dan mempertahankan isu berkaitan dengan Islam dan masyarakat Melayu.

Allah swt mengharamkan arak, meminum atau menjualnya. Itu sudah jelas dan diketahui bukan hanya oleh umat Islam malah begitu juga yang bukan Islam.

Di Selangor kebetulan terdapat undang-undang yang mengkategorikan tindakan meminum dan menjual arak ini sebagai suatu jenayah syariah. Walaupun ia tidak menepati hukum syarak yang sebenarnya dari segi hukumannya, namun sekurang-kurangnya ia meneroka peluang pencegahan yang sewajarnya diberi perhatian serius oleh umat Islam.

Dengan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah swt padanya di Selangor PAS terpanggil untuk memberi perhatian dan tumpuan pada kerja-kerja amar makruf nahi mungkar sekurang-kurangnya dikalangan rakyatnya yang beragama Islam.

Kerana itu PAS tidak dapat menerima jika ada mana-mana pihak yang cuba menghalang atau menyekat perlaksanaan dan penguatkuasaan hukum dan peraturan berkaitan agamanya.

Dalam bab arak contohnya PAS Selangor bukannya menuntut “blanket ban” atau pengharaman keseluruhan terhadap penjualan dan peminuman arak dikalangan seluruh masyarakat termasuk bukan Islam. Ia akur kedudukan dan bilangan masyarakat Islam di negeri ini, kerana itu tuntutan PAS hanya terhad terhadap penjualan dan peminuman arak dikalangan masyarakat Islam.

Jangan ada sesiapa mempertikaikan hal ini. Tanggungjawab PAS adalah melindungi umat Islam di negeri ini dari bencana dan bahana arak.

Kerana itu janganlah kaitkan pendirian dan kedudukan PAS ini dengan kononnya agenda musuh atau usaha mahu mensabotaj sesiapa. DAP dan PKR adalah rakan kongsi PAS dalam kerajaan PR Selangor, PAS akan terus bekerja ke arah pemantapan PR. Tetapi dalam hal ini ia membabitkan isu dan urusan umat Islam. Biarlah ianya diselesaikan oleh umat Islam sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak terutama yang tidak tahu akan hujung pangkal.

Laporan BERNAMA:

Pas mahu kedudukan Ronnie Liu dalam exco dikaji
04/08/2009 7:58pm


SHAH ALAM 4 Ogos — PAS Selangor hari ini menggesa agar kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata Pas mahu porfolio yang disandang Liu ditukarkan dengan orang lain bagi mengurangkan masalah yang sedang dan pernah berlaku sebelum ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri bahawa mereka tidak senang dengan campur tangan pihak tertentu termasuk Liu di dalam usaha untuk mengawal pengurusan dan penjualan arak di kalangan masyarakat Islam di Selangor.

Liu telah mempertikai keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tindakan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas 70 tin dan botol minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Seksyen 8 di sini pada 30 Julai lepas. Menurut satu laporan akhbar, minuman keras itu telah dipulangkan kemudian.

Liu dilaporkan berkata bahawa peraturan penjualan arak di Selangor yang sedia ada kekal sehingga satu garis panduan penjualan arak yang baru dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Dr Hasan berkata keputusan untuk melarang penjualan arak di kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan yang majoriti penduduknya Islam seperti di Seksyen 8 telah diluluskan dalam satu mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini.
MBSA mengambil keputusan itu dan mengambil tindakan atas desakan-desakan para penduduk setempat, katanya.

Dengan perkembangan ini, Dr Hasan berkata Pas Selangor mendesak agar kerajaan negeri serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk digunapakai di seluruh negeri Selangor supaya kontroversi seumpama itu tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Katanya kajian JAIS mendapati kebanyakan pembeli arak di kedai serbaneka yang dibuka sehingga larut malam mendapati ramai golongan muda Melayu daripada peringkat sekolah sehingga institusi pengajian tinggi membeli arak untuk diminum dari pukul 7 malam hingga 12 tengah malam.

Pas juga akan mengemukakan dengan segera draf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasakan di peringkat PBT kepada kerajaan negeri dan juga pakatan pembangkang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata Liu juga telah mempertikai serbuan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya terhadap sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway di mana JAIS telah membuat tangkapan terhadap pengunjung-pengunjung Islam yang meminum arak.
— BERNAMA