Friday, January 30, 2009

Menobatkan seorang wira

Saya percaya ramai yang mengikuti perkembangan kes OKT A.Kugan yang mati dalam tahanan kerana didakwa telah didera oleh anggota polis yang bertugas di balai USJ Taipan. Kes OKT yang mati dalam tahanan kebelakangan ini acapklai kita dengar. Ia pasti suatu perkembangan yang buruk dan sesuatu tindakan yang drastik perlu diambil bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.

Pihak kerajaan perlu memperkenalkan satu grasipanduan baru bagaimana seorang OKT boleh disoal siasat oleh pihak polis yang menahan. Dalam pada itu bagi kes ini mereka yang terlibat perlu diseret ke pengadilan dan jika didapati bersalah perlu menerima hukuman seberat-beratnya. Ini bukan isu perkauman, ini isu seorang OKT yang mati dalam tahanan. Tak kiralah samda ia berbangsa India, Melayu atau Cina, siapa sahaja tidak harus didera apalagi sehingga mengakibatkan kematian ketika ditahan untuk disoal siasat.

Berbalik kepada kes mendiang Kugan ini saya merasakan apa yang perlu ditonjolkan adalah jenayah yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mendiang. Dalam waktu yang sama kita juga perlu didedahkan darihal aktiviti dan tindak-tanduk mendiang sendiri sehingga mengakibatkan beliau tertangkap. Saya bimbang kita menjadikan seorang yang tidak sepatutunya menjadi “wira” sebagai wira tetapi melupakan isu yang juga berat dan serius.

Kalau pun kita perlu menobatkan seorang “wira”, ianya adalah sesiapa sahaja yang mati akibat didera dalam tahanan. Bukan mana-mana individu dan peribadi. Saya mengambil sikap ini setelah membaca tulisan seorang penulis berbangsa India di Malaysiakini yang berbunyi:

Kugan not a hero
Paran Chinniah Jan 29, 09 3:40pm


First and foremost, let me wish the family of the late A Kugan my deepest condolences. They have lost a son, in a way that no one should. Their loss is irreplaceable. Period.

Having said that, Kugan is not a hero. I think people should stop making him look like an innocent person victimised by police brutality.

I agree that a life has been brutally snatched away and probably by the police, but that is the only point of argument here. Not Kugan and not the Indian community.

I can't imagine why politicians and the Indian society at large must turn this whole sad episode to look like a hero of our community has been killed. Kugan was arrested as a suspected car thief, and according to reports in the media, he had a criminal record.

Can we take a moment to ask ourselves what crimes has he been involved in before? Or what crimes he could have been capable of?

I'm very sure, a lot of my Indian brothers and sisters who read this will be unhappy and agry with my opinions but I would like to stress that while we all fight for the equal rights of the minorities (Indian, Chinese and Malays included), I am not agreeable to the suggestion of putting up a fight for any criminal.

If Indians fail to shed their image of being involved in crime and other uncivilised activities, no one is going to take us seriously. Ask any rational person if he would rather listen to a guy with a 'colourful' track record or a normal, law-abiding person. The answer will most definitely will be the latter.

Masing-masing masyarakat di Malaysia mempunyai masalah mereka sendiri. Masyarakat Melayu dengan gejala Mat Rempitnya, sumbang mahram, penyalah-gunaan dadah dan lain-lain. Manakala bagi masyarakat India sebagaimana yang cuba dibayangkan oleh Chinniah adalah imej penglibatan dalam jenayah dan perlakuan tidak sivil.

Biarlah kita renung dan tenung isu ini dengan lebih waras dan mendalam. Dalam kes ini pihak polis telah melakukan jenayah besar, maka proses undang-undang perlu dilalui untuk mendakwa mereka, namun dalam waktu yang sama apa yang telah dilakukan oleh mendiang sehingga mengakibatkan beliau ditahan perlu juga didedahkan. Kini beliau telah tiada, tetapi rekod jenayah beliau perlu didedahkan agar ia boleh menjadi iktibar dan bahan kajian untuk memperbaiki masyarakatnya dan Negara keseluruhan.

Jangan sensasikan berita dari sumber kelas sampah

Saya terperanjat apabila membaca salah sebuah akhbar tempatan berhubung penafian seorang EXCO Selangor yang didakwa terlibat dalam kes khalwat. Dakyah jahat itu disebarkan melalui laman web pro Umno iaitu kmu.net. Pihak JAIS turut mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang tangkapan sebagaimana yang didakwa itu.

Saya bersimpati dengan EXCO dari PAS itu tetapi pada pandangan peribadi saya sepatutunya berita palsu itu tidak perlu pun disensasikan (mungkin penafian JAIS sahaja sudah memadai). Laman web fitnah itu memang telah wujud sekian lama tetapi jumlah pengunjungnya saya difahamkan semakin susut dan dah hampir pupus pun. Mengapa perlu kita beri nafas baru kepada mereka?

Kalau kita memberi layanan kepada kelompok “desperado” seumpama ini kelak masa kita hanya akan terbuang dengan memberi seribu satu penafian, naik turun mahkamah sedangkan banyak kerja lain yang lebih bermanfaat yang boleh kita lakukan.

PAS insyallah melahirkan saf kepimpinan yang bersih dan baik akhlak mereka. Tambahan jika mereka itu terdiri dari wakil-wakil rakyat yang sememangnya telah melalui proses penapisan yang detail dari peringkat cawangan ke kawasan sehinggalah ke peringkat Majlis Syura Ulamak. Kalau ada yang terbolos melakukan apa sahaja pelakuan yang mengaibkan Islam, PAS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan. Pernah seorang ahli parlimen dipecat dari parti kerana menyertai majlis tari-menari di parlimen dan seorang ADUN di Kedah dipecat kerana berpakaian tidak sopan.

Dalam erti kata lain “standard” kualiti wakil-wakil rakyat PAS adalah tinggi.

Jadi jika laman web sampah seperti kmu mahu mensensasikan berita separuh tiang seperti ini, pedulikan sahaja mereka. Lainlah jika yang mendakwa itu dari kalangan laman-laman web perdana umpama Malaysia Today, Malaysiakini atau yang seumpamanya.

Ramai yang mungkin tidak bersetuju tetapi bagi saya begitulah, wallahualam.

Thursday, January 29, 2009

Apabila sayap Umno mahu dipotong

Bezanya burung dengan haiwan lain adalah ia bersayap. Rupa bentuk sayap bersalut pelepah bulu yang dijadikan Allah swt itu memungkinkan ia mengangkat dirinya terbang ke udara dan hinggap serta mengimbangi diri dimana sahaja ia kehendaki.

Burung tanpa sayap, akan menjadi makhluk yang terancam. Ia tidak boleh mempertahankan dirinya boleh sahaja ia mati atau dibaham musuh. Itulah peri pentingnya sayap bagi seekor burung.


Justeru apabila Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithaudeen mencadangkan agar sayap Puteri dan Putera Umno dibubarkan bagi mengelak atau menghapuskan gejala politik wang dalam Umno, saya membayangkan Umno sudah semakin hampir kepenghujung hayatnya.

Umpama burung tadi apabila ia sendiri memutuskan untuk mengerat kedua belah sayapnya, maka sudah pasti ia menempah maut, kerana sayap diguna untuk terbang dan menampung kehidupan. Bayangkan apa jenis burung yang rela sayapnya dikudungkan?

Tetapi mungkinTengku Ritahudeen melihat kedua sayap Umno itu sudah berulat, sudah bernanah, ia tidak boleh diselamatkan lagi kecuali dipotong kedua-duanya. Beliau mungkin melihat tubuh Umno lebih baik kudung dari menanggung derita yang dibawa dari kedua sayapnya itu. Kalau tidak dipotong nanti mudaratnya menular sampai ke seluruh tubuh Umno. Nanti Umno jadi lebih kacau, lebih berpenyakit, lebih parah. Sebelum ia mengancam nyawa Umno, lebih baik ia dipotong sahaja.

Teruk sangatkah penyakit dalam Umno?

Kalau tak teruk masakan dicadangkan dikudungkan kedua sayapnya. Biar Umno cari makan cara melompat-lompat di tanah. Walaupun risikonya besar, Umno mungkin lebih terdedah kepada ancaman musuh, sukar menyelamatkan diri, tetapi apa mahu buat, lebih baik begitu dari terus mati kerana memikul sayap yang penuh barah itu.

Demikianlah keadaan Umno. Kepada mereka yang masih berada di dalamnya, fikir-fikirkanlah. Di luar sini kawan-kawan menunggu dengan tangan terbuka. Kita tinggalkanlah tubuh yang parah dan sukar dirawat itu, kita bina harapan baru melalui PAS atau rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Jangan sampai anda kecundang begitu sahaja.

Sunday, January 25, 2009

Lanskap politik negara sedang dilukis semula

Disaat saya menulis posting ini Buletin Utama TV3 mengumumkan yang ADUN Bota, Perak, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR. Ini selang beberapa hari selepas calon PAS Mohd Abd Wahid Endut menewaskan calon Umno Wan Farid sekaligus merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu dari tangan Umno.

Sebelum itu kita sama-sama mengikuti betapa Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Dato Zahar Hashim dan pimpinan Umno bahagian berkenaan menyertai PAS beramai-ramai diikuti dengan lebih 100 ahli Umno di bahagian Umno Kelana Jaya. Dan saya difahamkan seorang lagi Ketua Umno bahagian di Selangor akan turut jejak langkah Dato Zahar.

Apakah yang dapat kita baca dari perkembangan ini semua? Ya kita sedang menyaksikan lanskap politik negara seakan dilukis semula. Perkembangan meninggalkan Umno dari pelbagai peringkat pimpinan ini dijangka berterusan kerana bahtera Umno yang dibina sejak tahun 40an ini ternyata tidak lagi mampu bertahan, ia makin lapuk, makin usang, bocor dan boleh sahaja karam bila-bila masa.

Gambar MStar online
Memang Umno satu ketika dahulu tegap. Diawal zaman penubuhannya anak-anak bangsa yang ikhlas dari pelbagai disipilin khasnya guru-guru dan kakitangan kerajaan berebut-rebut menyertainya kerana mahu bersama memandu wadah perjuangan bangsa, membina negara dan nasib ummah. Umno mendapat dokongan penjajah Inggeris dan diberi pula teraju apabila negara Merdeka. Namun semakin negara dewasa, Umno pun semakin berubah. Dari kepimpinan yang diraih dari kalangan mereka yang ikhlas, Umno menjadi parti “businessman” apabila para peniaga mengambil-alih minat menyertainya.

Akhirnya orang menyertai Umno bukan lagi kerana perjuangan agama, bangsa dan negara tetapi lebih kepada duit, kuasa dan kedudukan.

Orang-orang Melayu kebanyakkan diabai, malah sekadar buah-buah catur untuk digunakan apabila perlu khasnya apabila ada pertandingan dalam parti. Apabila wang menjadi umpan maka segala-galanya adalah untuk nilai sogokan bukan lagi ikhlas dan sukarela. Wang diguna untuk mendapat kuasa, wang diguna untuk membeli pengaruh. Maka segala adab dan nilai bangsa dan agama luntur dan tiada lagi menjadi panduan dan keutamaan.

Kebencian rakyat di luar melihatkan gelagat buruk Umno ini memuncak dan terbakar menjadi dendam dan marah. Umno mesti diajar kerana mereka sudah tidak lagi menepati dasar dan asas perjuangan mereka dahulu. Umno sudah bukan lagi model yang sihat dan baik buat jenerasi mendatang. Umno menjadi kudis, liabiliti dan barah. Kesimpulannya Umno sudah tidak relevan tambahan apabila rakyat mula selesa dan boleh menerima parti-parti alternatif khasnya PAS dan PKR sebagai ganti.

8 Mac 2008 lalu adalah tarikh keramatnya, ini diikuti dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan terbaru Kuala Terengganu. Umno yang dijangka menghadapi pemilihan pucuk pimpinannya pada Mac ini dijangka semakin berpecah belah bahana politik wang. Tikam-menikam dan bunuh membunuh politik sesama mereka dijangka semakin ribut. Rakyat sudah benci dan bosan dan ini akan diikuti pula oleh kalangan ahli-ahli.

Tidak mustahil selepas Nasarudin, Zahar, ramai lagi akan angkat kaki meninggalkan bahtera usang bernama Umno ini. Marilah kita mencorak politik baru dalam negara. Tinggal dan buangkan yang keruh percaya dan terimalah yang jernih, sama-sama kita ungkapkan selamat tinggal kepada Umno.



Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua masyarakat Tionghua dalam negara samada yang bukan Islam mahupun yang Islam. Semoga Tahun lembu jantan 2009 ini akan membawa kebahagian dan kesejahteraan kepada semua dengan izin Allah swt.

Saya pasti jiran saya, dari keturunan baba Melaka dan kawan baik saya seorang Cina Muslim akan bergembira dengan kaum keluarga masing-masing pada hari kebesaran masyarakat mereka termasuklah dua orang YB PAS dari keturunan Tionghua iaitu YB Dato Annuar Tan dan YB Drs Khalil Idham Lim (ADUN PAS Titi Serong, Perak) dan seluruh masyarakat Tionghua tempatan. Tidak lupa Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sdr Hu Pang Chau.

Allah swt berfirman dalam surah al Hujuraat ayat 13:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Gong Xi Fa Cai!

Wednesday, January 21, 2009

Menaruh harapan pada Obama

Ada yang mungkin tidak setuju. Ada yang mungkin tidak berapa berkenan namun saya secara peribadi menambatkan keyakinan pada Presiden AS yang ke 44, Barack Hussien Obama yang saya yakin berupaya menjalin hubungan yang lebih bermakna dengan negara dan dunia Islam. Semasa ucapan sulung beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang baru Obama berkata:

Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama

Saya rasa beliaulah Presiden AS yang pertama yang meletakkan keutamaan kepada menjalin hubungan seumpama ini dengan negara Islam.



Dalam kita memikul kemelut Palestin dan ketidak-tentuan di Afghanistan, Iraq dan negara-negara umat Islam yang lain yang berkonflik, Obama membawa harapan baru buat umat Islam. Beliau kelihatan mahu menjauhkan dirinya dari terus bertembung dengan dunia Islam, sebaliknya berjanji akan meneroka jalan-jalan baru demi kebaikan sejagat.

Beliau mungkin benar demikian, atau beliau mungkin akhirnya akan menjadi Presiden umpama Bush juga, itu tidaklah kita ketahui. Tetapi dari segi perawatakan dan ucapan-ucapan beliau, kita dapat menjangkakan yang Obama mahu mengasingkan diri dari sikap konvensional Presiden AS yang sebelumnya yang sering memandang negatif terhadap umat Islam.

Mungkin darah Islam yang beliau warisi dari bapak kandungnya Allahyarham Hussien Obama bakal menginsafkan beliau dan mendorongnya untuk mengambil langkah bagi menyelesaikan konflik yang melibatkan bumi dan umat Islam seluruh dunia.

Sesunggunya di dunia hari ini, kiranya AS tidak berpihak kepada mana-mana, berlaku adil terhadap rakyatnya dan rakyat dunia yang lain, nescaya tiadalah konflik dan pergeseran yang membunuh ribuan umat yang tidak berdosa. AS dilihat sebagai “big bully” apabila ia menyondol apa sahaja yang berada di hadapannya dan terus-terusan memeluk dan mendakap regim haram Israel.

Obama mungkin nanti tidak sebagaimana yang kita harapkan, namun tiadalah salah bagi kita untuk menaruh harapan. Yang lainnya kita serah pada Allah swt. Semoga Obama berjaya mengotakan segala yang dijanjikannya itu.

Tuesday, January 20, 2009

BN tidak pernah mahu belajar

Umno baru sahaja ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Kebencian dan kebosanan rakyat terhadap tindak-tanduk dan pendekatan mereka sehingga mengakibatkan mereka ditolak terang-terangan begitu sahaja sewajarnya dikaji dan diteliti oleh bijak-pandai mereka. Itupun kalau mereka mahu terus wujud dalam arus perdana politik negara.

Tetapi tidak, rupanya mereka tidak pernah serik-serik dan seakan mengundang bala yang lebih besar dan terus bakal dihukum rakyat. Terbaru Menteri di JPM Zahid Hamidi mengeluarkan suatu arahan yang bagi saya sangat cetek dan pasti menerima reaksi negatif dari rakyat jelata. Daripada Ipoh MStar melaporkan:

Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta. Hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.

Dan negeri-negeri yang dimaksudkan itu tidak lain melainkan negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Perak, Pualu Pinang, Selangor dan Kelantan. Zahid menambah:

Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut.

Jelas kerajaan BN Pusat bertanggungjawab terus dalam memecahbelahkan perpaduan rakyat dan berpolitik sehingga mewujudkan kerajaan dalam kerajaan sekaligus mempersetankan sistem federalisma yang kita dukung selama ini. Sikap BN ini akan mengakibatkan terbantut dan terganggu hubungan Pusat dan negeri khasnya di lima-lima buah negeri ini. Baru beberapa hari lepas DYMM Sultan Kedah dalam titah Tuanku memuji hubungan baik antara negeri Baginda dengan kerajaan Pusat!

Mengapa kita tidak boleh bersatu dalam hal-hal kepentingan negeri dan negara walaupun kita berbeza fahaman politik? Tidakkah kita boleh insaf dan ambil iktibar dari betapa ruginya rakyat di bumi Palestin apabila Fatah dan Hamas tidak boleh bersatu demi negara Palestin?!

Mesej dari Kuala Terengganu saya yakin begitu jelas buat semua. Tetapi sikap Zahid ini membuktikan yang mereka tetap terus angkuh dan sanggup mencabar kesabaran rakyat. Kesimpulannya bersedialah untuk menerima bahana kemarahan rakyat.

Monday, January 19, 2009

Ku Li hina Umno, tak mengapa

Setelah menang dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat mengeluarkan pesanan agar orang-orang PAS jangan mengeluarkan kenyataan sehingga menyingung perasaan pihak lawan. Demikianlah baiknya asuhan pimpinan PAS terhadap ahli-ahlinya.

Tetapi bagaimana pula sesama Umno?

Dalam akhbar The Sun hari ini, ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kekalahan BN itu merupakan satu penghinaan tiga kali berturut-turut dalam tempoh 10 bulan terhadap Umno. Tiga kali yang dimaksdukan beliau itu bermula dari PRU ke 12 pada 8 Mac tahun lalu, PRK Permatang Pauh dan kini Kuala Terengganu.

Kata Ku Li lagi keputusan KT memberi mesej bahawa rakyat menolak Umno yang ada sekarang serta kepimpinannya. Malangnya kata beliau walaupun berkali-kali diingatkan oleh rakyat namun Umno tetap tidak berubah atau memberi sebarang respon.

Tambah beliau di KT Umno tewas dengan majoriti besar di kawasan majoriti Melayu dan ini meletakkan tandatanya adakah Umno masih relevan pada orang-orang Melayu? Jika Umno sudah tidak relevan pada orang-orang Melayu, kata Ku Li, maka formula BN telah berkubur!

Saya yakin kenyataan pedas Ku Li ini pasti menguris hati rakan-rakannya dalam Umno terutama mereka yang berada diteraju kepimpinan peringkat tertinggi. Bagi Ku Li barangkali kenyataan kontrversial ini perlu dikeluarkan kerana beliau mahu melihat Umno terus kekal hidup. Kerana beliau bukan PAS maka teguran Tok guru itu tidak terpakai terhadapnya. Apa pun kita mengharapkan kenyataan itu mampu mengetuk pintu hati rakan-rakannya dalam Umno agar berfikir dengan panjang dan masak.

Kalau Umno sudah tidak relevan, bagaimana?

RM1 juta melalui Yayasan Amal buat rakyat Palestin di Gaza

Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyumbangkan sejumlah RM1juta untuk disalurkan bagi meringankan beban saudara-saudara Islam kita yang sedang menderita akibat kekejaman regim haram Zionis di bumi Palestin khasnya di Gaza. Menurut laporan sumbangan bagi Asnaf Fisabilillah ini akan disampaikan sendiri oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Yayasan Amal Selangor, NGO Islam yang akan dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan bantuan ini terus ke bumi Palestin.







Sebelum pun sumbangan ini diluluskan rombongan pertama Yayasan Amal telah pun tiba di bumi Palestin diketuai oleh Presiden Yayasan dan sahabat saya YB Dr Abd Rani Osman, ADUN Meru, Selangor serta rombongan.

Bantuan yang walaupun kecil ini mudah-mudahan akan dapat membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita itu. Dan semoga sahabat-sahabat kita dari Yayasan Amal yang berada di sana akan selamat sepanjang mereka berada di sana.

Terima kasih LZS dan kerajaan negeri Selangor. Syabas Yayasan Amal.

Sunday, January 18, 2009

Apakah implikasi KT terhadap Najib dan Umno?

Menang dalam satu-satu pilihan raya kecil bagi parti pembangkang bukanlah suatu tugas yang mudah malah kadangkala ia hampir mustahil. Bayangkan keseluruhan jentera kekuatan parti pemerintah yang tidak pernah bertanding mengikut peraturan itu, akan ditalakan ke arah jentera pembangkang yang kecil dan serba kekurangan. Seingat saya kali terakhir PAS menang dalam pilihan raya kecil Parlimen adalah pada tahun 1998 apabila Ustaz Hashim Jasin menang di parlimen Arau mengalahkan Ismail Kassim.

Tetapi dalam politik tiada yang mustahil.

Cuma apabila Umno/BN kalah dalam pilihan raya kecil terutama apabila berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu PAS, sudah barang tentu di sana ada suatu kesilapan dan kesalahan besar yang telah ia lakukan. Apakah faktornya di Kuala Terengganus ehingga Umno tewas dalam kerusi miliknya?

Jentera BN diketua baka Presidennya Najib Tun Razak, walaupun calonnya Wan Farid, tetapi Najib dilihat sebagai teraju BN di KT. Apa yang tidak Najib katakana terhadap PAS di KT, apa yang tidak Najib janjikan kepada para pengduni di KT, hakikatnya yang bertanding dan bertempur adalah Najib lawan PAS bukannya Wan Farid lawan Wahid.

Oleh itu apabila BN kalah, siapakaha lagi yang paling wajar dipersalahkan jika tidak Najib, selain Wan Farid, jentera BN dan faktor-faktor lain.

Kata Najib kekalahannya di KT tidak bermakna sokongan terhadap pembangkang (PAS dan PKR) meningkat. Kata Najib lagi keputusan KT ini tiada impak terhadap lanskap politik negara. Betulkah begitu?

Bukankah kemenangan PAS ini menandakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat meningkat kerana KT ini dulunya kerusi Umno tetapi dimenangi PAS? Jika tidak meningkat sudah pasti yang menang Umno bukan PAS! Benarkah kemenangan di KT ini tiada impak terhadap lanskap politik negara atau ia nanti akan melihat suatu perubahan besar dan menggemparkan berlaku?!

Bagi saya kemenangan di KT ini adalah satu isyarat kemerosotan dan tidak mustahil dengan izin Allah swt “signal” kejatuhan BN dan Umno. Jika PRU ke 12 lalu adalah tsunami politik terhadap BN apabila hilang majoriti duapertiga di Dewan Rakyat dan hilang kuasa di 5 buah negeri, kemenangan berganda di Permatang Pauh dan kini KT bagi Pakatan Rakyat adalah manifestasi kesediaan rakyat untuk menerima perubahan, dan apakah lagi perubahan paling besar dalam negara selain kesediaan untuk melihat BNdan Umno digantikan oleh satu gagasan politik baru di Malaysia!

Bagi saya itulah terjemahan yang sebenar terhadap sikap para pengundi dan rakyat yang ditunjukkan di Peramatang Pauh dan kini KT. Oleh itu bagi rakan-rakan khasnya dalam Umno, inilah masa yang paling sesuai bagi anda semua untuk melakukan muhasabah dan memikirkan semasak-masaknya. Najib bakal dinobatkan sebagai Presiden Umno dan PM pada bulan Mac ini, dalam erti kata lain Jeneral baru yang akan mengetaui bala tentera BN dan Umno, tetapi dalam dua peperangan kecil berturut-turut beliau tewas, bukan pada kadar atau skala kecil tetapi tewas teruk! Yakinkah anda yang beliau nanti mampu memimpin Umno dan BN?

Pemimpin diukur dari segi rekdo kini rekod Najib dalam dua pilihan raya kecil berturut-turut boleh ditontoni rakyat. Tidakkah ini mencerminkan masa depan yang kabur dan mungkin gelap bagi Umno? Rakyat mahukan perubahan dan ia ditegaskan tanpa segan-silu dan takut di Permatang Pauh dan kini di KT. Lalu tunggu apa lagi. Perjuangan untuk membela bangsa, agama dan negara harus diteruskan, tetapi bukan melalui bahtera yang nakhoda dan kapalnya sudah “kluk klek” dan hampir karam.

Demi bangsa, agama dan negara ayuhlah kita bersatu di bawah nakhidan dan bahtera yang semakin disenangi dan diterima rakyat. Pakatan Rakyat meniti dibibir dan hati sanubari rakyat jelata kini. Keluarlah barisan masuk bulatan, kami sedia meneriam anda semua. Biarkan Najib dan rakan-rakan tinggal dan karam sebagai bahan bahan dalam lipatan sejarah.

KT: Tewas kawasan Tionghua menang besar kawasan Melayu

PAS memang mengharapan undi masyarakat Tionghua di Kuala Terengganu untuk memihak kepadanya. 8,735 pengundi Tionghua yang berdaftar di parlimen Kuala Terengganu walaupun kecil bilangannya dari jumlah 80,229 pengundi keseluruhan, tetapi ia seakan penentu dalam emenangkan aman-mana calon di kawasan ini.

Selain memberi tumpuan ke kawasan yang majoriti Melayu, tenaga bantuan dari PKR dan DAP disumbangkan untuk meraih sokongan masyarakat ini yang tertumpu di DUN Bandar. Saban hari rakan-rakan ini termasuk dari NGO dan para bloggers bertumpu ke sana. Malah ada yang berkampung di sana. Apabila menyedari hakikat ini BN turut memberikan tumpuan malah mengalihkan tenaga mereka ke sana juga. TPM dan MB serta para Menteri dan EXCO naik-turun ke Kampung Cina, Kampung Tiong, Pulau Kambing untuk membeli sokongan.



Selang beberapa hari sebelum mengundi MB terengganu menjanjikan ratusan ke sebuah tokong di kawasan ini. Konsert dan opera Cina dipersembahkan saban malam di sekolah dan dewan-dewan Cina.

Takdir Allah swt BN menang di kawasan-kawasan ini. Malah menurut laporan undi masyarakat Tionghua bertambah jumlahnya ke arah BN berbanding pilihan raya umum lalu. Keputusan terperincinya menunjukkan:

Kampung Cina 82.6% Cina BN 1,125 PAS 668 (majoriti 457)
Pulau Kambing BN 1,223 PAS 958
Pejabat Bandaran BN 861 PAS 681
Paya Bunga BN 969 PAS 759

Begitulah perancangan Allah swt. Tetapi walaupun PAS gagal mengatasi BN di kawasan-kawasan ini, Allah membuka hati masyarakat Melayu untuk “Swing” ke arah PAS. Kalau mereka gagal di kawasan Tionghua kerana asakkan BN, rupanya apabila BN mengalihkan tumpuan ke kawasan Tionghua, orang Melayu beralih ke PAS!

Apa pun faktor kekurangan sokongan di kawasan-kawasan Tionghua ini banyak sebabnya. Antaranya sebagaimana yang disebutkan adalah asakkan BN. Malah asakkan itu sampai keperingkat ugutan. Selain itu ramai pengudi Tionghua dari luar Terengganu yang dianggarkan mewakili 20% tidak pulang mengundi kerana selang beberapa minggu lagi mereka akan turun pula untuk perayaan Tahun Baru Cina.

Oleh itu sumbangan tenaga rakan-rakan dari PKR dan DAP khasnya tetap bermakna walaupun mungkin belum lagi berjaya sepenuhnya. Yang penting strategi memberi tumpuan ke kawasan ini mengakibatkan BN gelabah sehingga mengabaikan pengundi Melayu. Saya difahamkan dari seorang rakan wakil media antara yang besar bilangannya mengundi PAS dikalangan pengudni-pengundi Melayu adalah anak-anak muda, mungkin kerana telah bosan dengan taktik BN.

Kesimpulannya terima kasih daun keladi kepada semua. Kita mengharapkan PRU akan datang keempat-empat dun dalam kawasan ini termasuk DUN Bandar akan jatuh ketangan kita.

KT: Pabila datang pertolongan Allah dan kemenangan

Tak ada kata dan bahasa yang boleh membayangkan betapa gembira bercampur sebak hati ini apabila menerima berita kemenangan calon PAS di Kuala Terengganu semalam. Saya percaya inilah juga perasaan semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil ini.







Sesungguhnya kemenangan ini sangat manis dan bermakna dalam perjuangan PAS. Manis kerana setelah melalui pahit-getir, penat-jerih perjuangan Allah redha dan menganugerahkan kemenangan ini. Bermakna kerana kemenangan ini adalah “signal” bahawa Umno dan BN semakin tidak relevan dan PAS serta PR semakin senang dan tenang diterima oleh rakyat.

Bertasbihlah kita dan mengucap syukur ke hadrat Allah swt, kerana Dia dan hanya Dia yang memberikan kemenangan ini kepada kita. Dalam suasana ini juga masa yang paling ideal untuk kita bertaubat dan kembali kepangkuan Nya. Kita manusia mungkin silap, mungkin salah perhitungan, mungkin lalai dan terlupa, kemenangan ini seharusnya menginsafkan kita dan ayuh kembali bernaung di bawah kebesaran Nya.

Di Kuala Terengganu saya melihat wajah-wajah ikhlas dan bersemangat, bekerja untuk memenangkan perjuangan ini. Saya melihat sukarelawan PAS dari segenap pelusuk negara, ada yang saya kenal dan ramai yang tidak saya kenal, menginfaqkan diri untuk memenangkan PAS. Mereka tidak kisahkan dimana mereka akan tidur, dimana mereka akan makan-minum dan berihat, yang mereka tahu mahu turun membantu PAS sebolah mana kemampuan mereka.

Saya melihat anak-anak muda yang bersemangat, membawa bendera, mengenakan t shirt, menggagahkan diri dalam panas kerana mahu PAS menang, Saya melihat adik-adik dan kakak-kakak serta para ibu yang juga begitu, yang penting Hj Wahid Endut yang mewakili PAS mesti menang. Entah siapa yang mengeluarkan belanja buat mereka, tetapi pasti mereka berdikari dan tidak meminta-minta.

Begitu juga saya melihat rakan-rakan berbangsa Tionghua dan India dari luar dan dalam Terengganu berasak-asak kerana turut mahu memberi saham kepada kemenangan calon PAS. Para bloggers yang setia di belakang RPK contohnya bekerja sepanjang tempuh berkempen dengan belanja sendiri kerana mahukan kemenangan ini.

Lalu apabila Allah kurniakan pertolongan Nya semalam, saya merasakan mereka inilah yang sewajarnya diberikan tabik hormat oleh pimpinan PAS. Mereka yang namanya mungkin tidak dikenali, tetapi mereka mengenali PAS dan pimpinan PAS kekadang lebih dari sanak-saudara mereka sendiri. Mereka inilah ejen penyumbang kea rah kemenangan yang direncanakan oleh Allah swt ini.

Syabas dan terima kasih kepada semua. Kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP, kepada semua. Memang kemenangan ini manis dan bermakna. Mari kita terus bekerja sehingga matlamat perjuangan sebenar kita tercapai, insyallah.

Benarlah firman Allah swt:

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah).Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

(An Nasr 1-3)


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar!!!



(# Tidak lupa saya yakin penytertaan Kapt (B) Dato Zahar Hashim dan rakan-rakan serta lebih 100 orang ahli Umno di USJ1, Subang Jaya ke dalam PAS turut menyumbang serba –sedikit ke arah menyemarakkan kemenangan ini, terima kasih)

Saturday, January 17, 2009

Update dari Kuala Terengganu.

Alhamdulillah saya selamat sampai ke KT petang tadi. Ternyata suasana di KT semakin meriah. Kenderaan dari luar mula memenuhi bandaraya ini. Lalulintas semakin sesak, yang ketara para peniaga memprolehi bilangan pelanggan yang luarbiasa hasil dari KT menjadi tumpuan.

Saya menghubungi rakan-rakan dari media. Masing-masing masih memberi bacaan 50-50, samada PAS atau BN. Memang mereka akui dari sudut persiapan dan logistik BN mendahului PAS, tetapi apakah ianya boleh diterjemahkan kepada undi, belum tahu.

Sejurus selepas maghrib saya perhatikan petugas-petugas PAS mula memberi tumpuan kepada persiapan pondok-pondok panas. Ternyata semangat para petugas kita semakin membara ditambah dengan sokongan dan dokongan kental dari rakan-rakan dari PKR dan DAP serta rakan-rakan NGO yang lain.

Saya dan kawan-kawan makan malam di sebuah restoran di Wakaf Mempelam. Apabila tiba ke restoran tersebut, sebagaimana restoran-restoraan lain diseluruh KT, ia penuh sesak dengan pelanggan. Saya perhatikan sebuah meja panjang di “reserve” siap dengan hidangan, cuma tempat duduknya masih kosong. Saya menyangkakan mungkin ia di “reserve” untuk pimpinan atau petugas BN.

Rupa-rupanya ia dikhaskan untuk para bloggers yang dipimpin oleh Raja Petra dari Malaysia Today. Para bloggers ini rupa-rupanya telah berada di KT sejak selepas penamaan calon lagi memberi tumpuan khusus kepada para pengundi bukan Melayu di DUN Bandar. Yang meraikan mereka pada malam itu adalah YB Dr Dzul, Hj Yahya Ali dan lain-lain.

Ketika berbincang dengan Raja Petra, beliau begitu optimistic yang para pengundi bukan Melayu kali ini akan memberikan undi kepada PAS. Beliau siap memberikan beberapa hasil analisa rambang yang dilakukan oleh “team” beliau sepanjang berada di KT. Kini terpulanglah kepada para pengduni Melayu untuk memainkan peranan mereka.

Apa-apa pun sama-samalah kita tunggu esok.

Dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan satu perkara aneh menarik perhatian saya. Dalam kesesakan lalu-lintas itu saya perhatikan tiada satu pun kenderaan yang lalu-lalang, samada kereta atau motosikal yang mengibarkan bendera BN atau Umno. Yang nampak cuma bendera bulan dan kadakangkala bendera Keadilan. Adakah ini bermakna PAS punya harapan cerah esok?

Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Apa pun saya perhatikan para petugas kita terus bertungkus-lumus di pos masing-masing. Mudah-mudahan mereka ini terus diberikan kekuatan untuk menghadapi hari terakhir esok dan seterusnya menempah kemenangan buat perjuangan ini.

Thursday, January 15, 2009




Kuala Terengganu di “round” terakhir

Semalam saya sempat bertemu dengan seorang kawan lama berbangsa Tionghua. Beliau seorang veteran, peniaga yang berjaya dari Kelang dan pernah menjadi ahli MCA, Saya dan keluarga mengenali beliau lebih 20 tahun kerana pernah terlibat dalam industri penternakan satu ketika itu.

Tidak lama kami berbual terus sahaja menyentuh isu pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Ternyata rakan-rakan kita dari masyarakat Tionghua begitu prihatin dalam hal-hal politik dan mereka tidak segan-segan untuk menyatakan sokongan dan pendirian mereka terhadap satu-satu isu seccara terbuka. Ini mungkin kerana mereka memperolehi pendedahan yang lebih meluas oleh kerana media khasnya media cetak bahasa mereka lebih banyak dan kandungannya lebih terbuka dan berani, Tidak dinafikan mereka juga merupakan masyarakat pembaca.

Kata kawan saya itu masyarakat Tionghua di Kuala Terengganu berkemungkinan akan memihak kepada calon PAS. Antara faktornya menurut beliau, TPM Najib Tun Razak yang mengetuai jentera BN di sana kelihatan begitu agresif dan keras, kadangkala melampau. Masyarakat Tionghua boleh terima kehadiran beliau sebagai TPM tetapi apabila pendekatan beliau terlalu egoistik, angkuh dan besar kepala, mereka tidak dapat menerima dan mungkin juga benci.

Beliau juga menyebut Najib punya rekod peribadi yang diketahui oleh masyarakt Tionghua (yang saya tidak cadang menghuraikannya di sini), ternyata pemimpin seperti ini tidak layak memimpin negara.

Ternyata walaupun yang bertanding di Kuala Terengganu itu Wan Farid dan Hj Wahid serta seorang calon bebas, tetapi tumpuan lebih terhadap Najib. Maklumlah inilah manusia yang jika ditakdirkan Allah tiada perubahan berlaku, bakal menerajui negara pada bulan Mac nanti. Lalu apa sahaja yang beliau lakukan sudah tentu menjadi tumpuan dan perhatian ramai.

Dari perbualan kami saya dapat membaca bahawa PAS kini sudah tidak menjadi masalah kepada masyarakat Tionghua lagi, tidak barangkali seperti 20-30 tahun lalu. Rakan saya ini boleh terima calon PAS dan malah senang hati dengan penampilan calon PAS di Kuala Terengganu itu.

Saya mengharapkan ini petanda yang baik bagi PAS dan saya mendoakan semoga jika benar bacaan kawan saya itu, masyarakat Tionghua yang terdiri dari para pengundi di Kuala Terengganu akan keluar beramai-ramai mengundi calon PAS pada hari Sabtu nanti.

Dan bagaimana pula dengan pengundi Melayu?

Saya sesungguhnya menaruh harapan yang tinggi terhadap pengundi Melayu. Pengundi Melayu di Kuala Terengganu tanpa banyak kira bicara telah dengan berani mengundi Allahyarham Dato Onn Jaafar (Parti Negara) dan Allahyarham Hasan Adli (PAS) dalam pilihan raya 1959 bagi kerusi KT Utara dan Selatan. Bayangkan Dato Onn , anak Johor yang telah menyumbang jasa dan khidmat pada bangsa dan tanahair, pejuang kemerdekaan yang ditolak dan ditendang oleh Umno, diterima sebagai bintang oleh anak-anak Kuala Terengganu pada tahun 1959!

Begitu juga jangan kita lupa bahawa pengundi di Kuala Terengganu telah dengan berani melawan arus, mengundi Dato Manan Osman pada tahun 1990 yang bertanding atas tiket Semangat 46.

Dengan sejarah yang sedemikian saya tidak nampak mengapa pengundi Melayu Kuala Terengganu hari ini tidak dapat memilih dan mengangkat calon PAS Hj Mohd Abdul Wahid Endut, yang mempunyai latarbelakang dan rekod cemerlang, yang berjuang untuk memartabatkan Islam, sebagai wakil parlimen mereka pada Sabtu ini. Jika sinergi antara pengundi Tionghua dan Melayu serta pengundi India yang kecil bilangannya itu dapat disedar dan digerakkan, insyallah suatu gelombang besar akan berlaku di Kuala Terengganu Sabtu ini.

Kini di babak penghujung ini, disamping terus bekerja ke tahap maksima, jangan sekali-kali kita lupa mengadu pada Allah swt, perbanyakkanlah solat hajat dan berdoa agar diberikan Nya kemenangan pada kita Sabtu ini. Wang, sogokkan dan tekanan telah dan bakal digunakan, tetapi tidak siapa berkuasa menolak kemahuan Allah swt.
Perkenankanlah hajat kami Ya Allah.

Tuesday, January 13, 2009

Hudud dan Kuala Terengganu

Penjelasan yang dibuat oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bahawa hukum hudud jika dilaksanakan dalam negara hanya akan diwajibkan ke atas umat Islam manakala yang bukan Islam punya pilihan telah menjelaskan keadaan dan meredakan kritikkan yang tidak berasas terhadapnya. Dato Seri Anwar Ibrahim pun telah menjelaskan pendirian PKR sekaligus menenangkan suasana.

Sebenarnya apa yang tidak diketengahkan oleh para pengkritik dan mereka yang menentang perlaksanaan hukum jenayah syariah Islam ini adalah bahawa ianya jika pun berjaya dilaksana hanya akan menjadi realiti setelah melalui proses demokrasi yakni dengan persetujuan ramai. Ianya tidak dapat dilaksana kecuali dengan persetujuan ahli-ahli dewan diperingkat negeri dan diperingkat pusat. Kalau rakyat menentang ia tidak dapat dilaksana. Kelantan dan Terengganu telah pun meluluskannya namun tidak terlaksana sebab ketiadaan sokongan diperingkat pusat.

Proses perundangan menurut kaedah yang telah kita terima pakai perlu dilalui sebelum ia dapat terlaksana. Ia tidak terlaksana sekadar melalui tekanan dan tuntutan PAS semata-mata, tetapi melalui mandat rakyat dalam sistem demokrasi yang kita amalkan.

Bagi umat Islam tanpa mengira fahaman politik hukum ini adalah wajib dan jika ada usaha ke arah perlaksanaannya tidak kiralah oleh PAS atau Umno atau sesiapa sahaja, ia wajib disokong maka barulah hukum ini dapat dikuatkuasa dan kalau mengikut kenyataan Presiden PAS, jika PAS yang menerajuinya, maka ia akan jatuh wajib hanya ke atas umat Islam sahaja.

Lalu segala-galanya terletak atas kita. Jika kita akur dan faham maka mudahlah kita bersetuju dan memberi sokongan. Jika tidak PAS dan badan-badan serta NGO Islam yang lain saya percaya akan terus berdakwah dalam usaha memberikan kefahaman kepada rakyat.

Bagi masyarakat bukan Islam, jaminan yang diberikan oleh Presiden PAS itu sepatutnya meyakinkan mereka bahawa segala tohmahan dan momokkan mereka yang anti perundangan Islam ini tidak berasas sama-sekali. Sekarang inipun kita tahu bahawa negara mengamalkan dualisma perundangan. Mahkamah sivil membicarakan semua rakyat Malaysia dan dalam hal-hal tertentu khasnya perkahwinan dan cerai hanya melibatkan yang bukan Islam. Manakala mahkamah syariah negeri-negeri yang menguatkuasakan undang-undang pentadbiran Islam negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan hanya melibatkan umat Islam dan dalam kes-kes tertentu mereka yang ada urusan dengan hal-hal Islam khasnya dalam kes murtad.

Oleh itu tidak berbangkit perlunya mahkamah dan sistem perundangan baru kerana yang sedia ada sudah boleh terpakai.

Pokoknya mahu atau tidak kita pada perlaksanaan sistem keadilan Islam itu, PAS sebagai sebuah parti Islam akan terus memperjuangkan untuk memartabatkan sistem ini, suatu perjuangan yang sepi dalam kamus politik Umno. Umno sekadar berpuas hati dengan apa yang ada tanpa menunjukkan minat atau mengambil apa-apa inisiatif untuk menerapkan
sepenuhnya sistem keadilan Islam sebagaimana yang dituntut ke atas kita sebagai seorang Muslim. Buktinya apabila sahaja berbangkit isu hudud, Umnolah yang akan gelabah, melatah dan meracau, sedangkan sepatutnya sebagai pejuang agama, bangsa dan negara mereka sepatutnya bersama menyokong dan memperjuangkannya.

Tetapi apa yang sering berlaku, Umno akan memilih untuk melaga-lagakan PAS samada dengan masyarakat bukan Islam mahupun dengan sesama masyarakat Islam. Lantas hakikatnya Umnolah yang menggagalkan usaha memartabtkan sistem dan perundangan Islam ini sehingga ia gagal terlaksana sampai kini. Demikianlah besarnya sumbangan Umno terhadap kegagalannya.

Oleh itu jika benar kita ikhlas mahu melihat Islam kembali ke tapaknya yang asal, yang memimpin dan memberi keadilan kepada ummah, maka kita tiada pilihan lain selain memilih untuk bersama PAS dan meninggal serta menggagalkan Umno, apabila sahaja kita punya peluang dan kesempatan. Kini yang paling berpeluang adalah para pengundi di parlimen Kuala Terengganu, bangkitlah dan pilih untuk memartabatkan Islam. Undilah PAS.

Monday, January 12, 2009


Pilihan Roslan SMS Corner

Azalina kata PAS tamak

Lama sudah tak dengar Azalina Othman bersuara. Tambah dalam pertandingan pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Menteri yang naik dalam kepimpinan Umno melalui bantuan Tun Dr Mahathir dahulu akhirnya kedengaran juga suaranya. Kata beliau sebagaimana dilaporkan NST, calon PAS YB Mohd Abd Wahid Endut sepatutnya jangan tamak. Beliau sudah ada kerusi DUN Wakaf Mempelam, mengapa perlu mahu rebut kerusi parlimen pula.

Sekali imbas, nampak macam bijak kenyataan Azalina itu, malangnya kalau diteliti, ternyata kenyataan itu sebenarnya dangkal dan bagaikan meludah ke langit tertepek ke mukanya yang masih bujang itu.

Kalau itulah hujah Azalina, kenapa calon Umno Wan Farid perlu bertanding dalam pilihan raya kecil ini? Bukankah beliau sudah menjadi ahli Dewan Negara, lebih baik tumpukan tugas beliau sebagai Senator, mengapa perlu lepaskan yang ada dan berebut pula yang belum pasti, tidakkah tamak juga itu namanya?

Azalina lupa hanya beberapa bulan lalu, BN/Umno melakukan perkara yang sama di pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tidakkah calon BN/Umno ketika itu, Ariff Shah merupakan seorang ADUN, beliau dicalonkan oleh Umno untuk bertanding kerusi dalam pilihan raya kecil itu. Tidakkah itu juga tamak namanya? Kenapa kalau PAS laku ia dipanggil tamak tetapi bila Umno tidak?

Azalina agaknya lupa pada kawan karib beliau di Sabah. Pairin Kitingan bukankah Timbalan Ketua Menteri Sabah dengan memenangi kerusi DUN Tambunan dan dalam waktu yang sama juga ahli parlimen Keningau atas tiket BN. Tidakkah Pairin juga tamak?

Tak semestinya bertanding dua kerusi tamak namanya sebagaimana Tuan Guru Hj Abd Hadi, Guan Eng, Tan Sri Khalid, Ramasamy dan Teresa Kok. Masing-masing tanding dan menang dua kerusi DUN dan Parlimen. Yang penting mereka bijak membahagi masa dan mampu menyumbang. Azalina pun boleh kalau mahu jadi Menteri, ahli parlimen, ADUN dan Ketua Wanita Umno sekali, sapu semuanya, kalau mampu bukan tamak cuma barangkali bagi jawatan Ketua Wanita Umno Azalina belum berani lagi sebab lazimnya yang memegang jawatan ini mestilah seorang yang sudah berumah tangga keran itu jawatan ini dahulu dikenali sebagai Ketua Kaum Ibu.

Saya cadang Azalina bertanding Ketua Pemuda………………………silap-silap kecundang KJ???

Kebajikan siapa yang Umno jaga?

Dari Kuala Terengganu bakal Presiden Umno, Najib Tun Razak dengan megah berkokok bahawa BN tidak perlu mengisytiharkan atau melabel negara ini sebagai Negara Berkebajikan kerana sesungguhnya BN menjaga kebajikan semua lapisan rakyat sejak lahir hingga ke liang lahad. Beliau berkata:

''Tak payah buat label kerana hakikatnya kita memang sudah negara kebajikan. Tak payah nak kata nak perjuangkan negara kebajikan kerana Malaysia di bawah pimpinan Abdullah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) amat-amat cakna kepada kepentingan rakyat.

Terpulanglah kepada Najib. Tetapi hakikatnya slogan “Negara Berkebajikan” yang diperjuangkan oleh PAS khasnya pada pilihan raya umum yang lalu merupakan penyumbang utama terhadap kejayaannya dalam merebahkan calon-calon Umno di seluruh negara. Jika benar Umno telah sekian lama memperjuangkannya, mengapa rakyat tidak yakin dan mengapa rakyat lebih cenderung kepada apa yang mahu dibawa PAS?

Benarkah nasib dan kebajikan rakyat terbela selama Umno menjadi teraju dalam negara dan negeri-negeri?

Rakan komponan BN aiaitu TV3 sendiri popular dengan siri “Bersama mu” nya yang mendedahkan kesusahan dan keperitan anak-anak bangsa di buminya sendiri, mengapa ia masih beaku kalau kebajikan rakyat benar-benar merupakan agenda Umno dari lahir ke liang lahad?

Kalau boleh kita ulangi di sini antara ciri-ciri Negara Berkebajikan yang mahu diperjuangkan PAS adalah:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah “guardian” atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Kalau kebajikan yang dimaksudkan Najib sekadar menyogok wang dan imbuhan semasa kempen pilihan raya atau kempen pemilihan Umno, beri basikal, beri beras, beri kain, beri kontrak, beri wang dan seumpamanya jelas ia jauh sama-sekali dari konsep “Negara Berkebajikan” yang diperjuangkan PAS.

Biar negara ini menjadi selesa untuk rakyatnya hidup, dapat beribadat dengan tenang, dapat beroleh pendapatan, gaji dan upah yang setimpal. Yang penting hidup sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat itulah perjuangan Negara Berkebajikan PAS, sesuatu yang jauh berbeza dari konsep dan pemahaman Najib. Kita tidak mustahil boleh menuju ke situ dengan syarat kita menolak Umno dan memberi ruang dan tapak kepada PAS.

Undilah PAS di Kuala Terengganu.

Sunday, January 11, 2009

TV3 layak menjadi anggota komponan BN




Saban hari sejak hari penamaan calon sehingga malam ini saya perhatikan TV3 khasnya melalui siarana Buletin Utama jam 8.00 malamnya, telah benar-benar bertindak bagaikan ejen kempen pilihan raya Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Rupanya semakin lanjut usia TV swasta ini (25 tahun 2009 ini) semakin condong ia ke arah BN menjilat dan menjadi alat propaganda BN, bagaikan parti komponan BN pula lagaknya.

Saya menyatakan ini kerana sejak tanggal 8 Mac lalu kita saksikan TV swasta yang lain termasuklah Bernama nampaknya lebih seimbang, kalau tidak pun adil sepenuhnya, memberi juga ruang kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah, Pualau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan disamping terhadap aktiviti ahli-ahli parlimen PR. Dalam kes pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini kita lihat TV Bernama dan Astro Awani contohnya pemurah juga memberi ruang seadanya bagi PAS, tetapi TV3?

Inilah sikap mereka pra pilihan raya umum ke 12 lalu, jika mereka sudah terlupa. Kalau berita pembangkang, pasti dimulakan dengan kononnya fitnah pembangkang, putar belit pembangkang dan lain-lain yang buruk-buruk belaka. Tetapi BN dijulang, dilambung di usung bagaikan malaikat, bersih, baik, cantik, molek tanpa sedikit pun calar atau cacat-cela.

Tetapi apa berlaku, dalam pilihan raya itu rakyat kebanyakannya menolak segala propaganda liar, jahat dan berat sebelah mereka. BN terima kekalahan paling besar dalam sejarah mereka walaupun talibarut mereka seperti TV3 ini saban hari menyanyikan lagu-lagu merdu belaka bagi pihak mereka.

Ini membuktikan rakyat sudah bijak memikir dan membuat perhitungan. Mereka bukan ayam daging yang walaupun dimasukkan ke bakul menuju ke pusat penyembelihan, tenang dan akur tidak melawan. Rakyat era PRU ke 12 adalah rakyat yang bermaklumat, pintar dan berpelajaran.

Inilah jenis rakyat yang sama kita harapkan berada di Kuala Terengganu pada hari ini. Kalau TV3 menjadi nas dan ikutan bagi membuat keputusan, niscaya tergadailah maruah agama, bangsa dan negara kerana segala kandungannya hanya layak buat mereka yang buta mata hati dan yang merela diri melacur dan dilacur oleh dakyah dan propaganda jahat dan tidak bertanggungjawab.

Cukup-cukuplah TV3 jika mahu kekal sebagai sebuah stesyen TV swasta yang bermaruah dan punya harga diri. Tetapi kalau memilih untuk menjadi anggota komponan BN, maka lebih baik memohon cepat, kerana mereka kini setaraf IPF dan parti Nallakarupan yang sedang dan pernah memohon menjadi anggota komponan BN!

Saturday, January 10, 2009

PAS buktikan Umno silap

Sudah beberapa hari kawan-kawan dari Umno cawangan Angsana dan Subang Mewah di USJ1, Subang Jaya berpakat untuk meninggalkan parti tersebut. Kedua-dua cawangan ini terletak di bawah Umno bahagian Kelana Jaya, yang diketuai oleh Mat Taib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Hasrat mereka ini timbul ekoran tekanan-tekanan yang dikenakan oleh Umno yang menyekat mereka dari mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang baru.

Apabila keluar kenyataan bahawa antara 80 ke 100 ahli-ahli Umno, anak-anak buah Mat Taib ini akan menyertai PAS, maka Umno bahagian dan cawangan-cawangan yang berkaitan mula kacau dan sasau. Terbitlah kenyataan dari Ketua Penerangan Umno bahagian bahawa kononnya angka itu bikinan dan propaganda PAS sedangkan sebenarnya yang mahu keluar sekadar tak lebih dari 10 orang yang menurut beliau merupakan duri dalam daging Umno.

Saya boleh faham penafian Umno itu, kerana jika berita ini benar ia gempar dan merupakan tamparan besar bukan sekadar kepada Umno bahagian tetapi lebih-lebih lagi terhadap bos mereka sendiri yang bakal bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno Mac nanti. Bayangkan musuh-mush Mat Taib dalam Umno akan membikin cerita, bagaimana Mat Taib mahu merebut jawatan kedua tertinggi dalam Umno sedangkan rumah tangganya sendiri kacau dan anak-anak buahnya lari menceraikan Umno!

Maka berlakulah usaha-usaha akhir untuk memujuk, menekan dan apa sahaja, asalkan mereka itu tidak lari meninggalkan cawangan-cawangan Umno itu terbongkang begitu sahaja. Apa perlu bimbang jika Umno benar-benar kuat? Apa perlu gelabah jika ahli-ahlinya bediri teguh belakang Mat Taib?

Akhirnya ditakdirkan Allah swt gelombang yang bakal berlaku itu tidak lagi tertahan atau terbendung. Ia berlaku juga, petang tadi kira-kira jam 4.00 petang, lebih 100 borang PAS dari ahli-ahli Umno cawangan-cawangan ini diserahkan oleh Setiausaha Umno cawangan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Ali, sekaligus mengesahkan penghijrahan beramai-ramai ahli-ahli Umno itu benar dan berasas.

Yang keluar pimpinan Umno cawangan, pimpinan Wanita dan Puteri Umno sekaligus melumpuhkan kedua-dua cawangan Umno itu dan memberika tamparan kepada Mat Taib dan Umno bahagian. Semoga trend ini yang saya percaya bermula sejak penyertaan Ketua Umno bahagian PJS, Kapt Dato Zahar baru-baru ini, akan terus subur dan bercambah bukan sekadar di PJS dan Kelana Jaya tetapi ke seluruh Selangor dan seluruh negara insyallah.

Friday, January 09, 2009

Politik hudud PAS dan Umno

PAS tidak pernah mempolitikkan isu hudud. Apa yang PAS lakukan adalah menggunakan kekuatan politik bagi menuntut perlakasanaannya. Malah bukan sekadar perlaksanaan hudud tetapi Islam yang memberi keadilan dan kesejahteraan buat semua itulah dasar dan pokok perjuangan PAS.

Isu hudud ini sesungguhnya akan terus timbul dalam apa suasana sekalipun selagi ada mereka yang ikhlas berjuang untuk Islam.

Tadi TPM yang juga bakal Presiden Umno, Najib Tun Razak ketika diminta mengulas isu ini berkata di Kuala Terengganu:

“Tak perlu nak menyekolahkan Umno kerana mereka (PAS)... ini main politik dari mula lagi”

Kata Najib lagi bahawa ramai pengundi bukan Islam tidak senang dengan isu hudud yang dibangkitkan oleh PAS. Bagi saya soal samada pengundi bukan Islam senang atau tidak itu masalah PAS, bukannya Umno. Malah Tuan Guru Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa jika ditakdirkan hudud ini dapat dilaksanakan sekalipun ia sekadar diwajibkan ke atas semua umat Islam manakala masyarakat yang bukan Islam punya pilihan.

Yang penting sekarang ini adalah apakah pendirian Umno? Apakah sikap Umno? Tolak atau terima hudud?

Kalau tolak sila nyatakan terang-terang bahawa Umno tidak dapat menerima hukum Allah ini dan oleh itu menolak perlaksanaan hudud di Malaysia. Sebab isunyua adakah pimpinan Umno faham dan bersedia membuat ketetapan atau pendirian berkenaan isu ini. Jika perlukan pemahaman PAS sudah pun menyatakan kesediaan untuk memberikan penerangan.

PAS jelas dan konsisten dalam hal ini malah telah pun meluluskan enakmen berkaitan ketika memerintah Kelantan dan Terengganu, Umno bagaimana? Sesungguhnya isu hudud dan apa sahaja berkaitan dengan Islam bukannya tugas dan tanggungjawab PAS sahaja tetapi semua penganutnya. Yang penting jujur dan ikhlas.

Dollah: Kami tak pernah guna wang

Kalau tak silap telinga saya semasa berjumpa jentera pilihan raya BN di Kuala Terengganu semalam, PM yang juga Presiden Umno, Dollah Badawi berkata bahawa kita (BN) tidak pernah menggunakan wang untuk membeli undi. Beliau berkata demikian ketika disoal oleh wakil media. Mengapa perlu guna wang, demikianlah lebih kurang kenyataannya yang keluar di Buletin Utama TV3 semalam.

Anehnya tiada akhbar media perdana yang melaporkan berkenaan kenyataan Dollah yang ini. Mengapa?

Saya percaya masing-masing segan kerana politik wang ini bukan masalah Pakatan Rakyat, bukan masalah PAS, PKR atau DAP. Bukan juga masalah komponan BN seperti MCA, Gerakan dan MIC. Politik wang ini sinonim dengan Umno. Satu virus umpama HIV yang terus menerus menyerang Umno sehingga kini dan tidak nampak ada kesudahan atau penyelesiannya.

Jadi apabila ketua nombor satu Umno, berkata bahawa partinya tidak pernah menggunakan wang untuk membeli undi atau sokongan, maka sudah pastilah media arus perdana malu untuk melapurkannya. Mengapa malu, sebab ia tidak benar. Sebab ia memang penyakit yang diketahui umum hanya dihidapi oleh Umno.

Kalau sesama parti pun demi kuasa dan kedudukan dalam parti, mereka sanggup gunakan wang. Dari pemilihan AJK dan ketua cawangan sehinggalah AJK dan Ketua Bahagian malah sehingga ke memilih perwakilan semuanya melibatkan wang. Tak hairanlah demi mahu menang pilihan raya kecil Kuala Terengganu, jika ada peluang, calon dan jentera Umno akan menggunakan wang jua.

Tak perlulah Dollah menafikannya. Nanti nampak seakan PM berbohong secara terbuka. Rakyat kini sudah celik, sudah terdedah dan semakin berilmu. Kalau disogok wang sekalipun mereka belum tentu menyokong BN malah dalam Umno pun saya biasa mendengar walau disogok wang pun ada perwakilan Umno enggan undi calon yang dicadangkan.

Kepada para pengundi parlimen Kuala Terengganu, ingatlah pesanan Tok Guru Nik Aziz satu ketika dahulu “Beri wang ambil, beri kain pakai, beri gula kacau, tapi bila pangkah, pangkah bulan”. Kita bersihkan diri kita dari ikatan dan kekangan mereka yang tidak jujur dan ikhlas dalam berjuang.

Thursday, January 08, 2009

Pengundi pos Kuala Terengganu: Ke mana undi anda

Menurut laporan kertas undi pos bagi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu telah pun dikeluarkan oleh pihak SPR. Menurut rekod terdapat 1,035 pengundi pos di kawasan parlimen ini kebanyakkannya dari kalangan anggota polis disekitar DUN Ladang. Mereka ini akan diberi peluang mengundi terlebih awal dan mewakili hampir 1.3 peratus dari jumlah pengundi berdaftar seramai 79,194.

Apa isunya?

BERSIH pernah menuntut agar pengundian secara pos ini ditiadakan dan kesemua pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dan tentera serta keluarga mereka sepatutnya mengundi sebagaimana orang-orang awam yang lain memandangkan Negara kini telah lama berada dalam keadaan yang selamat dan aman.

Nampaknya tuntutan BERSIH tidak dipedulikan dan sehingga kini amalan tidak telus dan pincang ini diteruskan jua termasuklah kini dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Kemanakah bakal perginya undi 1,035 orang ini?

Sudahlah operasi pengundian mereka sangat dicurigakan, dan tambah pula parti lawan biasanya tiada akses untuk berkempen dan berjumpa mereka, para pengundi pos ini lazimnya atas sebab-sebab tertentu akan memberikan undi mereka secara blok kepada parti pemerintah dan dalam hal ini BN.

Ringkas cerita BN di Kuala Terengganu kini sudah mendahului PAS dengan 1,053 undi!
Apa pun kita masih menaruh harapan kepada para pengundi pos ini. Jangan biarkjan diri dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ikut dan selarilah dengan gelombang kebangkitan rakyat. Peliharalah maruah dan harga diri kita dan kaum keluarga. Undilah sebagai pengundi yang bebas dan merdeka. Semoga Allah swt membuka hati sahabat-sahabat kita ini untuk bersama menegakkan keadilan dan menerjah kezaliman.

Tuesday, January 06, 2009

Apabila Panglima bersilat sumbang

Nampaknya kawan-kawan dalam Umno bersungguh-sungguh mahu menggunakan dunia siber bagi memanjangkan maksud politik mereka. Tidak cukup dengan membolot penguasaan dalam media arus perdana termasuk radio dan tv mereka terjun juga ke alam siber. Tak cukup mengendalikan laman web dan blog masing-masing, mereka terjah juga ke dalam blog orang lain.

Salah seorang dari mereka menggelarkan dirinya “Panglima Perang Cyber”. Beliau mungkin masih berhingus dan setahun jagung berkecimpung dalam politik dan dunia penulisan sehingga sampai kabur dan tersasar dalam memahami apakah laman web dan apa pula blog.

Blog ni wahai Panglima adalah milik peribadi pembinanya. Ia boleh diumpamakan bagai rumah tumpangan. Bukan rumah tumpangan di Chow Kit yang boleh dikunjungi oleh sesiapa pun termasuk pelacur jalanan yang mendagangkan tubuhnya, tetapi ia rumah tumpangan eksklusif milik blogger berkenaan. Atas blogger itulah samada mahu terima atau tapis tetamunya. Malah ada yang langsung tidak membuka pintu buat tetamu.

Kita tak boleh marah panglima kerana ini rumah orang bukan rumah kita.

Bagi saya sendiri kerana blog saya ini, Roslan SMS Corner, saya anggap sebagai medan dakwah khasnya untuk membawa mesej perjuangan saya serta memuatkan pandangan dan komen peribadi saya maka saya meraikan kunjungan para tetamu. Saya tidak maki hamun dan menabur fitnah dan bercakap kosong di sini, maka begitulah juga saya harapkan dari para tetamu saya.

Saya berblog bukan setahun dua tetapi sejak tahun 2004 lagi dan telah menulis di akhbar dan media yang lain sejak hampir 30 tahun (pada usia yang muda).

Bukankah parti Panglima sendiri yang menetapkan bahawa kebebasan itu ada hadnya, kerana itu parti saudara mempertahankan ISA, OSA dan lain-lain. Malah demikian juga dalam Islam, kebebasan itu bukan mutlak tetapi tertakluk kepada hukum dan peraturan Allah dan Rasul Nya.

Bukan hanya Saidina Umar sebenarnya malah Baginda Rasulullah saw pun pernah ditegur, tetapi teguran yang konstruktif yang tidak lari dari had dan peraturan agama. Kerana itu yang menegur tidak diapa-apakan. Tetapi parti Panglima, terbaru, orang tampal gambar mangsa pembunuhan pun ditangkap di Kuala Terengganu!

Terima kasihlah kerana berkunjung ke blog saya. Saya akan raikan saudara selagi mana saudara beradab dalam memberi komen dan pandangan, jika tidak maka hadkanlah ia sekadar dalam blog saudara sahaja. Berikut saya siarkan kome penuh Panglima Mustar kita:

Panglima Perang Cyber said...
nampaknya komen ditapis juga ya di sini...asal saja tidak sebulu dengan perjuangan dikira tidak patut didengar ?sayang kerana ALLAH tahu samada anda hipokrit atau tidak.sebab anda dan kawan kawan juga yang mengwar warkan kebebasan bersuara tetapi tidak membebaskan semua suara suara di blog anda sendiri...


p/s : teringat sahabat berdiri depan Saidina Umar mengkritiknya dan ternyata tidak ada hukuman dikenakan terhadap pengkritik yang berani di depan orang paling gedebe seperti beliau..Inilah Islam dan tidak tahu samada ISLAM jenis ini yang diamalkan PAS atau tidak.Saya akan tunggu samada komen kedua saya ini dibebaskan atau dipenjara ISA oleh tuan blog..

Salinan ini akan disiar juga di blog saya kerana takut ia hilang begitu saja tanpa disiarkan oleh blog Setiausaha Akhbar Presiden PAS merangkap Ketua Penerangan PAS Selangor ini...Salam hormat.Panglima Perang Cyber

Mat Taib: Kokok berderai-derai ……….

Mat Taib, Ketua Penerangan Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah benar-benar bikin drama dalam TV3 semalam. Beliau pagi-pagi lagi meluangkan masanya ke sebuah Tabika KEMAS di Kampung Seri Ampang, Ipoh, Perak. Kononnya pintu pagar tabika berkenaan yang terletak dalam premis milik kerajaan negeri telah dikunci oleh pihak JKKK lantikan kerajaan negeri. Akibatnya murid-murid tabika berkenaan tidak dapat masuk belajar.

Kalaus esiapa yang perhatikan Buletin Utama TV3 semalam dan kemudian membaca pula laporan sahabat kita di http://perisik-rakyat.com/2009/01/mat-taib-kecewa-pintu-pagar-dewan-tidak.html akan mendapati bahawa sebenarnya pintu pagar berkenaan tak berkunci pun pagi itu. Ia sekadar tertutup rapat tetapi tidak bermangga sebagaimana didakwa. Kerana selepas itu elok sahaja Mat Taib masuk ke dalam dan sempat ber “posing” dengan seorang pelajar kecil yang duduk dipangkuannya sambil dikelilingi oleh pemuka-pemuka Umno dari jauh dan dekat.

Kata Mat Taib jangan politikkan isu pendidikan. Kata Mat Taib dewan orang-ramai adalah untuk kegunaan semua.

Saya mahu menarik perhatian semua khasnya Mat Taib sendiri yang kebetulan Ketua Umno bahagian Kelana Jaya di kawasan saya. Di kawasan USJ1 di Subang Jaya, terdapat sebuah kawasan penempatan pangsapuri yang dinamakan Pangsapuri Angsana. Di antara blok-blok pangsapuri itu terdapat sebuah dewan yang asalnya adalah dewan kegunaan untuk penghuni di situ. Mat Taib pun pernah berkali-kali hadir dalam majlis di dewan ini.

Selepas pilihan raya umum baru-baru ini, orang-orang Mat Taib melalui Umno cawangan di sana telah “mengambil-alih” dewan ini dan kini diletakkan papan tanda di bangunan itu menjadi Dewan Umno! Umno cawangan di bawah Mat Taib merampas dewan yang sepatutnya diselia oleh jawatankuasa penduduk di sana. Sehingga ke hari ini masyarakat penghuni di Angsana dinafikan hak untuk menggunakan dewan berkenaan kerana ia diselia oleh parti kepunyaan Mat Taib, yang kebetulan di Selangor adalah parti pembangkang!

Jadi siapa yang sebenarnya mempolitkkan bangunan-bangunan kegunaan awam ini?

Saya harap TV3 dan pihak media yang lain berkunjung ke Pangsapuri Angsana, dan saya yakin penduduk di sana bersedia memberikan penerangan kepada mereka. Darihal isu ini. Mat Taib perlu dilihat konsisten dan bukan lidah bercabang. Tambahan beliau sedang bercita-cita untuk merampas kerusi nombor dua dalam Umno. Kalau sekadar kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang najis, nipis dan tipislah harapan beliau untuk naik.

Dalam isu tabika KEMAS ini beliau selaku menteri sepatutnya telah lama berurusan dengan pihak kerajaan negeri-negeri yang berkenaan. Hormatlah sikit kerajaan negeri, tuan punya bangunan dan premis, dan kerajaan yang dipilih rakyat. Tetapi tidak, Mat Taib lebih gemar “bulldoze” untuk meraih populariti atas kesusahan orang-ramai. Kini siapa yang susah.

Berbalik kepada isu dewan Umno yang bukan hanya di USJ 1 tetapi juga di SS19 Subang Jaya dan beberapa lagi disekitar Lembah Kelang ini, Mat Taib selaku Pengerusi Perhubungan Umno dinasihatkan agar segera bertindak membebaskannya dari ikatan parti politik, buat segera sebelum anda dimalukan dan akhirnya kecundang tidak berjawatan.

Ingat, rakyat kini sudah bijak dan sudah bebas berfikir, dan membuat penilaian serta pertimbangan. Jangan sampai Umno nanti berkubur angkara Ketua Penerangannya……

Monday, January 05, 2009

Merayu bantuan buat calon PAS

Suasana dalam dewan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam semalam meriah. Anak-anak Terengganu di perantauan atau lebih tepat lagi yang tinggal di sekitar Selangor dan KL hadir beserta anak-isteri masing-masing. Tidak kurang juga sejumlah besar wartawan dari media tempatan. Tujuannya kerana satu majlis dianjurkan bagi mereka untuk bertemu dengan calon PAS bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu iaitu YB Mohd Abd Wahid Endut yang diterbangkan khas dari Kuala Terengganu.

Calon diiringi bersama oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Hj Mustapha Ali dan ADUN Ladang YBM Dato’ Tengku Hasan, hadir disamping untuk memperkenalkan calon, lebih penting lagi bagi memastikan yang semua para pengundi yang berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu agar pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi 17 Januari nanti.

Adalah dianggarkan pengundi berdaftar yang tinggal di Lembah Kelang sahaja sekitar 3,000 lebih. Sudah pastilah jika mereka ini dapat diyakinkan untuk pulang kesemuanya ke KT pada hari mengundi dan mengundi pula calon PAS, insyallah harapan PAS untuk merampas kembali kerusi KT cerah.

Tetapi apa yang menarik bagi saya semalam adalah peluang bagi semua yang hadir untuk menilai dan melihat sndiri ketokohan calon PAS Hj Wahid Endut. Keterampilannya, akhlak dan budi bahasanya malah perwatakkannya semalam telah berjaya menawan hati dan mendorong ramai untuk menyahut seruan PAS agar pulang mengundi. Pihak penganjur turut menayangkan profil dan khidmat calon sepanjang lima penggal beliau menjadi wakil PAS di DUN Wakaf Mempelam.

Ternyata Haji Wahid memiliki rekod perkhidmatan yang cemerlang dan telah teruji sebagai wakil rakyat yang berperanan dan berjiwa rakyat.

Dalam majlis berkenaan Presiden PAS turut menjelaskan panjang lebar darihal perlunya PAS memenangi kerusi KT disamping menerangkan bagaimana beliau mengambil keputusan memilih Hj Wahid. Rata-rata bukan hanya mereka yang berada di dalam dewan malah semua pihak yang ditemui akur bahawa pilihan PAS yang diumumkan oleh Presiden itu, disenangi dan diterima semua dan lebih utama lagi memiliki harapan besar untuk menundukkan calon lawan.

Kata Tuan Guru Presiden Hj Wahid tidak minta untuk jadi calon dan apabila ditawarkan beliau menangis dan menolak, itulah kehebatan pimpinan PAS. Saya kira akhlak begitulah yang berjaya dibentuk oleh PAS selama ini dikalangan pimpinannya yang terbukti tidak hadir pada pihak lain.

Kini yang pentingnya adalah untuk memastikan kemenangan PAS. Rakan-rakan dari PKR dan DAP sudah pun memulakan gerak langkah di sana. Bagi mereka yang akur dan mahukan kemenangan PAS/Pakatan Rakyat, semua kita perlu bekerja kuat. Yang ada kawan dan taulan, saudara-mara sebagai pengundi, pujuk dan ryulah meka agar mengundi PAS. Yang mempunyai kelapangan masa bolehlah bertandang ke sana bagi membantu jentera pilihan raya PAS. Dan yang dikurnia Allah swt rezeki dan mahu menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke tabung dana yang disediakan oleh PAS Pusat di CIMB Islamic: ”Tabung Dana Pilihanraya” nombor akauan 1449-0000017-10-4.

Saturday, January 03, 2009

Umno kata personaliti tidak penting di Kuala Terengganu

Saya mendapat maklum sejurus selepas pengumuman calon PAS bagi pilihan raya kecil P.039 Kuala Terengganu, bilik operasi Umno/BN menjadi gegar. Ternyata mereka terpedaya dan tidak menjangkakan yang PAS akan menamakan YB Mohd Abd Wahid Endut sebagai calon.

Ini terbukti apabila mereka segera mengeluarkan kenyataan bahawa personaliti calon tidak penting yang penting adalah parti yang dipilih. Sedangkan beberapa hari selepas Senator Wan Farid diumumkans ebagai calon Umno/BN, yang lebih ditonjolkan adalah Wan Farid. Ini menunjukkan yang dari sudut keperibadian, keterampilan dan pengalaman, Wahid Endut jauh lebih baik dari Wan Farid.

Pengaruh Wahid dan kaum keluarganya di Kuala Terengganu diiktiraf dan diketahui umum, sedangkan pengaruh Wan Farid dalam hal ini boleh dipertikaikan. Tidakkah dalam PRU lalu abang Wan Farid iaitu Wan Hisham yang ketika itu EXCO kerajaan negeri tewas kecundang dan gagal mempertahankan kerusi DUN Ladang apabila beliau rebah ke tangan calon PAS iaitu bekas Pengarah Tanah Negeri, Dato Tengku Hasan. Mengapa Wan Hisham ditolak?

Kerana itu hari ini kita lihat dalam NST contohnya Wan Farid berkata:

This is not a contest between personalities.
Ini bukannya pertandingan antara personality

Dan malah dalam akhbar yang sama Wan Farid mengakui kemampuan Wahid apabila akhbar berkenaan melaporkan:

Acknowledging the gap in experience between him and Wahid, he said his opponent is a seasoned assemblyman.

Mengakui jurang perbezaan pengalaman antara beliau dengan Wahid, beliau (Wan Farid) berkata lawannya jauh berpengalaman sebagai seorang ADUN.

Saya yakin jika pertandingan di Kuala Terengganu ini tidak dicemari dengan insiden berat sebelah atau salah guna kuasa, insyallah berkat keihklasan dan kerja kuat semua pihak, PAS akan mampu merampas kembali kerusi Parlimen inis ekaligus menokok bilangan kerusi parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat.

Orang Terengganu mahukan calon yang baik, yang berkualiti, PAS telah memenuhinya. Kini giliran mereka, para pengundi untuk membutikan bahawa mereka mahukan yang terbaik buat parlimen mereka dan ini hanya dapat dilaksanakan dengan cara memenangkan calon PAS pada 17 Januari nanti.

Pertemuan Anak-anak Terengganu di Perantauan









Satu majlis pertemuan dan dailog antara Anak-anak Terengganu di Perantauan bersama calon PAS parlimen Kuala Terengganu YB Mohd Abd Wahid Endut dengan disertai Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali dan Presiden PAS YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang akan diadakan:





Ahad 4 Januari 2009
Jam 2.00 petang

di Dewan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam





Anak-anak Terengganu khasnya para pengundi berdaftar parlimen Kuala Terengganu dan para bloggers seta pihak media dijemput hadir.

Friday, January 02, 2009

Rasional pemilihan YB Wahid Endut

Saya mendengar berulang kali rakaman ucapan pengisytiharan calon PAS oleh Tuan Guru Presiden pagi tadi (ucapannya malam tadi). Ucapannya ringkas tetapi padat, penuh pengajaran dan panduan buat kita semua khususnya dalam menggalas perjuangan yang besar ini.

Tuan Guru menjelas dan menghuraikan panduan yang beliau ambil dalam memilih calon PAS untuk parlimen Kuala Terengganu. Ternyata ianya tidak berdasarkan nafsu, pengaruh dan pujukan peribadi tetapi berdasarkan panduan Islam yang telah ditunjuk dan diajarkan kepada kita oleh Baginda Rasulullah saw.

Lantaran itu yakinlah bahawa calon kita ini adalah calon yang bermula dengan permulaan yang baik, lantas atas kitalah untuk memastikan kemantapan jentera agar permulaan yang baik ini akan disudahi dengan kesudahan yang baik jua.

Hari ini dan hari-hari berikutnya sehinggalah hari mengundi nanti, tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk meyakinkan para pengundi berdaftar di parlimen Kuala Terengganu agar menerima calon kita. Mudah-mudahan Allah swt akan terus memandu kita sehingga kita beroleh kejayaan insyallah.

Berikut saya terbitkan verbatim ucapan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang semalam untuk renungan kita semua:

Mengendalikan tugas yang berat ini saya terpaksa mengikut panduan yang diajar oleh Nabi saw iaitu istikharah dan istijarah saya tidak payah terjemah Dr Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP yang turut hadir) tahu….dia boleh baca jawi. Istikharah dan Istisyarah, kalau Dr Tan Seng Giaw tahu orang PAS tidak tahu malang

Sabda Nabi saw: “Tidak sia-sia mereka yg beritikharah dan tidak sesal mereka yang beristijarah”.

Beristisyarah kita mendengar pandangan-pandangan manusia dan rakan-rakan semua pihak yang kita tahu yang kita kenal yang kita percayai

Istikharah memohon pertolongan dari Allah swt lepas itu kita bertawakal kepada Allah swt.

Setelah mengambil pendekatan itu maka saya ingin membuat pengumuman calon yg dipilih oleh PAS yang diamanahkan untuk bertanding dalam pilihan raya ini ialah Tuan Hj Mohd Abd Wahid bin Endut. Beliau ialah YDP PAS kawasan Kuala Terengganu. Kerana yang kita nak lawan ni Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu. Yang padan dengan Ketua Bahagian Umno ialah YDP PAS Kawasan. Kita beri kepercayaan sebelum saya mengulas lebih panjang dan memang dia tidak minta jadi calon dan saya pilih dia…….

Selamat berjuang.

(istisyarah - noted: tq)

Thursday, January 01, 2009

YB Abdul Wahid Endut, calon PAS Kuala Terengganu
ALLAHUAKBAR!!!

Akhirnya calon PAS untuk pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu telah pun diisytiharkan. Beliau adalah seorang yang berpengalaman, disenangi oleh pimpinan PAS negeri, ahli-ahli dan pengundi di Kuala Terengganu. Beliau tidak ditonjolkan atau menonjol sebagai calon terkanan sebelum ini tetapi ternyata beliau pilihan yang tepat untuk berhadapan dengan Senator Wan Farid dari Umno/BN.

Beliau yang dimaksudkan adalah ADUN Wakaf Mempelam, bekas EXCO kerajaan negeri Terengganu ketika PAS memerintah iaitu Sdr Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan UPM dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang samada sebagai ADUN atau EXCO selama sepenggal dan sebagai ADUN pembangkang. Hubungan beliau dengan rakyat baik dan begitu juga dengan kakitangan kerajaan, media dan ahli-ahli parti. Ada yang mengumpamakan Wahid sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Mustapha Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimemanangi oleh Mustapha ketika PAS melakukan “comeback” di Terengganu pada tahun 1982.

Apa pun ternyata pemilihan Wahid ini menamatkan segala spekulasi dan menurut maklumat yang diterima segala bacaan Umno dan BN tersasar dan kini mereka berhadapan dengan seorang yang berkaliber, tidak kontroversial dan pasti memiliki rekod yang jauh lebih baik dari calon mereka sendiri.

Tahniah YB, tahniah PAS Terengganu mudah-mudahan dengan kerja kuat semua pihak dan bantuan Allah swt, kerusi Kuala Terngganu akan jatuh ke tangan PAS/ Pakatan Rakyat.

Berikut adalah artikel dari NST berkenaan YB Wahid yang pernah terbit pada 15 November lalu:

Know your State Rep: It's about willingness to work with others

KUALA TERENGGANU: No man is an island. This is one of the first lessons that Wakaf Mempelam state assemblyman Abdul Wahid Endut learnt when he got involved in politics about 30 years ago.

The 52-year-old five-term elected representative has managed to survive in politics because he believes in working with others."Early in my first term as an assemblyman, I learned that you need people to help you. You need a good team. "As I'm overseeing a constituency with 99 villages, I set up a network to keep me updated on the latest happenings, like deaths, the welfare of villagers, or a tragedy in my constituency."My wife is also an integral part of my team, helping me with women's affairs," he told the New Straits Times.
Wahid counts himself lucky because he has served with both the government and the opposition.In the opposition, he learnt to be independent as it was difficult, at times, to get help from the Barisan Nasional state government.Things got a lot easier when Pas ruled Terengganu, from 1999 to 2004. "When I was part of the government I got to know the officers and built contacts. Now, even though I am in the opposition, if there is anything I need to know, I know who to contact," the former state entrepreneur development, consumer, youth and small medium enterprises committee chairman said. Good public relations is one of Wahid's strengths.

Compared to some of his political compatriots who are known for name-calling and hitting opponents below the belt, Wahid stands in stark contrast.He receives media representatives warmly, despite the tendency among opposition politicians to distrust the mainstream media.He stays out of the skirmishes between BN and the opposition in the state assembly.Wahid makes it a point to visit all 60 mosques in his constituency to meet constituents and join them in the Friday prayers.But despite spending more then 16 years in the political arena, the former Universiti Pertanian Malaysia fisheries and marine science graduate said there was always something new to learn every day.

"My job gets easier with time as the experience makes me more mature. This is the kind of experience you don't obtain from university. And that (the experience) helps a lot," Wahid enjoys the sense of satisfaction that he gets from helping people."At times we can't contribute much, but it is good to know that we are helping to ease their burden a little."As long as we help without fear or favour. In the end it is not about the colour of the flag (political alliance), but the individual."

Inilah calon PAS untuk P39 Kuala Terengganu

Apabila saya meneliti amanat Tuan Guru Presiden yang disiarkan dalam laman web rasmi PR kecil P.39 Kuala Terengganu di http://prk036.pas.org.my saya dapat membayangkan betapa beratnya tanggungjawab Tuan Guru dalam membuat keputusan untuk memilih calon terbaik bagi PAS yang akan diisytiharkan malam ini. Dalam amanat itu beliau memetik firman Allah swt dalam surah as Saff 1-4:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

(Inilah juga ayat yang beliau petik semasa Muktamar di Ipoh baru-baru ini)

Mengulas ayat berkenaan Tuan Guru menyebut:

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru. Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepong beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya. Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur.

Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Pemimpin nombor satu parti Islam yang saya kenali ini memang luar biasa personalitinya, setiap tutur kata dan hujahnya sentiasa sahaja bertaut dengan nas yang sentiasa tinggi dengan hikmah dan pengajaran. Walaupun beliau mungkin cuba digambarkan dengan serba keburukan dan kehodohan oleh pihak musuh namun sesiapa yang tahu dan mengenalinya, akan akur betapa mulia dan hebatnya akhlak dan ilmu beliau. Bertuahlah mereka yang berpemimpinkan seorang yang sedemikian rupa.

Kepada “bala tentera” PAS yang berada dan bakal berpengkalan di Kuala Terengganu sepanjang tempoh berkempen ini Tuan Guru menasihatkan:

Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan. Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah.

Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala.

"Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat. Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

Dengan amanat yang penuh pengajaran dan makna ini saya sudah dapat meneka siapakah agaknya calon PAS yang bakal beliau umumkan malam ini, anda bagaimana?

Apa pun sebenarnya tidak perlulah disaat ini kita sibuk dengan teka-teki, yang penting pilihan yang terbaik antara yang baik-baik telah dibuat dan ianya akan diumumkan beberapa jam sahaja lagi. Bagi kita yang wala’ dan thiqah pada pemimpin, jadikanlah amanat Tuan Guru Presiden ini sebagai azimat perjuangan. Bekerjalah seolah kita semua calon-calon belaka, berikan sepenuh komitmen dan pengorbanan, dengan izin Allah keikhlasan kitya itu nanti bakal mencarkan kemenangan bermula di bumi Kuala Terengganu dan kemudian ke seluruh negara insyallah.

Saya mendapat tahu kem BN sudah mula gentar dan kecut perut mendengar desas-desus calon PAS yang bakal diumumkan malam ini.

Allahuakbar!!!