Friday, February 27, 2009

Samseng dan budaya samseng perlu dinyahkan dari bumi ini

Saya memang melihat gelagat Karpal Singh, ahli politik veteran Negara sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan. Jika diusia muda dahulu beliau memang keras dan berani tetapi nampak gaya sampai ke maghrib usianya pun begitu juga malah semakin menjadi.

Karpal pernah berkali-kali dihalau keluar dewan samada Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang. Saya masih ingat berpuluh tahun lalu apabila beliau enggan keluar dari Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang apabila diarahkan oleh Speaker berbuat demikian. Datuk Zaman Khan yang ketika itu Ketua Polis Pulau Pinang perlu diarahkan masuk ke dewan bagi mengangkat beliau keluar. Karpal melontar ke lanati “briefcase” nya dan minta Zaman mengangkatnya sebelum mengiringi beliau keluar.

Tetapi sekarang Karpal sudah tua. Dan ekoran kejadian kemalangan di hadapan rumahnya beberapa tahun lalu beliau kini berkerusi roda setelah lumpuh sebahagian badan. Sepatutnya beliau sudah semakin matang tetapi tidak walaupun fizikalnya begitu tetapi Karpal tetap mahu garang-garang.

Walaupun saya tidak dapat bersetuju dengan banyak dari kenyataan dan pandangan beliau kebelakangan ini namun apa yang berlaku terhadap beliau di Parlimen semalam tidak dapat saya terima. Gelagat samseng Pemuda Umno Selangor dan Wilayah dibangunanParlimen semalam terhadap beliau dan beberapa ahli parlimen pembangkang sangat dikesali. Bukankah Parlimen bangunan dimana di dalamnya dasar dan undang-undang Negara digubal dan dibikin. Institusi keramat ini sepatutnya dihormati dan dipelihara oleh semua pihak sebagai simbol kedaulatan dan kemerdekaan Negara.

Tetapi tidak. Di bangunan ini juga ada pihak mahu bertindak menunjuk samseng. Saya masih ingat peristiwa sebelum pilihan raya dahulu dimana Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato Mustapha Ali ditangkap dan dikasari di bangunan berkenaan. Bermakna bukan hanya Pemuda Umno malah polis pun kadang-kadang macam samseng juga.

Berbalik kepada isu ini, apa yang berlaku semalam ternyata akan menjadi kudis yang kelak membesar sebagai pekung dan menjahanamkan tubuh Umno yang sudah pun berpenyakit itu. Umno bukan baru dalam hal bertindak samseng ini. Dalam pilihan raya kecil Ijok dahulu beberapa ahli PAS telah dibelasah sehingga hampir mati semata-mata kerana isu poster dan kain rentang. Tan Sri Khalid bertanding lawan Parthiban, tetapi yang menggila samseng adalah Pemuda Umno sehingga tergamak hampir membunuh saudara seagama dan sebangsa!

Lebih 20 tahun lalu dalam satu pilihanraya kecil, di FELDA Lubok Merbau, Pendang, Kedah. Seorang hamba Allah ahli PAS bernama Othman Talib telah dibelasah teruk oleh pasukan Pemuda Umno semata-mata kerana berjaga mengawal poster PAS yang bertanding melawan Umno ketika itu. Peristiwa itu berlaku berhampiran tempat ceramah Umno selepas selesai majlis yang dihadiri Timbalan Presiden Umno kini, Najib Tun Razak. Jika tidak silap Najib ketika keluar dari kawasan itu melihat kejadian tetapi berlalu tanpa melakukan apa-apa.
Othman terbunuh “syahid” akibat kejadian tersebut!

Jadi PAS telah biasa menjadi mangsa kepada kebiadaban dan taktik samseng Umno ini, bukan sahaja biasa malah sampai ada yang terkorban akibatnya! Lantas sesuatu perlu dilakukan terhadap samseng-samseng ini agar mereka memilih samada mahu berpolitik atau mahu menjadi jaguh gusti atau tinju. Polis wajib bertindak. Bangunan Parlimen bukan tempat untuk mengugut atau mencetuskan kekacauan. Saya khuatir isu ini cuba dimainkan sehingga meletus menjadi isu perkauman sedangkan ia akibat perlakuand an tindakan individu.

Untuk berlaku adil “Singh is king” juga perlu didisiplinkan. Sebagai ahli parlimen veteran beliau perlu lebih matang dan bijak, behati-hati dan sentiasa memelihara adab. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Dan bumi serta langit yang kita pijak dan junjung ini tidak memerlukan samseng dan mereka yang berbudaya samseng.

15 comments:

Anonymous said...

Kenapa PAS tak mengkutuk tindakan ahlinya berlagak samseng mengetuk pintu kereta dan memaki hamun keluarga sultan perak??

Abuarif said...

Sejak dari dulu UMNO merasakan ia kuat dan pengalaman mereka yang tak akan diusik oleh sesiapa menjadikan mereka SAMSENG.Bukan saja dengan pengempen parti politik semasa pilihanraya malah dengan orang awam juga.

Menjadi semacam lumrah apabila pehak BN melakukan kesalahan amat lambat atau tiada langsong tindakan atau ulasan dari pehak berkuasa.Apa akan berlaku kira yng berkelakuan seperti itu adalah dari puak lain?Bersusun lah komen,kutukan dari orang politik,pehak polis dan TV akan melagukan kejadian tersebut berhari-hari.

Kalau budaya Melayu DIAM BER ERTI SETUJU.Nampaknya Pemimpin Tertinggi BN setakat malam tadi bersetuju dengan tindakan budak-budak UMNO buat hal ditempat yang mereka anggap terlalu mulia.ASSBIYAH DALAM POLITIK KEPARTIAN DI MALAYSIA MASIH TINGGI.

Anonymous said...

Politik di Malaysia makin membuatkan orang politik menjadi baran. Marah kuasai jiwa sehingga adat dan sopan santun dilupakan.

Muhasabahlah diri wahai pemimpin UMNO dan PAS.

PKR dikecualikan kerana bagi saya PKR bukan parti politik. dan tidak layak menjadi parti politik.

Budakperak

Unknown said...

betul,saya jugak turut tak seronok dengan perkembangan wakil wakil rakyat kita tak kiralah dari UMNO @ PAS.

Anonymous said...

Pemuda umno & kapal 2 X 5. Sama-sama celaka dan sama-sama karam. Kalau kapal tu melayu, dia lah kapla umno sekarang & bekas kapla pemuda umno.

Anonymous said...

umum mengetahui perjalanan politik Malaysia semakin meloyakan samada dr BN ataupun PR. Ternyata yg menjadi mangsa adalah rakyat bawahan disebabkan politikus dan pelobi kapitalis semak ini. Semakin hari gelagat sampah mereka banyak memberi impak yg menyusahkan kpd golongan rakyat bawahan asalkan matlamat mereka tercapai. Peringatan kepada kerajaan pemerintah, tindak tanduk anda seperti golongan Fatah yg semakin lama semakin banyak ruang yg tergadai!!!

Anonymous said...

Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU. Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU. Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing. Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU. Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik. MELAYU mesti tetap membela MELAYU. MELAYU sendiri mengagungkan SINGH kenapa? Dia tidak kata BN celaka. Dia kata MELAYU celaka. Dia kata bapak kita celaka. Dia kata mak kita celaka...! Sebarkan... Takbir!

Anonymous said...

Apa susah-susah. Mari semua orang melayu join PAS. InsyaAllah di dunia kita dihormati, akhirat sudah pasti (Allah dah berjanji). Kalau ada (kalau ada) pemimpin PAS yg tak amanah, cepat-cepat kita nyahkan dia, PAS tak dak tempat utk dia. Matlamat kita ialah mencapai keredhaan Allah.
Sekali lagi, wahai orang melayu, kalau mahu melayu dihormati, mari masuk PAS, usah bertenggek pada umno yg dah jadi hantu raya itu. apatah lagi kalau masih lone ranger macam brahim ali tu, langsung tak ada guna, buat jijik dunia saja.

Anonymous said...

yg komen ni kebanyakkan emosi.anda semua fikirlah sendiri apa isu yg ditimbulkan oleh karpal iaitu isu sultan.siapa yg derhaka sultan?org melayukah atau org asingkah?jgn lupa,kita org melayu yg mulanya derhaka kpd sultan.jd kalau bangsa lain pun cuba buat perkara yg sama,baru kalian terasa.ingat tak peristiwa di terengganu?sampaikan sultan dipanggil "natang"oleh penyokong parti politik melayu yg kononnya perjuangkan kedaulatan sultan melayu.mengapa mereka dan pemimpin mereka tidak dikenakan tindakan?apabila pihak lain terutamanya pembangkang,riuh satu malaysia dan dunia mengatakan mereka derhaka.mengapa jd mcm tu?tolong jawab org yg duk marah sgt kat karpal tu dan pembangkang.jgn cakap berdegung-degung,tp bila tiba masa awak.semua boleh belaka.

Anonymous said...

sokong Budakperak...PKR sememangnya bukan parti politik...dan tak layak untuk berpolitik...Takbir!!!!

Anonymous said...

sdr,
memang banyak kali umno dan pemudanya bertindak garang dan samseng.
mereka menjadi berani kerana disokong oleh kerajaan(spt polis ).zaman Darurat dulu( 1848-1960) umno disokong oleh British.Umno inilah juga dulu yang mengzalimi pejuang nasionalis kiri (spt Ahmad bustaman,abdullah c.D)atas arahan british.tak dak beza umno dulu,kini dan selamnya.
zmy

Anonymous said...

Tuan tak sebut pasal Memali di mana samseng UMNO hasut Polis bunuh ahli ahli PAS......kenapa Polis Melayu bunuh orang PAS Melayu? Cakap pasal perpaduan Melayu? Tapi memang UMNO tu cikalaka sebab memperbodoh dan tipu Melayus terus menerus.....

cikalaka boom kalaka
cikalaka, cikalaka

dis bomba!

daddy kata, itu 'cry' masa sambut pemimpin umno masa sekolah dulu....

betul ke?

Anonymous said...

Karpal hanya cakap bahawa UMNO celaka. Malangnya Pemuda UMNO S'ngor telah membuktikan bahawa kata-kata Karpal tiadalah yang tidak betul melainkan betul belaka.

GCF Malaysia said...

Hai kawan

Mana itu Singh ada cakap pasal Melayu. Dia cakap pasal UMNO lah. Bila pulak UMNO=Melayu.

Kalau UMNO=Melayu, kenapa kalah di KT,Permatang Pauh.

Saya sokong Singh sebab apa dia cakap itu betul.

"Singh is King" adalah satu lagu Hindustan yang populur. Jangan salah faham.

Hai - banyak susah lah ini macam

-Damai-

jackpot said...

Anonymous....tak habis habis Melayu, Melayu. Sedarlah adik! Masa sudah tiba masyarakat berbilang kaum hormat menghormati satu sama lain.PAS bukan untuk Melayu...PAS for All..betui tak? Ataupun slogan untuk pancing undi?....