Polis tidak berpilih-pilih dalam menjalankan tugas
Kalau tanya saya secara peribadi, saya juga kurang senang dengan cara Pengerusi DAP Karpal Singh menangani isu kemulut politik di Perak. Keceluparannya untuk menyeret istana ke mahkamah dari sudut politiknya bagi saya adalah suatu tindakan yang kurang bijak malah akan merugikan banyak pihak.
Apa pun itu pandangan dan tindakan peribadi beliau dan pada dasarnya tidak membabitkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini. Walaubagaimanapun apa yang mahu saya bangkitkan di sini adalah reaksi Pemuda Umno terhadap Karpal.
Kalau dahulu hanya PKR, PAS dan DAP sahaja yang acap berdemo kini Umno pun tidak kurang juga. Berani buat berani tangguing kata orang. Tetapi mengapa apabila Umno yang berdemo seakan layanan VIP yang diberikan? Adakah ini tuduhan liar?
Cuba buta bandingan. Apabila “rakyat Perak” berdemo selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, mereka dileraikan dengan gas pemedih mata dan tangkapan. Selang beberapa hari gambar-gambar “suspect” keluar dalam media. Mereka diseret ke mahkamah.
Jumaat demo, ditangkap dan Khamis (7 hari) didakwa di mahkamah.
Pemuda Umno berdemo di hadapan pejabat guaman Karpal Singh di Kuala Lumpur, dengan kain rentang dan maki hamun termasuk ancaman terhadap nyawa Karpal pada hari Selasa, tiada tangkapan dibuat, semalam Khamis polis keluarkan kenyataan bahawa perhimpunan berkenaan “haram” dan kenal pasti 5 suspek sebagai “kepala”. Hari ini, Khamis tiada gambar suspek dipaparkan, tiada tangkapan.
Bolehkah mereka yakni 5 orang suspek dikalangan Pemuda Umno itu didakwa dalam tempoh 7 hari, selewat-lewatnya Isnin ini oleh pihak polis atau banyak halangan yang akan dighadapi atau bagaimana?
Dalam akhbar hari ini pihak polis dilaporkan akan merekodkan kenyataan 5 orang suspek itu minggu ini. Kenapa tiada tangkapan?
Polis menafikan yang mereka berpilih-pilih dalam menjalankan kerja mereka. Demonstrasi di Perak dianggap ancaman, di depan pejabat Karpla tidak, saya harap tidak begitu. Apapun siapa yang menyaksikan laporan TV berkenaan demo di pejabat Karpal itu dapat melihat betapa mesra dan tersenyum lebarny para pegawai polis yang mengiringi pemuda-pemuda Umno yang vocal dan liar pada hari itu, atau hanya kaca TV saya sahaja yang begitu??!!
12 comments:
Tetapi mengapa apabila Umno yang berdemo seakan layanan VIP yang diberikan? Adakah ini tuduhan liar?
Betul tuduhan tu Lan. Melayu tu jadi ni begitu sebab nya Malaysia ni TANAH MELAYU ISLAM. Raja dia pun MELAYU ISLAM (Bugis ke, Minang ke, tak kisah le ~ kita ni Kepulauan Melayu)
Apabila “rakyat Perak” berdemo selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, mereka dileraikan dengan gas pemedih mata dan tangkapan. Selang beberapa hari gambar-gambar “suspect” keluar dalam media. Mereka diseret ke mahkamah.
Sebabnya Lan,
Yang buat tu bukan Melayu. Yang buat tu orang ISLAM. Tak percaya? Depan Masjid. Lepas Sembahyang Jumaat. Lepas sembahyang sunat untuk berJIHAD. Kononya nak mati syahid macam orang Palestine (saya tengok depa pakai selempang Palestine). Depa ni agen YAHUDI (ada nampak ke orang bukan ISLAM kat dalam gambar tu?) Orang YAHUDI je yang amat berjaya didalam mengkudakan orang ISLAM). Rakyat Perak yang Lan kata, tu bukan semua ISLAM Perak, tapi ada satu INDON. Ni satu lagi kurang hajak Lan. Nak cari makan, cari ajelah kan Lan? Belajarlah peribahasa kita “Dimana bumi di pijak, disitu bumi di junjung” kan Lan?
Pemuda Umno berdemo di hadapan pejabat guaman Karpal Singh di Kuala Lumpur, dengan kain rentang dan maki hamun termasuk ancaman terhadap nyawa Karpal pada hari Selasa, tiada tangkapan dibuat, semalam Khamis polis keluarkan kenyataan bahawa perhimpunan berkenaan “haram” dan kenal pasti 5 suspek sebagai “kepala”. Hari ini, Khamis tiada gambar suspek dipaparkan, tiada tangkapan.
Sebab orang MELAYU ISLAM tak suka orang Singh perangai macam Karpal Singh. Sebab dia tak pernah nak faham orang MELAYU ISLAM. Orang MELAYU ISLAM suka singh macam Karam Singh Valia, Santok Singh, Arjeet Singh. Gambar tak di siarkan sebab, takkan lah penyokong MELAYU ISLAM nak tikam belakang saudaranya sendiri, macam orang orang dalam ISLAM dalam PR!!!
Kata Lan “dapat melihat betapa mesra dan tersenyum lebarny para pegawai polis yang mengiringi pemuda-pemuda Umno yang vocal dan liar pada hari itu, atau hanya kaca TV saya sahaja yang begitu??!!
Harap harap selain daripada Lan , orang orang ISLAM dalam PR juga akan menilai kejadian tu dengan hati yang terbuka di atas senyuman yang tersirat itu. Bagaimana agaknya perasaan orang MELAYU ISLAM terhadap kelakuan pemimpin ISLAM PR terhadap MELAYU ISLAM. Atau adalah mereka sekadar BONEKA Lan?? Adakah tuduhan yang agak famous terhadap pemimpin MELAYU ISLAM di UMNO iaitu “state of denial” itu sudah berpindah kepada pemimpin ISLAM didalam PR dan penyokong nya??
Ontahlah Lan!!!
demo UMNO hantar memorandum...demo PAS nak halang kereta2 sultan dan keluarga diraja..kalau tak dikawal mcm2 boleh berlaku...sedangkan ada FRU pon ada yg berani baring kat atas jalan nak block kereta sultan, baling batu..mencarut kat sultan..cuba bezakan..
haritu pas pegi buat demo kat depan us embassy nak hantar memorandum ada ke polis bagi pemedih mata??
kalau tengok kat video yg dirakam oleh malaysiakini di depan istana iskandariah tu pulis mesia agak baik..tak mengeluarkan belantan pon..setakat tolak guna shield pulis2 utk menyuraikan keadaan..kalau kat luar pulis mau dah kena sebat..
kepada yg marah2 n maki pulis masa demo tu..kalau rumah anda disamun ke dirompak ke..kereta dicuri ke..nak repot kat sape?kat bomba??askar??
biasa la abg roslan.
kalau dah adik dlm seluar polis tu kene pegang ngan org2 BN tu.
mana bleh nak samakan tindakan antara PR ngan layanan terhadap geng2 BN tu.
biarkan la mereka.
nanti di akhirat kelak, mereka akan ditanya tentang amanah yg diberikan utk melakukan kerje dgn betul itu dijalankan dengan penuh amanah ataupun tidak.
semoga kita semua dilindungi dr golongan2 yg zalim.
assalamualaikum,
dah memang tugas polis tangkap org2 PR, org umno buat apa pun tak salah, mcm zionis yg larikan anak raja tu....
'okolele'
Inilah politik namanya ...... mana ada dlm dunia ini org yg adil.... Tok tak nampak ada keadilan sebenarnya ...Keadilan hanya nampak bila keadilan disebelah pihak kita.....
Pada tok ini hanyalah lumrah politik... sebab bila PR memerintah nanti ...PR boleh berdemo setiap hari tanpa halangan ....
Bagitu juga yg terjadi dgn NIzar .... sekelip mata sahaja dia yg disanjung dan dihormati oleh kakitangan kerajaan telah bertukar esok harinya bila dia dijatuhkan walau apa jenis cara pun....itulah adat dunia .....
Pada tok itu perkara biasa ...yg lebih penting mulalah bekerja dgn mula berfikir secara smart untuk menjadi pemerintah dan jika berjaya apa sahaja akan menyebelahi mu ........ nak bedemo ke...nak baca kutbah ke... nak guna stadium ke...nak jadi exco ke...
Buktinya di 4 negeri ....di masjid dah bebas boleh beceramah sebebas2nya ...penceramah pun tak kesah.....
Tapi ingat jangan ashik berceramah aje ...... berfikir untuk ekonomi, sosial dan berkerjasama bersama semua bangsa.......
hanya itulah yg tok boleh perkatakan.....
polis malaysia memang talibarut UMNO. gaji dapat dari duit cukai rakyat tapi kerja untuk orang UMNO. memang terang lagi bersuluh.. ... !!!
Buat apa lah nak marah2 sgt kat Karpal singh tuu...kan dia tu bukan seorg Islam punn..mmg la hatinya gelap dan hidupnya masih gelap dari Nur ALLAH SWT...yg saya nak pertikaikan mengapalah kita ni org2 Islam masih tersesat jln...sudah terang lagi bersuluh...sudah pun di bawah Nur ALLAH...tapi tersalah langkah jua..saya tujukan ini khas buat pemimpin2 kita ..pemimpin2 BN..kenapa masih terus membuat kesalahan yg mengundang kemarahan rakyat?? mengapa masih enggan beramanah,adil,jujur dan paling penting taat pd ALLAH...perbetulkan lah mana yg tak betul...minta maaf lah jika dah buat silap...hati makin jauh dari ALLAH nampaknya...tapi asek pula menyalah2 kan karpal yg mmg tiada iman dan takwa dlm dirinya...kalau beginilah corak pemerintahan pemimpin Islam di negara yg Islam..bagaimana mahu menambat hati org2 bukan Islam...malah nampaknya mereka semakin tidak yakin dengan Islam nii....ni lah perangai org2 Islam'kata mereka lah...kalau keadaan ini tidak dibendung,,,ditakuti lahir lebih ramai lagi karpal kat M'sia nii...susah kita nanti...
demo orang2 Islam di istana iskandariah tu adalah utk mempertahankan kerajaan negeri perak yg majoritinya ialah kafir...adakah org kafir yg majoriti ini akan memperjuangkan islam???cuba tanya diri sendiri??ingat nizar boleh kawal semua 18 org DAP yg sah sah tak mau langsung pengaruh islam dalam pentadbiran??nah amik tanah bagi org cina 1 abad..diskaun satu tahun je..999 tahun..
demo org UMNO nak menunjukkan kemarahan org2 Melayu n org Islam apabila ada kapir lahanat nak cabar sultan macam sultan tu adik beradik dia...nizar plak walaopon kata pejuang islam tapi titah islam tak mau denga..haritu bukan ke atas kebijaksanaan sultan perak jugak nizar jd MB??
Malaysia adalah sebuah negara unik.
Di Malaysia, kerajaan buli rakyat, pemimpin selak kain pemimpin, melayu makan melayu, orang jual orang,...dan macam-macam lagilah. Malaysia boleh!!!
kita jangan lupa, Malaysia ni negara dunia ketiga.Kita kena kaitkan dgn negara seangkatan dgn kita,tak boleh sama dengan Singapura,Hong Kong,England, Amerika,Britain,dan lain2 walaupun ada demokrasi juga. Politik kita belum cukup matang,mungkin krna rakyat belum cukup dimatangkan lagi. Maklumlah,biasanya orang yg biasa senang payah nak fikir kritis2..hiburan pun banyak skarang dan sambutan pun hangat.
Menjadi tugas kita bersama mematangkan rakyat untuk mengetahui hak2 kita bersama
kerja keras PAS perak menonjolkan ketokohan Nizar hancur begitu saja dengan isu derhaka dan demonstrasi tak munasabah di Bukit Chandan.
Pengundi luar pagar dan mereka yg baru2 nak berjinak2 dengan PAS pasti akan terganggu dgn isu ini,.kerana rakyat perak dikenali amat menghormati Sultan mereka.moga ia tidak mempengaruhi PRU bukit gantang kelak.
gambaran sebenar polis malaysia PDRM adalah seperti dlm movie pride & glory dan street kings.
polis mengamalkan rasuah & bekerjasama & bersubahat dgn penjenayah melakukan jenayah...hebat...polis melakukan jenayah....bila rahsia hampir terbongkar, maka penjenayah akan ditembak bagi menutup rahsia yg lebih besar.
itulah PDRM.
drama gerak khas hanya lah omongan semata2 dari pengarah yusuf haslam...realitinya jauh berbeza.
Post a Comment