Najib mencabul demokrasi untuk berkuasa
Apabila SPR semalam mengumumkan yang tiada pilihan raya kecil untuk kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering saya sudah merasakan sesuatu yang luar dari amalan biasa bakal berlaku di Perak. Tidak pernah SPR menolak permohonan dari Speaker, tetapi semalam ia berlaku.
Dan apabila MB Perak Dato Seri Nizar gagal mendapatkan perkenan Sultan Perak tadi untuk membubarkan dewan undangan negeri bagi memanggil pilihan raya yang baru (setelah berada di istana sejak jam 3 petang) syak wasangka itu semakin membukit. Tepat sekali jam 4.00 petang tadi TPM Najib Tun Razak mengumumkan di Putrajaya dengan dikelilingi 4 orang wakil rakyat (yang telah membelakangkan mandate rakyat) DUN Perak dari Pakatan Rakyat iaitu ADUN Behrang dan Changkat Jering, selain ADUN Bota yang melompat ke PKR baru-baru ini dan ADUN DAP Jelapang yang juga merupakan Timbalan Speaker.
Mereka kelihatan gembira dan senang hati mengelilingi “boss” baru mereka. Mungkin belum terfikir di kepala mereka betapa tindakan mereka sebenarnya membunuh mandate yang diberikan kepada rakyat melalui parti mereka masing-masing. Demikianlah hebatnya “aura” Najib sehingga undi rakyat dipersetankan demi kerana mahu “berdakap” dengan Umno dan BN
Kiranya lewat petang atau malam ini atau mungkin esok Najib mendapat perkenan mengadap Sultan, maka berakhirlah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan kembali berkuasalah kerajaan BN yang didominasi Umno (kecuali dua ADUN Tionghua) masuk secara kotor melalui pintu belakang.
Bagi MB Perak, EXCO PAS dan ADUN-ADUN PAS, jangan gundah-gulana. Anda telah mempamirkan kualiti kepimpinan yang dipandang tinggi oleh rakyat. Walaupun kita sekadar merasa kuasa selama 11 bulan, namun yakinlah kita telah melakukan yang sebaiknya. Terus yakin dan istiqomahlah dalam perjuangan.
Bagi rakan-rakan dari PKR dan DAP Perak, inilah harga yang terpaksa kita bayar demi meniti perjuangan yang penuh ranjau dan duri ini.
Kepada Najib Tun Razak, jika inilah piala yang mahu anda usung dan bangga-banggakan bagi meraikan pertabalan anda sebagai PM tak lama lagi, ternyata ianya busuk bagaikan bangkai baunya. Sesungguhnya ini suatu permulaan yang hodoh dan pasti akan berkesudahan dengan kesudahan yang hodoh juga. Terima kasih rakyat Perak kerana memberikan kami dari PR untuk memerintah secara demokratik, kini terimalah kerajaan baru yang mencabul demokrasi demi mahukan kuasa.
31 comments:
maaf saya komen.
sebagai anak perak saya amat gembira dengan apa yang berlaku di Perak. Secara peribadi rakyat Perak tahu yang kerajaan PR yang bermenteri besar PAS hanya boneka kepada DAP yang...
Saya dan ramai lagi pastinya amat gembira dengan apa yg berlaku sekarang.
Tidak dilupakan kepada kerajaan PR yang memimpin sebelum ini, kami ucapkan terima kasih atas jasa anda. Yang baik harus kita nyatakan.
Terima Kasih
ini membuktikan betapa manusia yg terpalit dengan rasuah hanya akan aman hidupnya bersama UMNO/BN sebelum mereka bertemu allah bermula di alam barzakh kemudian di padang mahsyar nanti..termasuklah anonymos yg gembira dengan perkembangan di perak betapa anda, saya dan sdr roslan dan kita semua akan beretmu allah untuk menjawab segala setiap huruf yg kita tuliskan sebagai manifestasi pendirian kita untuk dibawa kehadapan allah nanti...
Wahai saudara Islam ku,
Apa yang berlaku di Perak adalah ekoran tindak tanduk dan perancangan DAP Perak sendiri.
Tidak seperti di Selangor, DAP gagal "membeli" MB Melayu yang dipilih istana. Roh perjuangan PAS tidak sama seperti roh PKR yang lebih mirip kepada roh UMNO yang mana pemimpin Melayu mereka boleh dibeli orang lain.
Sungguh pun Ir Nizar dilihat seperti telah membuat keputusan yang merugikan Melayu Perak tetapi kita harus ingat keputusan dibuat oleh kerajaan yang majoriti dikuasai oleh DAP.
Sungguh pun beliau dikritik dengan "Perjanjain Pangkor II" secara terbuka namun tidak mustahil dibalakang tabir sebagai MB PAS beliau merupakan penghalang kepada agenda DAP/Cina di Perak.
Kerana itu tidak hairan sekiranya semua yang berlaku khususnya usaha untuk menyingkir ADUN Behrang dan Changkat Jering sebenarnya usaha kotor Ngeh dan Nga?
Kalau tidak kenapa mesti speaker DUN Perak tidak sabar-sabar mengumumkan perletakkan jawatan mereka?
Bukankah terdengar desas-desus hendak digantikan MB pilihan Istana ini dengan wakil PKR?
Sudah tiba masanya untuk Melayu PAS dan UMNO untuk fikirkan semula kedudukan Islam di rantau ini.
Apakah masih lebih rela bekerjasama dengan kafir daripada yang dianggap sebagai zalim?
Allah telah memberikan kita peluang untuk Islam mempunyai majoriti di Perak.
- Alif Ba Ta -
Syabas dan tahniah kepada PAS kerana tidak ada ADUN atau hli Parlimen PAS yang melompat parti. Melainkan Ibrahim Ali yang bertanding dengan lambang PAS kemudiannya menjadi Ahli Parlimen bebas lompat.
Tarbiyah PAS menjadikan ahlinya tidak terliur dengan habuan keduniaan yang sementara bahkan lebih mengingati akan pembalasan di akhirat
Tuan Hamba Roslan,
Hamba bukan orang Perak, tetapi hamba cukup berminat dengan "keistimewaan" politik Perak sejak PR menang PRU-12. Walaubagaimanapun, syabas kepada YB2 PAS atas usaha dan program kesejahteraan dan keharmonian Negeri Perak. Namun, takdir Allah mungkin tidak menyebelahi mereka. Anggaplah ini ujian besar keimanan kepada Allah. Insya-allah, mereka yang menzalimi akan mendapat kemungkaran Allah samada di dunia dan di akhirat. Kepada warga Perak, berdoa dan berserah menanti jawapan rasmi pihak istana Perak untuk mengakhiri babak yang pilu ini.
Salam,
setuju dengan saudara penulis. saf pimpinan PAS masih kukuh kerana tiada yg melompat tu dari jemaah PAS.
saya masih mempunyai "izzah" dengan pimpinan PAS Perak. Syabas.
I am so sorry for you if see it that way.
ini sebagai muhasabah yg ingin Allah berikan kepada kita semua.. sedar atau tidak, pencabulan begini jugalah yg ingin anwar lakukan untuk mendapat tempat tertinggi di putrajaya.. ia juga perancangan membelakangi mandate rakyat..sedar, sekarang kita sudah merasa apa yg bakal dirasa oleh rakyat semua jika 16sept berlaku..muhasabah diri..
apepon, ingin diucapkan tahniah kpd yb dato seri nizar yg sy sgt sanjungi..percayalah, byk yg telah anda lakukan kpd politik dan islam..ramai yg bukan islam memuji anda..ini contoh pemerintahan campuran yg baik..insyaAllah, kita cr kelemahan kita, kita gempur kembali.. takbir!! Allahuakbar!!
penyokong UMNo BN jangan anda gembira sangat cara anda merampas kerajaan perak dengan cara tidak demokratik akan menjadi satu permulaan era politik kotor yang baru kalau anda boleh lakukan jangan salahkan Pakatan rakyat kalau pekara yang sama akan di lakukan malahan Pakatan rakyat juga mampu buat lebih jauh lagi hinga berjaya menawan kerajaan Malaysia gendang sudah di bunyikan tunggu apa lagi pejuang pakatan rakyat....
Salam,
Dulu saya amat mengkagumi tulisan saudara, tetapi kini tidak lagi kerana tutur bahasa saudara sungguh jijik setelah nasib tidak menyebelahi pihak saudara.
Wasalam
Solzamri
harap-harap nada ini bukan untuk BN sahaja di mana atau dari september tahun lepas lagi DSAI pun telah dan cuba membuat perkara yang serupa.
sememangnya sakit dihati apabila begini caranya kerajaan bertukar ganti, itulah demokrasi.
namun begitu, corak pemerintahan PR di Perak yang sememangnya bertunjangkan Ketuanan Rakyat telah meresahkan melayu di sana. takkanlah istana pula membiarkan rakyat jelata gundah gulana.
sebenarnya ini adalah permulaan yang baik untuk rakyat perak.
kepada kawan seperjuangan.janganlah risau.perak takkan jatuh ke tangan BN lagi.malah rakyat bertambah menyampah kepada BN sekarang.seandainya pilihanraya.PR akan menang dengan lebih besar lagi.
insyaallah...
Taqbir!!!
salam sdr Roslan
perkembangan terbaru ini amat mendukacitakan jika dipandang dr sudut demokrasi. Hakikat sebenar rakyat mengundi parti bukan calon kecuali dlm kes kes tertentu.
Tapi yg lebih mendukacitakan adalah respons dr pihak PAS khususnya. Kenapa baru sekarang kita dengar "pencabolan demokrasi" "pengkhianat" dan bermacam lagi yg bakal keluar sehari 2 lagi.
Mengapa sebelom ini tidak terdengar lagi2 ketika Anwar beria-ia hendak menubuhkan kerajaan Pusat melalui "lompatan" ahli parlimen atau paling tidak ketika Adun Bota lompat ke PKR?
Tidak tergamak saya nak menyebut tapi jelas, adakah PAS sekarang hipokrit atau lebih tepat MUNAFIK?
Sedih.
sebagai rakyat malaysia,saya amat berharap kerajaan bn yg memerintah malaysia akan tertiarap bila AP BN melompat ke PR.KERAJAAN BN MERUPAKAN BONEKA KPD SEKULARISME.
secara positif saya melihat masa depan yang cerah kepada PAS di Perak. hasil kajian bebas dari merdeka centre, PAS telah berjaya menambah ahli bukan islam di perak. walaupun, kerajaan perak tumbang, tidak pru13. itu sebab tidak banyak komen dari panglima besar PAS dalam isu perak ini. isu di perak adalah antara PKR dan UMNO dan PAS hanya sebagai mediator di antara UMNO yang ingin berkuasa dengan PKR yang memiliki kualiti kepimpinan yang lemah. kepada ahli, seperti perbincangan di atas, percayalah PAS tidak rugi apa-apa. PAS pernah kalah dan menang. jika menang, PAS akan memimpin untuk insyallah satu tempoh yang lama seperti di kelantan. adios.
Saudara,
Kenapa nak salahkan Najib dan UMNo? Dah memang pemimpin PKr dan DaP memang gilakan kuasa, wang dan sanggup dibeli. Kalau 4 ekor ni komited dlm perjuangan takkan berlaku apa yg berlaku hari ini. Mereka tak istiqomah dlm perjuangan dan hanya bernafsu pd wang dan kuasa. Dap dominan di PeraK dan yg menjadi mangsa adalah Pas, so saya tak heran langsung Perak jatuh ke tangan Umno kerana tak ada Beza antara Umno dan Pkr. Kedua-dua parti ni boleh makan balik tahi yg mereka sendiri berak! Pkr dan anwar ibrahim dr dulu smp hari ini tak habis2 ckp ada pemimpin BN nak masuk Pkr, nah sekarang pemimpin2 Pkr masuk Umno, nak ckp apa?? Sedih saya hanya pd Pas, kerana parti ni menjadi sokongan saya tp bukan Pkr,UMno dan Dap. Sebab saya tahu, Pkr dan Umno tak ada beza, semuanya MelaYu yg gilakan kuasa, harta dan jawatan, paling penting tak istiqomah dlm perjuangan.
Kasihan Nizar, PeRak kehilangan MB yg berkualiti dan berkaliber.
Pada Umno dan Pkr, don't eat what u shit, or shit what you eat...
Salam,
Perak masih diperintah oleh PR. Untuk beralihnya kuasa dr satu pihak kepada pihak yg lain hanya ada 3 cara:
1)MB letak jawatan
2)Bubar DUN
3)Undi tak percaya dalam sidang
Cara yang pertama memang hampir mustahil untuk terjadi. Cara yang ke-2 adalh cara yang sedang diusahakan. Cara yang ke-3 hanya akan berlaku dalam sidang DUN pada bulan 5 nanti.
Merujuk kepada sumber dekat, mood Sultan Azlan Shah lebih berat kepada pembubaran DUN kerana pihak PR mengharapkan terbentuknya kerajaan yang baru nnti, kerajaan yang berintegriti, bukan kerajaan 'curi'. Melihat kepada track record latar belakang Tuanku Sultan, Tuanku amat maklum akan hal ini.
Untuk undi tak percaya berlaku, perlu tunggu hingga ke bulan 5 untuk terjadi, dan rasanya dr tempoh sekarang ke buln 5, mcm2 boleh terjadi.
Soalan saya: Mengapa UMNO yang nampaknya begitu Gah dan Angkuh, amat takut sekiranya terjadinya pilihanraya negeri? Rasanya anda tahu jawapannya...
Kepada anonymous, tak payahlah berhujjah dgn banyak buat spekulasi dan cerita kedai kopi. Blog ini utk orang celik politik sahaja, bukannya pak pandir.
Saya terharu dengan apa yg berlaku. Saya rasa Allah lebih menyayangi Ir Nizar dengan tidak memanjangkan bebanan amanah yg terlalu berat bagi beliau. Beliau seorang contoh peribadi Muslim yang baik dan tidak layak baginya dipandang hina dengan cemuhan dan ejekan yang tidak sepatutnya. Terima kasih kepada YB Nizar, anda menjelmakan kepimpinan PAS yang solid dan berintegriti. Anda memang layak telah dipilih Allah duduk sebaris dengan TG MB Kelantan dan Ustaz Azizan MB Kedah, walaupun sementara.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada rakyat Malaysia dan Semoga Allah tidak mendatangkan balanya kepada rakyat malaysia kerana adanya pemimpin zalim seperti Najib.Untuk Najib,seluruh rakyat melaknatimu...tunggulah balasanmu pabila Izrail datang menjemputmu.
Salam,
Roda kehidupan, ada kala naik ada kala turun. Kerajaan Negeri Perak telah melakukan yang terbaik pada saya, dan tidak ada isu besar yang menjadi tumpuan selain dari ADUN melompat ke BN.
Ini merupakan plus point yang pasti diingati rakyat Perak apabila pilihanraya umum 4 tahun lagi, terutama pemberian geran tanah yang cuba disabotaj UMNO. Kalau kerajaan negeri dibawah UMNO boleh mengurniakan tanah kepada orang seperti Zakaria Deros, apa salahnya memberi tanah kepada mereka yang tleah menetap dan mengusahakan tanah tersebut sekelian lama?
Saya pasti BN akan mengalami nasib yang sama seperti 2008 kerana apa yang dinilai pada UMNO oleh rakyat tetap tidak berubah.
Jadi redhakan dan teruskan usaha; sebenarnya pintu untuk menyambung tugas sebagai kerajaan negeri masih terbuka, samada pembubaran DUN atau PRU ke 13. Rakyat akan mengingati episod ini, dan akan menghukum pihak yang dirasa mereka bersalah.
Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya. Yg penting kita berusaha dan bertawakal. Ayuh kita rapatkan saf!
Takbir!!
Perasuah, penerima rasuah dan penyokong kedua2nya yg menyokong tanpa usul periksa tak kiralah rasuah duit, pengaruh dan seks yang menyebabkan malaysia tergolong dalam negara yg penuh dgn ketiga2 kategori tadi.
sdr,
saya amat setuju dengan ulasan ini bahawa peralihan kuasa ini adalah satu lagi cabaran dan akan meguji sejauhmana PR dapat menjaga perpaduan dan kerjasama antara mereka.saya tetap percaya rakyat terbanyak tetap berada bersama PR dan walau BN kembali berkuasa ianya amat rapuh dan tidak bermaruah.
dalam konteks ini saya kira masa akan menentukan,rakyat akan menghukum sekali lagi kezaliman BN.lanskap politik malaysia akan berubah lagi.DS Najib akan ditulis dalam sejarah sebagai pembesar UMNO yang terakhir.insyaallah
zmy
hoho...mcm2 yg telah dikata.Pertamanya saya kurang setuju dgn posting kali ini.point aku, padan muka anwar, inilah akibatnya klu cuba bermain api.
Kpd tong kosong,pas mmg ada menyatakan tidak bersetuju dgn idea melompat2 ni,that's why DUN kelantan ada undang2 anti lompat.tp bukan semua la, ada jugak yg tidak menyatakan kebenaran.
kepada anonymous, kenapa mesti dijadikan isu kaum ni,apakah bila melayu memerintah majoriti, akan berlaku keadilan dan islam akan tertegak...tak semestinya kan? dulu pun umno pegang majoriti, apa beza dulu dan nizar buat.at least penduduk kg baru dapat leased hold 999 tahun(ni orang melayu dan cina).
But again, kepada PKR dan DAP, next time pilih la calon yg ada tarbiyah dan nilai perjuangan yg tinggi. Go to Hell sesapa yg melompat sesuka hati ini. Sokong Anti Hopping Law...
Kepada DSAI, padan muka lagi sekali.
Apa yang berlaku ada hikmahnya. Biarlah tewas di dunia (hanya sementara) asal jangan tewas di Akhirat yang mana akan tewas selamanya.
Ilmu dan perancangan Allah jauh mendahului perancangan manusia.....
Aminn..... takbir 3 x...
Perlu juga diingat pihak PAS memang dari dulu tidak ghairah dengan acara lompat-melompat parti ni.
Tak silap saya, PAS juga telah meletakkan syarat bahawa Islam sebagai majoriti adalah keutamaan jika benar2 terjadinya pembentukkan/peralihan kerajaan pusat BN kepada PR yang diterajui oleh sdr Anwar.
BN/umno juga perlu mengakui kemenangan mereka peringkat Parlimen/Pusat pada PRU-12 yang tidak sampai 2/3 itu bukanlah hakikat yang sebenarnya tetapi dari kemenangan tipu muslihat dari segi pengundi hantu dan sebagainya.
Tetapi oleh kerana gelombang penentangan rakyat terhadap BN tempoh hari terlalu besar maka telah menyebabkan 5 negeri telah jatuh ke tangan PR termasuklah juga di Wilayah persekutuan.
Oleh itu usaha sdr Anwar "16/Sep" itu adalah semata2 untuk menuntut hak rakyat pada tempat yang sepatutnya.
salam..
Ikut ana,x payah dok joint venture ngan PKR ngan DAP...banyak yg lompat2,kecut perut ni depa la gak,sbb depa ni dok berjuang dunia jek...depa ada kepentingan duniawi...
Pkr dgn umno sama je, boleh dibeli...
Alhamdulillah Allah telah 'memperkenalkan' YB NIZAR kpd rakyat malaysia yg mana sblm ni tak ramai org kebanyakan spt saya mengenali beliau.
Tumbangnya PR Perak kpd BN melalui jln belakang adalah hikmah utk kita semua.. khasnya ahli PAS.
Saya semakin ingin mengenali PAS..
tahniah UMNO..lega hati teman pemerintahan DAP dah berkahir? Datuk Nizar? aku kesian dia gak...tp selama ni aku rasa dia banyak memendam rasaaaaa hehehe
p/s: itulah..singa tdo jadi pi jolok, kan da kena ngapppp
Aku terkejut sebab bila BN beli 2 atau 3 atau 4 wakil rakyat DUN Pakatan Rakyat, semua penyokong PR kata BN busuk, jahat, perompak, etc.
Tapi mereka lupa ke pemimpin kesayangan mereka (Anwar Ibrahim) dengan penuh machonya umumkan dia nak 'culik' 30+ ahli parlimen BN? Dia dengan penuh confident war-warkan dia sudah berjaya 'pujuk' ahli parlimen untuk lompat parti.
Kenapa bila BN buat 3-4 orang mereka dituduh jahat, tapi Anwar plan nak buat, dia diangkat sebagai hero?
Aku betul2 tak setuju aktiviti lompat melompat, tak kira pihak mana yang dapat lebih katak.
Fikirkan...
Salam Saudara,
bukankah tindakan melompat ini tindakan orang yang cerdik seperti Tuan Guru katakan sebelum ini..mengapa mesti marah jika ADUN PKR dan DAP itu melompat bebas..Inilah orang yang cerdik seperti cendiakawan-cendiakawan PAS laungkan semasa ADUN UMNO melompat...
Nampak sangat sikap munafik cendiakwan2 ini..
Renung-renungkanlah...
Post a Comment