Meniti lautan perjuangan yang penuh bergelombang
Banyak perkembangan berlaku dalam dunia politik tanahair sejak kebelakangan ini. Kekadang kita sehingga kepenatan mengejarnya, lepas satu-satu dan seakan ia tidak akan berakhir. Dari Bukit Gantang ke Bukit Selambau kini kita ke Bukit Lanjan pula.
Apa pandangan saudara berkenaan kes YB Elizabeth? Apa komen anda berhubung pengakuan YB Eli? Gambar bogel memang diakui gambar beliau, tetapi……
Siapakah dalang disebalik penyibaran gambar ini?
Memang kita tersepit. Bukankah semasa PRU lalu kita gunakan isu moral sebagai sebahagian dari modal politik kita? Bukankah skandal Senator Norhayati Onn dengan bekas ahli parlimen Gombak kita tonjolkan sebagai aksi tindak bermoral (walaupun gambar mereka bukan gambar bogel tetapi sekadar berpeluk-pelukan). Kemudian seorang lagi bekas ahli parlimen di Selangor (wanita) juga kita dedahkan skandal moralnya. Itu tidak termasuk skandal membabitkan bekas Menteri Kesihatan Chua Soi Lek. (jangan lupa gambar Pak Lah bersama Michelle Yeoh itu).
Bagi yang lain saya tidak tahu tetapi bagi PAS perkara ini dibangkitkan bukan sebagai “political blackmail” tetapi sebagai suatu tuntutan agar rakyat memilih hanya mereka yang berkahlak mulia dan bermoral sahaja sebagai pemimpin.
“Standard” moral seorang pemimpin bagi kita sangat penting kerana itu kita mengharapkan yang terbaik dari mereka. Bagi seorang pemimpin Islam, ia mestilah berakhlak mulia. Begitu juga bagi rakan-rakan yang bersekutu dengan kita. Mungkin bagi yang bukan Islam kita tidak boleh memaksa mereka mematuhi “standard” seorang pemimpin Islam, tetapi sekurang-kurangnya mereka mestilah bermoral. Kalau Umno dan BN punya pimpinan yang tidak bermoral, maka kita mahukan pimpinan kita samada PAS termasuklah PKR dan DAP juga agar jangan jadi macam Umno dan BN.
Rakan-rakan kita punya hak, tetapi apabila mereka menawarkan diri sebagai calon PR maka mereka mesti bersedia meletakkan “standard” moral yang tinggi ke atas diri mereka jika mereka mahukan orang PAS mengundi dan menyokong mereka.
Semua ahli dan pimpinan PAS tidak boleh lari dari semangat perlembagaan parti yang menegaskan bahawa PAS ditubuhkan atas alasan:
Demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada semua manusia yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNGKAR
Saya yakin bukan hanya orang PAS malah yang bukan PAS yang bukan Islam semuanya mahukan pemimpin mereka pemimpin yang bermoral, menjadi contoh dan tauladan kepada yang dipimpinnya. Menjadi model kepada anak-anak kita dan generasi yang mendatang. Sebagai pemimpin mereka bertanggungjawab membentuk dan membimbing moral dan perlakuan serta mentaliti rakyat, bagaimana mereka mahu berlaku begitu sekiranya mereka sendiri longgar dan kacau moralnya.
Oleh itu berbalik kepada isu yang dihadapan saya, bagi saya jika ekoran pemaparan gambar itu menjadikan moral YB berkenaan dipertikai, persepsi rakyat menurun, nama baik PR terjejas, maka lebih wajarlah beliau berundur demi perjuangan yang tercinta. Jangan jadi macam Senator Umno yang disebutkan, sekurang-kurangnya jadilah macam Soi Lek.
Apa pun kita harapkan yang terbaik buat PR. Perjuangan kita masih jauh lagi, biar kita kikis tungau dan ketuat yang ada demi melicinkan jalan perjuangan. Jangan sampai kita dilihat berpilih-pilih dalam membawa isu sedangkan kita tidak begitu. Maaf tetapi itulah pandangan peribadi saya, anda bagaimana?
44 comments:
yb eli ni bukan islam so jgn samakn ngan umno lg pun gambr diambil tanpa dia sedar dia pun xdala tido bogel pakai baju kain dia terselak kwn dia yg ambik gambar tula org yg paling x bermoral dan keji sbnrnya soi lek tu pun mangsa musuh politik beza dia dh kawin
saudara...
bagi saya jika kita berbicara tentang moral kita perlu melihat daripada pelbagai aspek... adakah dengan mengedar gambar saudara sedang buang air di dalam tandas awam atau di bilik tidur saudara seperti Saudari Eli dianggap tindakan yang bermoral..
Dalam perjuangan Islam kita perlu bersikap lebih adil dalam membuat ulasan jangan kita dilihat begitu tegas membuat ulasan tanpa menyelidik terlebih dahulu......
Mengenai contoh yang saudara berikan memang jelas tidak bermoral dengan melakukan hubungan seks.. manakala gambar pemimpin UMNO itu jelas bertentangan dengan ISLAM...
Mengenai ELI hanya gambar sedang tidur..... Tanggapan lain kita tidak boleh lakukan kecuali kita mempunyai bukti jelas yang lain..
Jadi ada baiknyan jika saudara mengulas tentang budaya pengedaran gambar yng tidak bermoral.......
Soal moral ini sangat perlu diperingatkan selalu terutama kepada ahli kelab penyokong PAS. Saya sangat bimbang jika mereka dipergunakan suatu hari nanti untuk merosakkan imej PAS.
Bukanlah saya bermaksud ahli PAS molek belaka berbanding ahli kelab penyokong tetapi oleh kerana mereka mungkin masih baru dengan budaya dalam PAS, mereka mungkin kurang faham mengenai Islam sebagai satu cara hidup dalam PAS.
Akum Lan,
Sya sokong sangat. Kerana Matlamat tidak Boleh Menghalal kan Cara. Moto perjuangan tidak mungkin dibatal tetapi boleh diperbaiki. Apa yang berlaku dihadapan mata adalah bertentangan dengan Motto parti. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa ? Jadi nasihat tambahan saya kepada pemimpin tinggi parti, agar tidak ada komentar yang membuat pengecualian atau tidak mempertahankan pendirian. Ingatlah, jika kita takut kerana untuk mendapat keredaan manuasia, maka akan dibiarkan oleh yang Maha Esa akan urusan kita kepada manusia itu.
Amin
Cepok
Kita diajar jangan dedahkan keburukan orang lain kerana perbuatan itu dianggap sebagai tidak berakhlak. Moral itu adalah akhlak. Jadi pihak yang mendedahkan itu pun tidak bermoral.
salam bro roslan
kalo nak komen isu YB Eli ni, saya rasa panjang dan luas kaitannya. saya beri point2 mudah dr segi isunya dan kaitan dgn PR
-moral: mgkin bagi masyarakat cina moden, tidak jadi masalah sekalipon mungkin dr segi agama mereka salah. ini saja boleh menjadi satu isu dikalangan PR
-peribadi calon: sukar kita nak katakan mengenai perangai calon2 apatah lagi perkara yg dilakukan secara private. tapi sebagai pemimpin perlu ada akhlak yg mulia. akhlak nih pon sgt subjektif jika dinilai antara org islam & bukan islam
- pengajaran sgt besar dlm peristiwa akhir2 ni.. calon2 PKR lebih dilihat tangkap muat. baru setahun, jika 5 tahun mungkin sifat2 dibawa pemimpin BN turut ada pada pemimpin PKR.
- pada saya jgn sekali2 dibandingkan dgn pemimpin BN bila berlaku hal2 seperti ini, keran patut sedar yg rakyat telah menolak BN pada PRU lepas dan tidak akan sama sekali menerima jika PR juga mempunyai perangai yg sama.
aduhh! apa sudah terjadi?
salam
ana sgt bersetuju dan sependapat dgn akhi roslan, sememangnya perwatakan dan akhlak pemimpin memang dititik beratkan bagi sebuah jemaah atau gerakan Islam. Sebab itulah seorang pemimpin yg diketengahkan oleh jemaah Islam ialah seorang yg telah lulus dlm proses tarbiyyah dan tapisan jemaah.
Malangnya semua itu tidak berlaku dlm sebuah parti yg tidak menjadikan Islam dan 'aqidah dlm memacu perjuangan. Kita tidak memaksa pemimpin yg non muslim menjadi muslim tapi biarlah mereka itu baik moralnya biarpun berada dlm situasi apa sahaja.
Lebih menyedihkan lagi bagi ana, para pimpinan kita sendiri masih tidak konsisten dalam hal eliz wong ini, walaupun eliz wong ini seorang pemimpin dlm kerajaan negeri PR, kita wajar menegur beliau kerana kita mahukan yg terbaik shj utk memimpin masyarakat. Jangan kita menghentam habis2an keruntuhan moral dalam UMNO/BN tapi memejam mata dan berdolak dalik dlm hal eliz wong ini.
Ana berharap agar pimpinan kita lebih tegas dlm hal2 ini dan nyatakan pendirian kita berasaskan Islam kepada PKR mahupun DAP. Buat apa kita meruntuhkan jahiliyah lama kemudiannya mendirikan serta mempertahankan jahiliyah baru. Tiada biaza...
Wslm
ANTARA UHUD DAN PRK TIGA BUKIT.
PERISTIWA PERANG UHUD MEMBERI PENGAJARAN KEPADA PARA SAHABAT SERTA UMAT ISLAM KESELURUHANNYA AGAR TAAT KEPADA PEMIMPIN SELAIN ALLAH SERTA RASUL.
DAN BAGI PRK TIGA BUKIT PULA IALAH AGAR KITA TIDAK TAMAK SERTA PATUHI STRATEGI PEMIMPIN SEHINGGA DISERANG DARI BELAKANG MENERUSI BUKIT.
Salam,
Walaupun kita berlainan parti, namun kita masih saudara seagama.
Saya mengikuti blog saudara dan kagum dengan tindakan saudara untuk beberapa kali tatkala saudara mempertahan beberapa isu mempertahan Islam walaupun terpaksa mengecam Karpal dan seumpamanya.
Untuk kali ini, saya jua amat bersetuju agar PR terutamanya PAS tidak berpilih2 dalam isu moraliti.
Janganlah hendaknya di kata orang, jika lawan, maka di kecam; jika terkena batang hidung, masih tetap menegakkan benang yang basah. Tumpukan pada isu, bukan berdalih kerna hanya menampakkan ketakutan pada bayang2 sendiri.
Maaf atas komen ini.
Tok sokong pandangan yeop ......
Kita memerlukan pemimpin yg bermoral baik...kita selalu mengutuk amereka tapi di amereka untuk jadi presiden bukan senang ....semua rahsia peribadi di periksa dari segi skandal, rasuah, hubungan dll lagi...
Sebenarnya negara kita menuju kearah tu....sekarang pemimpin telah berani berdebat ...berani mengatakan apa yg perlu dia lakukan jika di pilih di pentas umum bukan hanya jaguh diperhimpunan sesama dia sahaja.
Pas juga perlu mempunyai pemimpin yg vesetal ...mampu bercakap dlm semua bidang sprt ekonomi, sosial, pelbagai bangsa dll
Sekarang kita tidak mampu berharap org lain membantu kita ...kita sendiri kena bekerja keras sebab masing2 telah mempergunakan pelbagai tektik untuk menang sprt lompat parti, isu moral dll.
Kita kena berhenti ashik menyalahkan pehak lawan tapi kita kena lebih smart dari mereka.
Sebab itu bijak pandai islam perlu bersama PAS untuk terus menang dan tidak ditipu oleh cina....
Salam.. saya bersetuju dgn Abg Roslan.. tetapi saya teramat kecewa apabila satu persatu pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS terutama bloggers PAS tetap mempertahankan YB Eli atas dasar itu adalah HAK PERIBADI beliau..
Tetapi adakah mereka terlupa bahawa dengan tersebarnya perkara ini dan mereka pula mempertahankan tindakan Yb Eli,akan membuka ruang atau pendapat bahawa PERKARA YG DILAKUKAN OLEH YB ELi iaitu SEX OUTSIDE WEDLOCK itu adalah dibenarkan (asalkan jgn tertangkap)..
Salah tetap salah..lebih baik semua pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS lebih baik berdiplomasi memohon YB Eli letak jawatan atas dasar kesedaran UMMAH dan suruh dia mengaku salah yg perbuatan yg dilakukan adalah tidak bermoral dan melanggar ajaran agama dia juga..
Saya melihat dalam kes YB Elizabeth Wong, beliau tidak boleh disamakan dengan Dr Chua Soi Lek, Norhayati Onn, dan bekas Ahli PArlimen Gombak. Kesemua mereka tadi bergambar dalam keadaan tidak senonoh, bermakna melakukan dalam keadaan sedar.
Kes Elizabeth Wong, beliau tidak sedar gambar peribadi beliau telah dirakam dalam keadaan tidur. apakah beliau bersalah apabila kehidupan peribadinya diceroboh dan gambar tanpa pakaian beliau dirakam tanpa sedar?? Kalau dalam Islam sekalipun, beliau akan terlepas dari hukuman kerana beliau bukan beraksi dengan sedar, tetapi tanpa sedar. Beliau juga bukan melakukan hubungan seks.
Kalaulah saudara sedang tidur atau dalam bilik mandi, tiba-tiba ada orang merakam gambar saudara dan menyebarkan di Internet, adakah saudara boleh dikategorikan sebagai tidak bermoral? Setiap kes adalah berangsingan, dan kita kena melihat fakta setiap kes.
Tidak boleh kita meletakkan setiap kes adalah sama hukumnya. Bahaya pandangan saudara itu. Islam meletakkan dengan adil setiap hukum.
Memang PAS meletakkan moral dan akhlak sebagai keutamaan. Tetapi kalau pimpinan PAS dianayai sebegini adakah kita beraggapan PAS sudah tidak berakhlak???
Salam sejahtera saudara Roslan,
Apa yang berlaku dan menimpa ke atas YB Eliz memang mendukacitakan. Tetapi apa yang mendukacitakan ialah komen ketua pembangkang bahawa insiden ini adalah konspirasi BN.
Bijak juga saudara Anwar mengaitkan semua yang buruk dengan BN tetapi PR semuanya baik-baik belaka! Hakikatnya sama aje. Ada kata BN ini korup dan tidak bermoral tetapi kat PR pun begitu juga...pemimpin lompat parti, terlibat dalam rasuah dan berbogel...
Saudara..
Rakyat pilih pemimpin untuk memperjuangkan hak mereka bukannya menuding jari. Sebagai pengundi, saya dah bosan dengan retorik-retorik. Barangkali saya perlu menilai kembali sokongan kepada PR. Mungkin saya tidak mahu undi lagi. Apa gunanya untuk undi tetapi kepercayaan kita dikhianati?
Sekadar untuk renungan, saudara....
YB Eli MUNGKIN mengamalkan seks tanpa nikah. Perbuatan ini berleluasa di Malaysia, namun seeloknya pemimpin janganlah begitu. Kita tak ada masalah bila ada puak-puak bodoh jaja gambar Teresa Kok makan khinzir, sebabnya kita faham perbezaan kita.
Namun dalam soal seks luar nikah ini, saya rasa ramai pihak baik Islam mahupun bukan Islam masih kuat berpegang dengan institusi kelurga, maknanya seks seharusnya selepas kahwin.
Kita bukan macam UMNO yang menghalau rakyat balik situ balik sini. Kita bahkan suka bila rakyat berkembang ramai, syaratnya melalui perkahwinanlah.
yang peliknya..bila PR keluarkan kenyataan bahawa perkara ini dibuat oleh "musuh politik"..tiba2 sahaja UMNo keluarkan kenyataan nafi.."jangan babitkan kes gambar bogel itu dengan UMNO"..ramai para pemimpin UMNo sebut.."gambar itu bukan UMNo yang tangkap..bukan UMNO yang sebar"..persoalannya..kita hanya sebut musuh politik..tak kesahlah musuh luaran atau musuh dalaman..apakah UMNo sangat terasa dengan istilah "musuh politik"..kenapa geng2 BN parti gerakan dan MCA tak kata apa2 pun..wanita MCA siap simpati lagi pada YB ELI..DSAI keluarkan kenyataan bhwa kerja ini biadab dan celaka..tidaklah ditujukan pada UMNO..tapi pelik..yang banyak menafikan UMNO..kalau UMNO tak buat dok nafi buat apa? orang tak keluarkan kenyataan rasmi yang kata "UMNO"lah yantg buat kerja ni..orang hanya kata musuh politik yang buat..!!! aneh bukan????
Ya...soal merakam curi, menceroboh hak privasi ada satu isu yang dibahaskan, tp adakah kita terlupa untuk melihat disebaliknya - maksudnya siapa lelaki si perakam gambar tersebut (yang dihebohkan sebagai seorang lelaki Melayu Islam-satu spekulasi), kenapa dia begitu senang 'menceroboh' kediaman YB Eli, apa tujuannya, kenapa begitu mudah dia menerobos masuk dan apa kejadian sebenarnya hingga membuatkan YB Eli begitu 'penat' tertidur hinggakan langsung tidak menyedari aksi-aksi tidurnya itu dirakam. Ntahlah...adakah gambar tersebut tersebar sebagai 'balas dendam' selepas ada 'pemintaannya' tidak dipedulikan YB Eli...
Maafkan saya...saya tetap berpendirian, YB Eli perlu melepaskan semuanya meskipun pelbagai nasihat diberikan agar dia memikirkannya semula kerana PR tetap berpegang kepada ketelusan, integriti dan mementing aspek moral.
Mr Ketam,
Apa yang mengarut sangat ni??? Isu sekarang adalah gambar YB Eli tengah tidur dlm keadaan separuh bogel telah dirakam oleh mereka yang tidak brtanggungjwab dan kemudiannya disebarkan kepada umum.
Bila pulak yang timbul isu dia berzina? Bila masa yang dia mengaku dia berzina? Dia cuma mengaku itu gambar dia.
Janganlah nak putar belit isu dan kemudinnya konon nak mainkan sentimen orang PAS pulak.
Harap Sdr Roslan pun janganlah memiliki pemikiran yang sama dengan Encik Ketam ni.
Mohamad Iraqi
Kota BHaru
X ADIL RASANYE KLO BERDASARKAN GAMBAR2 CURI TU KITA NAK JUDGE DIA,GAMBAR TU PUN DALAM BILIK TIDUR,ISLAM PUN X LARANG KITA BERBOGEL DLM BILIK TIDO ASALKAN XDE MATA LAIN SELAIN SUAMI ATAU ISTERI..RASANYE BDASARKAN GAMBAR TU PUN XLEH CKP DIA WAT HUBUNGAN SEKS...X TAU LA...MASING2 ADA PERCEPTION SENDIRI...
Dugaan..selepas satu bukit ke satu bukit bermula dari
1.Bukit Gantang
2.Bukit Selambau
3.Bukit Lanjan
4.Terkini Bukit Margosa (Seremban Negeri Sembilan).
Lihat : http://czackpy.blogspot.com
InsyaAllah semuanya kita kasi rata.
Allahu'aklam
Gambar YB Eli tidak menjadikan moral dia bersalah. Kita boleh anggap bahawa gambar itu diambil tanpa kebenarannya dan hak peribadinya telah dicerobohi. Penangkap gambar tersebut perlu dihukum. Itu semua bukan perkiraan kita.
Perkiraan kita di sini ialah pengakuan YB Eli bahawa gambar itu mungkin diambil oleh bekas teman lelakinya. Persoalan di sini di mana beliau sedang tidur ketika itu? Mengapa teman lelaki beliau boleh berada di situ? Adakah bekas teman lelakinya menceroboh rumahnya dan menangkap gambar tersebut? atau .....? YB Eli perlu perjelas dengan lebih jelas jika beliau dianiaya dan ingin membersihkan nama beliau dan membuat laporan polis atas pencerobohan bekas teman lelakinya itu.
PAS perlu berpendirian atas pekara-pekara berikut;
1) seks tanpa nikah di kalangan islam dan bukan islam.
2) penyebaran gambar tidak bermoral.
3) moral pimpinan (islam dan bukan islam) sebelum dipilih dan setelah dipilih.
4) kedudukan pimpinan (islam dan bukan islam) jika setelah terpilih, kemudiannya diketahui moralnya sebelum dia terpilih yang tidak baik .
sekian cadangan saya.
Tlg ulas sikit kata2 Mukhriz dlm Hujah semalam "Kepimpinan perlu tegas. Bila kita biarkan demonstrasi dan tidak menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk mengawal, akhirnya keputusan pilihan raya tidak berpihak kepada kita." Satu ancaman kepada demokrasi. Kenapa blm ada laman berita dan ahli politik ulas kata-kata samseng mcm nie.
Tuan-tuan yang beri komen di sini sudah tengok ke gambar yang jadi kontroversi tu? Jangan buat komen kalau tidak pasti kedudukan sebenar isu. Lihat dulu gambar tu baru bagi pendapat. Bagi saya yang dah tengok gambar tu, saya tak nampak ianya sebagai satu scandal, hanya kerana eli diambil gambar dalam keadaan begitu tidak bermakna dia sudah melakukan seks terlarang. sesapa pun boleh ambil gambar orang tengah tidur.
Dalam komen eli di tv pun dia tidak mengaku lakukan seks tetapi berkata kehidupan seksual adalah hak peribadi, mungkin maksudnya dia nak tidur ke atau buat kerja rumah secara berbogel ke itu hak dia. Dalam Islam pun berbogel ketika berseorangan ada berbagai pendapat ada kata harus dan ada yang kata haram, tetapi eli bukan islam.
Isunya disini umno akan guna apa saja cara untuk cuba gulingkan kerajaan PR dan jangan lupa ada orang akan jadi pm baru dalam keadaan sekeliling yang tidak membantu, jadi timbulkan apa sahaja cerita untuk alih perhatian rakyat/ahli partinya supaya keburukan beliau tidak diperkatakan.
Mohamad Iraqi Kota Bharu,
YB Eli kata "I am not ashamed of my sexuality as a woman and as a single person. I have broken no law."
Maknanya dia tak malu dengan perlakuan seksnya sebagai seorang yang belum berkahwin kerana dia tak melanggar undang-undang.
ADA PAHAM? Takkan kita nak dia sebut terang-terang "I practice pre-marital sex" kot.
Elizabeth tidak salah, penceroboh yang salah, kata Nik Aziz
KOTA BARU, 18 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak ada sebarang asas untuk Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletakkan jawatan.
"Dari apa yang saya faham berdasarkan laporan akhbar, gambar itu diambil oleh penceroboh yang memasuki rumahnya. Jadi tidak dia yang salah tetapi penceroboh itu.
"Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya," kata Nik Aziz ketika ditemui media di rumah rasminya, JKR 10.
Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Elizabeth untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak sebagai Adun.
Bagi beliau, tawaran meletakkan jawatan sebagai Exco itu boleh mengurangkan beban kerajaan negeri.
"Jika dia mahu meletakkan jawatan sebagai Exco, itu masalah dia dengan kerajaan negeri. Saya serahkannya kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.
"Bagaimanapun saya tidak bersetuju kalau dia mahu meletakkan jawatan sebagai Adun kerana ia akan menimbulkan banyak masalah.
"Duit dan tenaga yang banyak terpaksa dihabiskan untuk pilihan raya kecil dan pengundi akan marah kerana mereka dipaksa mengundi semula," katanya.
sukati eli la dia nak tidur pakai apa
yang penting tak adil samakan dia dengan soi lek. soi lek pun tak ada hak nak cakap 'saya faham perasaan dia' dsb
jangan terkejut kalau ada gambar mandi pulak tersebar lepas ni. awak mandi tutup aurat ke tak? haa..
Sdr. Roslan,
-Bagi saya, yang mencuri ambil gambar Eli adalah makhluk yang paling keji akhlak dan moralnya. Bertambah-tambah hina dan keji individu itu apabila dia mengedarkan pula dan ada kemungkinan dilakukan dengan terancang.
-Media juga mempamerkan sikap yang cukup teruk, hodoh, keji lagi hina bilamana mendedah dan memperbesar-besarkan cerita ini sehingga kepada sifat gambar tersebut. Khususnya TV3 suku!!!! Channel paling munafik di dunia!!!
-Para pemimpin UMNO pula cuba menjadi juara merekalah pejuang akhlak dan penjunjung moral dengan kenyataan-kenyataan BODOH mereka!!!
-Apapun, ia menjadi pengajaran yang berguna buat PR.
-Sama-sama kita SAMAN UMNO di akhirat nanti bersama Tok Guru.
Sebab itu Islam itu indah dan mengajar kita sebaik-baik perkara dalam menjalani kehidupan. Hatta untuk mandi pun makruh bertelanjang bulat walaupun dalam bilik air tertutup. Sewaktu buang air pun makruh lihat anu sendiri. Hendak bersetubuh pun dilarang bertelanjang bulat (seperti keldai) dan lakukan di bawah selimut walaupun saya tak boleh nak follow 100%.
Kalau nak dikatakan soal moral dan berpakaian, banyak hadis dan ayat Al-Qur'an mengatakan umat akhir zaman berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang. Tengoklah pakaian anak gadis kita kat komuter, LRT, shopping complex.... Naudzubilah..... Belum di kira artis yang posing maut... siapa yang nak bela dan tunjuk ajar mereka ni...????
Eli Wong adalah mangsa ... kenapa kita perlu menghukum beliau ...
Andaikata gambar kita diambil tanpa kerelaan ketika sedang "bersama" dengan isteri , adakah kita juga tidak bermoral??
Eli Wong bukan orang Islam ... apa yg dibuat di dalam rumahnya adalah hak peribadi beliau!!
Serius Bro ... kadang2, aku pun tak sedar aku dah tido bogel bila kain pelikat dah terlucut!! Kalo orang ambil gambar aku time tu, adakah aku tak bermoral jugak???
ISUNYA adalah PERGAULAN BEBAS seorang pemimpin (MUNGKIN ke tahap sex tanpa nikah)
Samy Vellu pun ada bini (kalau dia ada affair lain itu kita tak tau, serah pada Allah)
Eli terang-terangan hint mengenai "sexuality"nya (maksudnya perlakuan sexnya, maksudnya sex tanpa nikahnya cuma dia tak TERANG-TERANG SEBUT)
Jangan la taksub sangat, sudah nyata pengakuan Eli berkenaan "sexuality"nya, sudah nyata dia kata "I'm not ashamed"
Dia malu dirinya ditangkap gambar, OK
tapi
dia tak malu (I'm not ashamed)
"sexuality"nya
HIDUP PPSMI (balik belajar English dulu la wahai pejuang Islam)
Sdr Anonymous 07.12pm 18 Februari dan lain-lain yang sependapat dengannya,
Nampak sgt Sdr ni jahil Bahasa Inggeris tapi berlagak pandai.Ataupun Sdr paham petikan tu tp sengaja cuba untuk memperbodohkan pembaca di sini.
"I am not ashamed of my sexuality as a woman" bermaksud "Saya tidak berasa malu dengan jantina saya sebagai seorang perempuan"
Sexuality tu maksudnya jantina.Bukannya bermaksud hubungan seks! Kenapalah ngko ni bengap dan jahat sangat dan cuba nak memperbodohkan org kat sini. Kalau betullah terjemahan engko tu, dah lama kecoh yg Eli ni ngaku dia buat hubungan seks dgn lelaki tu.
Aku harap ngko dan lain-lain agen UMNO kat dlm ni supaya strategi lain. Janganlah gunakan strategi bodo mcm ni smpai nampak jelas tahap ilmu korang. Konon pertahan sangat PPSMI, tapi simple English pun terjemah tak betul. Shame on you!!!
MOHAMAD IRAQI
KOTA BHARU
Masalahnya di sini bukan soal gambar tapi moral. Gambar itu hanya mukadimah sahaja. Tapi banyak isu besar disebaliknya. Soal boyfriendnya bernama Helmi. Seks luar nikah. Takkanlah kita nak pemimpin macam ni.
PKR betul2 mengacau PAS.
Asyik2 isu seks.
BudakPerak
kita kena tanya la YB Eli.. samada dia mengamalkan premarital sex..
kalau dia ngaku.. mmg patut dia letak jawatan....
kalau dia tak ngaku.. maknanya dia mangsa keadaan..
tapi ye la.. camne orang tu boleh senang2 masuk rumah dia kan..
i smell something fishy..
apa apa jelah.. aku dah tak larat nak ikuti politik semasa yang tak bermoral ini.. lebih baik tidur je..
kamus mana yang nko pakai Mohamad Iraqi? sexuality = jantina?
sexuality (noun) the feelings and activities connected with a person's sexual desires
Oxford advanced learner's dictionary 7th edition.
rajin-rajin belajo ye Mat Iraqi.
tolong la pesan pada tok guru nik aziz..dia kata yg salah penceroboh..ok..yg tu ambo terima. masalahnyer org yg ngambik tu bukan menceroboh...
yb eli senyap tak terkata....sapa itu orang? hilmi? kalau hilmi takpalah...dibuatnyer org lain?
alahai seks bebas la tuuuuu
Mohamad Iraqi tengah cari kamus Webster atau pun Collins untuk counter attack maksud "sexuality"
wakakaka
nak condemn benda macam gini tak payah la tunggu signal tuan guru weh.....lu pikir la sendiri
(nak tuduh aku ejen UMNO la tu)
n32,
Ramai yang memberi komen tentang yb Elizaberth Wong.
Sebenarnya Khir Toyo telah menjadikan gambar bogel sebagai senjata sehingga boleh memaksa ADUN DAP itu meletakkan jawatan.
Kita sepatutnya mengucapkan syabas pada Khir Toyo sebagai jaguh "isu moral"
Sebagai jaguh isu moral, Khir Toyo mesti menang dalam merebut jawatan ketua pemuda UMNO, jika dia kalah memang sah moral diri dia lebih teruk dari Elizabert Wong.
Tunggu dah lihat.....
Ada yg tak senang dgn kmen aku.. senang je penjelasan aku..
1. Eli tak cakap pun rumah dia di ceroboh orang?
2. Eli tak cakap pun dia tak buat apa apa (seks)? Kalau dah terkangkang macam tu kalau ada orang ceroboh masuk pasti dia ELI dah lama kena ROGOL.DIa kena ROGOl ke sampai tak berani nak lapor polis? Kenapa dia tak lapor polis kalau dia tahu gambar dia di tangkap tanpa kerelaan dia? Maksudnya di sini kalau dia tahu maka memang dia MERELAKAN.
3. Tak kan la dia tak sedar/tak tahu siapa yang ambil gambar dia tu?
4. Eli kena dadah ke sampai tak sedar org masuk rumah dia?
5. Walaupun dia bukan ISLAM tapi ajaran agama dia pun tak bagi amal SEKS BEBAS.6. Kalau orang lain termasuk korang yang ANTI UMNO/BN boleh menuduh sesuka hati mak bapak korang,tak kn aku ni yang tak berparti tak boleh buat KESIMPULAN aku sendiri? Adakah korang AHLI PAS atau PKR MAKSUM sangat? Menuduh orang tanpa bukti boleh tapi orang lain menuduh orang dia cakap orang itu fitnah..baik korang bertaubat la walaupun aku ni tak berparti tapi aku sedar apa yg betul dan apa yg salah.. Dan sesungguhnya pendapat aku bahawa ANWAR IBRAHIM adalah SULTAN/RAJA/DIKTATOR yg suka menipu,cakap merapu dan menyebar fitnah adalah pendapat aku.
Anonymous,
Ko ni mmg perasan pandai. Konon rujuk kamus. Memanglah literally itulah maksudnya dalam kamus. Tapi perkataan "sexuality" yang digunakan dlm statement tu perlu difahami mengikut konteks. Lagipun, bukan hanya itu sahaja yang dimaksudkan dengan perkataan "sexuality".
Cuba buka wikipedia dan ko akan dapati sexuality ni turut merujuk kepada gender atau gender identity. Bukak jugak Wikitionary di mana sexuality juga didefinisikan sebagai "that which is charecterized or distinguished by sex.
So, janganlah perasan pandai sgt setakat dpt bukak satu kamus. Buka jugak kamus2 yang lain and fahami perkataan tu menurut konteks. Barulah cepat pandai English.
Kalau pun ko tetap nak berkeras dengan tafsiran ko, ko tetap tak boleh tuduh YB Eli amalkan pre marital sex atau extra marital sex sebab bukan ini yang dimaksudkan dengan prkataan sexuality sebagaimana yang ko carik dalam kamus tu.
Udahlah, cukuplah nak cuba memperbodohkan org. Cariklah modal lain pulak. Kami org PAS tak sebebal kamu.
MOHAMAD IRAQI
KOTA BHARU
Mohamad Iraqi,
anda katakan sexuality = jantina.
anda salah.
Jadi apa sebenarnya maksud Elizabeth Wong jika sexuality bukan jantina?
Sila jelaskan apa maksud Elizabeth Wong sebenarnya?
Saya tak malu jantina saya?
Apa cerita ni?
Tutup dengan nyiru je ke
aku rasa Mohamad Iraqi yang cuba bodohkan orang dengan buat kesimpulan mudah sexuality = jantina
bila dah terkantoi tuduh pulak orang cuba perbodoh orang lain
apa kes ni brader, cuba ko jelaskan konteks lain ayat tu. Memang dia nak kata dia tak malu kelaku seks dia sebagai seorang wanita bujang.
Jangan taksub sangat Mohamad Iraqi.
adoi
beratnya biawak hidup yang kudukung ini
Post a Comment