Mengapa pilihan raya kecil selepas Perhimpunan Umno?
Pilihanraya kecil adalah pilihanraya kecil – "Its just another by election". Betul. tetapi sejak kebelakangan ini pengurusannya semakin dicurigai. Baru sahaja kita melihat betapa SPR baru-baru ini membuat keputusan bersejarah apabila enggan memanggil pilihanraya kecil bagi kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang, Perak mempertikaikan kesahihan surat perletakkan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan yang dimajukan oleh Speaker Dewan.
Bagi sesetengah pihak dalam kes kedua-dua ADUN berkenaan, SPR telah mencabar kuasa Speaker. Sedangkan sebelum ini tidak pernah dalam sejarah kuasa speaker dipertikai oleh badan berkenaan yang sebenarnya hanyalah pengurus yang menguruskan pilihan raya dan tidak lebih dari itu.
Hari ini SPR sekali lagi diserahkan tugas iaitu memutuskan status kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Serlambau, Kedah. Alhmadulillah kedua-dua kerusi berkenaan disahkan kosong dan satu pilihan raya kecil akan dipanggil, cuma masalahnya adalah tarikh yang dipilih SPR.
Saya apabila mengikuti ulasan dari radio BERNAMA mendengar bahawa tarikh penamaan calon 29 Mac dan hari pemilihan pada 9 April bagi kedua-dua kerusi berkenaan adalah selepas selesainya Perhimpunan Agung Umno. SPR tidak bermaksud begitu tetapi pengulas radio BERNAMA yang berkata demikian dan hakikatnya ia memang benar.
Mengapa penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac dan tidak Mac 9 iaitu 30 hari selepas kerusi itu kosong atau Mac 19, mengapa mesti Mac 29 meskipun ia masih dalam ruang waktu yang dibenarkan, mengapa?
Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz sebagaimana dipetik dari The Star Online:
He said the dates were chosen taking into account the comfort and convenience of all involved, as a shorter campaign period would be less hectic for party leaders and help towards maintaining public order and security.
He said the Commission, which discussed the by-elections during a special meeting Friday morning, pushed the nomination date to almost the end of March as it thought this would allow the current political situation in Perak to cool off.
Memang tempoh kempen yang singkat sudah menjadi amalan SPR tetapi mengapa dari 29 Mac ke 9 April, mengapa tidak lebih awal? Kononnya ia dibuat pada tarikh berkenaan bagi membenarkan situasi politik di Perak kendur atau “sejuk”, sejak bila pula SPR menjadi pemantau suhu politik dalam Negara! Situasi di Perak tidak akan sejuk selagi Dewan Negerinya tidak dibubar, itu hakikatnya. Sampai bila-bila ia akan hangat dan panas percayalah dan kita tidak perlu SPR untuk menjadi Tok Nujum bagi membuat ramalan politik buat rakyat.
Bagi saya yang dapat kita baca bahawa yang mahu dibenarkan sejuk adalah situasi dalam Umno. Umno akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya Mac ini, itulah puncanya. Biar Dollah serah jawatan Presiden Umno dan biar Najib ambil-alih dengan kabinet barunya. Situasi kembali tenang dalam Umno barulah adakan pilihan raya kecil, bukan begitu?
Umno telah kalah teruk dalam dua pilihanraya kecil berturut-turut iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya berlaku diperingkat sisa-sisa akhir hayat politk Dollah. Mungkin bijak pandai dan ahli-ahli nujum mereka menjangkakan jika dibiarkan Umno terus di bawah Dollah kemungkinan kedua-dua kerusi itu akan terus dimenangi Pakatan Rakyat. Maka segala kuasa digunakan agar pilihan raya kecil itu tidak berlaku lagi di bawah Dollah, biar Najib yang pegang teraju dan kita lihat bagaimana.
Tetapi percayalah kalau Dollah tidak berjaya memulihkan keyakinan rakyat, apa istimewanya Najib. Berbalik kepada hal ini saya merasakan SPR di bawah teraju baru ini tidak berubah malah lebih tempang dari Pengerusi tempang yang lama!
Apa pun insyallah rakyat jualah dengan izin Allah akan tentukan kedudukan segala-galanya.
*Maaf tarikh pilihan raya kecil yang dimaksudkan adalah 7 dan bukan 9 April - terima kasih Pak Syed
13 comments:
janganlah dirisaukan lepas atau sebelum perhmpunan agung UMNO...itu hak SPR...adakah anda sendiri takut apabila sesudah UMNO habis perhimpunan agung..UMNO sudah jadi kuat kembali bawah najib??atau nak tgk UMNO lemah kalau buat p/raya sebelum prhmpunan agung UMNO??
sepatutnya anda rasa yakin akan kekuatan PR...nizar sendiri yakin kalau la ada p/raya negeri seandari DUN dibubar tempohari, pasti katanya BN akan terkubur..
atau adakah pihak PR takut setelah apa yg berlaku di Perak, telah menelanjangkan pemikiran sebenar pimpinan Perak apabila dilanda masalah?antaranya tak hormat titah sultan??jadi boneka kafir?wakil rakyat bermasalah terutamanya dari PKR(ada yg lompat, ada yang tak beri khidmat bagus, ada yg kawin ikut suka hati)
Salam,
Ada abang tengok rancangan 360 tv3 baru baru ni? Isu hapus kucing dgn anjing liar.
Tengok cara diorang bunuh tu terlalu zalim. Saya, menitis air mata tengok macam mana diorang bunuh binatang binatang tu.
Saya harap PAS, yang memperjuangkan keadilan untuk alam sejagat, mengetengahkan isu ni supaya kezaliman ini tak berlaku lagi buat selamanya. Islam bukan setakat adil kepada sesama manusia, tetapi juga pada makhluk Allah yang lain, termasuklah kucing dan anjing liar ni.
Saya pohon sangat kepada abang, majukan isu ini. Tolong.
Terima Kasih.
Pecinta Makhluk Allah.
Pada anonimos yg dok mengutuk tu, aku nak bagi penjelasan sikit. Exco DAP yg kafir tu tak kacau ustaz-ustaz PAS & Umno mengajar sesuka hati di masjid seluruh Perak sepanjang PR memerintah. Semasa UMNO (Islam hadhori, bukan Islam ori) memerintah dulu, usahkan ustaz dari PAS nak mengajar, nak parking kereta kat masjid pun tak boleh. Haa pikir pakai otak sikit siapa yg lebih baik? Aku ibaratkan berkawan dgn DAP ni ibarat kita orang lelaki berkawan dgn orang perempuan, status jantinanya jelas, jadi kita tahu adab dan batasnya. Manakala hubungan dgn UMNO pula diibaratkan berkawan dgn pondan, statusnya tak jelas, susah difahami, banyak kecelaruan akidah dan jatidiri. Silap haribulan, dingapnya kita. Macam saiful ngap anwar. ok?
Anonymous....(eja pun salah!) Apa yg nak diperkatakan? PR Perak bermasalah? atau UMNO yg masalah? PR tak hormat Sultan? atau UMNO yg sudah terang lagi bersuluh penderhaka kpd Raja-raja sejak dulu?
Tak payah cakap banyak lah! Jln terbaik bubar DUN, biar rakyat tentukan...TAKUT KE??????
p/s: ada lagi rakyat M'sia macam ni?
SPR ni makin lama makin teruk. Tanggungjawab yang diberi, barua UMNO pulak ia menjadi.
Apa pulak masalahnya dengan tarikh-tarikh lain sedangkan ramai mengandaikan UMNO tidak akan mungkin berkempen secara fokus kerana PRK akan jatuh sebelum AGM UMNO sendiri? Tup tup SPR yang memang terkenal sebagai barua UMNO dari zaman Rashid lagi memberi ruang bernafas kepada UMNO.
Senada saja dengan cara mereka menolak penerimaan speaker tentang kekosongan kerusi di DUN Perak. Hai sekali mungkin kebetulan, kalau dua kali sorilah orang nak percaya.
Apasal pulak UMNO nak kena menyorok belakang SPR dan mengelak PRK? Kan yakin mendapat sokongan rakyat dan mendokong semangat demokrasi? (siap Zambry tu sound wartawan pulak tu)
Wakli rakyat bermasalah PR elok letak jawatan (seperti Arumugam). Kalau nak buat duit lompat dan sokong BN. (Siapa nak percaya UMNO tak tawarkan duit? Bodoh ker aper?) Maka duduklah mereka sebaris dengan Samy Vellu, Najib Razak, Rafidah Aziz, mereka boleh duduk dalam BN pasal sesuai dengan perangai kotor mereka. Kenapa BN ni tukang kumpul buah buruk/bermasalah kena tanyalah boss2 mereka.
Kalau yang tak bermasalah sahaja yang rakyat (PR) perlukan!
saya fikir baiklah lebih lama hari mengundi,lebih banyak peluang untuk persediaan jentera. SPR memang tak akan berlaku adil,orang2 BN ramai, namun dengan kebijaksanaan dan ketangkasan jentera PR pasti dapat menangkis serangan serta mencapai kemenangan. Allahu Akbar!
Bermacam-macam alasan untuk menipu dan berolih keuntungan di atas penipuan tersebut. Cubalah pihak SPR atau BN/ umno gentlemen sikit, kat bagus. Playing field kalau bolih biar tinggi di tampat mereka. Inilah dia budaya pembohong dan penipuan tidak kesudahan. Islam apa mereka ini?
Akum Lan
Kenape ye SPR letak tarikh tu untul PRK kan? Sebab nye saya rase SPR nak tolong PR. Macam mana ? Rasa abang macam ini lah Lan. Kalau silap Lan tolong betulkan.
Lepas pilihan dalam UMNO, DS Najib akan jadi PM (InsyAllah). Orang orang DS Najib (DSN) akan beratur untuk dapat macam macam. Orang orang Bekas PM Dolah Bodawi akan gigit jari. Bukan setakat gigit jari, malah kena kerat tangan dan kaki. (pendeknya kena cantas lah tu!!). Sebab nya seperti biasa siapa yang jadi PM akan pastikan line up dia terdiri daripada orang orang setia dengan PM semasa. Mana mana MP yang Senior didalam jawatan atau apa apa kemudahan semasa zaman Bodowi akan di kecilkan peranannya dan digantikan dengan mereka yang bernaung dibawah DS Najib ditambah dengan nafsu yang membuak buak setelah menunggu selama lapan tahun minimum., Jadi bila tak dapat apa apa lagi, biasalah, mereka akan merajuk. Bila merajuk mereka akan kaluar parti UMNO untuk joint PR atas alasan yang Lan sendiri boleh tulis 20 muka surat.
Sheikh Brother Anwar bin Ibrahim (SBABI) akan sekali lagi memasukkan jarumnye yang sentiasa gatal untuk mencucuk cucuk. Nasiblah siape yang kena. SBABI dah tau semua ni sebab SBABI pun dulu daripada UMNO. Dia kenal UMNO lebih baik daripada orang UMNO sebab dia daripada LUAR masuk DALAM dan KELUAR (tapi keluar ni saya tak pasti, sebab dengar orang kate SBABI tak pernah keluar UMNO dan tak pernah mendaftar PKR kena tanye President PKR ! )
SBABI kenal orang orang UMNO luar dalam, dan mungkin fail mereka pun SBABI ada simpan salinan nye. Pada pandangan saya orang orang ini lah yang akan menjadi tusukan jarum SBABI yang semakin gatal untuk mencucuk cucuk.. Meraka ini akan di jemput untuk meramaikan PR didalam perlimen dan cerita cerita SBABI yang kita tunggu sekian lama akhirnya akan ditayangkan seawal JUNE atau AUGUST 2009. Maaf Lan jika teori Abang ni mangarut dan an insult to you!
Cepok
Selepas memikirkan semula, saya percaya ada hikmahnya PRK selepas Mesyuarat UMNO (PAU).
Selepas PAU, bukan semestinya UMNO lebih bersatu dan lebih kuat, malah mungkin sedikit lemah dan berpecah apatah lagi jika calon pilihannya kalah. Mungkin ada yang merajuk dan tak mahu turun padang umpamanya.
Selepas PAU 1987 umpamanya, Umno bukan kembali bersatupun.
Assalamualaikum,
Saya terbaca dalam artikel Raja Petra hari ini, dia kata Dato' Dr Hassan Ali akan melompat ke BN dan dijanjikan jawatan MB Selangor kalau dia melompat parti.
Dia kata lagi, setakat ini ada 2 ADUN PAS dan 2 ADUN PKR nak ikut Dato' Hassan Ali.
Betul ke ni?
Kalau betul Dia melompat pasal nak dapat jawatan MB tu, jangan harap dia boleh duduk selamat kat Selangor ni. Saya dah lama dengar cerita ni, tapi makin panas sejak Perak jatuh.
Orang akan menyumpah orang yang melompat ni. Lagi lagi kalau dia Pesuruhjaya PAS negeri. Kalau betul betul terjadi, nyatalah perjuangan hanya untuk FULUS, FULUS dan FULUS saja bukan untuk ISLAM dan ALLAH.
Maaf, mungkin agak keras komen saya ni. Tapi sekadar untuk perhatian kita semua supaya jangan dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali. Jangan nanti menyesal di kemudian hari.
Skuad Peninjau
Asm Skuad Peninjau
Siasat dan teliti dulu apa yang kita baca, jika semua dikutip dan dianggap fakta belaka akhirnya kita akan bertikam sesama sendiri.
Dato Hasan Ali dituduh akan melompat ke Bn bukan baru sejak memenangi kerusi Sg. Burong pd PRU 1999 lagi. Kemudian apabila PAS kalah dalam PR 2004 pun dikatakan beliau akan meninggalkan parti. Tetapi tidak berlaku, ternyata provokasi musuh begitu jahat dan nakal.
Saya yakin penyertaan beliau ke dalam PAS sebagaimana kita yang lain adalah untuk memperjuangklan prinsip dan dasar parti. Jika kerana jawatan lebih baik awal-awal lagi beliau menyertai Umno.
Saya mengenali beliau dan telah bersama berjuang di bawah beliau. Insyallah komitmen dan istiqomah beliau dalam perjuangan tidak goyang.
Dari kita mengadu-domba begini lebih baik kita beri tumpuan ke arah memperteguhkan kekuatan PAS di Selangor.
Apa peranan saudara ke arah itu?
Persetankan pasal tarikh... cepat ke lambat.. lawan tetap lawan.... baru gentlemen.
PRK Terengganu banyak mengajar kita serta melihat betapa agungnya takdir Allah....
abang lan,
pandai hishamudin tun husin (ketua pemuda pondan malaysia) berlakon....
rasa saya, pendirian org umno,
umno semua betul, orang lain salah belaka....
Post a Comment