Saturday, February 21, 2009

Kerja kotor merebak ke Selangor pula

Usaha mengagalkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ia kuasai semakin rancak kebelakangan ini. Setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak di”curi” haknya melalui “politik pintu belakang”, kita mendengar perkhabaran bahawa usaha juga sedang diambil untuk melakukan yang sama di Kedah.

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa terdapat usaha untuk membeli ADUN PKR di Kedah yang diketuai sendiri oleh pimpinan tertinggi Umno negeri. Mungkinkah Kedah kecundang selepas Perak? Kedah kini dikuasai Pakatan Rakyat dengan nisbah 22:14. Kiranya 5 “ekor” dapat dibeli seperti di Perak, Kedah juga tercabar! (Namun insyallah ianya sedang dikawal rapi oleh kepimpinan MB di sana).

Dalam pada itu dada-dada akhbar media perdana hari ini memaparkan pula kisah MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa MB Selangor itu atas pertuduhan salah guna kuasa. Kertas siasatan menurutnya telah diajukan ke Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan pendakwaan.

Aneh kerja pendakwaan kerja Peguam Negara, tetapi kenyataan SPRM seolah mendahului kerja itu dengan seolah memberi persepsi yang MB Selangor itu sudah berada dalam kandang orang salah.

Saya secara peribadi yakin dan percaya Tan Sri Khalid yang saya kenali itu akan bebas dari dakwaan yang sengaja diada-adakan itu. Jika ini sebahagian dari rangkaian kerja kotor untuk memporak-perandakan keutuhan kerajaan PR di Selangor, setelah berjaya dilakukan perkara yang sama di Perak, ternyata ia sangat hodoh dan akan terus ditentang rakyat.

Kerajaan PR di Selangor yang didukungi PAS telah berjaya dalam tempoh masa 11 bulan ini mempamirkan satu corak kepimpinan berdasarkan falsafah bersih, maju dan berkebajikan. Ia terbukti berbeza dan jauh lari dari “style” dan amalan kerajaan BN negeri dahulu. Perbezaan inilah akan mengakibatkan rakyat terus menerimanya dan ia sendiri akan kekal dihati rakyat sampai bia-bila. Inilah yang menghantui BN, bukan hanya di Selangor lebih-lebih lagi di Kelantan, termasuk Pulau Pinang dan Kedah.

Oleh itu seluruh saf kepimpinan PR perlulah berwaspada dan berhati-hati dalam melaksanakan amanah harian masing-masing. Dalang-dalang durjana ini sedang mengekori dan menjejaki kita. Kita akan berjaya menghantar mereka ke kancah kebinasaan kiranya kita terus kekal berada di atas landasan yang kita perjuangkan.

13 comments:

Anonymous said...

Politik desprado Mat C4, bila melalui pru kalah sokmo, dah 2x berurutan, maka tektik mencolek dan mengugut di gunakan, asal dapat rampas kuasa tak kira halal atau haram! Tepat sunggoh nama BNatang!

Anonymous said...

BN pimpinan Najib sekarang memperkuda dan memperkosa agensi awam dan undang-undang sesuka hati, membuat rakyat semakin sakit hati dan benci.

DANGAU HIJAU said...

Asslamualaikum
Tuan, mengapa perlu dipertahankan sangat kerajaan pimpinan PR di Perak? sedangkan semua orang maklum bahawa kerajaan PR di Perak bertunjangkan DAP. Perjuangan DAP terang-terangan tidak bersetuju dengan ideologi PAS. Semasa demonstrasi di Kuala Kangsar, tidak nampak sangat wakil DAP yang turut serta. Sedangkan dalam kerajaan PR, wakil mereka yang paling banyak. Yang sedihnya, banyak orang-orang Islam yang bergolek di tengah jalan raya menghalang laluan kereta. Wakil DAP duduk di rumah sambil menonton tv. Mereka tidak kisah sangat pun keruntuhan kerajaan PR Perak. Sebab sudah banyak habuan yang mereka dapat semasa PR berkuasa berbanding orang Melayu. Dapat tanah 999 tahun, sek persendirian dapat tanah untuk jana duit. Orang Melayu pula dapat apa? Kalau semasa PR berkuasa, sekolah-sekolah agama rakyat pun turut diberi bantuan serupa seperti sekolah persendirian Cina dapat, tidak apa. Ini tidak. Terus terbiar. Di Pulau Pinang, bahasa Melayu dicabuli. Tidak menguntungkan pun bagi orang Melayu. Yang untung hanya DAP. Sedarlah orang Melayu.

Anonymous said...

dangau hijau patut nya kau masok jadi bulan ,,baru le sesuai warnanya,

demontrasi tu hari Jumaat mana le ada orang cina,

orang melayu ka , cina ka , india ka , iban ka dpa pun orang jugak.
so ta da apa2 beza pun,
yg bezanya Umno, Mic Mca ..

Pulau pinag tu dr dulu lagi habis tanah2 melayu tu di jual oleh org2 melayu tu sendi depa nak kaya cepat akhir nya kayap.

jawi tu kalau kau nak tau sapa yg merendahkan kalau tak kerajaan Umno yu, la ni lak bahasa melayu pun depa letak ke bawah,apa lah lu.

yang untug semua ..

kalau Umno yg untuk depa puya melayu kroni je.. akau ta da apa2 pun yg nak mintak hangpa. kontrak mahu ka?/

ANAK BAPAK said...

saya rasa dangau hijau ni sama saja macam penulis upahan UMNO yang "berlakon" menyokong PR tapi sebaliknya keluarkan kenyataan "kecewa" dengan PR tapi sebenarnya nak mewujudkan ruang perpecahan antara pimpinan dan penyokong PR..

saya nak nasihatkan diri saya dan diri anda..janganlah mewarisi perangai abdulah bin ubai bin salul dan abdullah bin saba'

sekadar mengingatkan..

wallahua'alm.

Anonymous said...

kalau betul la lepas ni negeri PR yg lain plak jadi sasaran maka terbuktilah yang BN ni gila kuasa.
Yang heran tu rakyat/ penyokong tegar BN tak nampak lagi ka??
Buta kayu sungguh.....
Dah kalah tu sudahlah....jangan dok buat jadi caca marba lagi. Banyak benda lain perlu dilakukan.

Anonymous said...

APE LA...PAKAI KETE SENDIRI PUN NAK JADI ISU...MMG PATUT PUN MB CLAIM EXPENSE TAYAR TU,SBB DIA GUNE KETE TU SBGAI KETE RASMI...AKU PUN CLAIM KAT COMPANY KLO KETE AKU JADI KETE RASMI COMPANY...TAPI KALO DH DPT ELAUN MENTENEN KETE PUN DOK CLAIM GAK MMG X PATUT LA..TU BARU SALAHGUNE KUASA....KENA TENGOK BALIK OFFER LETTER LA..

Anonymous said...

salam,nampaknya sumpah Saiful mulai menghantui Anwar Ibrahim,apa komen Saudara,

Anonymous said...

Tok dah agak dah ....dulu kita dok kutuk Pak Lah lembik ....tapi sebenarnya sebab pak lah lembik lah ytg banyak peluang dibelah kita sebab mahadet dan geng muhidin hamtam pak lah ....

la ni baru tau ....mai yg lagi kotoq ...hahahah..

kalau tidak PRU13 senang aje kita menang ....

DANGAU HIJAU said...

Saya bukanlah penulis upahan umno. Tapi Melayu Islam yang memandang berat perobekan hak-hak orang-orang Melayu Islam oleh orang lain. Apa yang saya luahkan memang dari lubuk hati saya tanpa dipengaruhi arahan siapa-siapa. Pada saya, kalau hari demonstrasi itu pada hari Jumaat, maka sepatutnya orang-orang bukan Islam yang menyokong kerajaan PR Perak lah yang lebih ramai dan lebih bersemangat berdemonstrasi. Sebab mereka tak de kerja apa pun. Nak kata sembahyang Juamaat sekali, memang tak lah. Jadi, kan lebih elok kalau mereka yang datang awal-awal kat depan masjid Ubudiyah tu dan tunggu dengan sabar kawan-kawan mereka yang beragama Islam habis sembahyang. Lepas tu berdemonstrasi sama-sama. Kan lebih setia kawan begitu. Ini tidak, dibiarkan sahaja orang Islam yang berdemonstrasi.Dah la exco kerajaan PR Perak banyak Cina India yang banyak juga mempengaruhi keputusan kerajaan negeri. Tapi kurang selesa untuk berdemonstrasi mempertahankan kerajaan mereka. Pelik betul.. Lagi pun, buat apa kita bermusuhan dengan saudara seagama untuk melebihkan rakan-rakan yang lain agama. Kan ada beza di situ. Antara yang sama agama dan tidak sama agama. Sekurang-kurangnya kita sama-sama menyembah Allah yang satu. Kemali pada agama dan perjuangkan hak-hak Islam.

Anonymous said...

syukur la tak ada non malay yang demo hari tu kalau tidak habis diputar belit oleh media BN TV3 dgn Utusan bhw kaum cina dan india ni tak layak duduk di malaysia dan derhaka kat sultan. Umno apa lagi termasuk dangau hijau karat biru dah lama idamkan dapat bola tanggung macam tu.

Messi

Anonymous said...

dangau hijau...kita patut bersyukur..walapun pas tidak menang banyak kerusi tapi dapat kerusi mb...cuba selidiki latarbelakang yb nizar..siapa dia...kisah dia dibulan puasa...melayu pas yang berdemonstasi adalah paling berani...untuk berperang kita perlukan tapak..base untuk kita lancarkan serangan kembali...nabi hijrah dulu ke madinah bukannya lari atau takut tapi baginda ke madinah adalah untuk mencari tapak baru untuk meluaskan empayar islam...jika kita sudah bertapak di perak pru13 senang untuk pas menang lebih besar...kalaupun awak ni upahan umeno...harap awak dapat memahami..kebrukan dan kebusukan kalau dah terlalu besar takkan dapat ditutup lagi...bila ckp pasal rasuah...semua umeno akan cerita pasal tu...ibarat ludah ke langit akan jatuh ke muka sendiri ....harap awak paham..sekian wasssalam

Anonymous said...

Nice dispatch and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.