Thursday, February 05, 2009

Kerajaan pintu belakang BN Perak

Berdasarkan berita terkini berakhirlah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Sultan Perak telah pun menitahkan agar MB Nizar meletak jawatan dan begitu juga dengan semua EXCO Pakatan Rakyat. SUK pula telah pun mengarahkan agar segala harta kerajaan diserahkan kembali manakala pegawai khas dan pembantu peribadi masing-masing diminta agar segera meninggalkan bangunan kerajaan negeri.

Apa pun hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat gabungan PAS, PKR dan DAP yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008 lalu telah jatuh bukan akibat skandal atau salah-laku atau kalah dalam pilihan raya tetapi jatuh angkara "politik pintu belakang".

Mereka dari MB sehinggalah ahli-ahli EXCO perlulah diberi penghormatan kerana walaupun sekadar 11 bulan memegang amanah ternyata mereka telah menonjolkan corak kepimpinan yang terbaik lebih baik dari mana-mana pentadbiran di bawah BN atau sebelumnya Perikatan. Hayat politik mereka bukan ditentukan oleh rakyat tetapi oleh beberapa anasir yang memilih untuk berpaling-tadah.

Begitulah politik di Malaysia dalam keadaan seadanya. Kita mungkin boleh marah pada mereka yang berpaling tadah itu, tetapi dalam ketiadaan peraturan atau undang-undang yang boleh mensabitkan tindakan mereka itu sebagai satu kesalahan maka terpaksalah kita menerimanya walaupun pedih.

Umno dan BN perlu sedar bahawa mereka telah diajar oleh rakyat pada 8 Mac 2008 lalu. Rakyat mahukan kerajaan dan pimpinan yang bersih, telus, adil dan berkebajikan. Kini mereka telah berjaya mematahkan kerajaan rakyat itu dan menaikkan kerajaan melalui "politik pintu belakang". Mampukah mereka memikul aspirasi rakyat itu atau mereka akan kembali ke amalan dan cara lama mereka yang ditolak rakyat?

Mungkin atas sebab-sebab yang diluar kemampuan rakyat maka mereka boleh berkuasa hari ini walaupun melalui "pintu belakang", namun saya yakin semangat Kuala Terengganu yang dibayangi oleh pengundi "solid" Melayu akan terus berligar di atas kepala mereka, dan jika dikembalikan mandat kepada rakyat tidak mustahil kerusi-kerusi Umno yang ada akan berkecai sebagaimana berkecainya kerusi di Kuala Terengganu.

Ambillah kerajaan ini kerana liciknya cara kamu, namun rakyat hari ini bukan lagi rakyat tahun 50an dan 60an. Pemimpin mungkin boleh dijual beli tetapi rakyatlah yang mengangkat mereka. Kuasa "pintu belakang" ini bukan kekal buat selama-lamanya, bila tamat tempoh nanti kepada rakyat jualah kamu terpaksa serahkan segala-galanya selain yang Maha Perkasa dan Maha Adil yang tidak pernah henti melihat setiap langkah dan gerak-laku kamu.

4 comments:

Anonymous said...

Satu cadangan : PAS perlu arahkan/minta semua ahli buat solat hajat mulai hari ni , mendoakan moga ALLAH SWT memberi petunjuk mengenai isu di Perak..lakukan solat hajat setiap hari sehingga keadaan kembali pulih

Anonymous said...

UMNO memang tak boleh lari dari teori&amalan "main pintu belakang" atau kata orang sekarang "meliwat". Kaum nabi Lut tu weh! Tuhan tak terima amalan baik kaum jenis tu...

Unknown said...

hari manusia cintakan dunia takutkan mati termasuklah orang yang dinamakan raja-raja....takutlah kamu kepada Allah wahai hamba Allah sama ada rakyat atau pemerintah termasuklah raja-raja, raja dan pemerintah yang adil akan bernaung dibawah arays Allah pada hari kiamat..

Anonymous said...

masih relevankah raja-raja atau sultan di malaysia ini? berapa banyakkah duit rakyat diperuntukkan membayar gaji atau elaun mereka? Adakah raja-raja atau sultan benar-benar melindungi rakyat terutama rakyat yang hidupnya susah? Adakah mereka bersikap adil dan berkecuali?