Friday, February 06, 2009

Biar Dollah kekal sebagai PM lagi............

Apabila Presiden PAS mencadang agar Dollah Badawi tidak berundur lagi Mac ini dan kekal sebagai PM ramai yang tertanya-tanya dan tidak kurang yang memandang serong terhadap kenyataan Tuan Guru itu. Kelebihan PAS ia dipimpin oleh ulamak, maka segala pandangan dan susun katanya sentiasa penuh dengan ilmu dan tunjuk ajar disamping iktibar dan pandang jauh.

Tuan Guru berpandangan biarlah Dollah selesaikan segala pertugasannya yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia khasnya dalam pilihan raya umum lalu. Dan dalam pada itu, dalam memperkenal dan melaksanakan janji-janjinya itu, turut melihat di keliling-kelalangnya, manalah tahu ada yang perlu dicuci dan disucikan.

Beberapa hari kebelakangan ini kita telah menyaksikan sendiri perisitiwa yang “luar biasa” yang mencetuskan suasana tegang dan ketidak-tentuan rakyat hasil dari kerja tangan seorang yang bakal menggantikan Dollah kiranya beliau berundur Mac ini.

Perisitiwa yang saya maksudkan bukan sekadar berlaku di Ipoh yang kebanyakkan kita berikan tumpuan tetapi juga berlaku di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membicarakan kes berprofil tinggi, pembunuhan bekas model Mongolia, Altantuya. Tertuduh mengatakan saya menjadi “scapegoat” (buat siapa?) ??!!


Mungkin dalam keghairahan Dollah menghabiskan saki-baki tempuh pentadbirannya ini, memperkenalkan “reformasi” dalam bidang kehakiman dan pencegahan rasuah, ketelusan dan keterbukaan, beliau juga perlu lihat samada apa yang diperkenalkannya itu terpakai terhadap semua, dari rakyat kebanyakkan di hutan dan di desa sehinggalah ke para penghuni Putrajaya!

Kerana itu saya percaya Tuan Guru merasakan Dollah perlu melanjutkan tempohnya. Biar beliau keluar bukan hanya sebagai PM yang sempat memperkenalkan pembaharuan dipenghujung usia pentadbirannya, tetapi juga PM yang berani mengekang dan menghalang malapetaka besar dari menimpa Negara ini sejurus beliau keluar.

Tun Dr Mahathir sendiri marah-marah apabila BN menerima dua EXCO PKR di Perak yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah. Meskipun mereka tidak menyertai Umno (barangkali atas alasan rasuah itu) tetapi mereka berikan sokongan padu kepada BN yang dipimpin Najib di Perak sekaligus bagaikan kerbau akan memalit lumpur-lumpurnya ke kepala dan wajah mereka yang berada dalam kandang Umno/BN itu.

Tetapi mahukah seorang bakal Bendehara mendengar nasihat dan pandangan mereka yang lebih tua dari beliau? Keghairahan untuk ditabalkan sebagai Bendehara sedang meluap-luap dan telah meresap dan menjalar deras dalam saluran dan pembuluhnya. Persetan dan pedulikan mereka itu. Bila jadi Bendehara nanti beliau akan dikenang sebagai Bendehara tersohor, menebus sebuah kerajaan sebelum pun mengangkat sumpah dan senarai kehebatan ini akan berjela-jela lagi sebaik beliau dinobatkan. Inilah yang dibimbangi Tuan Guru, dari bacaan saya.

Kini bagaimana, haurkah Dollah lanjutkan tempohnya atau bagaimana?

3 comments:

Anonymous said...

sdr roslan

komen saya bukan berkenaan isu PM tapi masih di Perak.

Adalah wajar agar DS Nizar menerima arahan Sultan dgn meletak jawatan. Ini bukan penamat segala-galanya. Tindakan BN ini bakal menimbulkan kebencian. Tapi ada juga yg menyokong kerana tindak tanduk kerajaan Perak yg didonimasi oleh DAP.

DS Nizar dan PAS perlu memikirkan semula arah tuju dan pendirian parti dalam hal-hal berkaitan "lompat parti". Selama ini PAS membisu malah dilihat menyokong "Kerajaan Lompar PArti Anwar". DS Nizar juga perlu menilai semula kenyataan2 yg diberikan pada media sehari 2 sebelum ini seperti menyerahkan kepada Sultan untuk membuat keputusan, tidak akan membubarkan DUN. Semua flip flop seperti kerajaan BN.

Ingatlah, ramai masih sayangkan PAS dan anggaplah ini sebagai hikmah supaya DS Nizar tidak perlu menjadi mangsa pada DAP.

Berundur setapak bukan bererti kalah, rancang strategi untuk menang lebih besar!

Anonymous said...

Bolehkah bedolah tahan orang yang desprado? Seorang penjenayah membunuh akan berusaha sedaya mungkin melepaskan diri dari di adili, sudah mulai menunjuk belangnya di Perak dan awas pru13 walaupun PR menang, belum tentu desprado mau lepas kuasa!

Snowflake said...

Assallamualaikum
Setuju sangat dengan TGNA. Snow rasa biarlah Pak Lah menerajui negara daripada Najib. This is what we call "reverse psychology". Sure Najib terduduk, dapat "rompak" satu negeri, tapi rakyat mahukan Pak Lah menerajui. Untuk Pakatan Rakyat, Allah berserta orang orang yang beriman dan sabar itu adalah iman.
Wassallam