Friday, February 06, 2009

Bahtera kita menghadapi lautan yang luas

Seingat saya mendengar kalimat sembah derhaka ini dalam riwayat Hang Tuah apabila Datuk Bendehara memohon sembah derhaka kepada Tuanku Sultan Melaka dalam mengakui bahawa Laksamana Hang Tuah tidak beliau bunuh sebagaimana yang dititahkan Baginda, tetapi sebenarnya disembunyikan dan masih hidup.

Semalam MB Perak turut bersembah derhaka kepada Paduka Sultan Perak, kerana enggan meletakkan jawatannya sebagai MB atas alasan beliau sebenarnya masih berkuasa.

Saya menerima banyak komen dan reaksi dari orang-ramai terhadap perkembangan yang agak mengejutkan ini sehingga Utusan Malaysia memaparkannya di muka depannnya hari ini. Sudah pasti agenda Utusan adalah bagi menggambarkan bahawa MB Perak dari PAS ini tergamak derhaka kepada Tuanku, suatu tindakan yang tidak pernah didengari oleh telinga umat Melayu kecuali dizaman Sultan Melaka!

Secara peribadi saya sendiri terganggu dengan perkembangan ini. Minta maaf tapi saya pohon untuk berterus-terang.

Saya telah menyatakan bahawa sebelum ini rakyat khususnya rakyat Perak memandang tinggi sumbangan Nizar, walaupun dalam tempoh singkat 11 bulan namun impak kepimpinan beliau sebagai MB jelas dirasai bezanya oleh rakyat jelata berbilang kaum. Siapa yang tidak megah dan berbangga dengan Nizar sebagai MB, seorang jurutera, fasih berbahasa Inggeris dan Cina, boleh pula membaca kuliah dan menyampaikan tazkirah, baik sungguh budi dan akhlaknya. Bagi PAS pula ia telah menjulang panji-panji parti ke mercu yang sebelum ini hanya dirasai dari karisma dan aura Tok Guru Nik Aziz sahaja (sebagai MB Kelantan).

Saya bimbang dari perkembangan ini ia mungkin terjejas dan digunakan musuh untuk “delete” segala yang tercapai di atas.

Memang kita terkilan, marah dan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Perak. Ini lebih-lebih lagi dirasai oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS yang menganggap amanah ini sebagai suatu kurnia dari Allah swt dan wajib dilaksanakan sebaik-baiknya. Ia tidak boleh dijual-beli apalagi disalah-gunakan.

Namun perasaan kita tidak boleh mengatasi maslahah dan kepentingan jemaah dan perjuangan. Sebagaimana pesan Dato Seri Tuan Guru Presiden semasa Mukatamar di Ipoh tahun lalu:

Sasaran perjuangan kita luas dan bahtera kita menghadapi lautan yang luas.

Dalam mendepani perjuangan yang serba mencabar ini yang pentingnya kita tidak karam atau lemas di lautan dunia yang sentiasa bergelombang dan memukul kita ini. Bahtera ini membawa muatan Islam, ia mesti sampai ke destinasi kemenangan, cumanya lewat atau cepat, insyallah kita akan sampai jua, Cuma perlu berhati-hati.

PAS tidak rugi di Perak, Pakatan Rakyat juga tidak rugi. Di Kelantan sepanjang-panjang pemerintahan kita apa yang tidak kita hadapi, teringat saya kata Tok Guru sampai perlu menelannya walaupun pahit, tetapi yang pentingnya Islam ini terus ke hadapan.

Saya yakin jika esok atau lusa (malah hari ini pun), Nizar dan rakan-rakan turun ke Ipoh atau Teluk Intan atau Lenggong, mana-mana sahaja ceruk di Perak, dengan rekod pentadbiran yang walaupun singkat namun bermakna, rakyat akan keluar menyambut dengan mesra dan baik. Biar rakyat yang menghakimi kita. Sebagaimana kenyataan Tok Guru MB Kelantan dalam Sinar Harian hari ini, apa yang berlaku adalah hak dan kuasa Baginda, lalu kita terimanya.

Kita tidak bertelagah dengan istana apalagi dengan rakyat Perak. Musuh kita adalah orang-orang politik. Sebagaimana pesan Tuan Guru Presiden di Muktamar yang sama:

Kita perlu bina parti kita menjadi parti yang perkasa dan diri kita menjadi diri yang perkasa sebagaimana ditunjuk oleh Islam.

Ayuh kita merancang dan bekerja untuk mendapatkan kembali mandat rakyat melalui proses demokrasi pada pilihan raya umum ke 13 nanti, rakyat insyallah di belakang kita. Allahu Akbar!

19 comments:

Anonymous said...

Tok berkali2 berfikir.........

adakah ini semua ini Tuhan restui...kalau tuhan restui ...kau lah segala2nya.....Tok hanya hamba yg terlalu kecil untk mempersoalkan...

Bukan kah dulu kita selalu mempersoalkan terdapat penipuan dalam pilihan raya ....tapi bukan ke baru ini bila kita menang walaupun dulu kita dakwa ada penipuan.....bukan ke itu kuasa Tuhan.......

jadi akhirnya Tok tak jadi untuk marah sesiapa pun...dlm cerita di Perak ini.....Tuhan Maha Berkuasa..
Mungkin ada perancangan yg lebih baik tuhan kurniakan.....

mungkin dlm 11 bulan ini kita bernafas lega dapat bercerama tanpa gangu, dapat guna stadium tanpa ganguan...... mungkin kita lupa ada bende lain yg kita kehilangan.......

itu sahaja yg mampu tok perkatakan ...kepada penyokong PAS yg percaya Tuhan Itu Maha Kuasa .....mulalah bekerja supaya kita dapat negeri yg seperti Kelantan dan Kedah ...tanpa campuran .....

joe penang said...

Saya dapat maklumat. Pimpinan pusat arah nizar jangan letak jawatan. Maybe saudara boleh confirmkan balik. Mintak pusat arah nizar letak jawatan. Insya Allah. PRU13 nanti kita akan menang gilang gemilang.

p/s: ada kemungkinan ka Selangor gak akan tumbang?Saya x caya kat PKR. Kedah pun boleh tumbang kerana PKR nanti

Anonymous said...

Saudara yang dikasihi,

Pada pandangan saya YB Nizar telah pun mengambil pilihan yang telah diberikan oleh Sultan Perak iaitu samada letak jawatan atau kerusi MB akan secara automatik menjadi kosong.Pilihan yang diambil oleh Nizar adalah membiarkan jawatan itu kosong. Tetapi pada pandangan saya kerusi MB itu tidak boleh jadi kosong kerana undang-undang negeri tidak membenarkannya. Jadi tak menjadiisu kepada YB ini menderhaka atau pun tidak. Moga islam terus Gemilang I. Allah

Anonymous said...

brother roslan,

jika malam semalam semua pimpinan pakatan telah bersetuju untuk mempertahan kerajaan PR di negeri Perak, mengapa tiba2 pandangan seperti ini dikeluarkan? sebagai pimpinan, saudara perlu mempunyai wehdatul fikr dengan kepimpinan jemaah. Isu sekarang ini adalah berkenaan pencabulan kedaulatan sebuah kerajaan negeri yang sah dan dipilih rakyat secara demokrasi dan bukannya semata2 mempertahankan jawatan MB dan exco. Ini pandangan saya.

Anonymous said...

Saya setuju dengan anda. Kita lipatkan usaha dan lebih istiqamah dalaam perjuangan. Gandakan keikhlasan dan tolakkan segala sikap negatif di dalam diri sendiri para penyokong parti. Marilah sama-sama teruskan perjuangan yang suci ini.

Takbir!!!

Anonymous said...

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
06/02/2009 12:51pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan
TAKKANLA SETERUK INI NIZAR NAK SAMAN SULTAN?

nbn said...

Agreed.

Berundur not meant kalah. Macam situation Hamas di Gaza nun. Stay off, observe and plan....

Dengan Istana, cuba jauhi sengketa. Tak elok pandangan semua pihak(Melayu), apatah lagi kaum lain? Not a good reputation...

If you can't get(maintain) enough support now, better not to increase existing 'enemy'...

-pendapat personal..

Anonymous said...

salam.

kalau pas ingin meneruskan perjuangan melalui medium politik ni, saya berpendapat, ir nizar meletakkan jawatan anda. ini bukan pasal jaga muka, ini psl pandangan rakyat especially yg totok kemelayuannya.

akhirnya pas tersepit akibat keghairan anwar ingin mengajak orang bn melompat. seperti biasa, anwar buat 'taik', pas juga yg kena.

itulah anwar, org gila kuasa, terbebanlah ko dengan kuasa seperti dlm hadis nabi.

Anonymous said...

Bro Roslan

pimpinan tertinggi PAS perlu bertindak sekarang. Minta semua tenang. Apa yg dapat dilihat sekarang PAS (dibaca DS Nizar) seolah2 menjadi ketua pada penentangan terhadap Sultan Perak. Sultan Perak mahu disaman, rakyat (dibaca jemaah masjid = islam dan melayu) berhimpun di depan masjid dan istana.

Apakah mesej hendak disampaikan!

Bukankah semua org tahu dan sedar cuma hendak diakui atau tidak sahaja yg kerajaan Perak di bawah Nizar adalah kerajaan DAP?

Adakah PAS mahu dikudakan dan menjadi penentang pada Sultan Melayu kerana kepentingan DAP?

Tenang!

Anonymous said...

Slm saudara

Harap dapat menginatkan saudara anuar dan nizar jgn cari sengketa dengan istana, yang dapar mendaulatkan islam dan agama kite sultan....takde ape lagi yang kite nak harapkan ekonomi kita takde tuh,ade hanya sultan jadi jangan bile kite demo bersih kite mintak sultan kite kena cabaran dan dugaan kite ingkar sultan, ingatlah allah senantiasa bersam orang-orang yang bersabar.


Anti Ingkar

Nano chemist said...

Semangat Jebat.

Dulu Jebat pernah berkata, "aku Jebat, rakyat biasa dan aku rela mati utk rakyat".

Itulah Ir Haji Nizar. Penuh dedikasi. Isu diperkudakan DAP itu fitnah.

Lihat berapa byk sekolah agama rakyat dibuka semula dan dibangunkan.

Isu kampung baru, yg majoritinya penduduk melayu akan dpt tanah terbengkalai. tapi media mainkan isu kampung tersusun saja.

Lihatlah betapa zalimnya media.

Anonymous said...

Dah lah tu. Tak malu ke? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tuanku dah tak nak. Kalaulah mahkamah menyembelahi PR sekalipun, ingat senangke nak berurusan dengan istana nanti ? Tidak salah kalau kita retreat. BN Pahang pernah melalui drama ini.

Sekarang kita sama-sama tengok macamana pulak steering yang sedang dipegang oleh BN. Kalau melencong, kita ajar dalam PRU13 nanti. Bukan begitu?

Ikhlas

Bahtera Dakwah said...

nampaknya su akhab r kita ni tertinggal bas, kenapa lagipercayai media bodoh seperti sinar harian itu....

saya rasa benci dengan saudara ketika saat perak memerlukan sokongan cdari segenap lapis masyarkat....

jelas tok guru menafikan kenyataannya semalam yg dibelit oleh media, kenap ni, hang ni tulis berdasarkan sumber sinar harian....geram aku...

roslan sms said...

Asm Sdr Tsaqif

Baik sungguh bahasa yang sdr gunakan dalam komen sdr itu. Biar saya tertinggal bas dari mencemuh sesama jemaah......

Saya cuma mahu membuat penjelasan bahawa posting saya tidak sekali-kali tidak menyokong perjuangan Pakatan Rakyat apalagi PAS di Perak.

Tutur kata dan pandangan kita mencerminkan masak dan matangnya minda dan intelek kita.

Sebagai pejuang muda ramaikan kawan dan kurangkan musuh insyallah nanti anda berjaya sebagai pemimpin yang baik.

amirul said...

Salam Saudara Roslan, Mohon pandangan ini disampaikan kepada pimpinan. Sewaktu kelantan menang besar, Tg NA telah membacakan ayat al-quran yang bermaksud Allah swt memberi kuasa kepada sesiapa yang dia kehendaki.. Saya yakin jika MB Nizar mengalah dan meletakkan jawatan dan memberikan kepada 'beruk-beruk' yang kemaruk nak berkuasa, beliau tidak akan rugi bahkan rakyat akan menilainya sebagai tokoh yang tiada tolok bandingnya.. Benar persoalan di Perak sekarang ialah pencabulan Perlembagaan tetapi bukankah Rasulullah telah mengajar kita melalui Hudaibiyah... Rakyat tentunya sedih akan kehilangan satu-satunya MB Perak yang cukup versatile namun biarlah Rakyat menghukum mereka dengan memberikan majoriti 2/3 kepada pakatan rakyat pada pilihan raya seterusnya.. Perjuangan PAS bukanlah perjuangan bermotifkan gila kuasa. Kita berjuang hanya untuk mencari Redha Allah..

Wassalam

Pak Brahim said...

Hidup kita bukan kerana RAJA dan mati kita juga bukan kerana RAJA.

RAJA JUGA BUKAN UNTUK KITA SEMBAH.

MALANG SEKALI SEBILANGAN RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MENGAKU PEMIMPIN ISLAM MELETAKKAN TITAH RAJA DIJUNJUNG AKAN TETAPI TERUS ENGKAR DENGAN PERENTAH ALLAH.

Nevada said...

Sembah derhaka ini dalam bahasa inggerisnya 'i beg to differ'. apabila kita berbeza pendapat dgn titah sultan maka kita akan minta izin untuk sembah derhaka. ini bahasa istana yg jarang org pakai..... yelah, sapa yg cukup jantan utk 'beg to differ' terhadap sultan??

bukannya maksud mahu derhaka!!

Anonymous said...

Nampak sangat pihak istana tak suka kerajaan pakatan rakyat dari dulu lagi, banyak sebab ler..cuma taknak tunjuk terang-terang sebab rakyat dah pilih pakatan dalam pru lepas. Raja tu durian, rakyat tu timun. Setiap jumaat rakyat terpaksa doakan sultan, ada sultan doakan kesejahteraan rakyat? Ada sultan tolong rakyat yang susah, rakyat yang menganggur dan seribu satu macam kesusahan? Yang mereka tahu main golf,main kuda, hidup bermewah-mewah sedang rakyat hidup susah. Nak kata mereka ketua agama islam, pun boleh dipertikaikan, berapa ramai permaisuri sultan yang memakai tudung kepala, boleh katakan ramai yang tunjuk jambul macam wanita umno sebab tu lah mereka lebih suka umno memerintah, citarasa samakan.. SO AKU TAK HERANLAH KALAU SULTAN PERKENAN UMNO/BN MEMERINTAH PERAK WALAUPUN MENIDAKKAN ASPIRASI RAKYAT.

tok pulai chondong said...

entah lah encik roslan, apabila kata2 kita tak seia dan sekata dgn pimpinan jemaah menambah benci disaat emosi tengah marak.........

maaflah kalau cik roslan marah dengan komen tsaqif itu, ia adalah sy.........

disaat sy mahukan maklumat yg benar dari media yg adil, encik roslan menghidangkan artikel yg menyakitkan hati para penyokong setia PAS...Allahu akbar!!!!!!