Anjing tersepit di Pasir Mas
Kalau pepatah melepaskan anjing tersepit digunakan, sudah pastilah kasar bunyinya. Tetapi memang pun pepatah Melayu itu mengumpamakan orang yang tidak mengenang jasa bagaikan anjing. Anjing yang tersepit yang dilepaskan kemudian membaham si kawan yang melepaskannya. Memang tiada perbandingan lain menurut bijak pandai Melayu lampau bagi manusia jenis ini melainkan diumpamakan bagai anjing yang tidak mengenang budi.
Lalu begitukah ahli parlimen Pasir Mas?
Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum ke 12 dahulu, kini duduk dibangku “Bebas” dan kebelakangan ini acapkali menyerang dan mengkritik PAS dan pimpinannya tak kiralah di dalam atau di luar Dewan Rakyat.
Tidak salah mengkritik dan menegur, tetapi perlu ada saluran. Tambah-tambah beliau bertindak seolah PAS ini tiada kena-mengena atau kaitan dengannya sedangkan statusnya sebagai ahli Parlimen adalah hasil pengorbanan dan hempas-pulas ahli-ahli dan pendukung serta pimpinan PAS dipelbagai peringkat.
Macam mana Ibrahim boleh terlepas menjadi calon PAS? Itu panjang ceritanya, tetapi apabila berurusan dengan yang “tersepit” kadangkala kita yang ikhlas dan jujur disepitkannya demi membebaskan dirinya. Itu pengalaman biasa bagi PAS dimana-mana. Sahabat saya Sayuti Omar (MSO) http://www.msomelayu.blogspot.com/barangkali boleh menjelaskan susur-galur pemilihan Ibrahim untuk bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas.
Apa pun Ibrahim kalau benar beradab dan bermaruah akan mohon untuk duduk semeja berunding kembali dengan pimpinan PAS darihal apa yang diharapkan oleh PAS dari beliau. Tak kiralah walau beliau bukan ahli PAS namun pasti ada beberapa syarat yang diharapkan dari beliau apabila bertanding dahulu sebagai calon PAS. Kecualilah memang Ibrahim merasakan yang PAS yang terhutang budi dengan beliau, maka kembalilah kita kepada pepatah anjing tersepit tadi.
Kisah Ibrahim ini biar menjadi tauladan yang baik buat PAS, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.
7 comments:
salam bro..
saya tak tahu kisah sebenar antara PAS dan Ibrahim Ali ni..
walaupon saya kurang "berkenan" dgn Ibrahim Ali berdasarkan sejarahnya, tapi saya rasa dia antara ahli parlimen yg saya respect. Benar2 menggunakan statusnya yg Bebas untuk menyerang mana2 pihak2. Baik BN ataupon PAS.
Tak tahulah atau saya tak perasan tegoran yg mana yg buatkan PAS tidak dapat terima. Mungkin ini satu pengalaman untuk PAS dlm memilih rakan. Tapi jika tegoran untuk kebaikan, biarkanlah. Mungkin sebaliknya PAS boleh "gunakan" dia sebagai pihak ke-3 untuk menegor rakan dlm PR yg PAS rasakan agak sukar nak ditegor secara berdepan/terbuka.
Cuma akhir2 nih saya lihat sedikit demi sedikit perwatakan BN makin banyak dikalangan pemimpin PR. Jgnlah sombong sgt. Kita patut meramaikan sahabat..
Just pendapat....
Ibrahim 'Katak' Ali boleh jadi AP kerna peribadi mulia TGNA yang tidak menyimpan sebarang dendam atau menyimpan sangka buruk terhadap Ibrahim 'Katak' Ali walaupun pernah dengar sendiri dia pernah menghina TGNA sebagai ulama taik kucing! Sebenarnya fe'el Ibrahim ni adalah hikmah menyerlahkan bahawa katak akan mati tanpa kubur sedikit masa lagi......
-pengajaran yg berguna buat PAS Kelantan. P/Raya akan datang WAJIB ketepikan ahli politik sebegini. Biarkan dia benar-benar BEBAS sampai ke mati kalau dia nak (mudah-mudahan Ibrahim Ali mendapat petunjuk-Nya dalam mengenali kebenaran).
Salam...TGNA sebenarnya dan mengenali siapa Ibnu ali ni...tapi kita ebagai orang islam harus memberi peluang kedua..untuk ibnu ali ini menyalurkan perjuangan sehinggalah terpaksa dikorbankan satu kerusi parlimen pas..saya pernah prgi ceramah ibnu ali ni semasa pru 12 dulu...nadanya bukan semacan ini...setelah diamati rupanya ianya masih berjiwa umeno..usah kita kesalkan ..manusia seperti ini ada banyak dalam masyarakat...cuma masa pru13,pstikan calon kita adalah betul betul berdarah hijau...cuma kita teguhkan ukhwah antara kita....pastikan selangor kita dapat menang lagi banyak kerusi...allahuakbar....
betol la ibrahim ali anjing, tak sedar diri, cakap dia je betol.
Tuan Roslan, Tok Hey ni ada pengikut berani mati. Kalau dia terjun ke sungai kelantan, semua pengikut dia akan ikut terjun. Biar sama-sama lemas & mati, sebab tok hey ni bijak pikat anak buah. Kalau tak caya, tanya MSO!
Abg Lan, Mohd Sayuti Omar ni boleh dianggap sahabat ke
Bukan dia penulis politik murahan yang menulis untuk wang ?
Post a Comment