Angkara nak jadi Husin Lempoyang
Alkisah seorang peniaga minyak urat dicadangkan berjual beli manusia. Lebih lumayan dan banyak untung. Maka dipersetujui dan digadaikanlah hambanya untuk wang ringgit. Kalau ikut skrip Allahyarham P. Ramlee, si Husin Lempoyang, saudagar minyak urat itu melonjak kegembiraan bila beroleh wang yang lumayan kerana berdagang manusia.
“Wow” jeritnya bila mengira dirham ditangan. Berniaga manusia lebih baik dari berniaga minyak urat!
Begitu juga barangkali kini. Bezanya si peniaga jering tidak menyangkakan wang sogokannya begitu lumayan. Maklumlah kalau berniaga jering dapatlah sekadar seringgit dua. Beliau pun melonjak bagai si Husin lempoyang, tetapi kerana terlalu tinggi berlonjak tubuhnya kejang dan terus terlentang. Akibatnya sipeniaga jering kini dirawat di hospital.
Moralnya kalau berniaga jering jangan cuba nak berniaga diri pula. Buruk padahnya.
(cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau telah mati.........jika ada pun sipi-sipi sahaja)
3 comments:
Husin lempoyang kalau tak salah saudagar onta!
Betul ke peniaga jering masuk hospital dengan rela atau dia di ugut oleh saudagar bom?
saudagar bom dah jadi saudagar uwang..
sekarang mahu longgok itu uwang di atas dua buah bukit lah..
"mari kita tengok siapa yg kena!"
Post a Comment