Monday, January 31, 2005

UMNO MINTA FATWA TENTANG KELAB MALAM


The Syariah must be clear for the public. Many are asking if it is illegal to go to the nightclub. If it is illegal, JAWI should announce it.

Undang-undang Syariah mestilah jelas kepada umum. Ramai yang bertanya adakah salah untuk mengunjungi kelab malam. Jika ianya salah, maka JAWI patut mengisytiharkannya.

Demikianlah kenyataan KAMELIA IBRAHIM EXCO Wanita Umno Malaysia yang juga selaku Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam sebagaimana yang terkandung di dalam THE MALAY MAIL hari ini.



Kamelia mengulas isu tindakan kontroversial JAWI yang menyerbu sebuah kelab malam di KL baru-baru ini dan menahan hampir 100 orang pengunjung Islam yang mana 50 peratus terdiri daripada wanita.

Ramai masih mempersoalkan samada benar ataupun tidak para pegawai JAWI pada malam tersebut telah bertindak kasar dan diluar batasan kuasa mereka. Setakat ini kenyataan dan aduan hanya diperolehi dari mangsa ataupun tertuduh yang ditahan. Termasuklah pimpinan Umno yang kononnya mempertahankan hak tertuduh. JAWI sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kini status kedudukan kelab-kelab malam pula yang dipersoalkan oleh pimpinan Umno. Saya rasa sebelum JAWI mengeluarkan kenyataan kita boleh tanya siapa sahaja yang tinggal dan berada di KL termasuklah Shahrizat, Azalina dan Kamelia sendiri bagaimanakah rupa dan kedudukan kelab-kelab malam di KL sebenarnya?

Yang pastinya kelab-kelab hiburan ini rata-rata menghidangkan arak dari pelbagai jenis. Muzik barat samada secara LIVE ataupun dimainkan oleh DJ berkumandang dengan begitu bingit sekali dengan selitan muzik video yang biasanya memaparkan adengan separuh lucah. Dan kelab-kelab ini menggalakkan percampuran bebas lelaki dan wanita yang menari dan bersuka-ria secara bebas tanpa batasan dalam suasana muram dan separuh gelap. Semakin malam membuta kelab-kelab ini menjadi semakin hangat dan hebat sehinggalah menjelang subuh.

Dalam hal yang demikian Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam kononnya masih mahu bertanya samada salah ataupun tidak dari segi syarak mengunjungi kelab-kelab seumpama ini? Sedangkan Konsert Sureheboh TV3 pun Mufti Perak mengharamkan inikan pula kelab-kelab malam di KL! Aduhai sesat dan menyesatkan sahaja baunya.

Nampaknya semakin hari semakin keliru jadinya pimpinan ISLAM HADHARI, gerun memikirkan nasib dan masa depan umat Islam di bawah pimpinan yang seumpama ini, mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dari angkara melampau mereka.



Sunday, January 30, 2005

WAKIL BN KURANG SOPAN BILA BERBAHAS
: SIARKAN SAHAJA PERBAHASAN SECARA LANGSUNG

Dalam MINGGUAN MALAYSIA hari ini Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Rais Yatim menggesa agar ahli parlimen dan ADUN BN menggunakan bahasa yang sopan ketika berbahas di Parlimen dan Dewan-dewan Negeri. Rais dilaporkan berkata:

Bagi saya sebagai pemimpin masyarakat mereka seharusnya ingat bahawa tutur kata dan juga kelakuan yang baik bermula dari mereka sendiri.

Dari pengalaman yang ada memang anggota BN samada di Parlimen ataupun DUN terkenal mengeluarkan kata-kata tidak ilmiah, kurang ajar, biadap dan kesat. Menurut Rais ia jarang berlaku tetapi hakikatnya ia memang sering berlaku dan kalau berlaku di Parlimen ataupun DUN ianya pasti berpunca dari wakil BN.

Di Dewan Rakyat contohnya kalau Karpal Singh berhujah wakil BN lah yang akan mengejek dan menyampok dengan kata-kata kurang sopan yang menyentuh kepercayaan dan adat yang diamalkan oleh Karpal. Kalau kita rajin menelaah hansard dewan kita akan terserempak dengan kata-kata biadap ini termasuklah dari Timbalan Menteri dan Menteri-menteri sendiri.

Wakil wanita dari pembangkang khususnya dari DAP (hari ini terdapat 3 wakil wanita dari kerusi pembangkang) sering dicelah dengan gangguan gender yakni berhubung dengan status kewanitaan mereka. Umpamanya YB Fong dari Batu Gajah yang masih bujang kalau berucap maka wakil BN lah yang sering menggangu dengan kata-kata berbau seksual dan seumpamanya.

Seorang wakil Umno dalam dewan penggal yang lepas pernah mengeluarkan kata-kata biadap berikut terhadap Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang yang ketika itu Ketua Pembangkang:

Pakai sahaja serban tapi bodoh.

Di Selangor bukan hanya ADUN BN yang kurang sopan malah Speakernya sekali pun begitu. Onn Ismail memang dikenali sebagai speaker yang berat sebelah dan sering berkelakuan tidak sopan terhadap wakil pembangkang. Pernah ketika ADUN Pembangkang bertindak keluar dewan pada penggal yang lalu beliau berkata:

Tak ada pembangkang lagi baguslah

Seorang lagi ADUN Umno Selangor yang barangkali adalah juara KURANG AJAR adalah Zakaria Md Deros ADUN Pelabuhan Kelang yang pernah menampar ADUN DAP di luar dewan.

Demikian juga di DUN Kelantan. Kalau ada yang pernah menonton persidangan DUN di sana akan melihat gelagat Ketua Pembangkangnya Annuar Musa yang tidak pernah menghurmati kehadiran Speaker Dewan. Beliau akan bercakap sesuka hati tanpa memperduli peraturan dewan dan sering mengeluarkan kata-kata biadap termasuk pernah menggelar seorang ADUN PAS sebagai ayam kampung.

Kita tidak menafikan yang ada dikalangan wakil BN yang memang bagus perangai dan hujahnya ketika di dewan namun rata-rata ramai dikalangan mereka lantaran kedudukan selesa di dewan akan mempergunakan majoriti mereka untuk bertindak biadap dan kurang ajar.

Bagi saya tidak ada cara lain untuk menangani perkara ini selain membenarkan rakyat menyaksikan sendiri siaran langsung terus dari dewan. Dengan cara ini kalau masih mereka berkelakuan demikian sudah pasti para pengundi boleh mengukur dan membuat penilaian. Jika ini tidak dilakukan sia-sialah nak buat gesaan, yang biadap akan terus biadap.

Saturday, January 29, 2005

NAHI MUNGKAR BUKAN LAGI TANGGUNGJAWAB
KERAJAAN ISLAM HADHARI

Segala-galanya bermula pada 20 Januari lalu apabila para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ataupun JAWI bertindak ke atas kira-kira 100 orang anak muda Islam yang sedang berada di sebuah kelab malam di KL pada kira-kira jam 12.55 malam.

Mereka telah ditahan kerana rata-rata berpakaian tidak sopan, duduk berpasang-pasangan tanpa ikatan dan ada diantaranya yang meminum arak. Menurut JAWI mereka yang bersalah akan didakwa di bawah kesalahan PERBUATAN TIDAK SOPAN Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (559) yang jika sabit kesalahannya boleh didenda sehingga RM1000.
Tindakan ini merupakan aktiviti biasa JAWI namun akhbar THE MALAY MAIL telah mensensasikan serbuan kali ini dengan tajuk utama:

POUNCED upon, abused and rounded up like juvenile delinquents, several Muslim youths have filed a complaint against officers of Pusat Agama Islam for the high-handed manner in which they were treated following a raid at a club in Kuala Lumpur recently.

Saya sendiri apabila membaca laporan tersebut merasakan tindak-tanduk para pegawai JAWI yang berkenaan pada malam tersebut agak keterlaluan, itupun jika benarlah laporan akhbar berkenaan. Antara yang didedahkan kononnya para pegawai JAWI telah bertindak kasar dan biadap. Ada seorang wanita yang mahu ke tandas telah tidak dibenarkan sehinggalah beliau akhirnya membuang air di bilik tahanan. Ada pula kalangan wanita yang ditahan yang telah disurh memperagakan pakaian masing-masing di depan para pegawai lelaki bagi tujuan dirakamkan gambar mereka.

Apa pun kisah ini tidak berakhir disitu. Ibu-bapa mangsa telah membawa perkara ini keperhatian Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga Shahrizat Jalil yang sudah barang-pasti terus sahaja menyebelahi pihak mangsa. JAWI dan Menteri yang berkenaan terus sahaja membisu.

Kejadian ini memebri imej buruk terhadap Islam, sedangkan yang terlibat adalah para pengunjung kelab malam yang terdiri dari orang Islam, para pegawai penguatkuasa yang juga Islam serta Menteri yang juga beragama Islam. Mengapa kita tidak mempertikaikan apa alasan mangsa yang terlibat berada di tempat kejadian? Apa alasan mereka berpakaian demikian, keluar berpasang-pasangan dan ada yang minum arak pula.

Kalau para pegawai JAWI yang bertugas bertindak kasar dan biadap maka mereka seharusnya dikenakan tindakan namun kelemahan mereka tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertahankan pula sikap para mangsa jika mereka benar-benar bersalah.

Yang menghairankan adalah sikap kerajaan sendiri. Menurut laporan NST hari ini isu ini rupanya telah dibangkitkan dalam mesyuarat mingguan kabinet Rabu lepas. Yang peliknya bukan Menteri yang bertanggungjawab yang membuat kenyataan tetapi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan iaitu Rais Yatim!



Kata Rais:

At its meeting the Cabinet also felt Malaysia had no need for morality police. We concluded that morality is best left to the family.

Bermakna tugas MENCEGAH KEMUNGKARAN yang menurut Islam adalah merupakan tanggungjawab kerajaan kini tidak lagi akan dipikul oleh kerajaan ISLAM HADHARI Malaysia. Terserahlah kepada keluarga masing-masing untuk memelihara perlakuan dan akhlak anak-anak masing-masing.

Sedangkan dalam waktu yang sama kerajaan terus melesenkan kelab-kelab malam, konsert maksiat, pesta arak dan seumpamanya.

Inilah ISLAM HADHARI yang Pak Lah mahu jaja dan jual pada OIC! Inilah ISLAM HADHAIR yang Najib isytiharkan di Forum Ekonomi Dunia di Davos sebagai yang terbaik di dunia! Subhanallah.


PAK LAH TERKEJUT PERANGAI ANAK BUAHNYA

Pengasas ISLAM HADHARI Malaysia yang juga PM telah menyatakan perasaan terkejutnya apabila membaca laporan bahawa terdapat aturcara bersiar-siar dan hiburan di dalam lawatan resmi yang dirancang oleh anak-anak buahnya. BLOG ini telah mendedahkan darihal aturcara demikian yang dirancang oleh PAC kerajaan Selangor dan Ketua Menteri Melaka serta delegasinya.

Di dalam akhbar THE STAR hari ini Pak Lah dipetik sebagai berkata:

If they want to go overseas and watch belly dancing it is better they do not go. There are a lot of better things for them to do here.

Jika mereka mahu ke luar negara semata-mata mahu menyaksikan tarian gelek, lebih baik tak payah pergi. Di sini banyak kerja yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan.

Eloklah perhati-perhati sedikit gelagat anak buah Pak Lah tu. Pak Lah sendiri ke hulu ke hilir menjaja Islam Hadhari sampai Najib di Davos, Switzerland mengaku bahawa Malaysia mengamalkan Islam fundamentalis tetapi perangai anak-anak buah mereka macam IBLIS!

Bimbang-bimbang juga Pak Lah agaknya tak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku di peringkat pertengahan dan bawah. Yang dia nampak semua baik dan sempurna sebagaimana yang dilaporkan oleh juak-juak di keliling-kelalangnya.

Friday, January 28, 2005

ALAHAI BERUNTUNGNYA KELANTAN

Timbalan Menteri Penerangan mengumumkan kononnya RTM akan memberikan keutamaan tinggi kepada Kelantan dengan memaparkan penghidupan dan budaya rakyat di negeri tersebut. Kata Zainuddin Maidin adalah menjadi hasrat RTM untuk mendedahkan kepada masyarakat luar keunikan hidup rakyat di Kelantan.

Hakikatnya memang Kelantan merupakan sasaran utama RTM. Lihat sahajalah terdetik apa sahaja peristiwa maka akan berkejarlah RTM ke sana. Isu banjir umpamanya, maka seluruh wakil rakyat pembangkang dari Umno BN akan menerima publisiti percuma.

Kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat Kelantan tidak langsung diberi perhatian samada dalam mengeluarkan kenyataan maupun membuat ulasan. Demikianlah baiknya RTM terhadap negeri Kelantan. Yang jelas RTM selama ini rata-rata telah memaparkan segala yang buruk dan hodoh berkenaan Kelantan.

Menurut Zainuddin sebagaimana di petik oleh BERNAMA beberapa rancangan yang mempunyai ramai peminat akan diteruskan antaranya rancangan Salam Pantai Timur.

Saya tidak tahu berkenaan orang-lain tetapi secara peribadi saya berani mengatakan rancangan yang tidak bermutu ini memang tidak diminati ramai. Ianya lebih merupakan siaran propaganda pro Umno BN yang ditaja oleh RTM. Barangkali inilah antara rancangan yang telah mengakibatkan hasil RTM semakin terhakis sebagaimana yang didedahkan oleh BLOG ini satu ketika dahulu.

Bagi saya Zainuddin tidak payahlah berpura-pura. Memang sejak tahun 1990 sehingga kini kerajaan negeri Kelantan telah berdiri sendiri tanpa sedikit pun bantuan dari sudut penyiaran dan penerangan dari RTM yang boleh mensuburkan imejnya. Teruslah dengan kerja-kerja jahat anda insyallah RTM pun akan terus rugi akibatnya.

ISU KO-HILAL
SURAT DARI PELABUR

Berikut saya sertakan email yang saya terima dari seorang sahabat ahli PAS yang juga ahli KOHILAL

Saya pernah diberitahu bahawa banyak dana Kohilal telah dilaburkan di Amerika Syarikat melalui Dr.Barjoyai Bardai. Siapa Barjoyai ni ? Saya telah diberitahu juga Barjoyai pada waktu urusniaga dengan Kohilal berlaku ialah seorang Bendahari UMNO (tidak pasti peringkat mana). Sebab itu dia dilantik sebagai Pengerusi Selangor Medical Centre di Shah Alam.

Saya rasa penubuhan anak-anak syarikat Kohilal adalah titik permulaan kemusnahan koperasi ini. Sebagai koperasi, sebarang pelaburan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK). Tetapi di bawah anak syarikat, keputusan boleh dibuat di luar penyeliaan JPK. Apakah kaedah anak syarikat ini telah dirancang untuk mengelakkan campurtangan & kawalan JPK seterusnya memudahkan sebarang tindakan yang dibuat. Bagaimana ahli-ahli lembaga pengarah Kohilal yang dipilih di mesyuarat agong tahunan dibenarkan menjadi...dibenarkan menjadi pengurus-pengurus anak syarikat?

Sudah memadai dengan melantik mereka sebagai ahli-ahli lembaga pengarah anaksyarikat sahaja, dan melantik tenaga profesyenal menguruskannya. Kohilal bukanlah sebuah koperasi kampungan.Kohilal sepatutnya mengasingkan pengurusan korporat (lembaga pengarah) dari pengurusan eksekutif.

Yang jelasnya, Kohilal telah meletakkan a square peg in a round hole. Islam telah mengajar kita bahawa bila meletakkan orang-orang yang bukan ahlinya, tunggu sahajalah saat kemusnahannya. Kohilal gagal melantik Jawatankuasa Pelaburan yang boleh menghalusi dan menapis sebarang cadangan pelaburan yang dikemukakan oleh anaksyarikat sedang pengurus-pengurus (promoter projek) tersebut adalah juga ahli-ahli lembaga pengarah Kohilal. Sudah tentu berlaku pertelingkahan.

ctadel@time.net.my

Thursday, January 27, 2005

ISU KO-HILAL
PAS NS AMBIL LANGKAH PRO AKTIF

Isu kerugian pelaburan yang dikendalikan oleh Koperasi Al-Hilal Berhad ataupun KOHILAL telah seringkali dibangkitkan oleh banyak pihak terutama yang berada di dalam PAS. Koperasi yang dikatakan memiliki aset hampir RM60 juta itu dilaporkan mengalami kerugian besar apabila langkah pihak pengurusan ketika itu melabur dalam portfolio pelaburan yang mencurigakan sejak tahun 1996 akhirnya membawa kerugian besar.

Akibat dari kerugian tersebut para pelabur koperasi berkenaan kini tidak dapat menebus pelaburan mereka oleh kerana KOHILAL tidak memiliki kecairan sebagaimana dahulu.

Rata-rata para pelabur KOHILAL terdiri daripada ahli-ahli PAS dari pelbagai peringkat dan ahli lembaga pengarah KOHILAL juga terdiri dari pimpinan dan ahli-ahli PAS. Kini ianya rugi dan ahli lembaga pengarah serta pengurusan lama telah pun meletakkan jawatan namun sebilangan besar masih memegang jawatan dalam parti.

Lantaran itu ketidakpuasan hati dikalangan para pelabur tidak dapat dielakkan tambahan pula mereka yang pernah meneraju KOHILAL masih berada dalam parti akan tetapi seolah-olah tidak memiliki pertanggungjawaban terhadap kerugian yang dialami.

Lalu langkah PAS Negeri Sembilan melalui Pesuruhjayanya Dr. Rosly Yaakob yang telah mengarahkan PAS Kawasan di NS agar mengumpulkan laporan dari ahli-ahli para pelabur untuk dikemukakan kepada pengurusan dan lembaga pengarah KOHILAL adalah merupakan satu langkah proaktif yang seharusnya dipuji dan dicontohi.


DR ROSLI YAAKOP -PESURUHJAYA PAS NS

Sekurang-kurangnya ahli-ahli PAS dan para pelabur menyedari bahawa isu ini tidak dipendamkan begitu sahaja dan pimpinan PAS sedang memberi perhatian serius untuk menanganinya. PAS negeri-negeri seharusnya mencontohi tindakan ini.

Diperingkat ini kesemua ahli lembaga pengarah dan pihak pengrusan KOHILAL yang terlibat perlulah diarahkan oleh parti agar melepaskan jawatan parti mereka terlebih dahulu sehinggalah isu ini diatasi. Ini bukan soal mengkambing hitamkan mana-mana pihak akan tatapi ini adalah soal prinsip dan ketelusan yang seharusnya diberi perhatian serius oleh pimpinan tertinggi PAS.

Saya percaya PAS tidak berhasrat melindungi mana-mana pihak dalam hal ini. Oleh itu perlulah PAS Pusat juga mengambil sikap proaktif, dan langkah pertama adalah mengarahkan agar satu badan penyiasat bebas segera ditubuhkan dan dalam waktu yang sama semua yang terlibat tidak kira apa juga jawatan perlulah melepaskan jawatan mereka masing-masing terlebih dahulu.

Dr. Rosli dipetik sebagai berkata dalam Malaysiakini:

PAS is in the business of telling the truth. This is what the party is all about. We dont fight for the interest of any individual but work for the betterment of the party as a whole. I dont think, committed members or leaders would find any fault in that.

Saya setuju 100 peratus dengan pandangan beliau dan PAS di bawah KEPIMPINAN ULAMAK juga saya yakin akan setuju 100 peratus. Kita bukan berjuang untuk kepentingan mana-mana individu akan tetapi kita berjuang untuk agenda mulia iaitu memartabatkan perjuangan ISLAM sebagaimana yang telah dipelopori oleh Rasulullah saw. Dalam perjuangan ini sudah pasti ada kesilapan dan kelemahan maka wajarlah mereka yang telah silap memikul tanggungjawabnya demi memeprtahankan imej dan nama baik parti. ALLAHUAKBAR!

Tuesday, January 25, 2005

MOHON BANTUAN PAS SELSESAI KONFLIK SELATAN THAI
LAPORAN BANGKOK POST
24 JANUARI 2005

Malaysian royal link could help bring peace

WASSANA NANUAM

A Thai Rak Thai election candidate whose daughter married the crown prince of Malaysia's Kelantan state says he will use his connection to seek cooperation from the opposition Parti Islam Se Malaysia (PAS) of Malaysia in solving the problems in the deep South.Wairoj Pipitpakdee's daughter Kangsadan wed Crown Prince Muhammad Faris Petra, the eldest son of the sultan of Kelantan, in a grand ceremony on Oct 15 last year.Mr Wairoj, 63, is a former Democrat MP who has defected to Thai Rak Thai.

He is running in constituency 1 of Pattani, one of the three southern border provinces plagued by Muslim insurgents. The PAS has a majority in the local government of Kelantan. They know who the insurgents are and what they are doing, but they do not think about helping Thailand since nobody has asked them to, Mr Wairoj said.

I will use my connection with Kelantan to coordinate with the party for help. Although the sultan of Kelantan is not involved in politics, I will seek his advice on what to do. He used to say Thailand should be just in its treatment of southern people, otherwise there would be unrest.

KONFLIK PATANI:
THAI POHON BANTUAN PAS

Akhbar THE STAR dalam ruangan dunia hari ini melaporkan bahawa calon parti THAI RAK THAI yang sedang bertanding dalam pilihanraya umum Negeri Thai berjanji kiranya menang akan mengunakan kedudukannya bagi mendapatkan bantuan PAS Kelantan untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thai.


DYTM TENGKU ZUBAIDAH

Kata Wairoj Pipitpakdee yang puterinya Tengku Zubaidah kini adalah isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan:

PAS has a majority in Kelantan. They know who the insurgents are and what they are doing but they do not think about helping Thailand since nobody has asked them to.

Parti THAI RAK THAI dijangka menang besar dalam pilihnaraya umum 6 Febuari ini.

PAS Kelantan seharusnya bersedia memainkan peranan orang tengah dalam isu ini. Inilah masa dan ketikanya untuk membuktikan bahawa Islam tidak pernah menganjurkan keganasan. Konflik ini boleh diselesaikan secara rundingan dan tolak-ansur tanpa pertumpahan darah.

Adalah diharapkan agar Tok Guru MB Kelantan dapat membuat kenyataan mengulas perkembangan ini secepat mungkin. Mudah-mudahan kedamaian akan dapat dinikmati oleh saudara-saudara kita di Selatan Thai. Mudah-mudahan semua pihak jujur untuk mencari perdamaian.

PAS perlu segera bertindak dan mengambil langkah proaktif dalam hal ini. Inilah peluiang terbuka untuk membabitkan diri dalam menyelesaikan konflik antarabangsa melalui formula Islam.

Monday, January 24, 2005

PEMBATALAN LAWATAN ANGGOTA PAC SELANGOR KE MESIR
WAKIL UMNO LARI DARI ISU

Akhirnya lawatan 7 hari 5 malam anggota Jawatankuasa Kira-kira Kewangan Negeri Selangor ataupun PAC ke Mesir yang menelan belanja hampir RM8,000 seorang itu dibatalkan.

Lawatan tersebut menurut Ahmad Bhari Abdul Rahman ADUN Umno Taman Templer terpaksa dibatalkan kononnya atas alasan wakil DAP Sekinchan Ng Suee Lim telah menarik diri disaat akhir.

Isu mengapa Ng menarik diri tidak didedahkan oleh Ahmad, sebaliknya Ahmad lebih ghairah menegaskan bahawa Ng akan diminta membayar kos pembatalan tersebut kerana ia berpunca dari tindakan beliau sendiri. Menurut THE STAR Ahmad dilaporkan berkata:

Please send the bill to our friend from the DAP.

Orang macam Ahmad ini memang tidak layak menganggotai PAC yang sepatutnya berfungsi memeriksa dan menyemak kewangan dan perbelanjaan kerajaan negeri. Beliau dan anggota ADUN MCA dari Subang Jaya Lee Hwa Beng cuba bermain silap mata apabila lari dari isu sebenar yang mengakibatkan Ng menarik diri.

Ng menarik diri kerana lawatan tersebut lebih tertumpu kepada aturcara melancong dan tidak membabitkan aktiviti yang berkait dengan tugas-tugas PAC kecuali lawatan selama 2 jam ke Parlimen Mesir!

Aturcara pelancongan yang padat itu termasuklah lawatan ke pusat-pusat pelancongan terkemuka Mesir termasuk NILE CRUISE iaitu pelayaran mewah menyusuri Sungai Nil yang termasuk menyaksikan tarian gelek!



Hotel yang dipilih semuanya bertaraf 5 bintang dan eksklusif. Antaranya Sheraton el Gazirah. Di hotel ini rupanya terdapat kasino ataupun pusat perjudian eksklusif (patutlah Ahmad dan rakan-rakan pilih hotel ini!)




Lantaran pembaziran dan aktiviti yang tidak bermanfaat dan tidak senonoh itulah maka Ng menarik diri, kenapa Ahmad dan Lee mahu lari dari isu sebenar jika tidak kerana mereka sudah berasa panas dan bersalah.

Rata-rata lawatan ini memang bulat-bulat membazir dan tidak masuk akal. Tiba-tiba Ahmad menegaskan bahawa akibat pembatalan ini maka aturcara berjumpa dengan para pelajar Selangor yang menuntut di Al Azhar terpaksa juga dibatalkan. Kata Ahmad lagi:

The students are bound to be angry

Pelajar marah atau Ahmad yang sebenarnya tak puas hati kerana akan terlepas peluang menyaksikan tarian gelek separuh bogel gadis Mesir semasa menyusuri Lembah Nil serta menziarah kasino di hotel Sheraton itu!

Sunday, January 23, 2005

MARUAH ISLAM TERUS DICABULI

Dalam berihat menikmati cuti Eidul Adha ini terdapat beberapa paparan gambar dan klip video yang telah menyentap jiwa dan perasaan saya. Memang Islam mengajar umatnya agar menentang segala bentuk keganasan. Umat Islam tidak pernah dituntut menjadi pengganas walaupun dalam persada politik dunia hari ini tindak-tanduk sebilangan kecil individu dan kumpulan telah mengakibatkan Islam itu sendiri dilabel sebagai agama pengganas apalagi para penganutnya.

Gambar dan paparan video yang saya maksudkan berasal dari bumi Iraq yang kini dijajah oleh tentera penceroboh Ameika Syarikat. Ia bukannya menunjukkan keganasan umat Islam tetapi sebaliknya memaparkan tindakan ganas yang dikenakan terhadap umat Islam semata-mata kerana cap pengganas tadi.

Peristiwa kejam yang pertama ini berlaku di sebuah sekatan jalan di Tal Afar di Iraq pada hari Selasa lalu menjelang Eidul Adha. Menurut laporannya seramai 5 orang kanak-kanak beserta ibu-bapa mereka melalui sekatan ini di dalam sebuah kenderaan. Malangnya si bapa gagal berhenti disekatan yang dikendalikan oleh tentera AS.

Tentera yang kurang ajar tersebut telah melepaskan tembakan dan berjaya membunuh kedua-dua ibu-bapa yang duduk di kerusi hadapan manakala sebahagian kanak-kanak yang tidak berdosa telah tercedera.



Wajah kanak-kanak yang tidak berdosa ketakutan apabila
kedua ibu-bapa sendiri ditembak mati depan mata

Apa lagi tafsiran yang boleh kita buat terhadap kejadian trajis ini jika tidak melaknat tindakan kejam dan biadap tentera AS yang menurut laporan kejadian seumpama ini berlaku hampir setiap minggu di Iraq. Saya memuatkan komen seorang pembaca dari AS apabila melihat gambar-gambar ngeri ini:

I don't blame our soldiers either. Yeah! They were just following orders right? Maybe you'd think differently if this were your family. These soldiers made a mistake and they should be punished. At the very least they should be charged with manslaughter. Tough break when you are a kid who's been hired to travel to another country and murder people, but somebody has to take the wrap if those actually responsible for this retarded war won't.

posted by Rusty Iron at 4:23 PM

Beliau mengatakan bayangkan jika yang terbunuh dan tercedera itu anggota keluarga kita sendiri. Gambar ini turut dimuatkan dalam akhbar NST hari ini tapi apa yang boleh kita lakukan selain mengurut dada. Demikianlah dayusnya kita pada hari ini.

Kejadian kedua juga berlaku di Iraq, iaitu di Baghdad Selatan sebagaimana yang dipaparkan oleh CNN hari ini. Tentera AS telah digerakkan dari rumah ke rumah untuk memeriksa samada terdapat penghuni yang menyembunyikan senjatapi menjelang pilihnaraya Iraq yang dijangka diadakan lewat bulan ini. Rumah yang tidak berpenghuni dipecah masuk manakala bagi rumah yang berpenghuni dengan berkasut dan senjata terhunus tentera berkenaan menuju ke bahagian-bahagian rumah yang mereka ingin termasuklah bilik tidur dan bilik air tanpa menghiraukan wanita yang berada dalam rumah.

Dalam satu paparan ditunjukkan seorang pegawai telah menemui sebuah senajatapi mainan yang mirip sebuah senajatapi sebenar. Beliau telah memarahi tuan rumah tersebut kerana memilikinya walaupun tuan rumah berkenaan menjelaskan yang ia milik anak kecilnya yang memang pun ramai di rumah berkenaan. Dengan biadap pegawai tadi telah mematah dan menghancurkan bahan mainan tersebut di depan mata tuan rumah. Mengapa tidak diserahkan kepada tuan rumah untuk dimusnahkan sendiri, bukankah ianya alat mainan. Mengapa begitu biadap bertindak tanpa menghurmati hak asasi tuan rumah tadi?

Memang panas kalau kita menyaksikannnya walaupun ianya tidaklah sekejam kejadian di Tal Afar namun kesimpulannya demikianlah rupanya apabila Allah swt mencabut kehebatan dari diri kita. Lalu jadilah kita seumpama sampah yang tidak berharga yang boleh sahaja ditendang dan disepak sesuka hati.

Ya Allah hancurkanlah tentera Ahzab ini dengan ke Esaan Mu!

Friday, January 21, 2005

PERTABALAN RAJA DUNIA ALAF BARU
MASADEPAN YANG GELAP UNTUK ISLAM

Selesailah sudah pertabalan George W Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat bagi penggal yang kedua yang perayaannya sahaja menalan belanja AS40 juta dengan tambahan peruntukkan keselamatan sahaja berjumlah AS20 juta. Dengan perlantikan ini bermakna sehingga tahun 2009 dunia akan terus menyaksikan aksi dan lagak beliau sebagai Raja dan pemimpin yang paling berkuasa di dunia.

Malah bagi penggal 4 tahun pertamanya Bush telah menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama yang berani campurtangan terus dalam hal-ehwal Negara-negara umat Islam sehinggalah berjaya membina pengkalannya di Tanah Hijaz iaitu bumi lahirnya Rasulullah saw.

Bush telah menjajah Afghanistan dengan meruntuhkan kerajaan Taliban dan kemudiannya menawan pula Iraq dengan menggullingkan kerajaan Baath Saddam. Kedua-dua penjajahan ini telah menyaksikan beratus-ratus ribu nyawa umat Islam terbang melayang semata-mata atas nama pembebasan tajaan Amerika Syarikat.

Namun pada waktu yang sama beliau membisu terhadap Korea Utara yang dikatakan memiliki senjata nulkear serta Cuba satu-satunya negara kominis di Benua Amerika.

Selepas persitiwa 911 yang dikaitkan dengan pengganas Islam Bush telah meletakkan umat Islam seleuruh dunia sebagai umat yang perlu diawasi dan diperhatian tindak-tanduknya. Umat Islam mula menjadi warga dunia kelas dua, disegani apabila memiliki kekayaan tetapi selain daripada itu akan dianggap sebagai berpotensi mengganas.

Islam dilihat berpotensi mengganas pada bila-bila masa dan ketika dan institusi pengajian Islam dilihat sebagai pusat latihan dan sarang pengganas sedangkan kumpulan pengganas dunia yang lain samada IRA, pemberontak Basque di Sepanyol maupun Tamil Tigers di Sri Lanka tidak dilabel demikian.

Demikianlah tafsiran Bush dan demikianlah juak-juak dan anak didik Bush dikehendaki mempercayai termasuklah juak dan anak didiknya di dunia sebelah sini.

Menarik diperhatikan dalam ucapan beliau kali ini dimana Bush berkata:

We are led, by events and common sense, to one conclusion: The survival of liberty in our land increasingly depends on the success of liberty in other lands. The best hope for peace in our world is the expansion of freedom in all the world

So it is the policy of the United States to seek and support the growth of democratic movements and institutions in every nation and culture, with the ultimate goal of ending tyranny in our world.

Bermakna kebebasan di AS hanya akan dapat bertahan apabila bumi lain turut dibebaskan. Bush mahu dilihat sebagai juara kebebasan dunia namun beliau lupa beliaulah juga merupakan satu-satunya Presiden AS yang menahan tanpa bicara orang-orang asing semata-mata kerana dituduh menyokong dan menyertai pertubuhan ataupun kumpulan pengganas.

Apakah Bush lupa darihal tahanan khsusnya warga Afghan dan negara-negara lain di Guantanamo Bay, Cuba. Yang ditahan dalam kandang besi dan diperlakukan bagai haiwan tanpa hak membela diri! Rata-rata mereka ini adalah penganut Islam.




Dan Bush mendakwa kononnya:

America will not pretend that jailed dissidents prefer their chains, or that women welcome humiliation and servitude or that any human being aspires to live at the mercy of bullies.

Amerika tidak akan berdiam diri di atas tindakan menahan mana-mana individu tanpa bicara atau atas alas an politik. Sedangkan beliau dan Amerikalah sebenarnya merupakan BULLY yang terbesar di dunia, membuat dan mentafsir undang-undang sendiri menurut kemahuan sendiri.

Kesimpulannya selagi makhluk bergelar Bush ini berkuasa maka selagi itulah Islam akan terus berada dikandang orang salah. Dan selagi itulah juga masa depan Islam akan menjadi gelap melainkan Allah swt jualah yang membantu.

Thursday, January 20, 2005

KORBAN

Didetik syahdu ini
Kau perlihatkan kekuasaan Mu
dikala manusia semakin hilang pertimbangan
dikala manusia semakin luntur pedoman
tersesat hanyut dari kebenaran
layu dan mabuk di dalam kealpaan

Kau korbankan hamba Mu
si kecil si tua si kaya dan miskin
dengan gegaran bingit membelah bumi
dengan gelombang maut melangit tinggi
mayat bergelimpang
kehidupan musnah
setitis kudrat Mu
membinasakan selaut peradaban

Mungkinkah akan bingkas bangun
mereka yang sesat
atau sekadar terkulat sebentar
lalu terus hanyut tidur menyambung lena

Hari ini kita merayakan hari korban
di atas ratusan ribu kematian umat
yang barangkali beransur kita lupakan


Hari ini
kita sujud patuh kemahuan Tuhan
kita syahdu dalam alunan takbir
namun hakikatnya
kita masih hilang pertimbangan
kita masih luntur pedoman

Lalu kita sebenarnya mengundang
korban yang lebih ganas
kerana apa yang dikorbankan hari ini
walaupun dahsyat
tidak pernah menyedarkan kita.


LAGI PEMBAZIRAN KERAJAAN BN

Di dalam BLOG ini baru-baru ini saya telah melaporkan darihal pembaziran kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam yang membazirkan lebih RM1juta ringgit untuk lawatan pelancongan ke Amerika Syarikat, London dan Dubai yang disertai 23 orang termasuk ahli-ahli EXCO dan anak-isteri masing-masing.

Dalam akhbar THE SUN semalam satu lagi pembaziran yang serupa didedahkan. Kali ini oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Khir Toyo. Dilaporkan bahawa Jawatankuasa Kira-kira Kewangan Negeri (Public Accounts Committee) dicadangkan membuat lawatan kerja ke Mesir selama 7 hari bermula Januari 23 2005.

Isunya terbongkar apabila salah seorang anggota delegasi iaitu ADUN Sekinchan Ng Suee Lim menarik diri atas alasan tidak bersetuju dengan aturcara yang disusun.

Lawatan kerja tersebut dilaporkan hanya akan melawat Parlimen Mesir selama 2 jam dan selebihnya merupakan aturcara pelancongan termasuklah menyaksikan tarian gelek di Sungai Nil.

Menurut THE SUN kunjungan 7 hari 5 malam itu akan menempatkan rombongan di hotel 5 bintang Sheraton El Gazirah di Cairo dan satu malam di hotel 4 bintang Catherine Plaza Hotel di Sinai. Kos lawatan ini dilaporkan melebihi RM7,950.00 seorang sedangkan menurut sumber syarikat pelancongan kos lawatan yang sama biasanya tidak lebih dari RM5,000.00.

Demikianlah kalau jawatankuasa yang sepatutnya mengodit kewangan negeri pun boleh bebas membazir bayangkan bagaimana pula agaknya kerajaan negeri sendiri?

Tuesday, January 18, 2005

PAS DAN PKR BERGABUNG
BERITA JAHAT TAK MASUK AKAL

Semasa kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan pada hujung minggu lepas beliau dan rombongan berkesempatan berjumpa dengan pimpinan PAS negeri yang diketuai Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Sejurus selepas perjumpaan tersebut agensi bertita kebangsaan BERNAMA telah memetik kononnya cadangan untuk menggabungkan PAS dan PKR telah pun dibincangan dalam pertemuan tersebut.

Terbit sahaja berita palsu ini orang ramai telah mula membuat pelbagai andaian malah ada dikalangan peyokong PAS dan PKR pun turut gelabah dan mula membuat-buat cerita.

Kononnya dikatakan Tok Guru tidak setuju tetapi DSAI tetap mahukan cadangakn itu dipertimbangkan.

Masuk akal ke kalau PAS dan PKR ini bergabung menjadi satu macam PKN dan PRM satu ketika dulu? PKR kita ketahui mempunyai ahli yang bukan Islam maka kemanakah mereka mahu ditempatkan kiranya gabungan ini ditubuhkan?

Malah sehingga hari ini akhbar NST masih mengusung berita jahat ini dengan menyebut di bawah tajuk HADI: PAS WILL NOT BE DISSOLVED

Two days ago PAS spiritual leader and Kelantan MB Datuk NiK Abdul Aziz Nik Mat and PKR Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim met in Kota Baru and indicated that THE TWO PARTIES MIGHT MERGE.

Nik Aziz had said that the two parties had now found COMMON GROUND.

Sementara itu dalam Malaysiakini hari ini Datin Seri Dr Wan Azizah selaku Presiden PKR menafikan samasekali laporan ini. Kata beliau pertemuan itu memang telah berlangsung namun tidak ada samasekali perbincangan berkenaan menggabungkan kedua-dua PAS dan PKR.

Kata beliau:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) president Dr Wan Azizah Wan Ismail today refuted news reports on a merger proposal between her party and PAS.

The news reports were mischievous, had no truth and misquoted both party leaders, she said when met at the Parliament lobby.

Kita seharusnya dapat mengesan betapa jahatnya agenda agaen-agen Umno dan BN ini yang sentiasa mahu meranapkan usaha menyatupadukan pakatan pembangkang khususnya antara PAS dan PKR. Pakatan pembangkang sekiranya dapat dihidupkan semula sebagaimana pada PRU 1999 lalu sudah pasti akan menggoyangkan kedudukan mereka yang berkuasa.

Kita berharap agar pimpinan kedua-dua parti PAS dan PKR akan terus berusaha ke arah itu demi menyemarakkan lagi harapan kita pada PRU yang akan datang. Sementara itu kepada mereka yang tidak ada kerja lain selain menabur fitnah dan memecahbelahkan perpaduan PAS dan PKR lebih baik cari cerita lainlah.

Kenapa tak dilaporkan tentang IPF dan Umno akan bergabung kerana MIC enggan terima IPF sebagai kerabat BN. Umno pun sebelum ini pernah bergabung dengan parti AKAR di Sabah yang di dalamnya ada ahli-ahli bukan Bumiputera. Kalau Presiden Umno dah acap kali turun merasmikan mesyuarat agung tahunan IPF lebih baik terima sahajalah ahli-ahli IPF jadi ahli.

Sunday, January 16, 2005

KERAJAAN KELANTAN BERJIMAT CERMAT
KERAJAAN MELAKA MENGECAP NIKMAT

Baru sahaja BLOG ini membicarakan darihal tindakan ahli-ahli EXCO kerajaan negeri Kelantan yang enggan membuat tuntutan terhadap elaun tertentu yang layak bagi mereka lantaran mahu mencontohi sikap Tok Guru MB mereka yang berjimat cermat apabila membelanjakan wang negeri tiba-tiba terdengar sesuatu yang kontra sedang berlaku di sebuah negeri lain.

Di Melaka sebagaimana yang didedahkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan dilaporkan di dalam www.malaysiakini.com kerajaan negeri yang dipimpin oleh Naib Presdien Umno Ali Rustam telah dengan begitu ghairah sekali membelanjakan lebih RM1juta dari khazanah negeri dalam lawatan kerja selama 15 hari ke Amerika Syarikat, London dan Dubai.

Perbelanjaan tersebut melibatkan 23 orang wakil negeri termasuklah 3 orang anak Ali Rustam yang masih bersekolah serta isteri beliau.

Aturcara lawatan tersebut sebagaimana yang didedahkan oleh Guan Eng lebih merupakan aturcara melancung:

According to a copy of their itinerary, the 23 delegates will visit Hawaii, San Antonio, Houston, New Orleans and Miami before transiting in London and Dubai to return to Malaysia.

Throughout the working visit, the delegation only has one confirmed official function with the Lt Governor of the Hawaii state, James R Alona Jr.

Other scheduled official visits are to Pearl Harbour, the San Antonio riverwalk, the French Quarters, Millionaires Row in New Orleans, Everglades National Park in Miami and the Houston Medical Centre.

Demikianlah bijaksananya Ketua Menteri negeri Hang Tuah itu berbelanja wang rakyat. Sehinggakan anak-isteri beliau pun dimasukkan ke dalam senarai delegasi kerajaan negeri, bayangkan kalau kerajaan negeri Kelantan melakukan perkara yang sama pasti seluruh kekuatan media perdana akan menyerang dan memukul kerajaan PAS pimpinan Tok Guru. Anehnya bila Ali Rustam yang lakukan semua pakat membisu seribu bahasa.

Maka bebas dan bermaharajalelalah Ali Rustam dan kuncu-kuncunya. Belanja besar menghabiskan wang negeri sedemikian rupa tak mengapa sebab pilihanraya nanti pasti rakyat akan tetap setia memangkah Umno BN!

Akhirnya sekadar untuk melelehkan lagi air lior rakyat negeri Melaka delegasi kerajaan negeri ini untuk makluman akan menginap di hotel kelas pertama bertaraf antarabangsa iaitu:

Throughout their two weeks in the US and Dubai, the 23 delegates are arranged to stay in posh hotels like Hilton Hawaii Village Beach and Spa, as well as Hotel Le Royal Meridien Beach Resort and Spa.

Tak mainlah hotel bajet, ataupun motel setaraf yang di Tanjung Kling maklumlah Naib Presiden Umno lah katakan.

Saturday, January 15, 2005

PROJEK KASINO: MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA BANTAH
DI MALAYSIA BAGAIMANA?

BERNAMA hari in melaporkan 7 badan Islam di Singapura membuat bantahan darihal cadangan kerajaan Singapura untuk membina kasino ataupun pusat perjudiannya yang pertama di pulau republik tersebut. Sebelum ini beberapa badan bukan Islam telah turut membuat bantahan yang sama, menurut BERNAMA:

Seven Muslim organisations are the latest to oppose any move to develop a casino here, the Straits Times reported.

In a joint statement Friday, they urged the Islamic Religious Council (Muis) to convince the government to refrain from legitimising the casino industry despite the objections from the public.

They also called on Muslims to be clear about the need for them not to be involved in any way, whether as clients or employees, even though the casino sector could offer numerous job prospects.Islam prohibits gambling because it is harmful and destructive, said the group, adding that Muslims have a moral and civil obligation to oppose the introduction of ills like gambling into society.

Walaupun mereka berada dalam kelompok minoriti di Singapura namun masyarakat Islam di sana berani bangun dan menyatakan pendirian mereka secara terbuka.

Tidak seperti kita yang berada di seberang Selat Tebrau. Jangankan nak membantah pusat perjudian di Genting Highlands semakin hari semakin meraih laba yang berganda-ganda.



Walapun kononnya umat Islam dikatakan tidak dibenarkan berjudi di pusat peranginan tersebut hakikatnya bukanlah suatu rahsia lagi bahawa orang Melayu masih boleh berjudi secara sembunyi dan curi-curi malah kadangkala dengan kerjasama pihak dalam secara terang-terangan dan terbuka pula.

Kumpulan Islam di Singapura ini bukan sekadar melarang masyarakat Islam terbabit dalam aktiviti perjudian malah dalam bantahan tersebut mereka turut memperingatkan masyarakat Islam agar tidak langsung menceburkan diri dalam sebarang aktiviti lain termasuklah bekerja untuk kasino tersebut.

Lain di Malaysia yang diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh bekas PM nya dan kini mengamalkan apa yang dipanggil dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh PM barunya, rakyat beragama Islamnya bebas dan boleh sahaja bekerja, membeli saham dan menjadi pengarah syarikat judi yang kesemuanya tersenarai di Bursa Malaysia. Demikianlah hebatnya kerajaan Islam Hadhair Malaysia, negara lain tak mahu contoh ke?


Thursday, January 13, 2005

KETENANGAN SERAMBI MEKAH MAHU DIGANGGU GUGAT

Di seberang Selat Melaka Allah swt telah menurunkan malapetaka tsunami ke atas satu-satunya wilayah di sebelah sana yang dikenali sebagai Serambi Mekah iaitu bumi Aceh.
Beribu nyawa melayang, berlaku kemusnahan besar di luar kemampuan imaginasi manusia. Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata menandakan betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.

Sementara itu berhadapan dengan Laut Cina Selatan sebuah lagi wilayah Serambi Mekah turut juga mahu diganggu-guggat. Namun ancaman ke atas kestabilan negeri Kelantan Darul Naim itu bukannya datang terus dari Allah swt sebagaiaman Aceh akan tetapi ia lebih merupakan perancangan jahat pihak-pihak tertentu yang merasakan bumi Serambi Mekah ini semakin kukuh dan kental dari hari ke hari walaupun hampir lumpuh sejurus pilihanraya umum lalu.



Pelbagai artikel dan tohmahan dilemparkan sejak akhir-akhir ini melalui internet bagi menimbulkan fitnah dan pecah-belah di satu-satunya negeri yang bercita-cita untuk kembali kepada Islam secara tulus dan jujur. Ada surat terbuka untuk Tok Guru, ada fitnah kononnya terdapat keretakan hubungan anatara barisan EXCO di sana, ulamak dan profesional berseteru dan macam-macam lagi bentuk onar dan adu-domba. Ini tidak termasuk fitnah yang saban hari diluahkan oleh akhbar media perdana milik Umno dan kerabatnya.

Sesungguhnya Kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru kini semakin dewasa dan matang yang mengakibatkan pihak lawan menjadi gerun dan gundah-gulana. Kestabilan Kelantan akan mematikan terus peluang mereka untuk kembali berkuasa setelah kecundang sejak tahun 1990.

Ramai tidak terdedah kepada apa yang sedang berlaku sebenarnya di Kelantan hasil daripada kekangan maklumat oleh pihak lawan. Maka akibatnya apa sahaja fitnah dan racun yang ditaburkan akan diterima sahaja lantaran kurangnya maklumat resmi dari sana. Adalah sekali-sekala perkhabaran dari Harakah, tapi Harakah pun cuma terbit 2 minggu sekali.

Di dalam ruangan ini saya ingin berkongsi apa yang dibincangkan dalam sidang DUN Kelantan baru-baru ini yang sangat menarik membuktikan betapa Tok Guru sesungguhnya telah berjaya mendidik, melahir dan mengasuh barisan pimpinan pelapis yang berakhlak Islam dan memiliki kualiti kepimpinan yang cemerlang.

Ketua Pembangkang DUN Kelantan Annuar Musa dari Umno membangkitkan bahawa kononnya kerajaan negeri sengaja melanjutkan persidangan dewan kerana mahu memberi ruang kepada wakilnya untuk menuntut elaun lebih dan seumpamanya.

Tohmahan ini telah dijawab oleh kerajaan negeri melalui EXCOnya Sdr Husam Musa. Jawapan inilah yang mahu saya kongsi bersama para pembaca. Kata Husam tohmahan Annuar itu tidak benar.

Malah ada dikalangan ahli-ahli EXCO Kelantan yang sehingga hari ini tidak pernah membuat tuntutan elaun mesyuarat dan perjalanan. Malah penginapan di hotel yang merupakan satu entitlement juga ada yang tidak tuntut. Pernahkah perkara seperti ini berlaku bagi mana-mana EXCO kerajaan dari negeri-negeri yang lain ataupun kalangan Menteri Pusat?

Menurut Husam tindakan ini merupakan sebahagian dari pengorbanan mereka lantaran amanah yang mereka pikul untuk mentadbir negeri. Yang menariknya Husam menambah Tok Guru MB lebih ketat lagi dalam hal-hal memelihara penggunaan wang negeri. Kata Husam:

Jago pitih YAB Tok Guru lagi ketat. Lampu bilik dia ambo kena marah sokmo. Masuk bilik air tak padam letrik pun kena maroh. Buat po tok tutup.

Menurut Husam ini membuktikan betapa Tok Guru telah berjaya melahir dan menanamkan disiplin dikalangan anak-anak buahnya baru hal lampu bilik air dia sudah prihatin bayangkan hal-hal lain.

Mungkin perkara ini suatu yang kecil bagi pihak yang tertentu. Namun saya merasakan kiranya perkara sekecil ini pun MB dan para EXCO nya pelihara insyallah masa depan mereka cerah. Kalau amanah rakyat diberi perhatian dengan serius kerana Allah swt, 1000 surat layang dan fitnah sekalipun insyallah tidak akan dapat mengganggu-gugat kestabilan kerajaan negeri.

Semoga Allah terus mempertahankan Serambi Mekah ini dan menjadikannya sebagai pemangkin untuk kebangkitan kembali Islam diseluruh tanahair nanti.

Wednesday, January 12, 2005

MENGHADAPI BALA MENURUT TOK GURU NIK ABD AZIZ

Allah swt berfirman dalam Surah al Ankabut ayat 40:

Maka masing-masing Kami siksa dengan sebab dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami hujani dengan batu, dan diantara mereka ada yang Kami binasakan dengan suara yang keras, ada diantara mereka yang Kami benamkan ke bumi, dan ada diantara mereka yang Kami tenggelamkan. Dan Allah tidak menzalimi mereka tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dalam satu majlis solat hajat di JKR10 berikutan bencana tsunami baru-baru ini telah menjelaskan bahwa adalah tidak benar sekiranya kita menisbahkan bala itu dengan kesusahan semata-mata. Sesungguhnya bala itu adalah ujian ataupun cubaan yang Allah swt timpakan ke atas manusia.

Bermakna bukan tsunami ataupun bencana besar sahaja wajar dikaitkan dengan bala, hidup manusia itu sendiri adalah bala iaitu satu ujian. Bukan kesusuahan sahaja merupakan satu bala malah kekayaan dan kesenangan juga satu bala yang jika disalah gunakan akan menjadi laknat ke atas manusia.

Apabila manusia diberi harta, tubuh yang sihat, pangkat dan seumpamanya ianya itu juga merupakan satu bala kecuali manusia tadi bijak menguruskannya. Sekiranya ia bertindak bijak umpamanya harta benda yang banyak tadi digunakan untuk memberi sedekah, membayar dan memberi hutang maka ujian tadi akan menjadi nikmat lantaran sibijak tadi lulus ujiannya. Walaubagaimanapun jika ia khianat maka bala tadi akan menjadi laknat kepadanya.

Menurut Tok Guru dunia ini adalah satu kelas dimana manusia umpama pelajar yang sejak dari akil baligh hinggalah mati akan melalui pelbagai ujian. Sesiapa yang lulus akan berjaya dan sesiapa yang gagal akan keciwa.

Kesimpulannya bencana tsunami ini memang merupakan satu bala sebagaimana kemewahan dan kekayaan itu juga bala namun Allah mahu menguji bagaimana manusia menghadapinya, bagaimana reaksi manusia, adakah akan insaf, tekun dan bersabar ataupun kufur dan terus ingkar.

Jangan kita sangkakan mereka yang kematian sanak-saudara serta musnah harta-benda sahaja yang sedang dibala, kita yang menyaksikan dari jauh juga sedang dibala yakni diuji maka jadilah kita diantara mereka yang berjaya dan tidak sebagaimana surah diatas, manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.




Tuesday, January 11, 2005

BANTUAN MANGSA TSUNAMI
SALURKAN SECARA JUJUR DAN TELUS

Setelah 15 hari bencana tsunami memuntahkan bencananya di pesisir pantai utara Semenanjung akhirnya semalam pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat yang dipengerusikan Najib Tun Razak mengumum dan mengagihkan secara resmi bantuan mereka.

Kata Najib waris setiap 68 orang mangsa yang terkorban akan diberikan sumbangan RM20,000 seorang iaitu berjumlah RM1.36 juta.



Ini merupakan bantuan pusingan ketiga dan terakhir setelah dua bantuan sebelum ini diserahkan.

Bantuan pertama yang telah dibayar adalah RM1,000 di atas setiap kematian berjumlah RM68,000 dan RM500 ke ats setiap keluarga yang telah dipindahkan. Bantuan pusingan kedua adalah RM2,000 ke RM5,000 bagi setiap rumah yang musnah dan antara RM1,000 ke RM3,000 bagi setiap bot yang musnah. Setakat ini kerajaan telah mengagihkan sejumlah RM7.7 juta dalam bentuk bantuan.

Selain itu kerajaan juga akan menyerahkan RM500 kepada setiap 206 penternak ikan dan 102 pengusaha sawah padi yang terjejas akibat bencana itu. Ianya berjumlah RM154,000.

Bermakna untuk rakyat tempatan yang menjadi mangsa, bantuan kerajaan setakat ini berjumlah RM9.214juta.

Ini tidak termasuk sumbangan yang diberikan oleh agensi kerajaan yang lain samada diperingkat pusat ataupun negeri. Sedangkan menurut berita jumlah sumbangan yang diterima oleh Tabung Bantuan Bencana Pusat adalah RM29.6 juta iaitu sumbangan yang diperolehi dari tabung yang diusahakan oleh NST, Berita Harian, TV3 dan 8TV yang masih berterusan:

The NST/Berita Harian/TV3/8TV group set up a fund called the Malaysian Tsunami Disaster Fund. All money collected - RM29.6 million on last count yesterday - is channelled directly to the National Disaster Relief Fund.

Ini tidak termasuk apa sahaja baki yang terdapat dalam tabung Pusat ini.

Kalau RM29.6 juta tolak RM9.214 bermakna Tabung Bantuan Bencana Pusat yang dipengerusikan oleh Najib sepatutnya mempunyai baki RM20.386 juta lagi dan ini tidak termasuk baki serta apa sahaja sumbangan yang mungkin diberikan oleh pihak-pihak lain.

Kita harapkan semoga pengagihan ini dilakukan setelus dan secekap-cekapnya. Jangan pula nanti ada penyelewengan dan salah-guna. Jangan wang yang diamanahkan yang septutunya turun kepada mangsa yang ditimpa bencana sebaliknya jatuh untuk kegunaan orang lain ataupun tujuan lain. Kalau orang yang diamanahkan berlaku curang maka tunggulah azab yang lebih dahsyat dari Allah swt.

PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUL IMAN
TUTUP DI TERENGGANU BUKA DI ACEH


Berita dari Aceh baru-baru ini menyebut bahawa Yayasan AMAL Malaysia dengan kerjasama Muslim Aid UK telah membuka Pusat Perubatan di Aceh khusus bagi membantu rakyat di sana yang dilanda musibah tsunami.



Sesungguhnya nama PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUL IMAN yang digunakan di Aceh itu begitu nostalgik oleh kerana ketika kerajaan negeri Terengganu di bawah pentadbiran PAS, sebuah pusat perubatan dengan nama yang sama telah dibuka di Kuala Terengganu. Ia telah dibuka dengan tujuan memberikan rawatan terbaik kepada anak negeri disamping membela dan memelihara kebajikan anak negeri yang dhaif dan miskin.

Namun demikian sejurus Umno BN berkuasa pusat perubatan ini diarahkan tutup serta-merta semata-mata kerana mahu melenyapkan usaha dan sumbangan PAS ketika memerintah.

Alhamdulillah walaupun Umno telah menutup secara fizikal pusat perubatan tersebut namun namanya terus dikenang dan kini nama yang sama digunakan di Aceh bagi menandakan sumbangan jemaah Islam bagi membela nasib dan kebajikan umatnya yang tidak pernah mengenal sempadan geografi.

Tahniah diucapkan kepada Yayasan AMAL dan Muslim Aid UK serta semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan sedikit ataupun banyak ke arah kejayaan usaha murni ini walaupun tiadalah nama serta gambar mereka dihidangkan di dada-dada akhbar media perdana sebagaimana yang kita lihat pada hari ini.


Monday, January 10, 2005

HELIKOPTER AS MENYEMBAH BUMI ACEH

TERBARU
helikopter jenis seahawk SH60 milik tentera Amerika Syarikat yang dilaporkan sedang menggerakkan misi bantuan di Banda Aceh jatuh terhempas menyembah bumi kira-kira 500 ela dari lapangan terbang.

Kesemua 10 anak kapalnya cedera dengan 6 mengalami cedera parah. Menurut laporan helikopter tersebut terhempas akibat masalah teknikal walaupun ada khabar angin menyebut berkemungkinan ianya telah ditembak jatuh oleh tentera pemisah dari Gerakan Aceh Merdeka (GAM).



AS dijangka lebih berhati-hati selepas ini memandangkan imejnya yang tidak disenangi oleh golongan Islam lantaran tindakan ganasnya di Iraq dan Afghanistan. AS septutnya mengirim sukarelawan bukan tentera ke Aceh dan bukannya ketumbukan tentera mereka memandangkan rekod mereka yang memang buruk di dunia Islam.

Mudah-mudahan kemalangan ini tidak ada kena mengena dengan serangan mana-mana pihak kecuali barangkali isyarat dari yang maha kuasa.


Sunday, January 09, 2005

WAKIL RAKYAT UMNO DIKERAH JADI IMAM SOLAT

MB Perak yang juga Ketua Perhubungan Umno negeri mengumumkan semua 30 ADUN Umno dan 24 ketua-ketua bahagian di negeri tersebut dikehendaki menjadi imam dan mengepalai solat fardhu ketika bersolat di kawasan masing-masing.



Mereka akan dikehendaki menghadiri kursus wajib di kediaman MB sendiri bagi memahirkan mereka melaksanakan tugas ini sebagaimana dilaporkan oleh MINGGUAN MALAYSIA hari ini:

Semua imam (wakil rakyat tadi) juga perlu menghafal doa-doa lazim dan doa harian seperti doa makan, doa menziarahi orang sakit, kematian dan lain-lain.

Secara peribadi saya mengucapkan syabas di atas arahan Tajol Rosli ini.

Kalau Malaysia pun sudah menjadi Negara Islam sebagaimana yang didakwa oleh pimpinan Umno maka memang wajar sangatlah setiap pimpinannya mahir semua aspek yang berkenaan Islam itu sendiri. Menjadi imam dan hafal doa makan sahaja tak cukup, mereka juga perlu memiliki akhlak dan keperibadian sebagai pemimpin Islam.

Kalau ada yang masih mengamalkan kerja-kerja maksiat umpama minum arak, berjudi, kaki perempuan, rasuah dan seumpamanya perlulah segera bertaubat. Jangan terus-terus sahaja nak jadi imam tapi amalan maksiat ini tidak ditinggalkan malah terus diamalkan.

Selain itu akhlak ketika bercampur-gaul dengan masyarakat juga perlu sejajar dengan Islam. Aurat perlu dipelihara, jangan pula bebas bersalam dengan sesiapa sahaja tanpa kira mahram ataupun tidak.

Seterusnya mereka juga perlu mahir ilmu Islam yang berhubung pentadbiran dan pengurusan Negara. Al Quran dan Sunnah perlu dijunjung sebagai sumber perundangan tertinggi. Jangan lagi selepas ini membenarkan amalan yang bertentangan dengan Islam dalam pentadbiran dan pengurusan negeri.

Saya kira kalau ini terus dapat dilaksanakan, insyallah semua pemimpin Umno di Perak akhirnya nanti akan menerima konsep Islam yang sebenar dan menuntut perlaksanaannya secara total khusus dikalangan masyarakat Islam sendiri. Lepas ini kita akan melihat Perak bebas dari maksiat, tiada judi, tiada arak, hukum Islam dilaksana dan dijunjung!

Walaubagaimanapun menurut Tajol usaha ini dilakukan kerana sebagaimana dilaporkan oleh SUNDAY TIMES:

We want them to emulate Prime Minister Abdullah Badawi who is able to assume the role of an imam and lead prayers during functions.

Janganlah lakukan semata-mata kerana mahu tiru Pak Lah sahaja. Lakukanlah kerana memang Islam menuntut yang demikian. Dan kalau laksanakan sekadar mahu jadi macam Pak Lah, iaitu sekadar mengimamkan solat sahaja, tetapi perkara dan aspek lain dalam Islam yang lebih besar ditinggalkan, juga tak betul.

Saya berdoa semoga niat Tajol tidak berhenti setakat itu sahaja.

Sementara itu untuk makluman, semua wakil rakyat PAS memang boleh mengimamkan solat malah menyampaikan khutbah pun insyallah boleh. Anak-anak orang PAS sejak dari PASTI lagi dah insyallah boleh menghafal doa makan dan doa-doa lazim.

UTUSAN MEMOMOKKAN USAHA MENGISYTIHAR
KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM

Terpapar di muka depan MINGGUAN MALAYSIA hari ini kartun Senyum Kambing yang memuatkan dialog:

:RM 2 juta belanja jadikan Kota Bharu Bandar raya Islam

:Bolehlah bina serban besar di bulatan jam

Kartun ini jelas bertujuan memberikan sindiran jahat malah memperli dan merendah-rendahkan usaha kerjaan negeri Kelantan yang berhasrat mengisytiharkan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam pada tahun 2005 ini.



Dalam gawat membuat liputan darihal bencana tsunami akhbar milik Umno ini sempat memberikan gambaran jahat kepada usaha murni kerajaan negeri yang sepatutnya dialu-alukan oleh semua pihak yang sensitif dan prihatin.

ADUN PAS kawasan Tanjung Mas, YB Rohani (satu-satunya ADUN wanita PAS) memuatkan di dalam BLOG nya di http://ybrohani-ibrahim.blogspot.com/ berhubung isu ini:

Kesimpulannya, perisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam pada bulan depan nanti adalah suatu yang baik dan tepat. Perisytiharan itu hanyalah secebis dan sebahagian dari usaha ke arah kebaikan. Sekurang-kurangnya kita berusaha sedikit demi sedikit ke arah kebaikan. Untuk menunggu semuanya sempurna dan lengkap, barulah mahu dilaksanakan dan diisytiharkan, maka itu adalah sesuatu yang mustahil. Jika orang Islam sendiri tidak menyokong malah menentang sesuatu yang baik, siapakah lagi yang diharapkan untuk menyokong usaha tersebut?

Apakah dia sebenarnya bentuk Bandaraya Islam yang ingin dibentuk itu, sepatutnya inilah yang dilaporkan oleh Utusan. Namun memandangkan akhbar tersebut sebagai lidah Umno tidak mengahairankanlah ia terpaksa sahaja melemparkan gambaran yang buruk walaupun ke atas usaha yang baik memandangkan ianya terbit dari musuh Umno.

Menurut EXCO Kerajaan Tempatan Kelantan Takiyuddin Hassan usaha ini selaras dengan cogankata kerajaan negeri yang dicetuskan oleh MB nya iaitu MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Bandaraya Islam KB kelak beriltizam untuk melahirkan pemimpin dan pentadbir yang jujur yang memiliki ilmu Islam serta sentiasa peka terhadap kebajikan rakyatnya. Ia berhasrat memperkenalkan konsep e-government yang kelak akan memberi ruang kepada masyarakat awam untuk mengkritik dan memberikan nasihat kapadanya.

Tambah Takiyuddin dalam usaha ini MPKB turut akan menggalakkan pembinaan bangunan-bangunan baru yang bercirikan senibina Islam namun tidak pula mengenakan paksaan terhadapnya.

Kalaulah usaha sebaik ini ingin dilaksanakan saya tidak nampak mengapa ianya perlu dikritik dan diperli sedemikian rupa tambahan oleh pihak yang mewakili golongan Melayu Islam.

Sebenarnya usaha jahat akhbar ini adalah lanjutan dari kritikan Ketua Pembangkang Kelantan Annuar Musa dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Di dalam dewan beliau telah membangkitkan antara lain:

Kita tidak percaya kepada penggunaan istilah yang tidak setimpal dengan apa yang berlaku.

Bandar Kota Bharu tidak layak menjadi bandaraya Islam selagi rakyat tidak diyakinkan apa dia perubahan sebelum dan selepas ianya diisytiharkan.

Beliau tidak memberi peluang kepada EXCO berkenaan menghuraikan cirri-ciri pengisytiharan tersebut sebaliknya dengan angkuh dan sombong menyerang secara membabi-buta. Memang demikianlah sikap Umno dari dulu seingga kini terhafap apa sahaja usaha kerjaan negeri PAS.

Dalam persidangan dewan tersebut walaupun diasak dan diserang oleh Annuar yang memang terkenal kerana tidak menghurmati tatacara persidangan, Takiyudin telah dengan tenang memberikan penerangan.

Yang menariknya menurut beliau disamping ciri-ciri di atas salah satu ciri KB Bandaraya Islam adalah konsep toleransi beragama yang turut mahu ditekankan. Beliau memberi contoh dimana permohonan penganut Hindu yang memiliki kuil yang usang dan daif di Jalan Zainal Abidin untuk mendapatkan tapak baru bagi pembinaan kuil yang baru telah diluluskan oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

Ringkasnya berilah peluang kepada MPKB untuk membuktikan kemampuannya yang jika berjaya boleh dicontohi oleh PBT yang lain dan akan menjadi kebangaan semua penganut Islam.

Malaysia yang diisytihar Negara Islam oleh PM yang lalu tidak pula dipersoalkan cukup atau tidak syarat. MPKB dan kerajaan Kelantan sekurang-kurangnya telah mengharamkan premis judi diseluruh Kelantan dan mengawal penjualan arak yang hanya dibenarkan untuk rakyat bukan Islam, Negara Islam Malaysia macam mana?




Saturday, January 08, 2005

SATU LAGI SKANDAL PPRT

Bunyinya PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN, namun perlaksanaannya sejak dahulu sehingga kini tidak pernah sunyi dari skandal dan penyelewengan.

Terkini adalah pendedahan yang dibuat oleh seorang Jurukur Bahan (QS) yang menulis di dalam ruangan FORUM UTUSAN MALAYSIA. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai NR mendakwa bahawa terdapat penyelewengan dalam pembinaan projek PPRT di kawasan Sungai Mati, Muar Johor.

Pertama, menurut beliau ianya tidak selamat kerana projek rumah tersebut tidak memnpunyai tiang konkrit, rasuk tanah dan rasuk bumbung. Keduanya menurut anggaran beliau rumah yang sepatutnya bernilai RM10,000 sebuah hanya dibina sekitar RM5,000 ke RM6,000 sahaja, iaitu jauh di bawah kos yang sepatutnya.

Bagaimana pihak Kementerian berkenaan boleh mengizinkan perkara ini berlaku? Sejak zaman Annuar Musa lagi nampaknya mereka yang duduk di kerusi Menteri ini tidak pernah sunyi dari skandal demi skandal.

Hari ini akhbar UTUSAN memuatkan komen Ahli Parlimen JB Shahrir Samad berhubung isu ini. Shahrir yang juga Presiden BBC kesal terhadap dakwaan ini dan meminta supaya penyiasata segera dibuat. Demikian juga Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut terperanjat dengan pendedahan ini. Beliau juga berharap agar siasatan segera yang telus diadakan dan kontraktor berkenaan jika bersalah disenarai hitamkan.

Bunyinya sama saja. Bila ada skandal maka akan adalah kumpulan dalam Umno sendiri yang buat bising. Namun lazimnya setelah beberapa ketika berlalu maka isu sebesar mana pun sekadar akan disapu ke bawah permaidanai.

Cotohnya pada tahun 2000 Ketua Audit Negara pernah melaporkan bahwa terdapat 94 penerima bantuan PPRT di 5 buah negeri sebenarnya tidak tersenarai dalam Daftar Rakyat Termisikin bermakna mereka ini berkemampuan dan ada diantaranya sudah memiliki rumah dan kenderaan sendiri namun terus diberikan rumah di bawah projek PPRT!

Selepas itu pada bulan Oktober 2001 Azmi Khalid pernah membuat laporan polis dan BPR berkenaan penyelewengan dana PPRT berjumlah RM47 juta yang dilakukan semasa Annuar Musa adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar. Annuar Musa kini dilantik Pak Lah sebagai Ketua Perhubungan Umno Kelantan dan duduk sebagai Ketua Pembangkan di DUN Kelantan.

Demikianlah alkisahnya skandal demi skandal yang melibatkan PPRT.

Anehnya wang yang septutunya diperuntukkan kepada warga termiskin pun tergamak dieksploitasi dan diselewengkan oleh pimpinan Umno,bayangkanlah wang lain yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka?

Benarlah apabila orang berkata sesungguhnya budaya politik wang yang menular dalam Umno itu kini telah sebati dan menjadi adapt biasa dalam kerajaan yang diterajui Umno.

Menteri Pembangunan Luar kini adalah Aziz Samsuddin, konspirator nombor wahid dalam kes DSAI. Tak kan sekadar melalak dalam akhbar sahaja. Shahrir dan Kahiry septutnya bertindak buat laporan polis dan BPR. Dan Pak Lah pula sebagai kononnya juara anti rasuah sepatutnya menggantung menteri berkenaan dan para pegawai dan ahli mpolitik yang terlibat sehingga selesai penyiasatan.

Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, alamat makin sengsara nasib dan masa depan warga termiskin di Negara kita.

Friday, January 07, 2005

RTM RUGI MENTERI MENGELUH

Menurut laporan BERNAMA hari ini Menteri Penerangan Kadir Sheikh Fadzir mengadu bahawa pendapatan RTM melalui iklan berada ditahap yang paling membimbangkan. Tambah beliau pendapatan dari iklan bagi stesyen radio swasta lebih baik dari pendapatan kedua-dua RTM1 dan 2.

Kata beliau lagi RTM dijangka dapat memperbaiki kedudukan ini sekiranya rancangan-rancagannya mampu menarik lebih ramai penonton dan sekaligus memperolehi tempahan iklan yang lebih dari syarikat-syarikat swasta.

Mengapa jadi begini? Itu Pak Menteri tidaklah pula jelaskan secara terperinci. Berapa banyak kerugian yang ditanggung? Juga Pak Menteri tak ulas panjang lebar?

Yang jelasnya siaran di RTM yang TOTALLY berat sebelah, memuji dan memuja parti pemerintah dan kerajaan sehingga melangit tingginya memang tidak digemari rakyat. Apa pun siaran yang diterbitkannya sentiasa tidak lari dari agenda mengampu. Pastinya laporannya tidak pernah objektif.

Memang RTM perlu memilih satu antara dua samada mahu kekal sebagai lidah dan suara parti pemerintah dan pemimpinnya semata-mata ataupun mahu menjadi lebih objektif dan menyalurkan sumber dan maklumat seperti BBC, CNN dan Al Jazeera. Saya difahamkan sehingga drama swasta yang disiarkan oleh RTM pun hanya diberi kepada penerbit-penerbit kroni pihak tertentu, lantaran itu kualitinya tidak menentu, hambar dan tidak ditonton orang.

Siaran Debat Perdana baru-baru ini adalah satu contoh dimana RTM boleh dilihat bersikap terbuka dengan membenarkan suara semua pihak didengari. Kenapa tidak siarkan pula persidangan Parlimen secara langsung, berikan liputan berita yang adil, benarkan semua pihak yang mampu untuk menerbitkan drama swasta masing-masing ikut citarasa semasa barulah ada perubahan sikit.

Rakyat dah mual dan muak dengan siaran umpama Salam Pantai Timur, Bicara Islam (yang cuma menonjolkan ustaz-ustaz cari makan), Selamat Pagi Malaysia dan sebagainya yang hanya pandai mengipas pihak atasan tanpa ada ruang untuk menyalurkan luahan hati rakyat yang sebenar.

Selagi RTM dan Pak Menteri berada ditakok lama, yakinlah selagi itu pendapatan dari iklan untuk RTM akan terus merosot dan menjunam jatuh.


Thursday, January 06, 2005

BILA BALA TIDAK MEMBERI PENGAJARAN

Sebagaimana yang saya laporkan dalam BLOG ini beberapa hari lalu di bawah tajuk:

IKTIBAR TSUNAMI MAKSIAT TERUS BERJALAN

dimana seramai 400 orang pengunjung kelab malam Techno Discotheque di Bandar Sri Damansara telah ditahan pada jam 3.00 pagi bersuka ria meraikan sambutan kemunculan tahun baru 2005 dalam keadaan mabuk dan khayal.

Terbaru menurut laman web THE STAR seramai 116 telah diseret ke mahkamah majistret Petaling Jaya pagi tadi dan didakwa di bawah seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara maksima 2 tahun penjara ataupun denda RM5,000.

Antara yang didakwa termasuklah seorang anggota polis dan seorang anggota tentera serta 7 warga asing.

Ini membuktikan tidak ramai yang sebenarnya mengambil iktibar dari malapetaka Tsunami yang berlaku baru-baru ini. Adalah macam terkejut bila lihat gambar di TV dan akhbar, satu dua hari berdukacita namun setelah hari demi hari berlalu, segalanya beransur dilupakan.

Mabuk dan menyalahguna dadah barangkali cuma isu kecil bagi Malaysia. Murka Allah pun hanya kena orang yang susah di Aceh dan persisir pantai Semenanjung, Lembah Kelang jauh lagi. Inilah lebih kurang kata-kata yang sama diucapkan oleh anakanda Nabi Noh apabila dipelawa oleh ayahnya untuk naik ke bahtera Baginda. Akhirnya anaknya terkorban ditenggelami tsunami ketika itu. Insaflah…

Wednesday, January 05, 2005

BANDA ACEH:
PEMUDA UMNO MASIH TERCUNGAP-CUNGAP

Semalam rombongan Pemuda Umno dan Pemuda PAS bertembung di Pelabuhan Kelang apabila kedua-dua pihak berada di sana untuk mengirim bantuan kemanusiaan melalui KD Mahawangsa yang dijadualkan berlepas ke Banda Aceh lewat petang ini.

Khairy Jamaluddin dan Salahuddin Ayub bersalaman dan kemudiannya berpisah setelah menyerahkan bantuan masing-masing mewakili parti masing-masing.



Khairy semasa di sana sebagaimana dilaporkan oleh THE SUN berkata Pemuda Umno akan menghantar FACT FINDING team seramai 10 orang ke Aceh untuk mengkaji keperluan mangsa tsunami di sana.

We want to find out what they really need because we dont want to give items that they already have.

10 orang itu kata Khairy akan dikenal-pasti dan dijangka berlepas ke Aceh kira-kira seminggu dua lagi.

PAS yang dhaif dan serba kekurangan dijangka menghantar rombongan perubatan kedua hari ini setelah misi yang pertama diketuai oleh Dr Syed Azman berlepas sejurus selepas kejadian. UMNO yang serba lengkap, gagah dan perkasa baru mahu mengenal pasti 10 orang dari kalangan mereka yang mahu ke sana. Kalau dah kenal kemudian kira-kira 14 hari pula lagi baru akan dihantar. Nanti berada di sana tak tahu berapa lama pula, barulah kemudian pulang ke tanah air untuk beri taklimat, pasti memakan masa yang panjang.

Di sana sebagaimana yang dilaporkan oleh misi pertama PAS termasuklah wakil CNN sendiri, tidak ada hotel antarabangsa, tidak ada pusat hiburan. Yang ada cuma bau mayat dan sisa bangunan dan rumah yang telah ranap. Tidur di lantai, makan-minum tidak sempurna, barangkali kerana itulah Pemuda Umno perlu mengambil masa yang lama sebelum bertindak sedangkan orang-lain telah bergegas ke sana.

Kalau demikianlah caranya lebih baik Pemuda Umno bantu rakyat Malaysia yang terjejas sahaja, keperluan mereka pun masih banyak belum mencukupi, kerana kalau terlalu lambat hendak membuat keputusan takut jadi bagai lebai malang, sana tak dapat sini pun tergadai.

MASJID DI ACEH TERSELAMAT

Akhbar THE SUN semalam melaporkan Banda Aceh laksana padang jarak padang tekukur setelah dibaham oleh tsunami. Namun berpuluh-puluh masjid anehnya masih beridir tegak.

Antaranya masjid di kampung Baet, di kampong Kaju, di Pasi Lhok dan di Meubolah dimana hamper 10,000 penduduknya maut. Menurut seorang mangsa yang terselamat di kampong Baet:



He punishes us for our greed and arrogance but He will protect his house.

Dia menghukum kami lantaran sikap kami yang tamak haloba dan angkuh namun Dia tetap menyelematkan rumah Nya.

Demikian juga Masjid Baiturahman di Banda Aceh turut berdiri tegak walaupun persekitaranya musnah dilanyak tsunami.

Kita seharusnya kagum dengan kuasa Allah swt. Namun yang pentingnya harus juga diingat tidak semestinya apabila masjid seperti ini terselamat maka ia menjadi bukti kebenaran Islam, barangkali ada juga gereja yang terselamat seperti patung Virgin Mary di Sri Lanka.

Saya teringat satu ketika dahulu di Dewan Undangan Negeri Terengganu semasa Wan Mokhtar MB, wakil BN membangkitkan isu bangunan kelab PAS yang dijadikan surau telah disambar oleh petir menandakan kemurkaan Allah swt terhadap PAS. Lalu Ketua Pembangkang Tuan Guru Hj Abd Hadi menjawab, hujah tersebut tidak boleh diterima kerana jika demikian bermakna gereja dan kuil yang tidak disambar petir semuanya diredhoi Allah swt.

Wallahualam.

Monday, January 03, 2005

IKTIBAR TSUNAMI MAKSIAT TERUS BERJALAN

Walaupun sudah hampir seminggu berlalu sejak bencana tsunami melanda sebahagian besar Selatan Asia termasuklah negeri-negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak dengan angka maut setakat 10 malam 2 Januari 2005 sebanyak 129,817 nampaknya masih ramai yang tidak ambil iktibar darinya.

Derma dari orang-ramai mencurah-curah. Ada yang sumbang wang ada yang sumbang perlatan dan ubat-ubatan. Demikian juga sukarelawan NGO nampaknya bergegas pergi dari satu kumpulan ke saru kumpulan.

Malapetaka ini telah mencetuskan simpati dari orang-ramai tidak mengira bangsa maupun agama. Namun sejauh manakah ianya benar-benar memberi kesan ke atas hati sanubari manusia sehingga akur untuk tidak lagi mencabar perturan dan ketentuan Allah swt terus menjadi persoalan.

Rakyat di Malaysia diunjurkan untuk tidak merayakan kemunculan tahun 2005 dengan pesta hiburan sebagaimana lazimnya dianjurkan. Alasannya kerana kita perlu ambil pengajaran dan tidak berhibur sakan disaat saudara kita menanggung derita.

Tidak tahulah berapa lama kuatkuasa larangan lisan itu tetapi yang jelasnya ramai juga tidak indahkan apa lagi mengambil peduli. Akhbar NEW STRAITS TIMES hari ini melaporkan:

400 HELD FOR USING DRUGS IN RAID ON DISCO

Dilaporkan seramai 400 pengunjung Techno Disco di Bandar Sri Damansara ditahan termasuklah 101 orang wanita kerana dikatakan mengambil dadah jenis ecstasy, heroin, marijuana dan syabu. Antara yang ditahan adalah 2 anggota polis dan 2 anggota tentera dari kem yang berdekatan.

Serbuan polis dari Anti Narkotik Bukit Aman ini dikatakan dilakukan jam 3 pagi.

Demikianlah keadaannya di Malaysia. Tsunami ke tidak tsunami ke program dan majlis maksiat tidak boleh dilupakan apa lagi mahu dihapuskan. Sedih lah barangkali untuk satu hari, lepas tu tolak sedih ke tepi dan terjun terus ke alam sesat dan maksiat. Apa nak dikata, pintu-pintu maksiat ini dibuka oleh pihak berkuasa sendiri.

Sambil itu TV dan media terus berpura-pura menganjurkan rakyat agar ambil iktibar dan insaf. Entahlah.


Saturday, January 01, 2005

SHAHRIZAT JALIL BERSOLEK DI MASJID

Saya sendiri tidak perasan sebenarnya sehinggalah terdengar seorang adik bertanya ibunya:

Mak semasa sembahayang boleh pakai make-up ke?

Lebih kurang begitulah bunyinya. Lalu saya mencuri lihat apa yang dimaksudkan oleh adik tadi yang sedang membaca akhbar KOSMO hari ini. Rupanya persoalan beliau kepada ibunya berkisar sekitar gambar di muka 6 akhbar tersebut (sesiapa yang boleh scan hantarlah ke BLOG ini untuk kita sama-sama melihatnya).

Gambar menunjukkan wajah cantik molek Shahrizat Abdul Jalil Menteri Pembagunan Wanita bertelekung sambil mengangkat tangan berdoa, captionnya berbunyi:

Shahrizat Abdul Jalil mengaminkan doa semasa sembahyang hajat dan tahlil diuntuk mangsa bencana tsunami di Masjid Asy Syakirin KLCC semalam.

Dalam gambar tersebut Shahrizat mengenakan eyeshadow dan gincu yang jelas kelihatan (dan barangkali makeup lain yang saya sendiri tak mahir). Agaknya terlalu sibuk maklumlah menteri berkejar ke sana ke mari terus sahaja selubungkan telekung panjat Masjid KLCC kerana Pak Lah kata tak boleh sambut ambang tahun baru 2005 semua kena solat hajat dan tahlil sahaja.

Tapi takkanlah tak perlu wuduk dulu? Malaysia Boleh Islam al Hadhari lah agaknya tu.


SELAMAT TAHUN BARU 2005
BENARKAH KL SEPI MALAM TADI?

Pagi tadi saya terbaca tajuk akhbar KOSMO terbitan Utusan Melayu. Tajuknya berbunyi:

1 JANUARI YANG SEPI



dimuatkanlah gambar Bangunan Sultan Abdul Samad pada tepat jam 12 malam dari sudut membelakangkan Dataran Merdeka dan diselitkan juga gambar Pak La dan Najib sedang menadah tangan berdoa di Masjid Negara.

Sambutan ambang tahun 2005 kali ini memang sepatutnya sepi kerana Pak Lah minta rakyat Malaysia memenuhi masjid dan rumah-rumah ibadat untuk tidak lagi bersuka-ria seperti tahun-tahun lepas tetapi sebaliknya berdoa dan memohon agar Tuhan melindungi Malaysia dan rakyatnya. Ini ekoran bencana Tsunami yang telah meragut puluhan nyawa rakyat Malaysia pada 26 Disember lalu.

Memang lantaran arahan Pak Lah itu banyaklah pihak khususnya jabatan-jabatan kerajaan dan kerajaan-kerjaan negeri tidak menganjurkan majlis sambutan meriah meskipun telah merancang untuk berbuat demikian. Demikian juga pihak swasta tertentu semacam akur akan arahan Pak Lah, maka ditangguhkan sambutan masing-masing.

Tapi soalnya benarkah KL sepi malam tadi? Dari Subang Jaya ledakkan bungapi tepat jam 12 malam masih bergermelapan di udara seperti biasa berpunca dari Sunway Lagoon. Anak-anak muda di sana seperti tahun-tahun lepas bercengkarama berhibur sesama mereka. Begitu juga di Bangsar, yang tidak pernah sunyi di tengah malam, sambutan ambang tahun baru diraikan seperti biasa. Muda-mudi menyiram air ke arah pengunjung di sana dan pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak dan lagu-lagu berbagai rentak terus beroperasi hingga awal pagi. Hal yang sama juga demikian di Jalan Bukit Bintang.

Apa saranan Pak Lah pun dah tak mahu dihurmati lagi ke? Itu saya tak pasti tetapi dari mata yang melihat jelas jika arahan Pak Lah agar majlis-majlis solat hajat dan doa selamat itu mendapat sambutan takkanlah di Masjid Negara sendiri jemaah musliminnya sekadar 2 saf lebih sedikit sahaja. Kalau ditolak menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan, petugas dan pengiring keselamatan agaknya tak sampai pun satu saf.

Bukanlah saya berhasrat untuk merendah-rendahkan usaha Pak Lah itu tetapi inilah realiti masyarakat kita setelah sekian lama Umno dan BN berkuasa. Kalau majlis hiburan anjurlah di bawah hujan lebat sekalipun memang ramailah akan berpusu-pusu membanjirinya. Akan tetapi kalau nak anjur majlis agama, beratlah sedikit.

Berlainan barangkali dengan Kelantan, kalau MB nya arahkan diadakan majlis solat hajat beramai-ramai Stadium Sultan Muhammad di KB insyallah akan penuh dibanjiri manusia, walaupun di waktu subuh! Mengapa ya?

Meminjam tajuk kecl akhbar KOSMO muka depan:

Tiada lagi sorakkan di sini
dentuman dan percikan bungapi
detik 12 malam 1 Januari
di Dataran Merdeka yang sepi.

TSUNAMI tsunamai tsunami
betapa gunung ombak ini
mengalun takdir Illahi
menitis air mata di hati

YA RABBI ampuni ampuni
rahmatilah kami
dan bumi Malaysia ini.

Entahlah, wallahualam. Selamat tahun baru 2005 semoga kita semua insaf.