PAS telah pun mengisytiharkan
calonnya unutk pilihanraya kecil Parlimen P93 Sg Besar yang penamaan calonnya
pada hari Ahad 5 Jun nanti. Calon berkenaan adalah YB Dr Abd Rani Osman, yang
juga ADUN PAS kawasan Meru.
Dr Abd Rani merupakan anak jati
Selangor dan aktivis PAS, seorang doktor perubatan lulusan Timur Tengah. Beliau
seorang profesional dalam bidangnya dan juga memiliki ilmu asas dan pengetahuan
agama sehingga berupaya bertutur dalam Bahasa Arab, memimpin solat di masjid,
memimpin tahlil dan menyampaikan tazkirah dan khutbah.
Pengumuman Dr Rani sebagai calon
ternyata diterima baik oleh masyarakat Sg Besar lantaran latarbelakangnya yang
mesra rakyat dan rekodnya yang cemerlang sebagai wakil rakyat di DUN Meru.
Penerimaan baik ini sudah pasti
digusari musuh-musuh politik PAS lalu dicarilah helah untuk memburuk-burukkan
pencalonan berkenaan. Ternyata pencarian berkenaan sia-sia dan akhirnya yang
mampu dimainkan adalah kononnya kerana Dr Rani bukan anak tempatan.
Itulah sahaja modal yang dijaja
diceruk dan rantau seakan rakyat dan para pengundi Sg Besar tidak matang dan
wibawa untuk membuat penilaian dan keputusan.
PAS selain dari sebuah parti
politik ia juga sebuah gerakan Islam yang berjuang bersungguh untuk mendaulat
dan memartabatkan agama dalam negara sebagaimana diperintah oleh Allah swt dan
Rasul Nya.
Kesungguhan PAS memperjuangkan
Islam diakui dan diiktiraf oleh seluruh rakyat sejak dari awal penubuhannya
lebih 60 tahun dahulu. Atas kesungguhan itu rakyat Malaysia berlapang dada dan
sentiaa meraikan calon-calon PAS sehingga sanggup mengenepikan sentimen anak
tempatan kerana yang lebih utama adalah keikhlasan berjuang dan jiwa yang suci
murni.
Kerana Allah swt mengajar umat
Islam melaui firman Nya di dalam al Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah
ialah yang paling bertaqwa”
(Al Hujurat ayat 13)
Atas dadar itu calon-calon PAS
tidak pernah dipertikaikan masyarakat dimana-mana pun asalkan mereka menepati
ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang baik.
Kerana itu YB Dr Che Rosli Che
Mat umpamanya boleh memang besar di Parlimen Hulu Langat, Selangor walaupun
beliau anak jati Perlis.
Begitu juga sebahagian ADUN PAS
Selangor yang lain. Malah Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi, anak jati Perak
boleh menang di Parlimen Besut di Terengganu pada tahun 1959 dan begitu juga
Almarhum Prof Zulkiflee Muhammad di Parlimen Bachok, Kelantan 1959 dan 1964.
Calon PAS Sg Besar iaitu Dr Rani bukannya
orang asing tetapi anak jati Selangor. Dan sebagai ADUN Selangor sejak tahun
2008, beliau masak dan faham akan isu-isu di negeri sini termasuk yang
melibatkan Parlimen Sg Besar.
Dan lebih penting lagi PAS di Sg
Besar memiliki jentera parti yang tersusun dan penuh disiplin diketuai Yang
Dipertua PAS Kawasan Ustaz Mohd Fadzlin Taslimin yang sedia mendukung dan
memastikan Dr Rani kiranya menang di kawasan parlimen ini memberikan khidmat
yang terbaik buat rakyat dan penduduk di sini.
Rakyat para pengundi di Sg Besar
diyakini lebih mengutamakan seorang ahli parlimen yang mampu mempertahankan hak
dan menyuarakan rintihan serta kemahuan mereka di Palrimen dan Dr Rani lah
calun yang paling sesuai.
Isu berkenaan nasib dan masa
depan umat Islam, amalan, kepercayaan dan kebajikan mereka. Isu berkenaan
penduduk luar bandar, ekonomi dan pendidikan khususnya yang berkaitan
masyarakat Bumiputera Melayu semuanya perlu disuara dan dipertahankan
diperingkat Persekutuan dan Dr Rani memiliki kemampuan dan kekuatan itu.
Sepatutnya pencalonan Dr Rani
tidak dipertikaikan atau dijadikan isu.
Jika kedudukannya sebagai ADUN
mahu dipolitikkan, mengapa Barisan Nasional juga memilih ADUN sebagai calonnya?
Malah pemilihan ADUN Sg Panjang
sebagai calon BN itulah sebenarnya isu yang paling besar yang wajar
dipertikaikan oleh penduduk Sg Besar khususnya ahli-ahli Umno. Ianya seakan
menunjukkan Umno sudah ketandusan calon atau dalam eri kata lain pimpinan Umno
Sg Besar dari Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri semuanya tidak
layak melainkan ADUN Sg Panjang.
Malang Umno Sg Besar rupanya
bermasalah.
Apa pun yang pentingnya nasib dan
kebajikan serta masa depan rakyat di Sg Besar perlu diberi perhatian dan
dibela.
PAS mengemukakan Dr Abd Rani
Osman, calon yang diyakini paling sesuai dan layak untuk duduk sebagai ahli
Parlimen kawasan Sg Besar. Berilah kepercayaan kepada PAS, kerana terbukti
menurut rekod PAS tidak pernah mengecewakan para pengundinya.
Bantulah PAS untuk membantu anda
dan masa depan kita semua.
No comments:
Post a Comment