Ketika itu Andalusia bukan lagi aman kerana Raja-raja
Kristian Sepanyol bercita-cita mengambil-alih bumi mereka. Serangan-serangan
dilakukan ke atas kerajaan beliau yang berpusat di Seville.
Dan dalam waktu yang sama kerajaan beliau bermusuh dengan
kerajaan Islam al Muravid di Utara Afrika yang diketuai Yusuf bin Tasyfin.
Apabila serangan dari puak Kristian diketuai Raja Alfonso VI
dari Castille ke atas wilayah beliau semakin sengit beliau terdesak dan
bercadang memohon bantuan Yusuf dari Afrika Utara.
Cadangan beliau itu ditentang oleh para penasihatnya oleh kerana
Yusuf sendiri merupakan musuh mereka.
Lalu Al Mu’ktamid berkata:
“Aku rela menjadi pengembala unta kepada Yusuf daripada
menjadi gembala babi kepada Alfonso (Raja Kristian) Castille.”
Agak macam biasa kita dengar ungkapan di atas ini.
Baru-baru ini portal NST Online melaporkan:
PAS president Datuk
Seri Hadi Awang has been asked to confirm whether he did indeed utter the words
that PAS "would rather herd the cows of Umno than the pigs of DAP".
Penang Chief Minister
Lim Guan Eng said he was surprised to read an English daily's report claiming
that Hadi had uttered the words."I am surprised if it is true that Hadi had used the words, which is harsh to DAP and to non-Muslims specifically and in general.
Guan Eng mempertikaikan laporan sebuah portal berita lain
yang kononnya mendakwa Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang mengeluarkan ungkapan yang
sama merujuk pada Umno dan DAP.
Sesungguhnya Tuan Guru tidak pernah pun dilaporkan ada mengeluarkan
kenyataan sebegitu dalam mana-mana program umum
terbuka samada ceramah atau forum, namun Guan Eng memang kebelakangan ini terlalu minat sehingga
mahu tahu apa sahaja yang berlaku sehingga dalam kelambu PAS sekalipun. Barangkali setelah berpisah dengan PAS beliau mula merinduinya.
Apa pun berdasarkan sejarah Islam di atas, kisah unta atau
lembu dan babi ini dalam kontek suasana peristiwa dizaman Al Mu’ktamad itu
merupakan suatu “petikan” sejarah (a historical quote) yang dewasa ini
dikaji dan gunakan sebagai bahan iktibar.
Tiada siapa kerana emosi dan marah mahu menggunakan unta,
lembu dan babi ke atas sesiapa yang lain kecuali merujuknya sebagai suatu tamsil atau analogi
bagi berhujah dan memberi ketegasan sebagaimana pernah diungkapkan oleh al Mu’ktamad
di atas.Membabi buta, anjing menyalak gunung, melepaskan anjing tersepit, ayam tambatan, mengkambing hitam dan banyak lagi merupakan peribahasa Melayu yang punya banyak maksud, bukannya membinatangkan seseorang.
Aduhai kaya dan penuh seninya bahasa dan sastera bagi mereka
yang berakal.
No comments:
Post a Comment