Undilah PAS demi kestabilan Sarawak

Thursday, May 05, 2016


 
PAS sebuah parti yang tegas dan berpegang teguh pada prinsip dan dasarnya.

Ia bukan perkara yang baru malah begitulah PAS sejak ditubuhkan lebih 6o tahun dahulu dan demikianlah PAS hari ini sedikit tidak berubah.

Rakyat mengenali PAS sebagai sebuah parti Islam yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam baik samada ia berhadapan dengan masyarakar Islam mahupun apabila bersama yang bukan Islam. Kerana itu mudah berkawan dengan PAS kecuali mereka yang gatal tangan mahupun mulut dengan mahu memaksa PAS kendur atau merobah pegangannya, itu mustahil.

PAS bukan macam parti lain yang meletakkan matlmat menghalalkan cara, sanggup menggadaikan prinsip demi mengejar cita-cita.

Semalam ketika berceramah di Sarawak untuk memenangkan calon PAS, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menegaskan bahawa Sarawak wajar dipimpin oleh mana-mana pemimpin Bumiputera tetapi yang beragama Islam. Kerana itu PAS sekali-kali tidak akan menizinkan DAP contohnya untuk memimpin negeri ini.

Adapun pemimpin dari kaum atau suku lain yang tidak beragama Islam mereka boleh turut memimpin samada di dalam kabinet atau seumpamanya dengan syarat Ketua Menteri mestilah seorang Muslim.

Kenyataan Presiden PAS ini ikhlas dan jujur sekaligus mengulangi budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa PAS kini yang mana salah satu kriterianya yang sembilan menegaskan berpegang teguh pada prinsip.

Mungkin dari satu sudut ada yang berpandangan PAS rugi dengan kenyataan seumpama itu kerana pasti ia akan dipandang seorang masyarakat bukan Islam khasnya yang merupakan pengundi di Sarawak. Tetapi sesungguhnya itulah realiti di Sarawak pun hari ini.
Di bawah pentadbiran BN berdekad-dekad Ketua Menteri Sarawak tetap seorang Bumiputera Muslim cuma ianya tidak ditegaskan sebagimana Presiden PAS menegaskan.
Dan PAS pun meletakkan 10 dari 11 calonnya terdiri dari Bumiputera Islam dengan seorang Bumiputera bukan Islam.

Keterbukaan Presiden PAS ini bagi saya memberikan mesej bahawa PAS jujur mahu berkhidmat dan mempertahankan keamanan, kestabilan dan status quo di Sarawak.

Kerajaan mana-mana negeri malah negara sekalipun wajarlah kerajaan majoriti bukannya minoriti kerana kestabilan negeri atau negara hanya bertahan kiranya kekal status quo demikian.

PAS bukan rasis sebab PAS meraikan pelbagai bangsa dan agama cumanya ketua negeri atau negara menurut dasar perjuangan PAS perlulah seorang Muslim, dan itulah yang ditegaskan oleh Tuan Guru.

Saya yakin rakyat Sarawak khasnya di 11 kerusi yang PAS tandingi faham dan jelas.

Undilah PAS demi kestabilan Sarawak.

0 comments: