"Kepada saudara-saudaraku ahli-ahli Pas, adik-adikku
yang dikasihi dan gigih bekerja, kamu boleh terus undi calon Pas tetapi tidak
akan menang. Maaf saya berkata sedemikian.
Nak kekal dalam parti itu silakan tetapi tolong undi
calon Amanah. Itu sahaja yang boleh cabar BN. Saya ulang sekali lagi, Pas
bersendirian dia lebih kuat tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya. Yang
bercakap ini bukan sembarangan orang tetapi bekas timbalan presiden,"
Demikianlah sedutan ceramah Presiden Pan, Mohammad Sabu di Kampung
Sayong Lembah, Kuala Kangsar semalam.
Saya sebenarnya tidak berhasrat dan berselera untuk sentuh
aktiviti dan politik Pan khasnya dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar ini. Bagi
saya parti para pengkhianat ini tiada nilai dan wajar sangat dijauhi dan
dinyahkan dari politk Malaysia.
Lantas apabila terbaca ucapan pemimpinnya di atas memang
sahlah betapa mereka ini punya krisis identiti, mereka tiada hala tuju
perjuangan dan mereka sekadar bernafsu untuk berkuasa dan merebut kedudukan.
Mat Sabu perlu sedar oleh kerana memiliki pemikiran
sebeginilah maka beliau ditendang keluar oleh para perwakilan PAS. Para
perwakilan PAS sedar bahawa pemimpin seumpama beliau tidak lagi layak dan punya
kredibilit sebagai pemimpin gerakan Islam, kerana itu beliau ditumbangkan
bersama-sama gerombolannya yang berkongsi mimpi yang sama.
Mana mungkin perjuangan PAS yang didasari Islam mahu
disamakan dengan perjuangan parti-parti sekular yang lain.
Puluhan tahun dalam PAS rupanya tidak membentuk jiwa dan
kekuatan dalaman Mat Sabu sebaliknya beliau liar dan ghairah dengan perjuangan
politik sekular yang lain maka layaklah beliau menjaja hidup mengharapkan kasih
orang lain di luar PAS.
Diulang-ulanginya sifir bahawa untuk menang mesti berpakat
dengan orang lain walaupun orang itu menentang dan menghina dasar dan matlamat
perjuangan kita, tak mengapa, peluk dan dakap juga mereka asalakan kita beroleh
kuasa.
Sikap murahan sebegini mahu diumpan kepada orang-orang PAS.
Buruk dan rendah akhlaknya.
Orang-orang PAS yang istiqamah dididik untuk berpegang dan
terus bersama perjuangan ini walau apa yang menunggu di hadapan. Yang penting
mereka ikhlas berusaha dan berjuang kerana yang mahu dikejar bukannya kuasa
semata-mata tetapi syurga yang dijanjikan Allah swt.
Mat Sabu mungkin sudah tidak terpesona atau tergiur dengan
itu semua kerana seleranya sudah berubah.
Ubah dan tukarlah perjuangan kamu sesuka nafsu kamu tetapi
orang-orang PAS sekali-kali tidak akan bersama kamu. Nak undi parti pengkhianat
yang mengkhianati perjuangan PAS dan mencuri lari kerusi-kerusi PAS jauh
sekali.
Orang-orang PAS punya maruah dan harga diri dan ukuran
maruah dan harga diri kami bukannya dipegang oleh kamu tetapi oleh agama yang
kami junjung.
Presiden atau Timbalan Presiden, siapa sahaja jika curang
dan mengkhianti perjuangan ini maka setaraflah kamu dengan musuh-musuh politik
kami yang lain.
No comments:
Post a Comment